KEESOKAN HARINYA, Kediaman Faziah....
"Maa.. Ann nak bagi tahu ni.."
"Bagi tahu apa Ann ?" soal Faziah.
"Ann dah hilang jejak Hane.." kata Ann perlahan.
"Macam mana boleh Hane hilang.. Gad..? Apa yang berlaku sekarang ni..?" soal Faziah terkejut.
"Maaf Puan.. Saya tak sangka yang Hane akan hilang jejak macam ni sekali.." kata Gad.
"Maaf maa.. Salah Ann maa.. Ann dah buat silap langkah.." kata Jan bernada rendah.
Tiba-tiba masuk satu notifikasi dalam fone Jan dan Gad.
"MayBank Kuala Selangor." kata Gad.
"Banyaknya dia keluarkan.." kata Jan juga.
"Berapa banyak..?" soal Faziah.
"50K maa.." jawab Jan.
"Banyaknya.. Dia nak buat apaa.." kata Gad sendiri.
TIBA-TIBA..!!
"Semalam aku cakap apa..?!" Jan tiba menggengam kolar baju Gad. "Aku dah cakapkan cari dia sampai dapat..!!" tengking Jan pada Gad.
"Budak-budak tu cakap Hane tak ada.. Kereta TanSri jee yang ada.." jawab Gad.
"Sudah laa Ann.." Faziah menaarik tangan Jan supaya lepaskan genggamannya.
"Aku nakk kau cari dia sampai dapat. !!" marah Jan dan lepaskan Gad.
"Ann nak pergi mana tu ?" soal Faziah.
"Pergi cari isteri Ann.." jawab Jan dan berlalu pergi.
"Gad.. ikot Ann.." arah Faziah.
"Baik Puan.." kata Gad dan berlalu juga mengekori Jan.
Jan pandu dengan laju ke Kuala Selangor untuk mencari Hane. Gad mengekori Jan dan pada ketika itu juga Gad membuat panggilan kecemasan ke unitnya untuk mengawasi Jan sepanjang perjalanannya ke Kuala Selangor.
Terdapat sebuah kereta polis dan diiringi 6 biji motorsikal kuasa tinggi untuk mengosongkan laluan Jan. Perjalan yang memakan masa dua jam kini menjadi satu jam sahaja menggunakan siren kecemasan.
_________________________
Kuala Selangor.
"Puan kita pergi daripada sini.. Tempat ni tak selamat untuk Puan.." kata Jai.
"Carikan kedai motor superbike.." kata Hane.
"Puan nak buat apa ?" soal Fuad.
"Pergi je.." jawab Hane.
Sampai sahaja di kedai motor, Hane memasuki kedai tersebut tanpa diekori oleh BGnya. Tidak lama kemudian, Hane sudah siap berpakaian safety-suit masuk ke dalam kereta.
"Cukup sampai disini sajaa awak berdua bekerja untuk saya.. Terima kasih dah membantu saya sampai ke sini.." kata Hane
"Puan nak pergi mana ?" soal Jai.
"Tak perlulahh awak tahu.." jawab Hane.
"Kalau Puan nak gerak balik KL naik motor, saya call along.." kata Fuad.
"Untuk apa ?"
"Along pun nak balik KL naik motor.." kata Fuad.
"Tak perlulahh.. Saya lebih selesa sendiri.." kata Hane.
"Jangan macam ni Puan.. Kami risaukan Puan.. Atleast ada orang temankan Puan.." kata Jai.
"Betul tu Puan.." sokong Fuad.
"Okay-okay lahh.. Mana along awak..?" soal Hane.
"Mestilah dekat rumah mak saya Puan.." jawab Fuad.
"Ohh ye tak ye.. Kena patah balik laa ni.."
"Tak perlulah.. Saya suruh along datang sini.. Jap.." kata Fuad dan buat panggilan.
Ketika menunggu Hakim untuk sampai di Kedai motor, Hane memintak Jai untuk membelikannya telefone baru dan nombor baru. Hampir satu jam juga mereka menunggu Hakim dan Hakim tiba dengan motor superbike nya.
"Wow nice.." puji Hane.
"Biasa-biasa jee awak.." jawab Hakim.
"Sekejap.." Hane masuk semula ke dalam kereta.
Hane menyalin semua nombor kenalan penting untuknya dan meninggalkan fone nya hidup didalam kereta tersebut. Selepas itu, Hane dan Hakim memulakan perjalanannya.
