BM-17

Romance Series 50447

Selesai makan malam bersama-sama, Hane mintak diri untuk pulang ke rumah. Tapi dalam masa yang sama Jan dan Zall main mata, dan akhirnya mereka berdua tertawa sendiri.

"Maa tengok anak bujang mama dua ni.. Gelak-gelakkan Hane.." marah Hane.

"Bukanlah.. Kami tak gelakkan U.." kata Zall.

"Dah-dah.. esok semua nak kerja kan.. Zall teman Liss balik.. Bagi kunci kereta kat Abang Ann, kami follow dari belakang, lepas tu terus balik.." kata Faziah beri arahan.

"Mama taknak tidur sini ke..? Ann rindu rumah.." kata Jan bermanja

"Eleh.. Kamu tu mengada.. 'Rumahku Syurgaku' tu rumah mama.. bukan rumah ni.. Dah-dah.. jom gerak.. Boleh mama tidur.." kata Faziah.

"Hahahaaa.. Padan muka.." kata Zall dan terus bangun dari tempat duduknya.

"Maa.. Hanee balik dulu ye.. Terima kasih untuk malam ni.. Abang Ann, baju ni nanti Hane pass kat Zall.." kata Hane bersalam dengan Faziah.

"Okay.. Jum maa.. Gerak sekali.." kata Jan yang turut sama bangun dan berjalan menuju ke pintu rumah.

Zall menunggu Hane dimuka pintu, Jan juga disitu.

"Sayang.. Hurry up.." kata Zall memanggil Hane.

"Come to papa.. come to papa, maa.." kata Jan siap buat gaya memanggil Faziah.

"Eeee.. Tak senonoh.." tegur Hane.

"Bukan panggi dia pun.." balas Jan. "Zall, bawa tunang kau ni pergi cepat sikit.." kata Jan pada Zall disebelahnya.

"Ye yee.. Nak bawa laa ni.." Zall memegang tangan Hane dan berjalan bersama ke kereta Hane.

"Oit.." cuit Faziah pada Jan.

"Ooo maa.. Cepat, Ann nak lock pintu..' Jan terkejut dicuit Faziah saat matanya melihat pasangan itu berpeganggan tangan.

Setelah semua bergerak, Jan hanya membisu mengekori kereta Hane. Faziah juga membisu. Hanya keadaan dikereta hadapan yang meriah, iaitu Hane dan Zall.

"Macam tak ada baju lain jee U nak pakai.." tegur Zall.

"Habis dah ni je abang Ann bagi.." jawab Hane.

"Hahaha.. Padanlah dengan U yang kecik ni pakai baju besar.. Cepat sikit besar.. Hahaha.." ketawa Zall mengusik Hane.

"Eee... Jahatlah.. Taknak kawan.." Hane merajuk lepas cubit lengan Zall.

"Tak sakit pun.. Sado macam Zull Aripin ni mane mungkin nak sakit setakat kena dengan jari ayam tu.." kata Zall lagi.

"Hah.. Jari ayam ?" soal Hane.

"Ye.. Jari ayam.."

"Hahahahaa... Ayan mana ada jari..!" ketawa Hane.

"Ehh.. Ingat ayam tu kaki itik ke ? ahahaha.." soal Zall dengan ketawa.

Mereka gelak ketawa bersama, tetapi yang dibelakang disebaliknya.

"Lepaskanlah Ann.. Dia pun happy je dengan Zall tu.." kata Faziah memecah kesunyian.

"Hmmm.. Tak maa.. Kalau betul Hane betul ikhlas terima Zall tu bakal suami dia, dia takkan tanggal cincin tunang dia ma.." Jan terlepas cakap.

"Hah.. Apa ?! Hane tak pakai pun cincin tunang tu ?!" soal Faziah dalam keadaan terkejut.

"Yee.. Ann jumpa cincin tu elok duk dalam kereta dia.. Ann tanya kenapa.. dia kata Ann tahu jawapan dia.." kata Jan.

"Entah laa Ann.. mama pun tak tahu nak cakap apa.. Ann jangan sesekali cuba untuk putuskan tali pertunangan mereka tu.. Kalau betul Hane tuu ada orang lain, nanti dia sendiri akan mintak putus pertunangan ni.. Mama takkan marah Hane atau malu dengan semua ni kalau berlaku nanti.. Hane tu anak tunggal.. Dia berhak buat pilihan dalam hidup dia.. Kita tengok dulu.." kata Faziah panjang lebar.

"Macam mana kalau seseorang tu Ann..? Maa takkan marah Ann kan..? Maa takkan malu kan..?" soal Jan.

"Biarkan Hane buat keputusan.. Kalau orang itu Ann.. Maa terima juga tapi sebelum tu, biar mama bantai Ann dulu.." kata Faziah siap menjeling.

Selamat sampai dirumah Hane, Zall pun naik semula ke keretanya untuk pulang ke rumah mereka.
_____________________

KEDIAMAN FAZIAH.

" Abang Ann.." jerit Zall dari luar rumah ke bilik Jan.

Jan pun buka pintu berandanya dan tengok siapa yang menanggilnya dari luar.

"Kenapa Zall..?" soal Jan.

"Zall tahu siapa dalam hati Liss.." kata Zall.

"Siapa..?" balas Jan.

"Turunlah.. Zall bagi tahu.."

"Okay.. Tunggu.." Jan pun turun ikut tangga tepi berandanya.

Dushhh..!!

Kejutan untuk Jan yang memijak tanah.

"Apa ni Zall.." Jan pegang mukanya yang kena tumbuk.

"Apa-apa..?! Ingat senang-senang jee abang Ann nak rampas Liss dari Zall ..!" berang Zall.

"Apaa.. Liss tu dah jadi tunang Zall kan.. Apa lagi yang Zall yang tak puas hati..?!" Jan bernada tinggi.

"Zall dah dengar semua perbualan abang Ann dengan mama.. Abang Ann nak rampas Liss dari Zall.." kata Zall.

"Kalau betul Liss tu ikhlas terima Zall sebagai husband, kenapa dia tak pakai cincin tunang Zall..?!"

"Itu bukan urusan Abang Ann.. Tak pakai tak bermakna dia tak ikhlas.. Mungkin dia baru balik toilet then lupa nak pakai balik.." jawab Zall.

"Dah laa Zall.. abang penat.. tak apa Zall.. Malam ni book ticket balik Sydney esok.. So dont worry.. Abang tak akan rampas Liss dari Zall.. Zall buatlah apa Zall nak buat.. Zall nak business abang ? Zall ambiklah.. Janji hasilnya dari sumber Halal nak bagi family makanan nanti.. Nanti abang akan uruskan pertukaran nama.. Ingat satu benda ni, jaga mama and Liss baik-baik.." kata Jan panjang lebar dan terus naik semula ke biliknya.

Zall yang berada diluar rumah juga turut masuk ke dalam. Jan malam itu juga keluar pergj ke airport.

"Gad.. ambik aku sekarang.. Aku kena balik.. urgent.." Jan call Gad.

02:46 KLIA 2

"Flight kol berapa ni ?" soal Gad.

"Pukul 7 nanti.."

"Apa yang urgent sangat yang kau nak balik sana balik..?" soal Gad lagi

"Nanti aku dah sampai sana, nanti aku bagi tahu.." jawab Jan dan memejamkan matanya sementara tunggu untuk terbang.

"Aku cari air jap.." kata Gad dan berjalan mencari air.

Setelah sekian lama Jan memejamkan matanya. Tiba-tiba ada yang singgah dibahu Jan yang sedang lena tido. (Gad Kunyit ke ? Hahahaha)

"Jangan tinggalkan saya sorang-sorang dekat sini.." suara membuatkan Jan tersedar.

"Ha haaannn nee.." tergagap Jan melihat orang disebelahnya.

"Saya dah bagitahu Zall perkara sebenar.. Zall pun dah bagi tahu semuanya apa yang terjadi tadi.." terang Hane berlembut.

"Hane tak boleh buat macam ni.. Zall sayangkan Hane dari collage lagi.."

"Hane hanya sayangkan Ann.. Hane tak boleh terus berpura-pura dengan semua ni.. Sebulan ikatan ni, buat Hane makin sukar nak lupakan Ann.."

Jan mencapai kunci kereta Hane ditangannya, lalu Jan menyarungkan cincin itu dijari Hane sekali kunci kereta Hane tergantung.

"Simpan cincin ni baik-baik.. Jangan sesekali tunjuk depan Zall atau orang lain.. Cincin tunang Zall tu, jangan pernah tanggalkan walau apa pun terjadi.. Ann taknak tengok jari ni kosong tanpa sebarang perhiasan.." kata Jan lembut sambil memegang tangan Hane.

"Tapi .."

"Mulai harini, masani, saat ini dan sekarang.. Tolong lupakan Megat Fauzan.. Anggap kita tak pernah jumpa dan kenal sebelum ni.." kata Jan dan meninggalkan Hane untuk kali keduanya.

"Megat Fauzan..!" Jerit Hane.

Jan juga berpaling memandang ke arah Hane.

"Saya takkan biarkan awak tinggalkan saya buat kali kedua.." kata Hane dengan tangisan.

Jan berpaling semula dan meneruskan langkahnya meninggalkan Hane dibelakang.

"Megat Fauzan..!! Awak kejam..!!" jerit Hane dan berlari mengejar Jan yang meninggalkannya.

Setelah Hane dapat memeluk Jan dari belakang. Jan menenagkan Hane. Walau bagaimana pun, Jan tetap akan meninggalkan Malaysia. Penuh tragis di KLIA 2 buat Jan dan Hane.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience