BM-85

Romance Series 50451

KEESOKAN HARINYAaaa....

Pada pagi itu Jan meneruskan niatnya untuk mengetahui siapa sebenarnya yang bersama Dhiya. Jan tidak lagi berasa ragu-ragu atau teragak-agak untuk bertanyakan hal sebenar.

=======================

Jan pergi seorang diri ke rumah Dhiya tanpa ditemani Gad. Ketika Jan sampai dihadapan rumah Dhiya, tiada satu pun kereta yang di intip malam tadi. Jan memasuki sahaja rumah tu, memandangkan Jan juga ada kunci rumah tersebut.

Jan mencari Dhiya disetiap bilik didalam rumah tersebut, tapi malangnya tiada jejak. Jan teruskan langkahnya ke bilik bawah tanah.

Klikkkk...!!

Pintu tidak berkunci.

Jan menekan suis tirai untuk cahaya masuk dari luar.

"Who there ?" ada suara yang bertanyakan pada Jan.

"Me.." jawab Jan.

"Why you here..?" soalnya lagi.

"Just to make sure you are fine.." jawab Jan. "Dee...!!" tinggi Jan bersuara apabila melihat Dhiya didalam tab mandi.

"Yaa why ?"

"What going on ? Are you with who ?" soal Jan sambil mengangkat baju kemeja lelaki.

Tukkkk..!!!!

Jan dipukul dari belakang.

"Mampus kau.."

"No..no.. Just bring him.." kata Dhiya pada si pemukul tersebut.

"Semua kau nak.. Tapi kali ni aku takkan bagi apa yang sepatut yang jadi milik aku.." bisik si pemukul ke telinga Jan yang pengsan itu. " You nak buat apa dengan dia.." soalnya.

"Just make him be mine forever.." jawab Dhiya.

"I see.. You nak air apa-apa tak ?" soal si pemukul.

"Anythings.. as long as you make it.." jawab Dhiya.

Ketika si pemukul tersebut pergi membuat air, Dhiya sudah keluar dari tab mandi dan memakai bathrobe mendekati Jan terkaku baring diatas katil.

"I will make sure you be mine Megat.." kata Dhiya sambil mengusap bibir Jan.

"Air.." si pemukul berikan air pada Dhiya.

Setelah itu mereka berdua berbincang untuk rancangan seterusnya.

***********************

Hane hairan apabila terlihat Gad tiba-tiba datang ke rumah keluarganya. Hane mula bermain dengan fikirannya apa yang berlaku. Azian juga tiba-tiba masuk ke dalam biliknya.

"Hann.. Ibu ada sesuatu nak bagi tahu Han.. Ibu harap Hann sabar dengan ujian ni.." kata Azian.

"Apa jadi buu.. Kenapa dengan Jan buu..?" soal Hane kegelisahan.

"Ibu terdengar Gad bagitahu papa yang Jan hilang.. Tak dapat contact dengan Jan dari pagi tadi.." kata Azian.

"Hann try call jap.." Hane terus menelefon Jan.

"Tertt..."

"Iyee buu.. Tak dapat contact.." kata Hane. "Mungkin Jan balik rumah Dhiya kee.. Kan Dhiya pun isteri Jan.. Then Jan taknak diganggu.." sangka Hane mereka cerita.

"Hannn.. Dengar sini.. Ibuu terpaksa bagitahu Hann.. Jan ...."

"Hann.. !" sampuk Khir memanggil Hane.

"Yee paa.. What happend..?" soal Hane.

"Gad bagitahu papa yang kereta Jan ada dekat rumah lama tu.. Dah dah masuk check dalam rumah tu.. Jan tiada.." terang Khir.

"Hann nak balik rumah mama.. Pa.. Bu.. Hane tahu dekat sana mesti mama risau tu.." kata Hane

"Hane masih dalam pantangkan.. Hane tak boleh banyak gerak.. tak boleh nak stress macam ni.. Kesian anak-anak ni. " tegur Azian.

"Mungkin Jan nak masa sendiri dengan Dhia ke.. itu yang Jan tutup fone.. kita boleh fikir baik-baik kan.." kata Hane.

"Hann.. Jan dan Dhia tak jadi nikah.. Jan tak teruskan pernikahan tu bila tahu Hann dibawa ke hospital.." kata Azian.

"What..?!" terkejut Hane

"Jan memilih Han sebagai isteri dia seorang.. Tiada yang boleh ganti tempat Hann.. itu yang papa dengar dari Jan.." terang Khir.

"Betul kee apa papa cakap ni buu.. Jan selama ni hanya suami Hann seorang ?" soal Hane untuk kepastian.

"Betul Hann.. Itu yang kami semua nak bagitahu Hann.. Tapi Jan tak bagi sebab nak bagi tahu Hann sendiri.." kata Azian.

Beepp.. Beeepp.. Beeeppp..

Hane membuka message yang diterima.

"Buu..." panggil Hane.

"Why Hann..?" soal Azian.

Hane berikan message yang diterimanya kepada Azian dan Khir.

"Ya Allah...!" Azian terkejut.

"Apa semua ni Hann..!" Khir sudah naik berang.

"Hann tak tahu paaa.. Hann tak sampai bila semua ni akan berlaku.. Banyak kali Hann terima gambar-gambar macam ni paa.. Pernah sekali tu, Jan sendiri terima gambar Hane dengan lelaki lain juga paa.." kata Hane dengan kecewanya.

"Kenapa Hann tak pernah bagitahu ibu or papa..?" soal Azian.

"Sebab Hann malu bu.. Hanya Jan yang terima gambar tu.. Tapi jujur Hann cakap, gambar yang Jan dapat tu bukan gambar Hann.. cuma di photoshop.. Jan mula-mula pun marah tapi bila dia tengok betul-betul gambar tu.. Itu bukan Hann.. hanya muka sahaja.." kata Hane berterus terang.

"Habis yang sekarang ni.. Masih dianggap photoshop or reality..?" soal Khir.

"Tak tahu laa paaa.. Itu memang Ann.. Sebelah tu Dhiya buu.. Hann tak tahu nak percaya ke tak.. Tapi Hann ingat Jan pakai baju kemeja biru yang ada dekat atas kepala katil tu.." kata Hane.

"Apa tindakkan Hane nak buat lepas ni..?" soal Azian.

"Entah laa buu.. Hane rasa give-up dengan rumah tangga Hann bu.. Pasti ada saja masalah.. Pasti ada saja yang taknak melihat kami bahagia.. Hann tak tahu apa lagi yang akan terjadi selepas ini kalau kami masih bersama.." kata Hane seperti sudah putus asa.

"Jangan cakap macam tu Hann.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.." Azian cuba memujuk Hane.

"Hann nak papa buat apa ? Untuk Hann papa sanggup buat saja.." kata Khir.

"Kita tunggu sampai Jan sendiri datang jumpa Hann explain apa terjadi.. Hann perlukan penjelasan daripada Jan sendiri.. Andai tiada arah untuk menuju bahagia, Hann redha buu.. Janji anak-anak ada dengan Hann.." kata Hane dan memandang ke arah anak kembarnya.

"Ibuu doakan Hann sabar dengan ujian ni.." kata Azian.

"Apa pun keputusan Hann selepas ni.. Papa Ibuu terima seadanya.. Papa pun taknak anak papa ni muramm macam ni.." kata Khir.

"Terima kasih paaa, buu... Boleh tak Hann nak rehat.. Kalau ada orang nak jumpa Hann ke cakap Hann taknak jumpa sesiapaa.. Hann perlukan masa sendiri dengan anak-anak Hann.." pesan Hane.

"Baiklahh Hann.. nak apa-apa panggil ibu.. Ibu ada untuk Hann..

Setelah Khir dan Azian keluar daripada bilik Hane, kini Hane bersendiri bersama anak kembarnya bermain dengan perasaan benci, marah dan sayang dalam diri Hane. Hane hanya mampu mengalirkan air mata tanpa berkata-kata.

*********************

Kediaman Faziah.

"Tiaaa...!! Tiaa...!!" panggil Faziah.

"Yee maaa.. Kenapa ni..?" soal Tia terkejut dengan panggilan Faziah padanya.

"Mana pergi suami kau..?" kasar Faziah bertanya.

"Out-station maa.. Semalam baru pergi JB.." jawab Tia.

"Kauu pasti suami kau pergi out-station ?" soal Faziah lagi.

"Yee.. maa.." jawab Tia.

"Kau nampak tak ni ? Kau ni pendek akal ke hah..? Kau tak mintak dia sent location ke apa ke hah..? Apa kau buat jee, percaya bulat-bulat kata suami bodoh kau tu.. Patutlah Zall kahwin dengan kau.. Senang kena tipu..!" kata Faziah kasar pada Tia.

"Maaf maa.. Tia tak tahu yang abang sanggup tipu Tia.." jawab Tia kecewa.

"Dah kau pergi masuk balik jaga anak kau tu.." arah Faziah.

Tia pun melangkah masuk semula ke biliknya.

"Ada anak pun tak guna.. Mana Gad ni, lambat pula sampai.." bising Faziah sendiri.

Tidak lama kemudian, Gad pun tiba.

"Maaf Puan lambat.. Saya baru dapat berita dari mentua Ann yang Hane terima gambar daripada Dhiya sendiri.." terang Gad.

"Gambar apa..?"

"Gambar Ann dan dia tidur sekali atas katil.." jawab Gad.

"Tak habis-habis lagi perempuan ni.. Ann pun satu.. Sibuk lagi cari perempuan murahan tu lagi buat apa.. Kau tahu Faizal dekat mana ?" soal Faziah lagi.

"Tak Puan.. cuma saya try trace nombor Dhiya dapat.. Dia orang dekat Genting.." jawab Gad.

"Faizal pun dekat Genting..Ini seorang lagi anak aku yang tak guna.. Dah anak isteri, dah senang.. apa lagi tak cukupnya entah.." bebel Faziah sendiri.

"Saya tahu ramai yang nak pisahkan hubungan Ann dan Hane, Puan.." kata Gad.

"Panggil Pak Mat suruh siapkan kereta.. Saya nak pergi jumpa Hane dan cucu saya.." arah Faziah dan masuk ke biliknya.

"Baik Puan.."

==========================

GENTING HIGHLAND

"Dhiya apa yang you dah buat dekat I..?" soal Jan yang sudah sedarkan dirinya diikat.

"I nak you jadi milik I seorang.." jawab Dhiya.

"I dah ada isteri.. Hane isteri I.." kata Jan

"Ohh really.. I can make sure both you divorce.." kata Dhiya dan mencapai telefone Jan.

"You nak buat apa..?!" marah Jan.

"I nak mintak cerai dengan Hane.." Jawab Dhiya.

"No.. You cant.. I takkan lepaskan Hane walaupun apa pun cara yang kau cuba buat.." kata Jan berang apabila Dhiya sudah berjaya buka kata laluan jari pada telefonenya.

"Comel anak-anak you.." puji Dhiya.

"You jangan nak apa-apakan anak-anak I.." marah Jan.

"You tengok ni.. I nak type message untuk Hane.. I rasa Hane akan percaya dengan message ni.. Lagipun Hane dah dapat gambar you peluk I in naked.. So, tiada sebab lagi untuk you bersama dengan Hane.." kata Dhiya.

"Takk guna kau perempuan..!! Menyesal bodohh aku cari kau..!! Menyesal aku kenal dengan kau..!! Luar nampak alim, tapi dalam busuk..!! Memang patut Allah jauhkan kau dengan aku..!! Aku tak salah buat pilihan untuk kahwin dengan Hane.." tengking Jan pada Dhiya.

"You ingat I kesah ke..? You ni walaupun dah kena ikat ni pun masih berbisa-bisa kata-kata you ni.. I tutup balik laa mulut you.. Senang tak payah cakap.." kata Dhiya terus mengikat semula ikatan dimulut Jan.

Selepas Dhiya menghantar message kepada Hane, Dhiya meninggalkan Jan sendiri dibilik hotel itu seorang diri.

=================

Kediaman Khir dan Azian.

Faziah sudah pun berada disini untuk melawat menantu dan cucu-cucunya. Niat sebenarnya hanya ingin menanyakan hal Fauzan yang hilang tiba-tiba, tanpa sebarang perkhabaran.

"Tok Maa rindulah si cilik dua orang ni.." kata Faziah mengangkat Armel dipangkunya.

"Armel pun rindu tok maa.. Cuma daddy jee tak bawa balik rumah tok maa.." kata Hane.

"Mana pergi daddy Armel and Qafeel.. Tok maaa tak nampak pun.." kata Faziah semula.

"Mama pun tak dapat cari Ann ke ?" soal Hane terus.

"Takk Hane.. Mama pun lost contact dari dia.." jawab Faziah.

"Hmm.. dari pagi tadi Ann keluar.. sampai dah lewat petang ni masih belum balik maa.. Hanee tak tahu nak fikir nak kata apa.. Nak pandang arah positif ke negatif dengan Ann.." kata Hane bersedih.

"Kenapa Hane cakap macam tu.. Hane ada sorok apa-apa dari mama ke..? Cuba Hane share dengan mama.. mana tahu mama boleh tolong Hane.." kata Faziah.

Beep.. Beepp...

Hane menerima message daripada Jan. Hane buka dan mengalir air matanya.

"Why Hane..?" soal Faziah.

"Ann nak lepaskan Hane, maaa.." kata Hane terus memeluk Faziah didepannya.

"Sabarlahh Hane.. Pasti ada hikmah semua ni.." Faziah cuba tenangkan Hane.

"Hane tak tahu apa lagi yang Hane buat tak cukup untuk Ann, maa.. Ann nak zuriat.. Hane nak bagi.. Ann nak perhatian, walhal dirinya sendiri selaly sibuk sampai tiada masa untuk Hane.." kata Hane.

"Mama ada untuk Hane.. anak-anak ada untuk Hane, sayang.. Mama percaya, Hane kuat nak lawan semua ni.."

"Maaa.. satuHane mintak.." kata Hane memandang tepat ke anak mata Faziah.

"Apa dia tu Hane..?" soal Faziab.

"Izinkan Hane jaga anak-anak Hane sendiri.. Izinkan hak penjagaan tu kepada Hane maa.. Hanee cuma ada anak-anak sebagai kekuatan Hane untuk bangun semula maa.." kata Hane merayu pada Faziah.

"Kenapa Hane cakap macam tu.. Ini kan anak-anak Hane juga.. Mama akan berikan hak tu kepada Hane.. Mama janji andai betul takdirnya begini.." kata Faziah.

Hane hanya mampu menangis dalam pelukkan Faziah. Hane berharap biarlah semua ini hanya mimpi dalam tidur lenanya. Walhal, hakikatnya inilah takdir yang tertulis untuk Hane.

bersambung.....
(Done create 3:15 am 28/01/21)
(Publish on 10:00 am 28/01/21)
*Maaf buat lama menunggu.. Terlalu sibuk dengan urusan sendiri untuk bantu keluarga.. Maaf sekali lagi..*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience