Perbincangan 4 muka dan 4 pasang mata antara Khir, Azian, Jan dan Hane. Jan akan beritahu perancangan untuk bernikah lagi sekali dengan kehadiran ahli keluarga.
"Kamu pasti nak buat semua ni lagi sekali..?" soal Khir dengan kepastian.
"Ye paa.. Hann dengan Jan nak nikah dengan sekali.. Hane nak papa yang nikahkan Hann.. Itu yang Hann harapkan pada awalnya.." jawab Hane.
"Maafkan saya sebab kami nikah di Perth.." kata Jan.
"Bukan salah Jan.. Salah Hann yang terburu-buru untuk nikah dulu.. Hann buat semua ni sebab Hann taknak Ibu paksa Hann kahwin dengan orang yang Hann tak cinta.." terang Hane.
"Maafkan ibu sebab buat Hane jadi macam ni sekali.. Tapi Ibu syukur Hann pilih Jan jadi suami Hann.." kata Azian.
"Jadi bila nak langsungnya ?" soal Khir.
"Dua hari lagi.. Semua persiapan dah hampir siap.. Kami buat dirumah Jan, paa.." jawab Hane.
"Hmmm.. Baguslah.. Satu lagi, cari peganti Jane or hire sorang lagi.." kata Khir.
"Soal tu papa tak perlu risau.. Jan dah uruskan.. Gad akan kerja untuk kami berdua.. Gad pun dah cakap dengan saya yang dia akan ambik alih kerja Jane.. So Jane hanya kerja dibawah Gad.." terang Jan.
"Baguslah tu.. Jangan banyak sangat bagi tekanan dekat Gad tu.. Dia banyak buat kerja tu.." Nasihat Azian.
"Baik buu.. Jan faham tu.." jawab Jan.
"Paa esok Hann nak masuk office.. So before Hann masuk, Hann nak semua buat preparation untuk meeting next project.." kata Hane pada Khir.
"Cepatnya nak masuk kerja Hann.. Masuklah minggu depan ke.. Dua hari lagi majlis nikah kamu pula.. Ibu taknak nanti Hann mengadu penat.. Hann pun baru pulih kan.." kata Azian.
"Hann okay ibu.. Don't worry kay.. Ibu paa.. Hann masuk bilik dulu..' kata Hane minta diri.
"Okay.. selamat malam sayang.." kata Azian.
"Jan taknak masuk bilik sekali ke ?" soal Khir.
"Lambat sikit.. Boleh tak Jan nak tengok bola malam ni..?" soal Jan.
"Tengoklah Jan.. Rumah ni, rumah kamu juga.. Buat macam rumah sendiri.." Jawab Khir.
"Paa.. Ada kain pelikat lebih tak ? Jan tak selesa nak tidur pakai seluar ni.." kata Jan.
"Ada Jan.. Nanti ibu ambikkan.." kata Azian dan berdiri untuk mengambilnya.
"Jan.. Papa nak tanya ni.." soal Khir setelah kelibat Azian hilang.
"Tanya apa tu paa.."
"Kamu berdua gadoh ke ? Kenapa sorang ke hulu dan sorang lagi ke hilir.." kata Khir.
"Tak adalah paa.. salah faham jee sikit.. Nanti okay laa tu.." jawab Jan.
"Hann tu jangan bagi lama-lama sangat merajuknya.. Nanti mau dia mogok.." kata Khir
"Jan.. Ibu dah bentangkan tempat kamu nak baring tengok bola dekat atas tu.. Ni kainya.." kata Azian.
"Dekat atas ke.. Ingatkan dekat bawah ni.." kata Jan.
"Ataslah dekat depan bilik Hane.. Tak adelah jauh nak masuk bilik.." kata Khir.
"Ooo.. Terima kasih.. susah-susah jee.." kata Jan.
"Sama-sama.. Kami masuk bilik dululah ye Jan.." kata Azian.
Jan pun naik ke tingkat atas dan berjalan ke pintu bilik Hane.
Tukkk.. Tukkk...
Jan mengetuk pintu bilik Hane.
"Masukk.." kata Hane dari dalam.
"Hmmm...Tak tidur lagi ke..?" soal Jan apabila melihat Hane dimeja kerjanya.
"Lambat sikit.. Esok nak masuk office, so kena tengok apa yang dah update.." jawab Hane
"Jangan tidur lewat sangat sayang.. B keluar dulu.." kata Jan.
"Bukan nak tidur ke ?" soal Hane.
"Nak tengok bola.." jawab Jan.
"Okay.." Hane sambung focus pada laptopnya.
'Muahhhh.!'
Jan cium pipi kanan Hane dari belakangnya.
"Jangan tidur lewat kay.. Love you sayang.." bisik Jan ditepi telinga Hane dan terus keluar dari bilik.
"Hmmm.." Hane tertunduk setelah Jan keluar dari biliknya. "Azs Lishane.. Sedarlah.. Dia tu husband awak.." Hane pukul-pukul pipinya.
Tak lama kemudian, Hane keluar dari biliknya.
"Nak air ?" soal Hane pada Jan yang sedang menunggu perlawanan bola bermula.
"Boleh juga.." jawab Jan memandang wajah Hane didepannya.
Hane pun masuk semula ke dalam biliknya dan membawa keluar secawan air milo panas. Hane memang sudah sedia dengan air bancuhannya dari dalam, cuma perlu berinteraksi dengan Jan sahaja.
"Satu jee..?" soal Jan.
"Cawan dalam bilik ni ada satu jee.. Lupa nak bawak naik satu lagi.." jawab Hane dan ingin masuk semula ke biliknya.
"Nak masuk dah..?" soal Jan.
"Hah.. Mengantuk.. Esok nak masuk office.." jawab Hane tergagap sambil menggaru tangannya yang tak gatal.
"Ohh okay.. Night.. Sweet dream sayang ." ucap Jan.
"Ok.. You too.." kata Hane dan dirinya kegelisahan seperti ingin menyatakan sesuatu.
"Why sayang.. You sakit ke.." Jan mula tegur Hane yang masih berdiri didepan pintu biliknya.
"No.. Aaaa... Emmmmm... Actually.. I..." kata Hane.
"I apa ?"
"I... I.... Love you !" laju Hane berkata dan terus masuk ke biliknya.
"Hahahaa... Comel macam budak-budak baru belajar bercinta.." ketawa Jan selepas melihat gelagat Hane. "I love you too sayang.." jawab Jan
_______________
02:46 PAGI ....
Hane terjaga dari tidurnya, dan dia meraba diraba sebelahnya, KOSONG ! Tiada orang disebelahnya. Hane melihat jam pula.
"Nak pukul 3 dah.. Bola dah habis.." kata Hane sendiri.
Hane dengan rasa mamainya mencapai baju sarungnya untuk menutup pakaian tidurnya. Hane berjalan keluar dari biliknya.
"Tidur dah.." kata Hane yang melihat suaminya tertidur didepan tv.
Hane menghampiri Jan dan merebahkan dirinya menghadap Jan. Hane membelai wajah Jan, dia menyentuh satu per satu yang ada di muka suaminya. Hane menyentuh kening, mata yang tertutup, batang hidung dan akhir sekali bibir Jan.
'muaahh..'
Hane mencium kejap bibir Jan sebelum dirinya juga memejamkan mata disebelah Jan. Belum sempat Hane dibuai mimpi, Jan sudah memeluknya. Jadi mereka saling berpelukan dalam tidur yang lena.
*******************
"Abang tengok anak perempuan awak tu.." tegur Azian apabila melihat sepasang suami isteri lena tidur didepan tv.
"Biasalah tu.. Dah ada bantal peluk, mane nak lepaskan.." kata Khir.
"Teringin nak rasa macam tu bang.." kata Azian memandang ke arah Khir.
"Jangan nak mengada ye.. Dah bangunkan Hane dengan Jan tu.. Subuh dah ni.." kata Khir.
"Yelah-yelah.. Abang ni.. Baru nak manja sikit.." kata Azian nada seperti merajuk sahaja.
"Jan... Jann... Hann.. Hann.. Bangun nak.. Subuh dah.." Azian panggil pasangan suami isteri itu.
"Ermmmm.. Ibuu.." tersedar Jan.
"Kejut Hane tu bangun.. Subuh dah.. Solat dulu.. Ibu pergi buat sarapan dulu.." kata Azian pada Jan dan meninggalkan pasangan itu.
"Saaaayyyaaaaaannngggg.. muah.." panggil Jan sambil mencium dahi Hane.
"Oh sayangkuuu...Harini kamu syantik.. Syantik bagai bidadari..Bidadari dihatiku.." Jan nyanyi mengusik Hane. "Sayang.. Wake up..." Jan panggil lagi.
Masih tiada sebarang pergerakkan untuk bangun. Memandangkan Hane tidur diatas lengannya, Jan bertindak untuk berada diatas badan Hane dan tangannya bertongkat siku.
"Ini kening diaa, tak tebal macam EL.." Jan menyentuh bulu kening Hane.
"Ini mata dia, sleeping beauty.." Jan menyentuh kelopak matanya yang tertutup.
"Ini hidung pinoccio dan ada dua lubang gua.." Jan menyentuh hidung dan memasukkan sedikit 2 jari ke dalam lubang hidung Hane.
"Hah.. Ni pantang.. Yang ni pantang tengok.. (muahhh..)" Jan tak menyentuh bibir Hane malah dia menciumnya.
