BM-3

Romance Series 50447

"Mana satu rumah kau.. Dah petang ni.." kata Jan.

"Berhentikan saya dekat depan tu.. Nanti saya balik sendiri.." kata Hane.

"Okay.. Nasib kawasan perumahan ni selamat.. Tak adelah aku risau nak tinggalkan kau sorang-sorang.."

"Saya tahulah.. Sebab tu saya mintak awak berhentikan saya.." jawab Hane.

"Ke sebenarnya awak malu sebab saya naik Pesona hantar awak balik rumah..?" soal Jan.

"Ehh takdelah.. Takde kena mengena pun kay.. Saya cuma taknak susahkan awak jee.." jawab Hane. "Okay-okay.. stop kat sini.." kata Hane dengan pantasnya.

"Yee aku tahulah.. Okay dah sampai.. Silakanlahh.." kata Jan pada Hane.

"Terima kasih.. Terima kasih banyak-banyak sebab dah tolong saya.. Maafkan saya pasal langgar awak tadi.. Assalamualaikum.." kata Hane dengan sekali lafaz dan kemudiannya membuka pintu kereta Jan.

"Perhhh.. Kau Rap ke ni.. Yelah-yelah.. aku maafkan kau.. Waalaikumsalam.." jawab Jan.

"Hati-hati bawa kereta tu.." sempat Hane memesan pada Jan sebelum keluar dari keretanya.

"Terima kasih.." kata Jan.

Pertemuan mereka berakhir begitu sahaja. Jan dan Hane membawa diri mereka masing-masing.

**********

Kediaman keluarga Lishane.

"Hann pergi mana ? Kenapa baru balik ni ?" soal papanya Hane, Khir.

"Hann keluar ambik angin paa.." jawab Hane.

"Hann keluar dengan siapa ?" soal papanya tegas.

"Dengan kawan." jawab Hane takut-takut.

"Mana Janney.. Papa dah bayar Janney untuk teman kamukan.. kenapa nak keluar dengan orang lain.. Kamu mesti ingat.. Kamu tu masih dibawah tanggungan ibu dan papa.. Ingat tu." pesan papanya pada Hane.

Hane hanya menundukkan mukanya dan mendaki tangga ke biliknya.

"Paaa.. Ibu ada pesan pape tak untuk Han ?" soalnya dan berhenti ditengah tangga. Dia terlupa bahawa Ibunya, Azian pergi ke Phuket.

"Adaa.. Dia nak kamu bawa balik calon menantu.." jawab papa.

Hane hanya mendiamkan diri dan terus mendaki tangga.

'Apalah nasib aku.. Bukan aku ni tua sangat pun.. Baru 26 tahun.. Still young.. But aku faham, Ibu & papa taknak aku ingat kembali peristiwa yang membuat aku jadi fobia untuk berkawan dengan mane-mane lelaki..' bermonolog Hane di dalam biliknya.

***************

Jan masih dalam pemanduannya ke destinasinya.

"Lishane.. Anak Tan Sri K, Guamise Empire.. Anak tunggal dalam keluarga.." kata Jan sendiri.

"Hello Gad.. Tolong aku.. Dapatkan maklumat anak G.E.." kata Jan didalam telefonenya.

Beep beep.. Telefone Jan berbunyi.

"Perfectly.." kata Jan sendiri dengan senyuman manis terukir dibibirnya apabila melihat detail Hane yang dihantar Gad, pembantu peribadinya.

{ Gambar Hane }
Nama : Azs Lishane Binti Mohd Khir
Umur : 26 tahun
Status : Bujang
Pekerjaan : COO Guamise Empire

Sejarah : Pernah menjadi mangsa rogol atas dakwaan cubaan merogol.

"Woww.. Gempak.." kata Jan terkejut. Dia mendail nombor Gad. "Gad aku nak detail lagi pasal dia nak kena rogol tu.. Aku nak tahu siapa orang tu.. Jumpa aku malam ni.." kata Jan pada Gad.

Jan semakin bersemangat untuk mengetahui tentang Hane. Siapa sebenarnya Jan ? Kenapa dia nak tahu latar belakang Hane ?

************

Hane dan Papanya makan malam bersama di sebuah restoran ternama dibandar. Walaupun papanya orang berpangkat tapi masih merendah diri.

Dalam keenakan Hane menjamu selera, dia seperti ternampak kelibat Jan. Tapi masih samar-samar. Perbuatan Hane disedari papanya.

"Hann.. makan.. Dah pukul berapa ni.. Esok nak masuk office.." Tegur papanya, Khir.

"Maaf paa.. Hann tak sengaja.." balas Hane dengan meminta maaf.

Mereka meneruskan menjamu selera. Tapi hati Hane kuat mengatakan itu ialah Jan. Dia perlu mengetahui siapa sebenarnya Jan.

Hane keluarkan telefone bimbitnya dari tasnya.

'Jane aku nak kau siasat nama Fauzan.. Pakai kereta pesona maroon.. No. plat aku tak ingat.. Nanti kau tolong usyakan kat cctv kawasan perumahan aku tu..' - dihantarnya pada Jane.

'Sape Fauzan ? Fauzan ni bersepah namanya.. ' balas Jane.

'Sebab tu aku suruh kau siasat..' balas Hane

"Hannn.. Habiskan makanan tu dulu.." tegur papanya.

"Sorry paa.." kata Hane sekali lagi meminta maaf. "Paa, Hann dah full.. Kita balik jelahh erkk.." kata Hann.

"Okay.. Waiter.. bill.. " papanya panggil waiter.

Setelah selesai papanya membayar bill. Hane meminta diri untuk ke tandas. Kebetulan susuk tubuh seperti Jan berada dilaluan ke tandas.

"Ann.. Minah tuu ada dekat sini.. Dia menuju ke sini.." tegur Gad.

"Yeke.. Mati aku.." jawab Jan.

Hane melalui meja mereka. Jan menundukkan wajahnya seperti tekun membaca dokumen.

'Macam diaa.. Tapi mampu ke dia datang sini ? Aishhh.. Pelikk.. ' Hane bermonolog sendiri dalam hatinya.

"Cantik.." kata Jan selepas Hane melepasi meja mereka.

"Yaa.. She is beautiful.." Gad setuju dengan pendapat Jan.

"Aku gerak dululah.. Nanti dia keluar confirm dia nampak aku.. Gad dapatkan aku maklumat dia lagi.. I need her.." kata Jan kepada Gad.

"Need her for what ?" soal Gad keliru.

Jan hanya mengedipkan matanya sebelah, mengatakan bahawa ada yang tersirat. Jan bangun dan membawa semua kertas maklumat Hane.

Seketika itu, Hane juga keluar dari tandas dan melihat dimeja yang dirasai Jan sudah tiada orang.

"I must know him.. " katanya perlahan. Hane berjalan menuju ke kereta milik keluarganya.

Dalam perjalan pulang ke rumah. Papanya, Khir menyuarakan soal perkahwinan.

"Bila Hann nak bawa calon menantu ibu papa.. Papa bagi chance lagi dekat Hann sebelum ibu balik.. Ibu mesti akan ajak kawan dia yang ada anak bujang untuk berkenalan dengan Hann.. Papa tak kisah apa darjat or pangkat orang tu.. Janji dia pandai jaga Hann.. Anak kawan-kawan ibu tu pun belum tentu lagi boleh jaga Hann.. Bila dah ada duit mereka lupa diri pada Allah.. Malam masuk club sampai pagi.. Lepastu masuk office sesuka hati.. Papa taknak menantu macam tu.." kata papanya panjang lebar sambil memandu.
Yaa, papanya memandu sendiri kerana malam ialah waktu untuk berehat dan bersama keluarga jadi driver mereka tidak bekerja waktu malam.

"Yee paa.. Thanks sebab masih bagi Hann peluang.. Hann janji ibu balik nanti.. Hann bawa calon menantu.. Tapi paa.. Hanya calon kay.. Kalau dia yang Hann bawa, nak kahwin dengan Hann laa.." kata Hane kepada papanya.

"Hahahaa.. Kalau dia nak kahwin dengan kamu laa.. Pandai anak papa buat lawak.. Papa tak desak kamu untuk berkahwin Hann.. Papa sayang kamu.. Sayang nak lepaskan kamu.. Tapi ibu papa dah semakin berusia.. Kami harus fikir siapa yang akan jaga kamu setelah kami pergi nanti.." kata papanya seriues.

"Janganlah cakap macam tu paa.. Hann sayang papa dengan ibu.." kata Hann dan memeluk lengan papanya.

Dalam hati Hane sudah menangis kerana papa sudah bermain dengan jiwanya untuk berkahwin. Tersentuh dengan kata-kata papanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience