BM-2

Romance Series 50451

"Awak nak bawa saya pergi mana ?" soal Hane setelah 10 minit didalam kereta bersama Jan.

"Kau ikut jelah.." jawab Jan.

"Awak jangan macam-macam.. Saya report polis nanti.." ugut Hane.

Fauzan hanya memekak telinganya dan meneruskan perjalanannya. Dalam beberape minit kemudian, Fauzan memberhentikan keretanya dihadapan kedai warung ditepi jalan.

"Buat apa dekat sini ?" soal Hane.

"Aku dah tolong kau.. Sekarang masa kau untuk tolong aku.. Kau kena jadi Girlfriend aku.. Aku nak bawa kau jumpa mama aku.. Kalau tak, dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia.. So jangan banyak tanya.. Kau ikut je aku.." terang Fauzan pada Hane yang membatu.

"Aaaaa.. Takkan sampai macam tu sekali.." kata Hane sambil menggaru kepalanya. "Apa nama awak tadi ?" soal Hane semula.

"Fauzan ! Panggil aku Jan." jawab Jan dan keluar dari keretanya.

"Apalah aku ni.." tepuk dahi Hane.

Mereka masuk ke warung secara beriringan seperti pasangan kekasih yang sebenar.

"Maaa.." tegur Jan pada mamanya.

"Aan.." sahut mamanya dengan senyuman.

"Aunty.." Hane hulurkan tangan mahu bersalam mak Jan.

"Duduklah.. Siapa nama nak ?" soal mak Jan.

"Lishane.. Panggil Hane, aunty.." Hane kenalkan dirinya.

"Hane.. Sedap nama.. Aunty Faziah.. Dah lama kenal ke dengan Aan ni ?" soal Puan Faziah.

"Maa.. Tak payah tanya banyak soalan dekat dia ni maa.. Maa tanya je Aan.. Biar Aan jawab sendiri untuk dia.. Kan dia teman wanita Aan.." jawab Jan.

"Haishh kamu ni Aan.. Maa tanya Hane bukan kamu.."

"Sama je Maa.. Jawapan dia sama.. Cuba mama tanya soalan.. "

"Okay.. Siapa kuat merajuk ?" soal aunty Faziah secara tiba-tiba.

"Jan !" Hane dan Jan jawab serentak dan mereka beepandangan dengan jawapan sendiri.

"Let's try again.. Apa makanan kegemaran Aan ?"

"Nasi Ayam !" dan sekali lagi. Mereka memberi jawapan yang sama.

"Warna kegemaran Hane ?"

"Purple !" jawab mereka serentak.

"Okay.. Sekarang maa percayakan kamu berdua.. Jadi bila nak terus serius dalam hubungan ni ? Aan.. Maa pesan apa.. Jangan selalu bawa keluar anak dara orang.." kata Puan Faziah.

"Ye maa.. Aan tahu.. Bagi kami masa.. Sekarang Aan pun sibuk kerja kan.. Maa tahu kan lepas arwah ayah pergi.. Aan dengan Zall yang kena usaha cari sumber pendapatan kita.." kata Jan.

"Betul tu aunty.. Banyak masa lagi aunty.. Tak perlu terburu-buru.. Ada jodoh tu ada lahh.." kata Hane dengan senyuman manis pada aunty Faziah.

Selesai saja sesi suai kenal antara Hane dan mama Jan, Puan Faziah. Puan Faziah minta diri untuk pergi dahulu kerana ada hal yang perlu diuruskan. Maka tinggal lah Jan dan Hane.

"Perlu ke tipu mama awak sampai macam tu sekali ?" soal Hane.

"Aku terpaksa.. Ingat aku suka nak tipu mama aku sendiri.." jawab Jan kasar.

"Hmmm.. baik mama kau Jan.. Untung siapa dapat jadi menantu dia.." kata Hane.

"Kau jangan nak berangan sangatlah.." tegur Jan. "Aku nak gerak dulu ni.. "

"Saya ?"

"Balik sendiri laa.. Dah besarkan.. Bukan budak kecik lagi.. Ingat seperkara lagi, maaf kau, aku tak terima lagi.. " kata Jan tegas dan terus berdiri meninggalkan Hane di meja makan.

"Apa punya jantan tah.. Dah ambik, tak reti pulangkan.." bebel Hane sendiri.

Tak lama kemudian, terdengar bunyi bising hon kereta didepan warung. Hane menoleh kebelakang ! Terkejut Hane apabila melihat kereta Jan masih didepan warung dan bunyi bising itu datang dari kereta dia !

"Dikk.. Suami panggil tuu.." tegur pekerja disitu yang berusia umurnya.

"Hahh ! suami.. Maaf makcik saya tak kahwin lagi.." jawab Hane.

"Tak kesah laa dik.. Tapi dia panggil adik tu.. Tolong laa dik.. Jangan buat bising dekat sini.. Malu dek orang jee.." balas makcik itu kembali dengan berlemah lembutnya.

"Maafkan sayaa makcik.. Maafkan orang dalam tu juga.." kata Hane yang berdiri dan memandang ke arah kereta Jan.

"Takpe dik.. Akak faham.. Pergila cepat.."

"Terima kasih kak.. Maaf sekali lagi.." kata Hane dan bergerak ke kereta Jan.

Tukkk tukkk..

Jan menurunkan tingkap keretanya yang diketuk.

"Cepatlahh masuk.. Aku banyak kerja lagi nak buat." tegas Jan bersuara.

Hane pun masuk ke dalam kereta Jan sepantasnya.

"Kenapa awak hon hon.. Tahu tak bising.." marah Hane.

"Habis kau macam tak reti nak keluar dari warung tu jee.." jawab Jan.

"Habis tu awak kata, awak ada kerja.. Saya tunggulah kawan saya datang ambik saya.. Takkan saya nak naik grab car pulak.. Dah laa tadi ada orang nak culik saya.." balas Hane.

"Dah diam.. Pakai seat-belt tu.. Nak aku hantar kau dekat mane ni ?" soal Jan.

"Hantar dekat balai polis.." jawab Hane.

"Kenape pulak ?" soal Jan terkejut.

"Nak buat report yang awak culik saya.." laju Hane menjawab.

"Ehhh kau..! Jangan memain.. Aku serius ni.. Mana rumah kau.. Cepat aku hantar balik.. Banyak keje aku lagi nii.."

"Okayyy... Desa Mutiara.."

"Oooo.. Kau anak kepada siapa erk ?" soal Jan lagi.

"Tak perlu tahu.." jawab Hane.

"Okay.."

Perbualan mereka hanyalah setakat itu. Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri, tak bersuara satu perkataan pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience