BM-66

Romance Series 50447

PORT DICKSON...

Hane dan Hakim tinggal didalam satu villa tetapi berasingan bilik. Kos pembelanjaan semua ditanggung oleh Hane. Hane lebih kerap habiskan masanya berehat didalam bilik daripada berborak bersama Hakim. Hakim pula, terlalu berharap supaya Hane keluar daripada bilik untuk berborak dengannya.

Tiba-tiba Hakim terkehut apabila Hane keluar daripada bilik dengan berpakaian bathrobe.

"Awak..!!" Hane terkejut apabila melihat Hakim masih diruang tamu.

"Tak tidur lagi ke ?" soal Hakim.

"Aaaa... belum.. Saya lapar.." kata Hane

"Nak makan apa.. saya masakkan..?" kata Hakim.

"Maggi cup je.. Sorry tau saya pakai macam ni.. Dah tak ada baju.." kata Hane.

"Sokay.. Duduklah.. saya buatkan.." kata Hakim.

"Thanks.." kata Hane dan duduk dimeja makan.

"Lambatnyaa awak tidur.. Apa yang awak asyik fikirkan..?" soal Hakim.

"Entah laa.. Tak tahu nak kata apa.. Semuanyaa rasa tak kena jee.. Tapi siapalah awak, saya nak cerita hal rumah tangga saya kan.." kata Hane.

"Kalau bukan dekat saya yang ada dengan awak sekarang.. Siapa lagi nam dengar.. Kata nak temangkan diri.. So share with me.. Im here to you.." kata Hakim memujuk Hane untuk bercerita.

"Segan sayaa nak cerita dengan awak.." jawab Hane.

"Tak apalah kalau macam tu.. Siapalah saya ni.. Ni maggi awak.." kata Hakim bernada sedih.

"Terima kasih.." kate Hane.

"Sama-sama.. Nanti sahur nak makan apa ?" soal Hakim.

"Pape je.. Tapi you nak masak ke order..?" soal Hane semula.

"Nak masak pun barang tak ada.." kata Hakim

"Tapikan awak tahu ke masak..?" soal Hane lagi.

"Hidup bujang macam saya.. Ofcourse laa tahu masak.. Awak nak makan apa.. saya masakkan.." kata Hakim.

"Hmmm.. Sahur ni sedap jugak kalau dapat ketam masak lemak cili api.. tapi mana nak dapat bahan tu semua..?" soal Hane

"Cuba tanya hotel servise.. Mintak beli bahan-bahan diaa.." cadang Hakim.

"Okay juga tu.. Kita cuba call.. kalau dapat rezeki.." kata Hane.

"Tapi makanlah dulu.. siap makan kita call.."

"Okayy-okay..."

Hane pun menikmati maggi cup yang dibuat oleh Hakim. Hakim juga menikmati wanita cantik didepannya sedang makan. Setelah selesai makan, seperti yang dirancang Hane menghubungi perkhidmatan hotel.

"Hello.. Selamat malam.." kata Hane.

"Selamat malam.. Ada apa yang perlu kami bantu." katanya.

"Boleh saya dapatkan bahan masakkan untuk sahur ni tak ?" soal Hane.

"Boleh saya tahu Puan nak barang apa tu..?" soalnya semula.

"Nakk apa.." soal Hane perlahan pada Hakim disebelahnya.

"Mintak ketam.." kata Hakim bisik pada Hane.

"Bagi 2 ekor ketam.." kata Hane semula.

"Santan kelapa.." Hakim berbisik.

"Santan kelapa.."

"Cakap bahan nak masak masak lemak cili api.." bisik Hakim.

"Hahh..?" Hane kurang jelas.

"Caaa kaappp naaa buuu aaaatt guuu guuuu laaiii ..." kata-kata Hakim terhenti apabila dia dan Hane bertentang mata.

1

2

3

Paappp..!

"Ehh.. apa tadi.." Hane mengalihkan pandangannya.

"Saya nak bahan masak lemak cili api.." Hakim mengambil telefone ditangan Hane sambil matanya memandang ke arah Hane.

"Baik Tuan.. kami akan sediakan bahan-bahan itu untuk tuan puan.. Dalam pukul 3:50 pagi, kami hantar bahan seperti yang diminta.." katanya dan menamatkan panggilan tersebut.

Setelah itu, Hane menjauhkan jarak duduknya dengan Hakim. Hakim dan Hane masing-masing masih terasa hangat dengan pandangan mata yang diterima. Akhirnya, Hane mintak diri untuk masuk ke biliknya.

**********************

Kediaman Faziah.

"Maa.. badan Ann masih panas lagi tu maa.. dia pergi mana harini..?" soal Faizal pada Faziah.

"Yang mama tahu pergi Kuala Selangor cari Hane.. jumpa ke tak.. mama tak tahu.. tadi sampai pun Ann terus masuk bilik.." kata Faziah.

"Macam-macam.. tak sangka macam ni sekali jadi dekat Ann.. Zall bersyukur maa.. Dalam rumah tangga Zall takda perkara sama macam ni berlaku.." kata Faizal.

"Kamu tu lain Zal.. tapi ingat tak masa mula-mula dulu pun bermasalah.. Sampai putus tunang tu semua.. cuba call Hane dapat tak.." kata Faziah.

"Tidur kot mama.. biarlah dulu.."

"Iyelah.. dah tengah malam ni.. Esok pagi kalau badan Ann masih panas lagi.. Kita bawa dia pergi hospital.." kata Faziah.

"Okay maa.. tapi itulahh jarang laaa Ann nak sakit-sakit macam ni sekali.." curiga Faizal.

"Betul juga tu.. Tak pelah.. Mama tidur dengan Ann malam ni.." kata Faziah.

Setelah itu semua bersurai masuk tidur. Faziah menemani Jan tidur pada malam itu.

************************

04.15 a.m - Port Dickson.

"Hi..!" tegur Hane pada Hakim yang baru keluar daripada biliknya.

"Awal awak bangun.." kata Hakim.

"Saya nak tolong siapkan bahan-bahan awak nak masak.. Tak salah kan ?" soal Hane.

"Hahahaa.. I cant imagine.. yang awak akan bangun se awal ni nak tolong saya.. Saya ingat nak bangunkan awak.lepas dah siap masak.." kata Hakim.

"Gelak pulak dia.. so apa lagi.. tolonglahh saya.." kata Hane.

"Okay-okay.. sorry.." kata Hakim dan masuk ke ruang dapur untuk membantu Hane sediakan bahan sebelum memasak.

Sedang Hane membersihkan ketam, tiba-tiba Hane merasakan penafasan sesoerang menghampiri telinganya.

"Macam ni cuci ketam.." kata Hakim datang daripada belakang Hane.

Hane hanya kaku tidak melakukan apa-apa apabila tangan Hakin memengang tangannya untuk beri tunjuk ajar menguci ketam.

"Awak kena buang dia punya insang ni.. sebab dalam ni ada pasir.." kata Hakim sambil tangannya membersihkan ketam.

Jantung Hane berdegup kencang dup dap dup dap, apabila badan Hakim terkena badan belakangnya. Hane juga tidak bergerak sedikit atau mengelak dengan apa yang terjadi.

"Why you be someone else wife..?" bisik Hakim tepi telinga Hane.

"Fated.." jawab Hane.

"Fated.. so what going now still fated for you ?" soal Hakim.

"Yup.." sepatah Hane menjawab.

"Sayangnya.. saya terlepas peluang untuk kenal diri awak dulu.." kata Hakim dan menjauhkan jaraknya dengan Hane.

Hane hanya membisukan diri hingga di meja makan pun Hane cuba mendiamkan diri begitu juga Hakim. Sampai bila hendak bisu sehingga Hakim bersuara untuk solat subuh berjemaah sekali.

"Saya imamkan solat subuh.. then awak boleh rehat.." kata Hakim.

"Saya tak ada kain telekung.. macam mana nak solat.." jawab Hane.

"Jap.." kata Hakim dan berlalu masuk ke biliknya. "Ni ada tudung untuk awak.." Hakim berikan tudung kepada Hane.

"Mana awak dapat ni ?" soal Hane.

"Saya memang nak bagi tudung ni dekat awak.. awak cantik bila pakai tudung.." kata Hakim.

"Oh..! Terima kasih.." Hane terus menyarung tudung tersebut.

Setelah Hakim habis membaca doa selepas solat, Hakim dan Hane bawa diri masuk ke bilik masing-masing.
_________________

Pada siang harinya, Jan dimasukkan ke hospital kerana suhu badannya masih panas lagi.

"Hane still tak dapat contact dia ke..?" soal Faziah pada Gad.

"Tak puan.. Fone dia ada bersama Ann..Jadi buat masa seksrang kita tak dapat contact dengan Hane.." kata Gad

"Ni semua budak tu punya kerja.. Gad saya nak awak hapuskan budak tu.. as soon as posible.." kata Faziah.

"ASAP Puan.. seriously..?" soal Gad untuk kepastian.

"Yes..!" jawab Faziah.

Selepas menerima arahan daripada Faziah, Gad terus keluar daripada biluk Jan dan jalankan tugasan yang diberikan.
___________________

Port Dickson

Disaat Hane menikmati pemandangan laut dan menghirup udara segar dikoridor villa, Hane terkejut akan adanya sepasang tangan yang memeluknya daripada belakang.

"Lepaskan apa yang terpendam.." bisiknya.

"Why you like this..?" soal Hane.

"Just want make you feel better.." jawabnya.

"You know right I'm Megat's wife.." kata Hane.

"Yaa.. I know.. You miss your husband right ?" soalnya.

"Hmm.. He still my husband.." jawab Hane dan cuba lepaskan pelukkan tangan tersebut.

"No..! Please stay.." katanya bertahan untuk memeluk Hane juga.

"Please.." rayu Hane.

"Okayyy.. But please smile.." katanya dan mengemaskan lagi pelukkannya pada Hane.

"Okay..okay.." kata Hane.

Hane dilepaskan, dan secara tiba-tiba Hane bertindak melulu dan menampar lelaki tersebut.

"Awak ingat saya tiada maruah ke ?!" soal Hane bernada tinggi.

"Apa ni.." jawabnya.

"Sedar diri awak.. Saya ni isteri orang.. Awak tu bekas pekerja kepada kami Hakim..!" marah Hane dengan tindakkan Hakim yang berani itu.

"I just want make you feel better.. Just that.." jawab Hakim.

"Tapi bukan ini caranya.. Tindakkan awak harini sungguh menjatuhkan maruah saya sebagai seorang isteri.. Walaupun saya rindukan suami saya ke, saya takkan berlaku curang belakang dia.. !" marah Hane.

"Habis suami awak curang belakang awak tak apa..? Macam tu ke ? You should do to.." kata Hakim.

"Ya Allah.. Apa pun yang berlaku, itu hal peribadu saya.. Awak ingat saya suka awak ? Awak rasa, awak layak ke untuk saya ?" soal Hane.

"Okay fine.. Saya tahu, saya orang kampung.. Tiada pape.." jawab Hakim.

"Sedar pun.. Kalau awak seorang lelaki yang baik.. Bukan dengan cara macam ni.. Sayaa tak suka dengan cara awak nak ambil.kesempatan ke atas saya.." luah Hane dengan perasaan marahnya.

"Im sorry.. Im just want you be mine forever.." kata Hakim jujur.

"Huhh..! Dream on.. You know what.. I milik husband I kay.. Only one man can have me as his mine, it is Megat Fauzan.. Not you or others.." jawab Hane dan berlalu pergi.

"But..!" Hakim berjaya mecalai dan menarik tangan Hane. "Looking at my eyes.." kata Hakim setelah Hane berdiri betul-betul didepannya. "I love you.." kata Hakim dan membetulkan rambut Hane yang menutup mukanya.

Hane terkaku saat matanya dan Hakim bertemu, pandangan mata dibalas dengan tepat oleh keduanya. Pandangan mata membuatkan muka mereka berdua hampir bercantum untuk bercium.

TIBA- TIBA...!!!

Pintu villa mereka diketuk dengan kuat daripada luar, membuatkan mereka berdua tersedar daripada apa yang sedang berlaku. Hane beredar masuk ke bilik tidurnya. Hakim pergi membuka pintu.

Tanpa sempat Hakim melihat siapa diluar pintu, satu hayunan penumbuk sampai dimuka Hakim. Kekecohan yang berlaku didepan pintu memanggil Hane untuk keluar daripada bilik.

"Apaa ni..?!" soal Hane terkejut.

"Apa ni Hane..?! Awak berdua-duaan dalam rumah ni..?!" soal Iqbal

"Apa awak buat dekat sini..?" soal Hane membelek luka dibibir Hakim.

"Apa awak buat dekat sini ?!" marah Iqbal.

"Itu hak saya.. apa saya nak buat pun.." jawab Hane.

"Awak ikot saya balik sekarang.." Iqbal menarik tangan Hane.

"Lepaskan dia.." Hakim menarik semula tangan Iqbal yang menarik Hane.

"Eeee.. lepaskanlah.. siapa awak nak suruh saya ikut awak..?!" marah dan mencuba lepaskan pegangan tangan Iqbal.

Sekian lama mereka bertiga bergelut.

.
. .
TIBA-TIBA...!!!

bersambung.....
(Done write and publish 05:15 26/5/20)

Share this novel

Angah Ajalah
2020-05-26 09:42:43 

geram betullah cerita ni..laki bini sama je..ermm


NovelPlus Premium

The best ads free experience