Tiba hari mereka untuk bertolak ke Kota Suci Mekkah, Hane dan Jan masih duduk disatu seat tetapi Hane memilih untuk menyindiri, berpaling dari Jan.
"Hane.. Jangan macam ni.." Jan terasa dirinya diabaikan.
"Why. You deserve it.." Jawab Hane dengan sakit hatinya.
"Please.. Jangan macam ni.." kata Jan.
Hane mendiamkan diri dan pura-pura tidur dan akhirnya tertidur sehingga ke lapangan terbang Jeddah.
"Hane.. Kita dah sampai.." kejut Jan.
"Okay.." jawab Hane.
Dalam hal begini Hane lebih menunjukkan diri ingin menjauhi Jan sangat ketara. Jan dan Hane jalan beriringan ke tapak menunggu jemaah Umrah.
"Please remember.." pesan Jan pada Hane.
"I know.." jawab Hane.
Setelah beberapa jam mereka berdua menunggu, akhirnya ketibaan ahli keluarga mereka sudah tiba. Jan dan Hane mula mainkan wataknya sebagai suami kepada Hane dan begitu juga Hane memainkan watak sebagai isteri Jan.
"Ibu... papaa.." Hane bersalam, memeluk dan mencium ibu bapanya.
"Maaa.." Begitu juga Jan.
"So how your honeymoon..?" soal Khir.
"Okay.. we are happy couple.." jawab Jan dengan penuh yakinnya.
"Yes paa..Inilah honeymoon yang paling indah pernah tercipta.. I'm crying all the night paa.. because I'm very happy.." jawab Hane seperti ada sedikit sindiran.
"Alhamdulillah.. ibu happy dengar semua ni.." sampuk Azian.
"Keluarga Megat Fauzan ?" soal seseorang.
"Yee.. Tuan Mazlan ?" soal Jan yang berjabat tangan dengannya.
"Ye saya.." jawabnya.
"Perkenalkan mutawwif kita.. Tuan Mazlan.." Jan perkenalkannya.
"Panggil Lan saja.. Tak biasa orang panggil nama penuh saya.." kata mutawwif Lan itu.
Yang lelaki semua bersalam dengannya. Jan juga memperkenalkan semua orang kepada Tuan Mazlan. Mutawwif Lan juga membawa seorang lagi mutawwif untuk menjaga keluarga Jan, namanya Hakim. Mereka menuju ke kenderaan yang akan membawa ke tempat penginapan.
Sepanjang perjalanan Hane berpura-pura tidur supaya tiada siapa yang mengesyaki hubungannya dan Jan sedang panas. Walau mereka duduk bersebelahan tetap Hane tidak mahu memandang kearah wajah Jan.
"Penat sangat tu.. Biarkan tidur dulu.." kata Gad yang perasan Hane dan Jan tidur.
"Bie ni.. Jangan kacau laa.. baru balik honeymoon tuu.. penat.." jawab Jane.
"Takdelah..macam dia orang jee penat.. Kita ni lagi penat tau.. Pulun buat kerja yang depaa duk tinggai kat kita.." kata Gad dengan lorat kedahnya.
"Biarlah.. masa kita honeymoon dulu pun dia orang juga buat kerja kita kan.." balas Jane.
"Ayang ingat depa kaa yang duk buat rejaa tu.. depa kan boss banyak kuli.." jawab Gad lagi.
"Hekkk..!" sergah Jan.
"Huishhh.. " terkejot Gad.
"Ngumpat aku.." kata Jan yang bangun dari tidur-tidur ayam.
"Kau dengar ke.. Aku ingat kau daa tidur lena daa tadi.. bukan main layan mata lagi.." balas Gad.
"Letih Gad.. Macam-macam jadi.." Jan berkata sambil merenung wajah Hane.
"Apasal..?" soal Gad.
"Kau buat apa hah ?" sampuk Jane.
"Hane tak ada story apa-apa dekat kau ke ?" soal Jan pada Jane.
"Tak ada pulak.." jawab Jane
"Hal rumah tangga takkan nak share kot.." kata Gad.
"Aku terjumpa Dhia masa kami honeymoon.." Jan berterus terang.
"Lepastu.." kata Gad
"Aku tak tahu apa yang terjadi sekarang.. Hati aku macam berbelah bagi.." kata Jan.
"Kau nak kata cinta kau pada Dhia tu masih ada ke ?" soal Gad.
"Mungkin.. ataupun aku nak dengar sendiri dari mulut dia kenapa dia tinggalkan aku macam tuu jee.." kata Jan.
"Then sekarang kau tengah dingin dengan Hane ke ?" soal Jane dan serta merta Hane menjauhi Jan.
"Tengoklah.. Dia yang jauhkan diri dia dengan aku.." kata Jan dengan tindakkan Hane menjauhinya.
"Nasib baiklah aku dengan Jane jee yang naik sini.." kata Gad.
"Habis ingat aku sesuka hati nak buka cerita.." jawab Jan.
"Itulah.. Kalau tak boleh move on jangan kahwin.. Kann kesayangan aku dah merajuk.." kata Jane.
"Aku mintak maaf kay.. Tak ada niat pun.. Benda dah nak jadi.. Tapi sempatlah spend time sebelum kejadian ni berlaku.." kata Jan.
"Apalah kau.. Kau kata kau dah lepaskan Dhia.. Macam mane sekarang ni broo.. Sebelum kau kahwin, aku boleh tolong kau.. Tapi sekarang kau dah kahwin.. ini pun salah satu ujian dalm perkahwinan.. Rezeki kau sampai tempat Allah ni.. Mintak petunjuk.." kata Gad.
"Doakan yang baik-baik untuk kami berdua.." kata Jan sambil tangan merayap mencari tangan Hane tetapi Hane mengeraskan tangannya tidak mahu Jan menariknya.
Setelah beberapa jam dari lapangan terbang, akhirnya sampai jua ke tempat penginapan. Jan sempat berpesan supaya merahsiakan hal ini daripada semua orang. Hane dan Jan masih berpura-pura gembira didepan yang lain.
"Nanti petang sikit kita pergi melawat ke tempat-tempat bersejarah disini yee.." kata Mutawwif Lan.
"Baik.. Terima kasih Lan.." kata Khir.
Tindakkan segera semua bergegas masuk ke dalam bilik masing-masing. Bilik Jan dan Hane berkongsi bersama Faziah. Mungkin ini salah satu cara untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Tukkk.. Tukk.... (Jan mengetuk pintu bilik Faziah)
"Yee.. siapa.. Nak apa ?" Jawab Faziah.
"Maa.. Ann ada benda nak bincang dengan mama.. boleh Ann masuk ?" kata Jan.
"Masuklah Ann.." jawab Faziah dari dalam.
"Maa.. Do you still remember Dhia ?" soal Jan.
"Dhia your ex ?" soal Faziah.
"Yes.. Ann terjumpa dia masa honeymoon.." Jan berterus terang.
"Then ?"
"Ann buntu.." jawab Jan.
"Kenapa pulak ? Ann jangan macam-macam.. Mama tahu Dhia tu baik.. Sekarang bukan masanya Ann.. Ann dah jadi suami orang.. Ann dah nikah dengan Hane.." kata Faziah.
"Ann tahu ma.. Tapi Ann tak tahu kenapa.. Ann tak ada jawapan.. Ann nak jumpa dengan Dhia.. Nak dengar dari mulut dia sendiri kenapa dia tinggalkan Ann macam tu jee.." jelas Jan.
"Hane tahu hal ni ?" soal Faziah.
"Tahu maa.. Then we e ee..."
"We what ?!"
"Gaduh sikit maaa.." kata Jan.
"Ann.. tak baik macam tu Ann.. Ann lupa ke macam mane Ann dulu nak dapatkan Hane tu.. Ann berusaha nak dapatkan dia kan.. Ann sanggup belakang family sebab Ann cinta dan sayangkan Hane.. Sekarang Ann nak buat dia macam ni pulak.. Jangan nanti Ann menyesal.." nasihat Faziah.
"Ye maa.. Ann tahu.. Ann memang sayang dan cintakan Hane.. Tapi bila Dhia muncul, perasaan Ann tiba-tiba jee celaru.. Ann sendiri pun tak tahu.." kata Jan seperti bersedeh.
"Mama takkan izinkan kamu lepaskan Hane sebab orang lain.. Mama sayang Hane.. Sekarang pergi masuk bilik, bincang elok-elok dengan Hane.." kata Faziah.
Jan dengan berat langkahnya masuk semula kebilik tidur dia dan Hane. Jan merebahkan diri disebelah Hane yang sedang berbaring juga.
"Hane..." panggil Jan.
"Hmmmm.." jawab Hane.
"B janji.. B akan pulihkan semula hubungan kita.. B janji, B akan buat Hane jadi milik B semula.. jadi isteri B semula.." kata Jan.
"Hmmm.." itu sahaja Hane bersuara.
Hane dan Jan masing-masing mendiamkan diri sehingga pintu bilik mereka diketuk oleh Faziah untuk keluar bersiar pergi ke tempat bersejarah. Walau macam mane pun Hane masih cuba menjauhkan dirinya daripada Jan. Jan pula seperti seorang suami yang berusaha mencari perhatian isteri.
bersambung...
(Publish 9:00am 9 JAN 2020)
Share this novel