"B....!!!!!!!!!" Jerit Hane setelah dirinya sudah pun didalam kolam.
"Apa-apa ?" soal Jan seperti tidak tahu apa-apa.
"B sajakan tarik Hane.. hmmmm..." kata Hane seperti mmerajuk.
"Alalalaaa sayang B ni.. Jangan laa nangis.." Jan mendekati Hane.
"Taknak kawan B.." kata Hane merajuk.
"Janganlah.. Sayang B kan.. Kalau sayang taknak laa nangis.. B nak sayang teman B.." pujuk Jan. "Look in my eyes.." Jan mengangkat muka Hane supaya memandangnya.
"Hmmm.." Hane menundukkan semula dan tidak mahu melihat ke dalam mata Jan.
"Sayang.." panggil Jan dan mencuba lagi.
"No.." Hane mengatur langkah kebelakang.
"Sayang.. pleasee.." Jan menarik pinggang Hane yang cuba menjauhkan diri darinya.
Hane cuba melepaskan tangan Jan dari menariknya semula. Hane masih mengundurkan dirinya kebelakang.
"Sayang.. I'm sorry.. B tahu, B salah sebab tarik Hane masuk dalam kolam ni.." Jan mintak maaf dan mengikut langkah Hane yang mengundur.
Puas Jan meminta maaf dan pujuk Hane. Akhirnya langkah mereka terhenti apabila Hane sudah sampai di dinding kolam.
"Sayang tak boleh lari dah.." Jan kepong Hane dengan dirinya dan merangkul pinggang Hane. "Look at my eyes.." Jan mendongakkan kepala Hane supaya memandangnya lagi.
Walaubagaimanapun, Hane tewas dan anak mata mereka bertaut.
"I love you sayang.. Be mine forever and ever.." kata Jan.
Hane masih membisu dan pandangannya pada Jan semakin mendalam. Kejadian ini membuatkan jantung Hane bergerak laju.
Dup Dap.. Dup Dap.. Dup Dap..
Akhirnya......!!!! Jan menghampiri wajahnya dan wajah Hane dan bibir mereka berpaut. Semakin lama semakin rapat tubuh mereka dan menghairahkan.
Pada waktu yang sama, Amir ternampak aksi mereka didalam kolam dan mengundurkan diri daripada menganggu pasangan suami isteri sedang berasmara. Niat hendak ambil angin tapi tidak sangka ini yang dia dapat.
"Aunt.. Uncle.. Jangan pergi kolam kay.. Ada orang tengah tutt tuttt.." kata Amir pada Khir dan Azian.
"Siapa ada di kolam tu.. Hane ni.. tadi kata nak panggil Jan naik makan.. Ni batang hidung dia pun tak nampak.." kata Azian
"Yeke.. Tadi tu.. Hane pun dalam kolam tu. Tu yang tak masuk-masuk lagi tu.." jawab Amir.
"Bertuah betul.. anak menantu awaklah tuu.. Macam tak boleh buat dalam bilik jee.." Kata Khir setelah dia pun kembali ke tempat duduk setelah melihat keadaan dikolam.
"Biarkan uncle.. Ni uncle panggil siapa lagi..?" soal Amir.
"Kita-kita jee Mir.. Sementara tunggu Jan dan Hane masuk kita minum dululah Mir.." kata Khir.
"Saya nak panggil budak-budak tu masuk.. Malu dekat tetamu ni.." kata Azian dan berjalan ke arah kolam renang.
"Hann... Jann.. sudah-sudah laaa tu.. Tetamu dah sampai ni.." kata Azian panggil Hane dan Jan.
"Okay buu.." jawab Hane.
"Nasib ibu tak nampak.. Kalau tak mesti ibu pengsan.." kata Jan.
"B lah.. Tak menyempat.." kata Hane sambil menarik hidung Jan.
"Bila dalam air, sayang ni ringgan laa.. Rasa taknak lepas jee.." kata Jan yang sedang mengendong Hane.
"Mengada B ni.. Jom naik.." kata Hane.
"Iyee tengah jalan nak naik tangga laa ni.. Jangan lepaskan tau.. Biar je macam ni.. Lantai licin.. Nanti jatuh.. Towel pun sayang bawa satu.. So kita kongsi.." kata Jan.
"Taknaklah.. Malu.. Sebab dah ada tetamukan.." jawab Hane.
"Biarkan.. B nak jaga keselamatan isteri B.. Bukan orang lain pun.." kata Jan dan beehati-hati keluar dari kolam. "Betullah.. kat darat ni sayang beratlah.. Kalau macam tu, jom masuk dalam kolam.balik.." sakat Jan.
"Mengadalah.. Turunkan sayang.. sayang boleh jalan sendiri.." kata Hane.
"No.. Juat stay like this.. pakai ni.." Jan minta Hane memakai bathrobe.
"Habis B.." soal Hane.
"Sokay.. You my wife.." jawab Jan.
Jan mencepung Hane membawa masuk ke dalam rumah. Untuk menaiki lift mereka harus melalui ruang tamu yang semestinyaa ada tetamu disitu.
"Jann.. Hane..." tegur Azian.
"Yee buu." jawab Hane.
"Malu dekat Amir ni.." kata Azian.
"Sorry Mirr.. Kami naik dulu.." kata Jan.
"Hati-hati.. Basah tu lagi.. Licin.." tegur Khir.
Setelah kelibat mereka hilang, Amir terasan segan dengan apa yang dia lihat. Perempuan yang pernah dia sayang kini menjadi milik orang. Salah pada dirinya yang meninggalkan Hane secara tiba-tiba.
"Amirrr..." panggil Khir.
"Ye uncle.." sahut Amir.
"Jauh termenung tu.." tegur Azian.
"Ehh.. tak adelah.." jawab Amir.
"Kita tunggu yang lain sampai lagi yee.." kata Khir.
"Siapa lagi uncle ? Ramai ke ?" soal Amir.
"Tak adelah.. Tinggal P.A Jan dengan Hann jee.. Kan Gad dan Jane tu suami isteri.." kata Khir.
"Ooo.. saya ingat siapalahh tadi.." kata Amir lega.
Selang beberape minit kemudian.
"Assalamualaikumm.." ada yang beri salam.
"Waalaikumussalam.. jemput duduk Gad, Jane.." kata Azian.
"Mana Jan, Hane aunt..?" soal Gad pada Azian.
"Dekat atas lagi.. Baru lepas berasmaradana dekat kolam tadi.. Tu yang tak turun-turun lagi.." kata Azian.
"Nak saya panggil ke ?" soal Jane.
"Pergilah.. Suruh cepat sikit turun.." jawab Khir.
Jane pun mendaki tangga ke arah bilik tidur Jan dan Hane.
Tukkk..!! Tukkk...!!!
"Jap.. Japp... Dah siap dah.. Nak turun laa ni.." jawab Hane didalam bilik.
"Cepat sikit.. Semua dah tunggu dekat bawah tu.." kata Jane dipintu.
"Okay.. Dah siap.." kata Hane dan buka pintu bilik.
"Okay dah.. Jom sayang.." Kata Jan dan merangkul pinggang Hane menuruni tangga.
"Hah turun pun.. " tegur Khir yang melihat pasangan itu menuruni tangga.
"Sorry buat semua menunggu.." kata Hane.
Setelah semua berkumpul, perbincangan turut berlangsung secara lancar dan pada akhir perbincangan ini Amir menerima satu sampul surat yang berisi wang tunai.
"Banyaknya Uncle.." kata Amir.
"Ini untuk selama kami tak ada.dekat sini.. Aku nak kau uruskan setiap masa ada orang jaga rumah kami semua.. Duit ni untuk kau tugaskan orang-orang kau.. Bukan duit kau makan soroang.." kata Jan.
"B ni.." bisik Hane apabila Jan berkata begitu.
"Cukup lah 2 ke 3 orang satu rumah.. Gilir-gilir lah.." kata Jan lagi.
"Baiklah.. saya terima arahan ni.." kata Amir.
"Untuk yang kita bincang tadi.. Itu kita jalankan lepas semua dah balik dari sana.." kata Jan.
"Ingat Amir.. Apa-apa berlaku, awak terus contact kami.." pesan Khir.
"Baik uncle.. saya akan uruskan semuanya nanti.. Berikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya.." kata Amir.
"Baik.. Jom kita makan-makan dulu sebelum bersurai.." jemput Khir.
Setelah selesai perbincangan, mereka semua menjamu selera dipetang hari. Tanpa disedari semua orang, Amir mencuri-curi pandang Hane yang duduk didepannya. Kemesraan Jan dan Hane membuatkan Amir sedekit cemburu dan berasa iri hati. Tapi Amir sedar bahawa Hane bukan miliknya dan dirinya sedar tidak layak untuk memiliki Hane berbanding Megat Fauzan yang memiliki segalanya.
Bersambung.....
Publish today (09/10/19 1.55 a.m)
(Doakan kesihatan saya. Semoga kembali sembuh seperti sedia kala. Ameen. Terima kasih sudi menunggu for next chapter :-)
Share this novel