Shopping MaLL Smaller
Disini dimana Jan dan Dhiya meluangkan masa mereka berdua. Jan masih mahu memenuhi permintaan Dhiya walaupun dalam dirinya hanya memikirkan Hane dan anak kembarnya sahaja. Walaupun Dhiya membeli barangan untuk anak yang bakal lahir, Jan juga belikan untuk anak kembarnya.
"I bawa masuk barang ni dalam kereta dulu.. You duduk sini.." kata Jan pada Dhiya.
"Baik B.. Dee tunggu sini.. Jangan lama-lama.." kata Dhiya.
Jan berlalu menolak troli yang penuh dengan barang baby. Sedang asyik Jan memasukan barang ke dalam boot kereta, ada yang datang mengapa Jan daripada belakang.
"Banyak barang broo..?" Soalnya.
"Ehh Mirr.. Buat apa dekat sini..?" Soal Jan.
"Saja jalan-jalan cari barang hantaran.." jawab Amir.
"Ohh.. Sampai juga jodoh kau.. Tak jemput aku pun.." kata Jan.
"Nanti aku hantar kad.. Kau jangan tak datang pula.." kata Amir.
"Kalau tak ada apa-apa aku sampailah.." kata Jan.
"Bawa orang rumah sekali.." pesan Amir. "Aku gerak dulu laa.." kata Amir.
"Okay.. Sila-sila.. Nanti kita jumpa lagi.." kata Jan dan biarkan Amir berlalu pergi.
Setelah Jan kembali semula pada Dhiya, mereka sambung shopping lagi, kali ini untuk diri mereka sendiri.
"I nak cari tudung baru laaa you.. Jom kita pergi masuk Arwani.." kata Dhiya sambil berjalan memeluk lengan Jan.
Tiba dibutik Arwani, sekali lagi Jan menemui Amir disitu, dan Jan tidak menegur Amir kerana dirinya terpaksa mengikut Dhiya memilih tudung.
"You cantik tak..?" Soal Dhiya.
"Cantik.. You try laa.." kata Jan.
"Okay.." Dhiya pun masuk ke bilik mencuba tudung.
Jan menunggu Dhiya diluar bilik persalinan, sementara itu Jan seperti mendengar suara gelak ketawa daripada sudut lain dimana ada Amir disitu bersama seorang wanita.
"Cuba try yang ni.. You masuk dulu.." kata Amir pada teman wanitanya.
Pada ketika itu, Amir dan Jan bertegur sapa lagi.
"Ehh.. Jumpa lagi kita ye.." kata Amir.
"Ohh ye.. Datang dengan siapa..?" Soal Jan.
"Datang dengan future wife.." jawab Amir.
"Ohh.."
"You cantik tak ?" Soal Dhiya yang keluar daripada bilik persalinan tudung itu.
"Cantik.." jawab Jan.
"Cantiklah.. Pandai pilih warna.." kata Amir.
Pada masa itu juga teman wanita Amir turut keluar juga.
"You okay tak ?" Soalnya.
"Cantik.." jawab Amir terpegun.
Jan yang melihat teman wanita Amir turut terpegun dan kaku juga.
"Ehh.. You..!" Tegur Dhiya.
"Dhiyaa..!" Jawabnya terkejut juga.
"Memang tak ada tempat lain ke kau nak pergi ?" Soal Dhiya bernada tinggi.
"Maaflah.. Kami salah kedai ni.." sampuk Amir menarik tangan teman wanitanya.
"Wait..!" Jan menarik semula tangan teman wanita Amir.
"Why ?" Soalnya.
"You look beautiful.." kata Jan berani didepan semua orang.
"You...!" Marah Dhiya.
"Thank you.." balasnya.
Jan melepaskan pegangan tangannya pada teman wanita Amir dan melihat pasangan itu keluar daripada butik tersebut.
"Ohh suka laaa you jumpa JANDA you balik.. Mesti hati you hancurkan.. Tengok perempuan tu dengan lelaki lain.." kata Dhiya.
"Shut up..! Cepat sikit.. I nak pergi out station lagi ni.. Petang dah ni.. Nanti lambat I sampai.." kata Jan.
Setelah selesai buat pembayaran, Jan dan Dhiya keluar daripada mall tersebut. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah mereka, Jan hanya membisukan dirinya.
=================
"Are you okay..?" Soal Amir.
"Okay je.. Dhiya berhak bahagia.. Saya dah pulangkan semula hak dia yang saya dah rampas.." kata Hane.
"You kata.. You nak pikat semula Jan tu.. Tapi you biarkan jee dia pergi.." kata Amir.
"You tak nampak ke tadi.. Dia kan tarik tangan I tadi.. Wife dia dekat sebelah pun kalah.. hahahaa.." kata Hane suka ria.
"Sukanyaa you.. You jangan lupa.. Rizz pun masih mencari peluang untuk dapatkan you semula.. si Faizal tak guna tu lagi lahh.. You jangan berani nak keluar seorang diri pergi sana sini.. Nasib baik I cuti harini.." kata Amir.
"You.. Faizal tu adek ipar I, dah ada anak isteri pun.. Rizz tu pulak Ex, yang I takkan berpatah balik.." kata Dhiya yakin.
"You ingat Faizal tu tak mampu ke tanggung you..?" Soal Amir.
"I ni tak ada hati langsung dekat sesiapa.. Hati I ni tertutup dah dengan mana-mana lelaki.." kata Hane.
"Even I cuba nak jadi ..."
"Yes.. even you.." kata Hane potong kata Amir.
"Hebat juga kuasa Megat Fauzan ni.. Apalah dia buat pada you, sampai macam ni sekali you tolak semua lelaki.." kata Amir mengawal perasaan terlukanya.
"He just one.. and only man thats I will never forget it.." kata Hane berkata bangga.
"But still, dia tinggalkan you untuk bersama dengan orang lain.." kata Amir.
"You kata you lapar kan.. Jom makan, lepas tu I nak balik.." kata Hane menukar topik perbualan.
Hane dan Amir meluangkan masa bersama, sebelum mereka berdua bawa haluan masing-masing.
******************
Kediaman Khir
"Paa, buu.. Hann rasa, rasa nak mula hidup sendiri.. Hann taknak susahkan ibu and papa lagi.." kata Hane.
"Hann maksudkan nak tinggal sendiri ke ?" Soal Azian.
"Ye bu.. Hann nak besarkan anak-anak Hann sendiri.. Hann taknak bebankan ibu lagi.." kata Hane.
"Siapa cakap jaga Qeef and Armel tu beban.. ibu suka jaga kembar tu.." kata Azian.
"Nanti bila Hann cuti, Han bawa laa kembar ni balik sini.. bukan Hann nak jauhkan cucu ni dari nendanya.." kata Hane cuba menjelaskan niatnya.
"Habis Hann tak masuk office dah ke ?" Soal Khir.
"Masuklahh paa.. Tapi Hann tinggal laa dengan nanny.." kata Hane.
"No..no.. ibu tak izinkan.. Kalau macam tu plan Hann.. Ibu tak izinkan.. Baik Hann duduk sini.. Ibu boleh tengok kembar tu.. Ibu sekarang tak percaya sangat dengan nanny ni semua.." kata Azian.
"Betul tu.. Papa setuju.. Maybe weekend Hann boleh bawa kembar balik rumah Hann tu.. Hann ada masa sendiri dengan kembar tu.. Lagi satu, papaa tak nampak pun Hann bawa kembar jumpa mama Faziah lepas pisah dengan Jan.." kata Khir.
"Hann bukan taknak bawa.. Hann tak ready lagi nak berhadapan dengan mama.. Hann takut, Hann tak kuat.." kata Hane bernada sedih.
"Hann takut terserampak dengan Jan and Dhiya ke sayang..?" Soal Azian.
Hane menganggukkan kepalanya sambil mengusap air matanya.
"Redhalahh sayang.. Dah sebulan pun.. Tak lama lagi Dhiya tu pun nak bersalin.. Kita doakan baik-baik untuk dia.." kata Azian.
"Jan ada cakap dengan papa.. Yang dia akan buat DNA test tu juga.. untuk kepuasan hati semua orang.." kata Khir.
"Biarlah paa apa pun dia nak buat.. Hann dah tak ada hak nak buat keputusan pun.." kata Hane. "Hann naik atas dulu lahh.. Kesian kembar tu, tidur tak ada mummy dia.." kata Hane dan melangkah pergi dari ruangtamu.
"Sayang.. Esok ibu teman Hann pergi rumah mama yee sayang.." kata Azian pada Hane yang meninggalkan ruangtamu.
"Kesian saya tengok anak kitaa awak.. Saya kesal kahwinkan Hann dengan Jan.." kata Khir.
"Apaa abang cakap macam tu.. Ini kan namanya takdir ketentuan Allah.. Pasti ada hikmah semua ni.." kata Azian.
"Jom lahh kita pun naik tidur.. dah pukul berapa dah ni.. Esok pagi saya ada golf game lagi.. Takde lah menantu saya nak main sekali.." kata Khir teringat kisahnya bersama Jan.
"Itulahh.. rasa hilang kecerian rumah kita ni.. Rasa tak lengkap.." kata Azian menyedarinya.
Khir dan Azian berbual sambil berjalan mendaki tangga ke bilik mereka.
*****************
KEDIAMAN FAZIAH
Pada pagi ini Hane dan Azian menziarahai Faziah di kediamannya. Selama sebulan Jan dan Dhiya bernikah, inilah kali pertama Hane menjejakkan kakinya disini.
"Hane apa khabar ?" Soal Faziah.
"Alhamdulillah sihat maa.. mama ?" Soal Hane senula.
"Alhamdulillah.. Terima masih Hane sebab masih sudi nak datang rumah mama ni.." kata Faziah.
"Apa awak cakap macam tu.. Kami tak pernah halang Hane untuk bawa anak-anak dia datang sini.. Tak perlulahh risau sangat.. ada masa Hane akan datang.. Kalau tak keberatan, boleh datang juga ke rumah kami.." kata Azian.
"Betul tu maa.. Takkan Hane nak pisahkan Qeef and Reen ni dengan mama.." kata Hane.
"Malam ni Hane bermalam disini ye.. cuti kan esok.. Weekend.. Lagi pun mama sunyi.. Tinggal sorang-sorang.. Tia and Zall pun tak duduk sini dah.. Ann apatah lagi.. Batang hidung pun tak nampak dah sekarang.." kata Faziah.
"Kan Dhiya tengah sarat tu.. Mungkin sibuk dengan urusan persiapan bersalin tu.." kata Hane.
"Boleh tahu.. Bilaa Hane mula bertudung ni.. Nampak cantik sangat.. Mama teringat masa kita buat umrah.. Manis jee senyuman Hane masa tu.. Allah dah makbulkan doa mama nak Hane bertudung sama seperti ibunya.. Cantik juga.." kata Faziah memuji Hane.
"Hane pun masih baru lagi maa.. banyak kena belajar lagi.. Hane bersyukur masih lagi dapat dorongan daripada keluarga.. Buatkan Hane lagi bersemangat nak teruskan beristiqomah.." kata Hane.
"Alhamdulillah.." kata Azian.
"Kalau Ann ada ni.. mesti dia suka.." kata Faziah membuatkan Hane dan Azian terus terdiam. "Ehh maafkan mama.. Mama lupa.. yang Hane dah pisah dengan Ann.." kata Faziah.
"Hane faham.. Maa boleh Hane mintak izin nak guna bilik tetamu.. Nak bagi susu.." kata Hane.
"Boleh-boleh.. Guna je bilik Ann tu.. Tak ada orang pun.. Lagipun selesa sikit.. Katil Ann dah tukar jadikan besar lagi.." kata Faziah.
"Segan laa maa.. Buat apa Hane masuk bilik Jan.. Kan kami dan tiada apa-apaa.." kata Hane mahu menolak.
"Sayang.. Dengar cakap mama tu.. Elok juga pun.. Kan selesaa nak rehat nanti.. Ada ruang untuk anak-anak.." kata Azian menegur Hane.
"Betul tu.. tu kan bilik daddy dia orang juga.." kata Faziah.
Hane mengalah dan masuk ke bilik Jan. Hane tidak sangka akan perubahan dalam bilik tersebut.
"Babyy.. Kita masih boleh masuk bilik daddy ni.. Besar katil kita, daddy tukar.. Sebelum ni, mummy daddy je atas katil ni, kalini dengan twin mummy sekali boleh baring atas katil ni.." kata Hane pada kembarnya.
Hane menguruskan kembarnya, berikan susu badan, tukar lampin dan sebagainya. Hane sejujurnya tidak menang tangan menguruskan si kembar seorang diri, cuma kali ini perlu uruskan sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa. Ini kan bilik Jan, mana mungkin orang lain boleh masuk.
!@@#$$%^^&*€£¥?
Pada malam itu, Hane membiarkan kembarnya bermain bersama Faziah, malah Faziah mengambil kembar tersebut masuk ke biliknya.
"Mama pinjam kembar kejap yee Hane.. Nanti mama pulangkan balik.." kata Faziah.
"Apalah mama ni.. Mama nak bawa tidur tak pe maa.. Nanti Hane pas susu.." kata Hane pada Faziah.
"Taknaklahh.. Nanti meragam ke apa ke.. Susah mama.." kata Faziah.
"Tak laa maa.. Biasa Qeef and Mel ni tak meragam pun malam.. Baik kembar ni maa.." kata Hane.
"Nanti kita cuba.. Dah lamaa juga mama ni tak jaga baby.. Last masa jaga Faizal masa baby.." kata Faziah.
"Apalah mama ni.. Nanti sebelum tidur Hane ambil laa.. Kesian mama.." kata Hane.
"Okay.. mama pinjam kejap yee.." kata Faziah dan berlalu membawa Mel dan di bantu Hane bawakan Qeef.
Didalam tersebut Faziah membuat panggilan video bersama anak lelakinya, Fauzan.
"Ann.. Comel kan..?" Soal Faziah pada Jan
"Ofcourse laa maa.. Tengoklah anak siapa.. Ada macam Ann masa kecik tak maa..?" Soal Jan.
"Ada sikit Ann.. Tapi banyak ikot Hane.." kata Faziah
"Maa.. Hane bermalam dekat rumah ke ?" Soal Jan
"Iya Ann.. Ni Ann bila balik dari Ipoh tu..?" Soal Faziah.
"Dua hari lagi maa.. InshaAllah kalau tak ada apa-apa esok boleh balik awal.." kata Jan.
"Baliklah awal Ann.. Boleh jumpa kembar ni.." kata Faziah.
"InshaAllah ma.. Ann cuba.." kata Jan.
"Okay la Ann.. Mama nak bagi Hane balik ni.. Elok-elok Ann dekat tempat orang tu.." pesan Faziah.
"Iyaa maa.. Selamat malam maa.. Goodnight Prince and Princess daddy.. maa kiss untuk Ann.." kata Jan.
"Hahh okay.. Bye.. Selamat malam juga, Assalamualaikumm.." kata Faziah dan menamat panggilan video itu.
"Apalah nasib cucu Tokmaa ni.. Nasiblah mummy masih belum ada orang lain.." kata Faziah sendiri pada cucunya.
Setelah itu, Faziah beri semula kembar pada Hane didalam bilik Jan. Selangkah sahaja Faziah ke dalam bilik tersebut, beliau terkejut dengan apa yang dilakukan Hane.
bersambung.....
(Done create 02.39 am 6 April 2021)
(Publish on 11:00 am 6 Aprilb2021)
Share this novel