BM-92

Romance Series 50447

Selepas mereka selesai makan malam, sudah tiba masanya Hane mengemas pakaiannya untuk pulang semula ke rumah keluarganya bersama anak kembarnya. Jan hanya melihat sahaja Hane mengemas beg pakaiannya sambil bermain mesta dengan anak kembar mereka.

"Nanti daddy datang jumpaa Qeef and Reen kay.. Jangan nakal-nakal.. Jaga kan mummy untuk daddy tau.. Daddy kalau boleh taknak lepas mummy and anak-anak daddy pergi.." kata Jan sambil menjeling ke arah Hane.

"Ini jalan hidup kita.. Awak jangan lupa isteri awak tengah sarat mengandung dekat rumah tu.. Tinggal seorang diri lagi tu.. Kalau jadi apa-apa macam mana..?" Kata Hane tanpa memandang Jan.

"Dia dah ada yang jaga.. Awak dengan anak-anak tak ada yang jaga.." balas Jan.

"Saya boleh jaga anak-anak kita.. Ini yang tertulis buat saya.." kata Hane memandang Jan.

"Bagi saya peluang untuk jaga anak kita sama-sama.." kata Jan membalas pandangan Hane.

Kringggggggg....!!!
(Telefone Hane berbunyi)

"Amirr.." kata Hane sengaja biar Jan tahu siapa yang hubunginya.

"Waalaikummussalam Abang.. Lagi setengah jam sampai.. Okay.. Hane dengan kembar pun dah siap.. Tunggu abang je datang sekarang.. Safe drive bang.. Assalamualaikummm.." kata Hane menamatkan panggilan itu.

"Sejak bila panggil Amir abang ?" Soal Jan dav terus berdiri dari katil memandang Hane.

"Sejak kami dah plan nak kahwin.. Amir mintak saya panggil dia abang.. Tak salah pun kan.." kata Hane.

"Ooo.. Nak kahwin.. Then nanti ada anak..bagi adek dekat Qeef and Reen adek tiri err.. Then nanti awak and Amir abaikan Qeef and Reen.." kata Jan seperti tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi pada anak-anaknya.

"Apa kurangnya awak dengan Dhiya.. Nanti Dhiya tu bersalin, anak tu adek pada Qeef and Reen jugakan.. Awak pun akan ada selalu dengan anak tu.. So, tak ada beza pun.. Awak boleh kenapa saya tak boleh..?" Balas Hane dengan kata-kata Jan.

"Hmmmm.." Jan kalah dan berjalan ke koridor biliknya untuk ambil udara segar menenangkan dirinya.

"Hane keluar pergi bilik mama sekejap bawa kembar ni.." kata Hane pada Jan sebelum keluar bersama kembar.

"Okay.. nanti saya nak jumpa anak saya juga.." pesan Jan.

"Iyaa.."

"Astagfirullah.. Allahuakhbar.. Apa aku dah buat ni.. Aku tak boleh lepaskan Hane dan anak-anak pada orang lain.. Aku buntu.. Ya Allah.. bantu hambamu ni.." kata Jan sendiri sehingga mengalir air matanya.

Lama Jan bermain dengan jiwa dan perasaannya sampaikan tidak perasan akan kehadiran Hane disebelahnya.

"Apa yang awak fikirkan..?" Soal Hane menegur Jan yang termenung jauh.

"Biasalah.. Hal business.. Hane nak balik dah ke..?" Soal Jan sambil mengesat air matanya.

"Belum lagi.. anak-anak dengan mama.. Abang Amir pun tak sampai lagi.." jawab Hane.

"Ohhh.. Elok-elok balik.. Nanti dah sampai bagi tahu saya.. Nanti saya risau.." kata Jan tenang.

"Awak okay ke ni..? Saya nampak awak kesat air mata tu.." kata Hane memandang Jan.

"Saya okay je.. Biasalah.. Orang kita sayang, kita cinta.. Dah nak jadi isteri orang.." kata Jan berani.

"Awakkk..." Hane mengapai tangan Jan. "Pandang saya.." kata Hane. "Awak kena percaya pada saya.. Saya dengan Amir boleh jaga anak kita.. Saya takkan halang awak nak berjumpa dengan kembar.. Saya bagi awak masa untuk bersama mereka.." kata Hane.

"Bukan tuu yang saya nak.." kata Jan sambil menahan air matanya dengan mendongak ke langit gelap itu.

"Then..."

"Bagi saya peluang, ruang untuk betulkan semua ni.. Tunggu saya kembali semula.. Kita bina hidup baru.." kata Jan dan mengalir jua air matanya.

"Berapa lama lagi untuk saya menunggu awak untuk kembali..?" Soal Hane mengesat air mata dan mengusap pipi Jan.

Gruuuukkkkkkk...
(Pintu pagar rumah terbuka..)

"Amir dah sampai tu.." tegur Hane apabila terdengar pintu pagar rumah terbuka.

"Sayang.. Stay... Pleasee..." Jan menarik tangan Hane semula apabila Hane buka langkah untuk masuk semula ke bilik.

"Nooo.." tolak Hane dengan baik.

"Pleaseee.. Just for tonight.. Saya sendiri akan cakap pada Amir, awak tak jadi balik.." kata Jan.

"Noo.. Saya dah janji dengan Amir.." kata Hane dan menolak tangan Jan daripada terus memegang tangannya.

"Saya pergi jumpa Amir sekarang.." kata Jan dan terus turun ke tingkat bawah menggunakan tangga biliknya.

Tanpa sempat Hane menghalang, Jan sudah turun ke bawah. Hane pun pergi ke bilik Faziah untuk mengambil anak kembarnya.

"Assalamualaikum Mier.. Lama tak jumpa.. hari tu last masa dekat Mall tu je.. Sihat ke..?" Kata Jan menyapa Amier dahulu.

"Waalaikumussalam.. Alhamdulillah sihat.. Tapi itulah banyak kes sikit harini.." kata Amier menjawab.

"Biasalah.. nama pun kerja.. Maaflah susahkan kau malam-malam ni hantarkan Hane dengan anak-anak aku balik rumah Tan Sri.. Aku bukan taknak hantarkan.. Aku penat sikit harini.." kata Jan.

"No problem laa.. Lagi pun aku pun ada benda nak discuss dengan Tan Sri.." kata Amir.

"Bincang pasal majlis kau dengan Hane ke..?" Soal Jan.

"Mana kau tahu ni.." kata Amir seperti terkejut dengan pertanyaan Jan.

"Hane ada bagi tahu aku yang korang dua nak kahwin.. Takkan aku nak halang pulak.. Itu pilihan dia.. Aku pun nak tengok dia bahagia.. Satu aku minta, tolong jaga anak-anak aku and anggaplah kembar tu macam anak kau sendiri.." kata Jan seperti kecewa.

"Alarhh kau ni pun.. Jangan risaulah.. Anak Hane.. Anak aku juga.. Kau tu jangan lupa, anggap anak Dhiya tu pun anak kau.. Budak tu tak bersalah pun.." kata Amir

"Ehemmm... rancak borak.." sampuk Hane.

"Biasalah borak man to man.." jawab Jan.

"Mana kembar..?" Soal Amir.

"Hah.. mana Qeef and Reen.. Jangan lewat sangat balik.. Tak elok.." kata Jan memandang Hane dengan pandangan pura-pura gembira.

"Oh.. Abang, Hane mintak maaf sebab susahkan abang.. Kembar dah tidur.. Kesian pula nak kejutkan bangun.." kata Hane.

"Ohh.. kalau macam tu.. siang nantilah abang ambil Hane and jumpa dengan papa.." kata Amir.

"Kalau siang nanti.. Biar aku jelah hantar Mir.. Lagipun esok aku cuti lagi.." kata Jan menyampuk dan tersenyum gembira.

"Tak susahkan kau ke..?" Soal Amir.

"Tak lahh.."

"Okaylah.. aku gerak dulu laa.. Aku pun penat juga ni.. Hane nanti apa-apa call abang kay.." kata Amir dan sempat berpesan pada Hane.

"Baik abang.. Sorry kay.." kata Hane.

"Safe drive.." kata Jan pada Amier yang sudah masuk ke dalam keretanya.

"Suka laa awak kan.." kata Hane pada Jan.

"Sukalah.. Twins bagi daddy chance tu.." kata Jan tersenyum-senyum.

Setelah kelibat Amir hilang daripada pandangan, Hane dan Jan berjalan beriringan masuk semula ke dalam rumah. Mereka berdua terus naik tingkat atas dan berpecah haluan, Hane ke bilik Faziah, Jan masuk ke biliknya.

Tukkk.. Tukkk...

Jan berjalan membuka pintu biliknya yang diketuk.

"Aik.. kata tidur.." tegur Jan terkejut apabila melihat kembarnya masih mencelik mata.

"Tah siapa tah mintak stay.. lepas tu buat lupa.." kata Hane.

"Thanks sayang.." Kata Jan dan mengambil Reen daripada Hane.

"Saya nak bagi tidur dah ni.. Awak jangan kacau pula anak nak tidur.." kata Hane menegur Jan.

"Iyee tak.. bagilah dua-dua dekat saya.. Saya tidurkan.." kata Jan.

"Saya nak bagi susu dulu.. ke awak ada susu nak bagi..?" Kata Hane.

"Ohh.. sorry.. Kalau saya nak susu juga boleh tak..?" Soal Jan nakal.

"Dah kenapa.. "

"Gurau-gurau.. Garang sangat laa mummy awak ni Reen.." kata Jan.

Sambil berbual kosong dengan Jan, Hane memberikan susu badan pada anak-anak sebelum mereka ditidurkan oleh Jan.

**********************

[3:15 Pagi]

"Uuuuekkkk... uuueekkkk.." Qeef menangis.

"Shhhh.. mummy ada ni.." Hane terbangun dan melihat keadaan Qeef.

"Perut dia masuk angin ke..?" Soal Jan turut terbangun.

"Tak tahulah.. Ambikkan minyak angin tu.. Hane sapukan.." kata Hane.

"Biar saya sapukan.. Awak pergilah tidur.." kata Jan.

"Tak apa.. biar saya sapu kan.. nanti awak tidurkan.." kata Hane.

"Okay.." Jan mengalah. "Laa illaha illah.. Muahammadur rasulullah.. La ilaha illallah muhammadur rasulullah.." selawat Jan sambil duduk mengendung Qeef didadanya.

"Shuuhhhhhh... Sayang mummy.. Mummy ada.. Daddy pun ada ni..." kata Hane datang memujuk Qeef yang masih menangis.

"Awak tidurlah.. Tak apa.. Saya boleh tidurkan dia.." kata Jan pada Hane.

"Saya kesian tengok awak.. Saya dah biasa malam-malam macam ni.. Kadang tu dua-dua sekali meragam.." kata Hane.

"Maafkan saya.. Bukan niat saya nak susahkan awak.. Saya kalau boleh nak laluinya sama-sama dengan awak sayang.." kata Jan memandang Hane disebelahnya.

"Awak.. Saya tahu awak penat.. Tak apa.. Saya boleh tidurkan dia.. Awak bagi saya.. Saya bagi dia susu.. Mana tahu dia diam.." kata Hane.

"Saya teman awak.." Jan beri Qeef pada Hane untuk menyusu.

"Awak pergi jee tidur.. Saya malu pula dengan kita macam ni.." kata Hane segan apabila Jan berada disisinya sambil melihat Qeef menyusu badaan.

"Hane.. Awak tahu tak.. Saya sayang awak.. Saya sayang anak-anak kita.. Saya rasa saya dah buat perkara bodoh dalam hidup saya lepaskan awak pada orang lain.." kata Jan dan meletakkan kepalanya dibahu Hane sambil membelai kepala Qeef.

"Ini semua dah tertuliskan.. Saya doakan awak bahagia dengan keluarga awak.. Saya pun berhak bahagia kan..?" Soal Hane.

"Saya tak bahagia dengan dia.." kata Jan.

"Sebab apa..? Dia kan first love awak.." kata Hane.

"Saya tahu, anak yang dia kandung tu bukan anak saya.. Sekarang saya takda dekat rumah pun, dia bawa lelaki lain masuk rumah.." kata Jan sedih.

"So awak patut balik sekarang.. Tegur diaa.. Bukan awak lepas tangan macam ni.. Awak suami.. Awak berdosa tau kalau tak tegur.." kata Hane.

"Macam mana saya nak tegur.. Kalau yang datang tu pun, ayah kepada anak tu sendiri.." kata Jan.

"Mana awak tahu..? Siapa lelaki tu..? " Soal Hane mengejut.

"Dia ada datang jumpa saya.. Dia mengaku salah.. Dia nak bertanggungjawab.. Tapi Dhiya taknak terima dia sebab dia hanya orang biasa.. Takut tak dapat tanggung anak dalam perut tu.." cerita Jan.

"Then apa awak nak buat sekarang..?"

"Apa perlu saya buat.. Saya pun dah tak ada harta apa pun.. Saya cuma ada awak, and anak-anak.. Rumah yang Dhiya duduk tu pun saya nak letak nama dia.. So saya dah tak berharta seperti sebelum ni.." kata Jan.

"Hmmm.. Then apa lagi awak dah buat yang saya tak tahu.." soal Hane lagi.

"Faizal terlibat sama dengan kes culik yang saya hilang tu, then kena tangkap.." jawab Jan.

"Then apa awak buat dengan Faizal..?" Soal Hane lagi.

"Saya bagi apa dia nak sekali lagi.. Janji dia tak kacau awak dan anak-anak.." jawab Jan.

"Apa awak bagi..?"

"Syarikat yang dia pegang tu.. Dia nak syarikat tu.. and taknak berkerjasama lagi dengan Main Company.." kata Jan.

"Yang dekat Kota Damansara tu ke ?"

"Yee.. satu tu jee anak syarikat yang dia handle.." jawab Jan.

"Ooohhh.. Pasal share tu dia tahu tak..?" Soal lagi Hane.

"Entah laaa... Awak..." panggil Jan.

"Yee..." jawab Hane lembut dan memandang Jan.

"Saya rindu awak.. Saya nak kita macam sebelum ni.." kata Jan membalas pandangan Hane sambil mengusap pipinya.

"Saya rindu awak juga.." balas Hane.

"I .... Lovee... you.... sayang...." kata Jan sepatah-sepatah sebelum bibirnya bertemu dengan bibir Hane.

Setelah sekian lama mereka berdua tidak berasmara, pada ketika itu seperti kedua-dua mereka seperti sudah hilang kawalan.

"Uuekk.." Qeef merengek dipangkuan Hane.

"Qeef..!" Kata Hane mengejut akan dirinya lupa anak berada dipangkuannya.

"Shuuhhhh.. (muahh..) Tidur yee anak daddy.." kata Jan sambil mencium Qeef.

"Tidur dah ni.. Jomlah kita pun tidur.." kata Hane berasa malu dengan dirinya.

"Tidur dah.. Ingat kita sambung.. yang tadi tu.." kata Jan mengusik Hane. "Ehhh tak.. Gurau-gurau.." sambung Jan.

"Dah lewatkan.." kata Hane meletakkan Qeef diatas katil.

"Yee.. Night.. Saya tidur.. Kalau awak rindu.. Turunlah.. Bantal lengan awak ni masih ada untuk awak.." kata Jan mengusik Hane.

"Tidur.." kata Hane. "Ehhh..!!" Hane terkejut.

"Saya tahu awak sebenarnya nak lagi kan.." kata Jan dan mengusik Hane yang berbaring tu.

"Dah lewatkan.. Tengok jam tu.. Dekat subuh dah.." kata Hane.

"Biarlah subuh pun.. Bukan kita buat apa pun.. Kee awak nak buat apa-apa dengan sayaa.. Sampai takut subuh tu.." kata Jan mengusik Hane.

"Ishh.. apa awak ni.." kata Hane dan terus duduk menghadap Jan.

"Hahh kenapa awak bangun ni.. Tidurlah.. Saya tak kacau awak tidur.. Saya saja bergurau.. Rindu.." kata Jan dan membaringkan Hane semula.

"Rindu.." kata Hane perlahan.

"Apa.. tak dengar laa.." kata Jan cuba dekat telingarnya pada mulut Hane.

"I love you.." bisik Hane.

"I love you too.." balas Jan terus dan membalas pandangan Hane dan terus mencium bibir Hane.

Pada ketika itu mereka telah pun hilang kawalan dengan dunia mereka berdua. Mereka berdua meninggalkan si kembar diatas katil berdua, manakala mereka dibawah tempat Jan beradu menjadi tempat mereka berasmara. Terbuktilah bahawasanya, Jan dan Hane telah rujuk semula, maka ikatan perkahwinan mereka masih sah, tidak perlu akad nikah baru.  (Yayyy..!!)

bersambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience