DUSH !
Satu tumbukan sampai ke muka Hakim.
"Apa ni Jan..?!" soal Hane.
"Dia cuba ambik kesempatan.." jawab Jan.
"Kesempatan apanya.. Kami tengah tunggu air ni.. Jangan nak serang melulu jer.." kata Hane bernada seperti marah.
"Tunggu air ke dating..?!" soal Jan lagi dengan nada sedikit tinggi.
"Sorry Tuan.. maafkan saya Tuan.. Saya tak patut teman Puan beli air.." kata Hakim.
"Awak okay ke..? maafkan suami saya.." kata Hane.
"Saya ambek air dulu.. Nombor kita dah sampai.." kata Hakim mengambil air yang dipesan.
"Biar saya tolong.." Hane membantu Hakim membawa air.
Jan terus berlalu pergi meninggalkan Hane dan Hakim yang membawa begitu banyak air untuk keluarga mereka. Jan berlalu dengan rasa marah dan malunya dengan tuduhannya pada Hane dan Hakim tadi.
Hane dan Hakim mengagihkan setiap air yang dipesan kepada ahli keluarga. Jan merupakan orang terakhir yang Hane berikan air.
"Ambik ni.. minum.. tenangkan diri.." hulur Hane air Ais Latte pada Jan.
"Terima kasih.." Jan sambut huluran Hane.
"Boleh Hane duduk..?" soal Hane pada Jan.
"Duduklah.." jawab Jan.
"Jan rasa tak apa yang Hane rasa..?" soal Hane.
Jan hanya membisu tidak menjawab soalan Hane.
"Jan mesti rasa sakitkan bila orang yang Jan sayang duduk berduaan dengan orang lain.. Macam tulah juga Hane rasa bila nampak Jan dengan Dhiya.." kata Hane menembak dinding hati Jan.
"Masa tu.. Jan memang tak ada fikir ke masa tu yang Hane mesti sakit hati.. Jan tak ada hati ke masa tu ?" soal Hane seriues.
"Hane tahu.. Hane bukan cinta pertama Jan.. Hane memang tak layak untuk ada disisi Tuan Megat Fauzan.. Siapalah Hane ni.. Hanya manusia biasa.. tak punya apa-apa melainkan ibu and papa.." luah Hane pada Jan.
Jan masih lagi terpaku dengan luahan Hane. Jan tak mampu berkata-kata lagi.
"Jan memang dah tak ada perasaan ke dekat Hane.. Siapa Hane pada Jan setelah Jan jumpa dia semula..? Adakah Jan hanya anggap Hane sebagai kawan Faizal pada masa tu..?" soal Hane bertubi-tubi.
"Jangan tanya apa-apa lagi sayang.. B sakit bila dengar setiap soalan yang keluar dari mulut sayang pada B.." Jan berkata memandang kearah Hane disebelahnya.
"Kenapa ? Jan tak mampu untuk jawab ke ? Jan takut nak jawab sebab nak jaga hati Hane ke ?" soal Hane dalam menahan air matanya.
"Tak.. bukan.." jawab Jan.
"Then apa Megat Fauzan ? Kalau bukan dan tak untuk sakitkan hati Hane kenapa masa tu Jan boleh tinggalkan Hane untuk pergi dekat dia.. Siapa isteri Jan masa tu ?" soal Hane.
"Enough sayang.. B taknak dengar pape dah.. Please sayang.. B mintak maaf.." kata Jan memujuk Hane.
"Senang kata.. Buat salah.. then mintak maaf.. Buat Hane ni macam tak ada hati dan perasaan.. Jan boleh buat Hane sesuka hati Jan je.. bila Jan nak.. Jan kutip.. bila Jan taknak Jan buang Hane macam sampah.." kata Hane.
"Kenapa cakap macam tu sekali Hane.. B tak pernah nak anggap sayang macam sampah ke apa ke.. Sayang tetap isteri B.. Tiada yang lain.." kata Jan.
Hane menepis air matanya yang mengalir dengan perbuatan Jan terhadapnya. Jan juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk memujuk Hane. Dirinya tahu, dia telah membuat satu kesalahan besar sehingga mengguris hati isterinya.
******************
Beberapa hari kemudian...
Hane kini sedang sibuk dengan klinik yang bakal dibuka tidak lama lagi. Kesibukkan Hane mambuatkan dirinya lupa tentang perbalahan dalam rumah tangganya. Hane juga banyak habiskan masanya di klinik daripada di rumahnya.
Jan juga makin sibuk dengan kerjanya. Jan juga masih berusaha memujuk Hane semula, tetapi Hane tidak memberikan tindak balas positif untuk berbaik dengannya semula. Malah Hane tidak kerap ada di rumah yang membuatkan mereka semakin jauh.
"Hann.. Kau taknak balik lagi ke ?" soal Jane.
"Nantilah.. Aku nak check apa lagi yang tinggal.." jawab Hane.
"Dah malam ni.. Gad pun dah tunggu aku dekat luar tu.." kata Jane memujuk Hane untuk balik ke rumah.
"Ohh yeke.. Kau balik laa dulu.. Kau kan tengah pregnant.." kata Hane.
"Taknak aku.. Nanti kau tidur sini lagi.. semalam kau dah tidur sini.. takkan malam ni nak tidur sini lagi.." kata Jane.
"Aku dah tak ada hati nak balik rumah Jan tu.. Ini pun rumah kedua aku.. Aku boleh je hidup dekat sini.." jawab Hane.
"Sudah-sudah laaa tu merajuknya.."
"Kau balik jelah dulu.. aku janji dengan kau.. aku balik malam ni.. Kejap lagi aku balik laa.." kata Hane berjanji.
"Janji.."
"Ye.. aku balik kejap lagi.." kata Hane.
"Okay.. nanti kalau aku lalu sini tengok.kau ada lagi dekat sini.. siap laa kau.." ugut Jane
"Okay.. dah kau pergi balik.." halau Hane.
Setelah Jane meninggalkan Hane sendiri di kliniknya, Hane pun terus tutup dan mengunci pintu. Janji hanya tinggal janji, Hane naik ke bilik atas kliniknya untuk berehat. Kliniknya kini menjadi rumah keduanya. Jan juga seperti tidak kisah ketiadaan Hane dirumahnya.
Blingggg.. blingg....
Terpapar huruf 'B' tertera dinotification.
'Hane balik rumah tak malam tak ?' - Jan
'Tak. Hane tidur klinik lagi malam ni. Ada kerja yang tak siap lagi.' - tipu Hane.
'Nak B temankan ?' - Jan
'Tak perlu kot. Sini sempit takut tak selesa nak tidur. Esok Ann keje kan. Jauh nanti nak pergi kerja.' - Hane
'Okay.. Take care. Jaga diri sayang. Love you.' - Jan
Message terakhir Jan dibiarkan begitu saja oleh Hane.
*******************
Perasmian klinik Hane dibuat secara serdehana. Hane juga memperkenal doktor yang akan berkerjasama dengannya iaitu Dr.Kim Tan, Dr. Viem dan, Dr. Mawar. Klinik Hane ini merupakan klinik dibuka 18 jam dari jap 8 pagi hingga 2 pagi. Hane juga akan membuat dua kerja dalam satu masa kerana jawatannya di G.E masih belum dilepaskan sepenuhnya. Disebabkan itu Hane memperlukan ramai doktor untuk membantunya memberi rawatan kepada pesakit semasa dirinya tidak mampu.
Khir, Azian dan Faziah berasa bangga dengan Hane kerana berani mengambil risiko membuat dua kerja dalam satu masa. Jan pula tidak hairan dengan anggapan orang kerana Jan tahu isterinya serba kebolehan. Jan yakin Hane boleh buat yang terbaik.
Walaubagaimanapun, pergolakan rumah tangga Hane dan Jan masih lagi tidak dihidu oleh orang tua mereka sendiri, hanya Jane dan Gad sahaja yang mengetahui pergolakkan ini.
"Congratulations Hann.. Papa yakin Hann boleh buat yang terbaik.." ucap Khir pada Hane.
"Thanks paa.. Hann janji, Han akan buktikan dekat papa yang Hann mampu buat semua ni.. Tanpa ada ibu dengan papa dekat dunia ni.. Siapalah Hann ni kan.. Hanya manusia biasa.." kata Hane memeluk kedua Azian dan Khir.
"Hann kan anak Ibu and papa.. You are everthings to us.." kata Azian.
"Yes sayang.. You are everthings in my life too.." kata Jan menyampuk.
"Papa dah jalankan tanggungjawab papa untuk Hann, termasuk hari ini.. Maka dengan ini.. Papa lepaskan Hann pada Jan.. Jan akan galas tanggungjawab menjaga Hann dengan sebaiknya.. Kurang atau terlebih daripada Jan, jangan pernah bandingkan.. Papa yakin, Jan mampu bahagiakan anak papa sorang ni.." kata Khir.
"Kenapa papa cakap macam tu.. Papa nak tinggalkan Hann ke ? Hah buu..? Ibu pun sama nak tinggalkan Hann..?" jawab Hane bersedih.
"Bukanlahh sayang.. Ibu dan papa sudah jalankan tanggungjawab kami membesarkan Hann sehingga Hann bernikah.. Syurga Hann bawah telapak kaki Jan, bukan lagi dikaki Ibu.. Jagalah klinik ni elok-elok.. Ini saja yang ibu dan papa mampu buat sehabis baik.. Ibu tahu, Hane lebih suka dalam bidang ni daripada duduk di office papa uruskan company papa.." kata Azian pula.
"Kenapa ibu and papa luah harini.. Dekat majlis Hann.." kata Hane terharu dengan kata-kata Azian dan Khir.
"Ibu and papa cakap macam tu sebab sayangkan Hane.. Papa nak tunaikan impian Hane nak buka klinik sendiri.. Inilah dia.." kata Jan beri semangat pada Hane.
"Thanks paaa.. Hann takkan kecewakan semua.." kata Hane masih terharu.
Akhirnya mereka berempat berpelukkan dan rasa gembira. Jan berjanji dengan dirinya akan pulihkan semula rumah tangganya bersama Hane untuk sekian kalinya.
bersambung....
(Done write 08:04 17 FEB 2020)
(Publish 00:00 29 FEB 2020)
(THE LATEST ONE.. and I take break for a while. Thanks for supporting)
(I love you all *mini love* )
Share this novel