"Sayang.. Taknak bangun lagi ke.. Dah 6.30 ni.. Nanti nak masuk office lagi.." kata Jan pada Hane yang masih kaku tak bergerak.
"B tahu.. Sayang dah bangun.. Sayang mengadakan.. Suka erkk buat B macam ni.. Kita depan tv yang.. Bukan dalam bilik.. Kalau dalam bilik ni, dah lama dahh... Emmmm.. Geram jee.." kata Jan.
"Halarh.. Nak lagi yang ni.." kata Hane dan memegang bibirnya.
"Boleh.. Kita mandi and solat dulu kay.. Dah nak habis waktu nanti.." kata Jan
"Promise.." kata Hane memeluk leher Jan.
"Promise.." jawab Jan dan mengangkat Hane bawa masuk bilik untuk solat dan bersiap.
*******************
GUAMISE EMPIRE (G.E)
Hane yang baru masuk kerja semula dari sakitnya yang lupa ingatan mengadakan mesyuarat dengan pekerja dibawahnya.
"Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Saya Azs Lishane melaporkan diri sebagai boss anda semua semula.. Maafkan saya kerana membebankan anda semua tanpa seorang ketua.. Jadi hari ini saya memanggil anda semua untuk kita mulakan apa yang saya sudah tinggalkan selama ini.." ucap Hane dengan berpakaian formal serba puteh.
45 Minit kemudian, Hane menerima satu message bergambar dari 'private number'. Hane buka message tersebut dan dirinya tiba-tiba terasa panas. Tindakkan Hane yang berdiri dan membuka blaze menganggu si pembentang.
"Maafkan saya.. Rasa panas sikit.. Teruskan.." kata Hane yang mula berjalan didalam bilik meeting tersebut.
"Siapa dia ni..? Kenapa perlu dia..? Cemburu ? Memang sebab aku wife dia.. Aishh.." Hane bermonolog sendiri.
Hane mula tak fokus pada pebentangan mesyuarat ini. Hane minta ditangguhkan dari dirinya membebankan pekerjanya.
"Sorry.. Can we postpone the meeting..? I'm feel headache suddenly.. Later, see me personally.." kata Hane.
"Baik boss.. Nanti saya bawa report.." jawab seorang perkerjanya.
"Yes sure.. Later, give it to me .. Jane today my schedule is free right ?" soal Hane
"Four P.M you have appointment with ..."
"Okay.." potong Hane dan keluar dari bilik mesyuarat tersebut.
"Director from D.N.." Jane meneruskan katanya dengan melihat Hane berjalan keluar.
Masuk sahaja Hane ke dalam biliknya, terus meletakkan kepalanya diatas meja. Tak lama kemudian Hane menekan button intercom.
"Jane masuk bilik aku.." kata Hane.
Tukkk... tukk...
"Masuk.."
"Boss okay tak ni ? Nak saya ambikkan ubat ke ?" soal Jane.
"Pinjam fone kau jap.." kata Hane.
"Nak buat apa..?" soap Jane sambil menghulurkan fonenya.
"Gad.. Bagitahu aku perkara sebenar.. Kau kenal dengan Jan dah lamakan.. Kau pun tahu kan aku dengan Jan nak nikah dah.." kata Hane dalam panggilannya.
"Siapa Chellsy ? Siapa yang hantar gambar tak senonoh tu dekat Jan ? " soal Hane bertubi-tubi pada Gad dalam panggil tersebut.
"Nak tunggu Jan cerita semuanya dia taknak.. Sakit hati ni, tiada siapa tahu.. Lagi-lagi sekarang dia dengan Chellsy.." luah Hane dan menamatkan panggilan tersebut.
"Kau okay tak ni ?" soal Jane.
"Hmmm.. Okay jee.. Jane kau cubalah bodek Gad tu suruh cerita siapa depa tu semua.. Penatlah aku macam ni.. Lagi satu buat announcement jawatan kosong bawah aku.." Kata Hane.
"Kau nak pecat aku ke ?" soal Jane terkejut.
"Tak.. Papa taknak kau buat banyak kerja.. Gad pun taknak kau kerja lagi.. Dia mampu nak tanggung kau.." jawab Hane.
"Okay.. Jangan lupa nanti pukul 4.. Jangan masam-masam muka tu.. Senyum sikit.." kata Jane sebelum dia keluar dari bilik Hane.
Hane sambung buat kerjanya walaupun fikiran sudah bercampur dengan hal peribadi. Kerja tetap kerja. Selepas hubungan mereka menjadi official, Hane harus berhati-hati menjaga namanya sebagai 'Mrs. Megat Fauzan' jadi dia kena bersiap sedia dengan ahli korprat yang lagi besar nanti.
Latest 12/2/19 02.37 a.m..
Share this novel