DHIYA cuba mencari perhatian Jan yang tidak pedulikan dirinya disebelah. Malah Hane pula terasa marah dalam dirinya apabila melihat Dhiya cuba mendekati Jan.
"Megat.. ambikkan I bahagian daging yang ade lemak sikit-sikit tu.. dekat depan dah tak ada bahagian tu.." kata Dhiya minta tolong Jan.
"You nak ni ke.. Jap.. You Hane nak apa lagi..?" kata Jan sempat soal Hane.
"Hane nak buahh oren tu.." jawab Hane bernada mengada.
"Okay.." Jan memberi buah kepada Hane dahulu baru mengambil daging untuk Dhiya.
"Ada apa-apa lagi tak..? Banyak Hane makan harini.." kata Jan dan menegur Hane.
"I pun nak laa buah oren tu laa Megat.." kata Dhiya. "Hane.. bukan you tak sihat ke.. Boleh pulak you sampai dekat sini.. siapa jemput you..?" soal Dhiya.
"I yang ajak dia.." sampuk Jane.
"Hane mintak diri dulu.." kata Hane ingin berlalu daripada meja makan.
"Cepatnya.." tegur Jan.
"Bairkan la dia.. you makanlah.. Banyak lagi tu dalam pinggan you.." kata Dhiya.
Bunyi kerusi ditolak daripada Hane, menarik perhatian Faziah yang sedang asyik makan. Faziah menegur Hane kerana terlalu cepat untuk diri Hane bangun.
"Hane..cepatnya bangun.. pergi naik atas mandi.. nanti mama hantar ubat.." kata Faziah pada Hane.
"Okay maa.." jawab Hane dan berlalu naik tangga.
"Cik Puan.. Cik Puan.." panggil pembantu rumah.
"Yes..!" sahut Hane ditengah tangga.
"Ini telefone Puan tertinggal didapur tadi.." berinya pada Hane.
Setelah itu, Hane mendaki tangga semula. Pada masa yang sama, Dhiya berasa hairan dan semakin buntu dirinya. Didalam fikirannya asyik terfikir siapakah Hane dalam rumah ni.
======================
Semua tetamu yang hadir dan pekerja, menunaikan solat sunat tarawih yang diimamkan oleh Gad sendiri. Selepas selesai mereka sambung kepada solat sunat hajat untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi, malah mereka mendoakan semoga yang masig tidak dikurniakan zuriat, beri izinkan untuk punyainya.
(Btw doakkan kakak kepada kawan baik sya {Faridatulwahida Mohd Sidi}, dikurniakan zuriat lagi, setelah 13tahun dalam perkahwinan. Ini pertama kali mengandung dan beliau telah melahirkan bayi 21minggu *tak cukup bulan* dan baby tersebut telah meninggal dunia pada 24 May 2020. Al-Fatihah..)
Selesai sahaja solat berjemaah, Faziah menjemput untuk minum-minum dahulu sebelum balik ke rumah masing-masing termasuk pekerja yang harus pulang ke rumah mereka.
"Megat.. Boleh you hantar I balik..?" soal Dhiya pada Jan ketika itu.
"You duduk mana ?" soal Gad menyampuk.
"Satu jalan dengan rumah Hane.. Tapi I depan lagi.." kata Dhiya.
"Ooo..so bolehlahh kami hantar you balik.. Sebab sehaluan juga.." sampuk Jane.
"Hahh.. betul tu.. Tak perlu I nak keluar rumah.. Lagipun I penat harini.." kata Jan.
"Hah.. kalau nak tidur sini pun boleh.." kata Faziah menyampuk dan dengan serta merta Jan dan Faizal membulatkan matanya pada Faziah.
"Mamaa..." panggil Faizal panjangg.
"Betul ke aunt..? Thanks aunt.." kata Dhiya gembira.
"Betul.. Tak apa.. satu malam je kan.. esok mintak driver Dhiya ambik disini ye.. Nak balik malam ni pun.. rasanya macam bahaya.. " kata Faziah.
Akhirnya semuanya akur dengan cadangan Faziah kerana rumah Gad dan Jane tidak sehaluan dengan rumah Hane atau Dhiya. Faziah tidak mahu membebankan Jane yang sarat mengandung. Gad dan Jane juga meminta diri untuk beransur pulang, Faizal dan Tia juga sudah naik ke bilik mereka yang tinggal dibawah hanya Faziah, Hane, Dhiya dan Jan.
"Hane tak ikot Gad balik sekali..?" soal Dhiya pada Hane
"Ohh tak... Hane tidur sini juga malam ni.." kata Faziah jawabkan untuk Hane.
"Ohh.. So I nak tidur bilik mana..? Bilik you boleh ke ..? So Hane tidur bilik guest room.." kata Dhiya selamba dan membuatlan Faziah tersedak.
"Bilik I..? Bilik I tak boleh laa.. Bilik lelaki.. I nak tidur mana nanti.." kata Jan mengada.
"Betul jugak tu.." kata Dhiya.
"Hah macam tulah.." kata Faziah.
"Megat.. U ingat tak design rumah yang pernah kita reka untuk rumah kita tu.. Rumah tu dah siap ke..?" soal Dhiya berular topik.
"Ooo..rumah tu ..." belum sempat Jan habis bercakap, Hane sudah berdiri pergi ke dapur.
"Rumah mana tu Ann..?" soal Faziah.
"Rumah yang Ann duduk tu maa.." jawab Jan.
"You duduk situ sorang ?" soal Dhiya.
"Kenapa you tanya..?" soal Jan semula.
"Bilaa you nak hantar merisik..?" soal Dhiya seperti excited.
"Merisik siapa ?" soal Faziah sengaja.
"Merisik Dhiya untuk Megat.." jawab Dhiya.
"Merisik..?" soal Hane tiba-tiba mencelah.
"Ha'ah Hane.. I dengan Megat dah lamakan.. why not kami teruskan hubungan tu ke tahap yang lebih serius.." kata Dhiya.
Pada ketika itu Jan muka sudah menjadi pucat kerana tidak sangka soalan seperti itu boleh bangkit didepan isterinya Hane.
"Ooo.. Hane masuk bilik dulu lah.." kata Hane ingin meminta diri.
"Eloklahh Hane.. Nanti sahur mama kejut.. rest cukup-cukup kay sayang.." kata Faziah dan mengusap kepala Hane yang berdiri didepannya untuk pergi.
"Okay maa.. Goodnight.. Jangan tidur lambat.. Jangan lupa masuk bilik pulak.." kata Hane dengan memerli dihujung katanya.
"Hahahaa.. Okay Hane.." kata Jan dengan sedikit ketawa apabila mendengar perlian Hane.
Hane pun melangkah pergi dengan senyuman kambingnya pada semua.
"Manjanyaa Hane dengan aunt.." tegur Dhiya yang memerhati kemesraan Hane dan Faziah.
"Anak kesayangan mama.. Macam tu laa.." jawab Jan.
"Mana ada.." kata Faziah.
"Tu Hane tidur mana.. ke saya kena tidur sekali dengan dia.. Kalau boleh saya nak sendiri.." kata Dhiya.
"Ooo tak.. Hane tidur bilik lain.." jawab Faziah.
"Ooo.."
"Huwaaarrgghhh.." Jan menguap.
"Hann Ann.. masuk je tidur.. nanti nak bangun sahur.. Dhiya pun.." tegur Faziah.
"Okay maa.." kata Jan dan mendahului yang lain.
Sampai didepan pintu bilik, Jan menolak tombol pintu tetapi pintu masih belum buka. Jan mencuba 2 3 kali menolaknya.
"Nape tu Ann..?" soal Faziah.
"Pintu tak boleh buka maa.." kata Jan.
"Bilik you kee tu ?" soal Dhiya yang mengikuti Faziah daripada belakang.
"Ha'ah.." kata Jan.
"Ann tidur jelah bilik mama.. biarkan Ha ..."
"Ann tidur bawah.." Jan memotong kata Faziah.
"Hahh.. okay.. Sib baikk.." kata Faziah terkejut dengan apa yang cuba disampaikan tadi.
"Nasib baik kenape aunt..?" soal Dhiya.
"Tak ada apelah.. Dahh jum masuk tidur.." kata Faziah.
Mereka bertiga pun bersurai masuk ke bilik tidur. Jan pula memastikan semua orang sudah masuk ke dalam bilik untuk dia kembali semula ke biliknya. Jan memasuki biliknya melalui jalan luar.
"Tuann.. Jauh jalan.." tegur PakGuard.
"Hahaha.. Biasalahh.. ada tetamu.." jawab Jan bersahaja.
"Ingat kena tidur luar tadi.." katanya.
"Taklahh.. saya masuk dulu.." kata Jan memasuki ke biliknya.
Selangkah Jan memasuki ke bilik. Bilik gelap gelita tanpa ada sebarang cahaya.
"Arrrggghhhh duiii.." adu Jan.
"Sudahh..!! sudahh..!!" kata Jan apabila dipukul.
"Berani erkk nakk pergi merisik perempuan lain.." kata Hane sambil pukul Jan dengan bantal peluk.
"Mana ada.. B tak cakap apa-apa lagi.." kata Jan.
"Tipu..!" marah Hane.
"Betul.."
"Rumah tu.. kenape tak cakap rumah dengan dia..?!" marah Hane lagi.
"B tak tahu pun yang Dhiya akan datang balik.." jawab Jan.
"Then sekarang DIA dah datang balik.." kata Hane.
"So what..? Hah.. Hahahahaa.." kata Jan dengan ketawa mengusik isterinya.
"Eeee.. Diaa ni kann.." marah Hane memukul Jan lagi.
Jan tidak dapat bertahan lagi, Jan mencapai tangan Hane untuk berhenti dengan tindakkannya. Jan memeluk Hane daripada belakang.
"Sudah laaa sayang.. Sayang tak penat ke.." soal Jan berbisik ditelinga Hane.
"Apa salah Hane sampai macam ni sekali Hane kena rasa.." kata Hane yang mula menangis.
"Sayang.. B sayang sayang.. Kalau B tak sayang sayang.. B takkan cari sayang.." pujuk Jan dan membawa Hane berbaring diatas katil.
Tidak lama kemudian Jan dan Hane tertidur. Hane tidur didalam pelukkan Jan. Walau macam manapun tidur mereka tidak lama kerana Hane masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya. Hane menjerit dan menangis ketakutan.
"Arhhh.. arhh.. Tolong..! Tolong..! Jangan..! " kata Hane didalam tidurnya.
"Sayang..! Sayang..!" panggil Jan menyedarkan Hane.
"Taknak ! Jangan ! Jangan !" kata Hane sambil menolak Jan yang cuba sedarkan Hane.
"B ada.. Sayang.. B ada.. B dekat sini.. B tolong sayang.." kata Jan mencuba lagi.
"Annn..!" ketuk Faziah dari luar pintu bilik.
"Ye maa.." sahut Jan.
"Ubat dekat mana ?" soal Faziah pada Jan.
"Maa buka loker Ann.. dalam tu ada.." kata Jan.
Faziah mengambil dan berikan pada Jan jarum suntik untuk berikan Hane ubat penenang.
"Maa pegang tangan Hane.."
Akhirnya Hane terdiam dan kembali tidur semula. Jan dan Faziah berasa lega melihat Hane kembali tenang.
"Ann taknak bawa Hane pergi buat rawatan ke..?" soal Faziah.
"Tak kot maa.. Ann percaya Hane boleh lawan semua ni.." jawab Jan.
"Sampai bilaa Ann.. Mama tak sanggup tengok Hane macam ni.." kata Faziah.
"Walau macam mana pun.. Ann tetap akan jaga Hane sendiri.. Ann akan pastikan Hane akan ada depan mata Ann 24 jam 7 hari, sampai Hane betul-betul dah okay.." kata Jan sambil mengusap kepala Hane disebelahnya.
"Ann tidurlah.. Kejap lagi mama kejut bangun sahur.." kata Faziah sebelum keluar daripada bilik Jan.
Jan sambung semula tidurnya sebelum bangun untuk bersahur.
=================
04:50 pagi.
"Maa.. Ann tak turun pun lagi ni.." Soal Faizal.
"Hane pun tak turun lagi aunt.." kata Dhiya menyampuk.
"Nanti mama panggilkan.." jawab Faziah.
"Biar Zall yang panggil.. Mama duduk je situ.." kata Faizal dan mendaki tangga.
Tuk..!! Tukkk..!!
"Ann.. bangun sahur.." kata Faizal diluar pintu.
"Ye Zall. Japgi aku turun.." jawab Jan.
"Semua dah tunggu.. dekat bawah.." kata Zal.
"Okay.."
"Jangan lupa Haaa ..."
"Zal.. bilik Hane mana ?" soal Dhiya yang tiba-tiba muncul.
"Bilik Hane..? Aaa.. aaa.." tergagap Zal nak menjawab.
"Hane tak join kita makan.. dia tak berapa sihat mama cakap.." kata Jan yang keluar daripada biliknya.
"Ooo.. kalau macam tu la.. jom laa kita makan.." ajak Dhiya setelah Jan berada didepannya.
Apabila dimeja makan, Dhiya duduk bersebelahan Jan. Mereka semua leka makan, tanpa semua sedari Hane juga turun ke meja makan.
"Hi..!" sapa Jan yang melihat Hane berjalan ke meja makan.
"Hane..! Mama ingat Hane taknak bangun sahur.." kata Faziah.
"Bulan puasa kan maa.." jawab Hane dan mengambil tempat duduk disebelah Tia.
"Hane nak makan apa.. Kalau nak bubur mama buatkan..?" soal Faziah pada Hane.
"Tak apaa maa.. Makanan ni ada.. Tiaa tambah laa lagi.." kata Hane.
"Ann amekkan lauk tuk Hane tu.." kata Faziah pada Jan.
"Hane nak apa..?" soal Jan dan bangun dari tempat duduknya.
"Tak tahu laa..banyak sangat pilihan" jawab Hane.
"Cuba rasa yang ni.." Jan suapkan Hane makan didepan Dhiya.
"Ehh..! Aunt..! Boleh ke Megat dengan Hane tu aunt..?" tegur Dhiya.
"Biarlah.. nak rasa jee kan.." jawab Faziah.
"So nak makan apa..? Ann ambik kan.." kata Jan sambil membetulkan rambut Hane yang mengurai tidak berikat.
"Hane ambik ni jelah.." kata Hane dan menceduk lauk ke pinggan makannya.
"Sedapkan yang ni.. Tapi kenape sikit sangat makan ni..?" soal Tia.
"Ni pun dah cukup.." jawab Hane dan menyuapkan makanannya.
"Nanti boleh tambah.." kata Faziah.
"Betul tu.." sokong Jan.
Baru Hane makan 2 3 dan 4 suap, ada yang berlari ke dapur.
"Kenape tu..?" soal Faziah yang terkejut. "Bikk.. Tengokkan tu.." arah Faziah pada pembantu rumah.
"Pergi laa tengok.." tegur Hane pada Jan.
"Biarlah diaa.. B nak teman sayang makan.." kata Jan.
"Amboi.. masa adaa Dhiya.. B ke sayang ke.. semua hilang erk.." kata Hane dan mencubit peha Jan.
"Kata nak cover-line.." kata Jan dan tersengeh.
"Apalah.. Hane pergi tengok jap.." kata Hane dan berjalan ke arah Dhiya. "Okay tak ni..?" soal Hane dan menggosok belakang Dhiya.
"Dee.. Okay tak tu.." soal Jan datang melihat keadaan Dhiya.
"I okay.. Salah makan kot.. Wueekkk.. wuekk.." jawab Dhiya dan muntah lagi.
"Jom I bawa you pergi klinik.." kata Jan.
"Hane kan ada.. Dhiya sendiri pun doktor.. Dalam rumah ni doktor ada dua orang Ann.. " sampuk Faziah yang datang ke arah mereka bertiga.
"Bawa naik laaa dulu Dhiya ni.. Nanti Ann bawakan ubat.. Hane nak makan.. Makan dulu.." kata Jan yang risaukan isterinya masih belum sempat makan.
"Hane tak makan dah kot.. Hane bawa naik Dhiya kat bilik.." kata Hane dan memapah Dhiya.
"Hane.. pergi makan.. Awak pun tak berapa sihat.. Bikk bawakan naik atas.." arah Faziah.
Setelah itu, Hane membiarkan pembantu rumah memapah Dhiya ke bilik. Hane sambung semula makan yang tergendala sebentar. Faziah dan Jan pergi melawat dan bawakan ubat untuk Dhiya.
bersambung...
(Done create 01:31 am 11/6/20)
(Publish on 12:01 pm 11/6/20)
(New Edit 11:13 am 27/08/20)
Share this novel