BM-21

Romance Series 50451

2:30 PAGI.

Jan balik ke rumah mamanya, untuk melihat keadaan isterinya. Tapi Jan balik tak mengikut pintu utama, dia terus naik tangga ke pintu biliknya. Setelah Jan berada didepan pintu biliknya dia melihat isterinya yang sedang tidur. Jan buka perlahan-perlahan dan menghampiri isterinya.

"Sayang.. Bangun.. B datang ni.." Jan mengejut isterinya bangun. "Sayang..." panggil Jan lembut dan mengusap muka pucat Hane. 'muahh..' Jan mencium bibir Hane yang masih tak bangun lagi.

"Sayang.. B datang ni.. Bangunlah.. Kita turun makan dulu.. Perut ni kosong nak makan ubat pun.." kata Jan sambil mengusap perut isterinya dari dalam selimut yang buat Hane tersedar dek kegelian yang dirasanya.

"B.." Hane buka matanya perlahan.

"Bangunlah.. Kita turun makan dulu kay.. B buatkan bubur kay.." Jan bangunkan Hane dari pembaringnya.

Mereka jalan beriringan turun tangga, Jan pemimpin isterinya turun tangga.

"Tak takut mama tahu ke ?" sempat Hane menyoal suaminya.

"Tak takut.. yang B takut sekarang ni, sayang ni.. Baru semalam jauh dari B dah muntah-muntah macam ni.. Macam kalau B dah tak ada nanti, tak tahu laa apa jadi pulakkan.." kata Jan.

"Hmm.. B nak tinggalkan sayang ke ?" soal Hane.

"Tak.. B cakap kalau.." tegas Jan bersuara. "Duduk sini.. B buat bubur instant jap.."

Selepas makan bubur dan makan bubur, mereka naik semula ke bilik. Nasib mereka baik kerana waktu mereka didapur tiada yang terjaga dari tidur, jadi mereka tak tertangkap.

"Tukar baju tu.. Tak selesa B tengok.. Ni B bawa baju.." Jan hulur beg kertas pada Hane.

"B.. Pink lagi.." Hane mengangkat pakaian dalamnya yang dibawa Jan.

"Untuk pakai esok pagi lepas mandi.. Maaflah pegang barang sayang.. Itu jee sempat B ambik.." kata Jan tak pandang ke arah Hane.

"Hmmm.." Hane masuk ke bilik persalinan untuk ganti bajunya ke baju tidur. Selepas tukar dia duduk disebelah Jan.

"B tukar baju jap.." Jan terus bangun dan pergi tukar baju juga.

Sampai dibilik persalinan. Jan terkejut dengan apa yang dia nampak. Pakaian dalam isterinya yang warna pink tu helok tergantung ditempat bajunya. Jan malu sendiri, selepas dirinya tukar baju, dia masuk pula ke bilik mandi. Jan terkejut lagi ! Pakaian dalam isterinya helok tergantung ditempat pengering tuala. Hahahaa.. Nampaknya Jan seperti fobia dengan pakaian dalam isterinya.

"B..." panggil Hane dari luar pintu bilik mandi.

"Yee sayang.. Jap.. B basuh muka.." jawab Jan.

"Sorry kalau nampak benda tak patut dalam tu.. Sayang basuh tadi untuk pakai esok pagi.. Sayang tak tahu pun yang B akan datang bawa baju sayang.." terang Hane dari pintu.

"Tak apa.. B faham.." Jan pun keluar dari bilik mandi dan merangkul pinggang isterinya.

"Dah jom tidur.. Dah dekat pukul 4 ni.. Nanti nak bangun subuh lagi.." kata Hane.

"Esok kita balik rumah kita kay.. B nak jaga sayang sampai sayang sembuh sihat semuanya.. B taknak tengok muka ni pucat macam sekarang ni.." kata Jan mengusap muka Hane.

Mereka merebahkan diri, walaupun badan Hane panas Jan tak kisah untuk jadi bantal untuk Hane, walau pada mulanya Hane menolak untuk tidak letakkan kapalenya didada Jan.

"Tak apa sayang.. B okay.. B nak sayang B ni selesa.. B antibody kuat.. Dah tidur pejam mata tu.." 'muahh...' Jan mencium ubun-ubun Hane.

Akhirnya mereka berbaik hanya disebabkan keadaan Hane tidak sihat. Jan merendahkan egonya untuk kembali disisi isteri tercintanya. Begitulah kisah mereka berakhir dengan tidur yang lena.
______________________

TUKKK... TUKKK...

"Hanee... Hanee..." panggil Faziah.

"Yee maaa.." jawab Hane gelabah.

"Nanti turun yee.. Mama dah buat sarapan.." kata Faziah.

"Okay maa.. Nanti Hane turun.." jawab Hane. "B.. B... bangunlah.." Hane kejutkan Jan bangun.

"Urrrmmmmm.. 5 minit.." Jan tarik Hane dalam pelukkannya semula.

"Okay 5 minit jee.." Hane pun membalas pelukkan Jan.

Selepas 5 minit Jan melepaskan Hane untuk mandi dan bersiap. Jan sambung lagi tidurnya.

"Sayang turun dulu kay.. Bye.. Muahhh.." Hane cium pipi Jan sebelum dia keluar dari bilik.

Duduk sahaja Hane dimeja makan soalan demi soalan dituju kepadanya.

"Ada sesiapa ke kat dalam bilik tu ?" soal Faziah seriues.

"Takde siapa pun.. Kenapa maa ?"

"Kereta pesona abang Ann ada kat luar tu.. Betul ni tak ada siapa ?" soal mama lagi.

"Bee.. beetul.." jawab Hane takut-takut.

"Kenapa pintu bilik kunci ? Bila Hane bangun kunci pintu ?" soal mama lagi.

"Aaaaa... Hane bangun kol 3 tadi lapar.." jawab Hane.

"Lagi satu mama pelik.. Mana datang baju ni.. Siapa bawak baju and bagi kat Hane ?" soal mama lagi.

"Aaaaa ..." garu kepale Hane nak menjawabnya.

"Morning maa.." Jan menuruni tangga.

"Hah..! Ann dari mana ni ?" soal mama pada Jan pula.

"Dari bilik.." jawab selamba Jan.

"Bilik mana ?" soal mama pelik lagi.

"Bilik Ann laa.." jawab Jan lagi.

"Kamu berdua tidur sekali ke ?" soal mama.

"Hah..!" serentak mereka berdua terkejut.

"Cuba bagi tahu perkara sebenarnya.. Semuanya.. Mama tak marah pun kalau kamu berdua ni nak kahwin.. Dah dedua single kan.. Tapi cuba bagi tahu mama perkara sebenar.." kata Faziah.

"Ann tidur dalan kereta, sebab bila Ann naik bilik tengok ada orang tidur.. Lepas tu pagi-pagi lagi Ann dah pergi jogging.. Ann naik bilik dari luar dah tak ada orang dalam bilik.. Ann siaplah.." bohong Jan.

"Baju ni pulak..?" soal mama lagi.

"Halarh mama.. Baju je.. Biarlah dia.. Asalkan dia dah berbaju.. Helok jee tengok cantik.." kata Jan.

"Hah helok lah.. Nanti bawa Hane ni pergi jumpa Dr.Jasmin.." arah mama.

"Kenapa maa..? Awak sakit ke ? Sakit apa ?" soal Jan berpura-pura.

"Dia muntah-muntah malam tadi.." terang mama.

"Hah makan cepat-cepat.. Cepat jumpa doktor.. Mana tahu ada baby dalam tu.." Kata Jan selamba.

Pungg..!!

Jan kena pukul dengan Faziah dari belakang cakap macam tu. Kuat pula tu, buatkan Hane tergelak besar melihat dua beranak ni.

"Betul lah.. Habis kenapa muntah-muntah kalau tak ada baby dalam tu.." kata Jan lagi.

Satu lagi pukulan sampai dikepale Jan.

"Baby siapa pulak yang ada dalam tu.. Baby kamu ke ?" soal Faziah pada Jan. Jan pun mengangguk.

Pungg...!!!!

Satu lagi sampai.. Hahahaha...

Hane hanya mampu ketawa melihat telatah mereka. Baru dua suap mee goreng masuk ke dalam perut Hane. Dia muntah lagi !

"Sayang..!!" jerit Jan pada Hane yang berlari nak muntah itu.

"Okay takk ni..?" soal Jan dibelakang Hane dan menggosok belakangnya.

"Hane okay tak tu..?" soal Faziah.

"Okayy maa.." jawab Hane.

"Ann.. bawa Hane tu pergi hospital cepat.. Itulah tadi suka sangat gelak-gelakkan.. Tengok sekarang apa jadi.. Malam tadi pun macam ni lah.. Seronok sangat gelaknya, terus muntah.." bising mama.

"Dah maa.. Ann bawa Hane pergi hospital dulu.."

Pak Mat yang bawa mereka ke hospital. Jan membaringkan Hane di ribanya. Sepanjang perjalana , bermacam-macam Jan membebel pada Hane tentang kesihatannya.

"Ni kalau ada baby.. Jangan buat kerja berat-berat.. Kalau boleh duduk jee rumah tu elok-elok.. Nanti B hire maid tolong bersihkan rumah.. Sayang tidur and makan jee.." pesan Jan.

"Apaa awak.ni.. Pak Mat ada kan.." tegur Hane malu didepan Pak Mat.

"Tak apa cik.. Pak Mat takkan bagi tahu Puan.." jawab Pak Mad.

"See.. Tak perlu risau dengan Pak Mat ni.. Pak Mat.. Ni lah isteri saya.. Kami nikah di Perth Pak Mat.. Pak Mat bolehkan simpan rahsia ni.. Mama, Zall semua tak tahu lagi.." terang Jan.

"Baik Tuan.. Selamat Pengantin baru Tuan Puan.." kata Pak Mat.

Sampai didepan Emegency. Jan mengangkat Hane masuk ke dalam dan letaknya diatas katil pesakit. Setelah hampir satu jam, baru dapat keputusan apa yang terjadi pada Hane.

"Kenapa dengan wife saya doktor..?" soal Jan.

"Isteri Tuan terpaksa kami tahan untuk beberapa hari untuk kami buat pemeriksaan darah terhadapnya.. Isteri Tuan suspect dengi dan gastrik.. Itu yang buat dia muntah-muntah.. Satu sebab utama ialah gastrik, lambat makan atau tahan lapar.. Sebab lain itulah, suspect dengi.. Jadi kami sudah tempatkan isteri Tuan di tingkat 8, Bilik 13." terang doktor tersebut.

"Terima kasih doct.." Jan terus berjalan ke arah lift dan naik ke atas mendapatkan isterinya.

Jan tolak pintu, buatkan Hane terkejut yang sedang tukar persalinan bajunya.

"Sayang.." kata Jan.

"Stay situ kejap.. Jap.. Dah nak siap.." kata Hane.

"Sayang tu dah jadi isteri B pun.. Tak payah malu.." Jan terus berjalan menghampiri isteri yang sedang membutangkan bajunya.

"B.. Sayang suruh stay kan.." Hane malu dengan tindakkan Jan yang membutangkan bajunya.

"Apa yang B nampak tu semua.. dah halal buat B.. Tak berdosa pun sayang.."

"Sayang malu..." Hane malu bila suaminya melihat badannya tanpa seurat benang pun. Walapun hanya dada yang Jan nampak masa membutangkan baju ditempat itu.

"Dah.. Rest kay.. Tak payah nak malu-malu.. Malam pertama kita, B dah tengok semuanya.. Tak payah nak malu sangatlah.." kata Jan.

"Apa B ni..." Hane tutup mukanya dengan kain selimut.

"Nanti tengahari nak makan apa ?" soal Jan.

"Makan apa yang tak ada Perth.." kata Hane dalam selimut tu.

"Aishh.. Dia ni.. B suruh mama datang bawa makan tengaharilah.. Ni B nak call Ibu bagi tahu yang sayang masuk hospital ni.. Ke sayang sendiri nak bagj tahu ?" kata Jan.

"Jadilah bertanggungjawab..." Jawab Hane yang masih menyorokkan mukanya dalam selimut.

Jan menelefone ibu mertuanya dan beritahu bahawa Hane berada dihospital. Jan juga beri tahu Gad dan Jane yang Hane masuk hospital. Jan sempat pesan pada mamanya untuk bawa makanan sebelum dia datang melawat Hane.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience