Pada hujung minggu yang dinantikan sudah tiba untuk ke rumah keluarga Hane. Mereka berpakaian sedondon, bertemakan blueXblack.
"Which one, your or mine ?" soal Jan pada Hane.
"The orange one.. Yes that one.." jawab Hane.
"Wahh.. hujung minggu ni.. okay.." Jan meletakkan kedua-dua kunci kereta tersebut dan berjalan ke bilik tidurnya untuk kunci kereta sport miliknya.
"Yes.. Like that one.." kata Hane apabila Jan keluar bersama kunci kereta sportnya.
"Sukanyaa diaa ni.. Jom.." kata Jan sambil menghulurkan tangan ke arah Hane.
Mereka jalan berpegangan tangan keluar daripada teratak mereka menuju ke garage kereta bahagian tepi bawah rumah.
"Your're lucky sayang.." kata Jan setelah berdiri didepan kereta sportnya.
"Why ?" soal Hane.
"Kereta ni suci lagi.. Sebab tak ada perempuan or wanita or gadis pernah naik kereta ni.. You're the first one.. Mama sendiri pun tak pernah masuk dalam kereta ni.." kata Jan memandang kearah kereta sportnya.
"Wahh.. I'm the first.. Even Dhiya pun tak pernah naik kereta ni ?" soal Hane yang terlepas kata.
"Dhiya ? Why you sebut nama dia diantara kita ? Kan I dah cakap.. Tidak ada sesiapa pernah naik kereta ni.. Termasuk Dhiya.." jawab Jan dan terus masuk ke dalam kereta dengan keadaannya sedikit dingin dengan persoalan Hane.
"Eee... Mulut aku ni kan.. Tak ada insurans.. Nak kena beli insurans ni.. Bahaya-bahaya.." kata Hane sendiri sebelum kakinya masuk ke dalam kereta sport Jan.
Sepanjang perjalanan Jan dan Hane hanya berdiam diri. Hane tahu akan kesalahannya yang membuatkan Jan sedikit dingin menyebabkan Jan tidak bersuara walaupun sepatah perkataan. Setibanya dikediaman Khir dan Azian, Jan masih lagi berkeadaan dingin, melulu masuk ke dalam rumah.
"Ehhh.. macam tu je.. Macam rumah dia pulak.." kata Hane melihat Jan meninggalkannya di garage kereta.
"Hah Jan.. Mane Hann..?" soal Khir.
"Ada tu.." jawan Jan dan memuncungkan bibirnya ke arah Hane yang sedang berjalan masuk ke rumah.
"Gaduh laaa ni.." teka Khir.
"Biasalah paa.. Anak papa tu.." jawab Jan.
"Ye paa.. Anak papa ni hah yang tak baiknya.." sampuk Hane yang dengar Khir dan Jan bualkan.
"Ahahaa.. Dah sudah.. Awakk.. Kemari.. Anak menantu kita dah sampai ni.. Ada yang kehulu dan kehilir ni.." kata Khir memanggil Azian.
"Apa papa ni.." kata Hane bernada merajuk dan terus mendaki tangga masuk ke biliknya.
"Kenape tu bang...?" soal Azian yang baru keluar dari dapur ke ruang tamu.
"Biasalah.. Macam kita mula-mula kahwin dulu.. Kehulu dan kehilir.." jawab Khir.
"Tak ada apalah buu.. Biasalah Hane tu.. Manjaa.." kata Jan.
"Ooo begitu.. Faham-faham.. Biasalah anak ibu.. Manja.. Jan jangan ambik hati sangat yee.. Nanti okay laaa tu.." kata Azian beri nasihat.
"Hann.. Turun sayang.. Ada benda papa nak discuss ni.. Turun ye.." panggil Khir.
"Jan panggil Hane turun dulu lah.. Biar Jan pujuk dia.. Salah faham ni antara Jan dengan Hane.." kata Jan berjalan mendaki tangga ke bilik Hane.
Tukkk.. Tukkk...
Jan masuk ke dalam bilik setelah mengetuk pintu.
"Hane.. Jom turun.. Ada benda tu papa nak discuss.. Tak payah nak merajuk sangat.. Siapa yang buat siapa sekarang.. Sayang ke B..? Patutnya B yang merajuk.. Ni tak.. Dia yang merajuk.." kata Jan memandang ke arah Hane yang sedang baca novel.
"Sayang dengar tak ni ? Sayang nak jadi isteri derrr ..."
"Yee.. Hane dengar.." kata Hane memotong kata Jan dan keluar dari bilik dan kebawah.
"Oo.. tahu takut bila nak kata derhaka.." kata Jan sendiri dan mengikut langkah Hane.
Setelah 4 pasang mata berkumpul dan perbincangan pun bermulalah. Hampir 2 jam mereka berbincang akhirnya terlerai dengan tanda tangan surat perjanjian disehelai kertas hitam putih.
"Semoga dipermudahkanlah.. Hann selamat menjalankan tugasan yang diberi.." kata Khir.
"Aminn.. Tapi serius ke apa yang diberi pada Hane ni ?" soal Hane selepas tanda tangan surat perjanjian tersebut.
"Betullah.. So lepas balik umrah Hane tak perlu masuk office papa lagi.." kata Azian pula.
"Terima kasih paa.." kata Jan.
"So ni ada lagi satu sampul.." Khir hulurkan sampul tersebut.
"Apa ni pa..?" soal Hane sambil membuka sampul tersebut. "Pa..! Betul kee ni..?!" soal Hane terkejut.
"Berullah.. tengok nama tu.." kata Azian.
"Ape tu..?" soal Jan.
"B.. Tiket pergi Istanbul.." jawab Hane teruja.
"Apa papa ni.. Jan mampu lagi nak tanggung pergi sana paa.. Papa ni.. malu Jan.." kata Jan.
"Tak apalah Jan.. Sikit jee tu.. Jan dah bawa ibu dengan papa pergi umrah pun ibu dah rasa bersyukur sangat.." kata Azian.
"Betul tu.. lagilah Jan bawa kami semua pergi..Ini baru sikit je Jan.. Papa tengok, lepas kamu berdua ni nikah.. Tak ada pun pergi honeymoon.. Jadi papa ibu hadiahkan percutian ni untuk kamu berdua.." kata Khir.
"Terima kasih Paa.. I love both of you.." Hane mencium pipi kedua-dua ibu bapanya.
"Yang dekat sini taknak cium ke ?" soal Jan sambil sua kan pipinya.
"Halarh Jan ni.. Tu tunggu bila ibu dengan papa tak ada.." sampuk Azian.
"Tahh.. tak malu.." kata Hane.
"Alarh buu.. bukan ada apa pun.. Jan okay jee.. Hane tu jee yang malu.." kata Jan dengan lagaknya.
Setelah mereka bergurau senda, Hane dan Azian sibukkan diri didapur. Khir pula sibukkan diri membaca akhbar. Jan menghabiskan masanya di kolam renang ditepi kediaman mertuanya.
"Ini jalan hidup aku.. Aku sendiri yang pilih.. Betul kata Gad sebelum ni.. Andai aku tak bertemu dengan Hane mungkin sekarang aku masih menunggu Dhiya hubungiku kembali.. Aku bersyukur diberi isteri yang manja sebegini.. Dialah bidadari syurgaku.." kata sendirian didalam kolam.
"Hidup baru aku bermula apabila aku kenal dengan Hane.. Hane telah mengetuk pintu hati aku dengan pandangan pertama.. Tipulah kalau aku tak teringat dekat Dhiya.. YES, aku mengaku perasaan sayang pada Dhiya masih ada lagi bertabur dalam diri ini.." termenung Jan memikirkan kehidupannya.
"Hah...!!" Hane sergah Jan. "Jauh termenung.. Fikirkan apa tu..?" tegur Hane.
"Sayang ni.. Tak baik tau.. Tak adalah.. B terfikirkan tentang anak.. Mesti seronokkan kalau sekarang B tengah main dengan anak-anak kita.." jawab Jan.
"Awal lagi nak ada pun.. Semua tu rezekikan.. Kita dah cuba.." jawab Hane dan duduk ditepi kolam renang.
"Sayang taknak join B mandi ke ?" soal Jan.
"Taknak lah.. Panas-panas macam ni mandi.. Berparut nanti badan.." jawab Hane.
"Elele.. Mengada.. Panas-panas laaa best mandi kolam.. Lagi-lagi dengan B ni.." kata Jan dengan pandangan nakalnya kepada Hane.
"B jangan nak tarik sayang hehh.." Hane beri amaran.
"B tak buat pun.. Dah terniat.. Tapi terbantut.. sebab sayang tahu.." jawab Jan dan mendekati Hane ditepi kolam. "Sayang.. cucikan muka B boleh tak ?" tanya Jan.
"Muka ? Hehehee.. Boleh jee.." Hane bersetuju.
Sedang asyik Hane mencuci dan massage wajah Jan, dalam diam tangan Jan sudah pun melingkar ke pinggang Hane.
"B jangan nak tarik Hane masuk kolam.." tegur Hane apabila dia merasakan tangan Jan dipinggangnya.
"(Tak)" Jan gelengkan kepalanya.
DUMMMBBBBB...!!!!!!
beRS4mbuNG.... latest one 13 August 2019 @ 01.33 a.m
Share this novel