Pada ketika dilampu isyarat, sesuatu yang tidak disangka berlaku iaitu, Hane betul-betul terberhentikan motornya disebelah kereta Jan. Oleh kerena itu, Hane membuka penutup mata helmetnya untuk melihat suaminya, Jan didalam kereta tersebut. Mengalir air mata Hane ketika itu juga. Akhirnya mereka terpisah apabila lampu isyarat sudah berubah warna hijau.
Jan berjaya mengesan jejak dimana telefone Hane berada. Jan berhenti didepan rumah kampung dimana hanya telefone Hane yang menunjukkan arah Hane berada didalam rumah tersebut.
"Assalamualaikumm.." Jan memberi salam.
"Waalaikumussalam.." sahut tuan rumah.
"Abang kawan angah ke ?" soal Alia disitu.
"Ehh tak.. Abang nak cari memilik kereta ni.." kata Jan.
"Ohh.. sekejap.." Alia masuk ke dalam rumah semula.
Beberapa saat kemudian..
"Tuan Megat.." sapa Jai.
"Isteri aku mana..?!" sergah Jan dengan memegang kolar baju Jai.
"Puan tak adaa.." jawabnya.
"Diaa pergi mana kalau tak ada dekat sini.." soal Jan bernada tinggi.
"Tuan..!" tegur Fuad yang melihatnya.
"Mana korang sorok isteri aku..?!" soal Jan lagi tangannya masih tidak lepaskan Jai.
"Ya Allah.. nakk.. Kenapa ni.." Mak Fuad terkejut dengan apa yang sedang berlaku sekarang.
"Jawablahh aku tanya ni..!" kata Jan lagi.
"Tuan cari siapa ni.." soal Mak Fuad.
"Saya cari isteri saya makcik.." jawab Jan.
"Lepaskan anak-anak saya Tuan.. Siapa isteri Tuan.." rayu mak Fuad.
"Saya rasa makcik juga tahu.." kata Jan dan melepaskan Jai.
"Abang.. abang..." panggil Aliaa daripada dalam rumah. "Abang ke yang dalam gambar ni..?" soal Alia sambil memberikan fone Hane padanya.
"Ye.. itu saya dan isteri.." Jawab Jan.
"Ooo.. akak ni dah larikan diri.. Akak ni tinggalkan fone dia jee.." kata Alia selamba.
"Dia tak cakap ke pergi mana ?" soal Jan.
"Tak Tuan.. Puan pergi masa semua tengah tidur Tuan.." jawan Fuad.
"Macam mana korang buat kerja.." marah Jan.
"Maafkan kami Tuan.. kami cuai jalankan kerja.." kata Jai.
"Huarghhh.. Mana pulak nak cari.." kata Jan yang sedang kusut. "Arghhhh...!!!!" jerit Jan tanpa dirinya sedar.
"Sabarlah nakk.. Ujian dalam rumah tangga.." Mak Fuad cuba tenangkan Jan.
Secara tiba-tiba Jan jatuh dan sempat disambut oleh Jai dibelakang Jan.
"Tuan... Tuann... bangun Tuann.." Fuad cuba bangunkan Jan.
"Bawa masuk dalam.. Panas sangat kot ni.." arah Mak Fuad.
Jan dimasukkan ke dalam bilik yang pernah diduduki Hane. Jan masih tidak sedarkan diri, suhu badan Jan tiba-tiba meningkat panas. Faud menghubungi doktor untuk merawat Jan.
_______________________
Hane yang berhenti di RnR untuk berehat setelah 45 minit menunggang motorsikal kuasa tinggi.
"Lain macam erkk awak ni.." tegur Hakim.
"Hahhaa.. apa yang lain.. Sama jerr.." jawab Hane.
"Saya tak tahu pun awak boleh bawa motor besar-besar ni.." kata Hakim.
"Jangan pandang sebelah mata.. Dah lama jugalahh tinggalkan motor-motor ni semua.. Sejak motor saya kena jual.." kata Hane.
"Sebab kena jual..?"
"Sambung study dekat Syd.. Tak ada siapa nak bawa, so parent jual.." kata Hane.
"Ohhh patutlah.." kata Hakim. "Awak.." panggil Hakim.
"Ye saya. kenape ?"
"Kenal orang ni ?" Hakim menunjukkan gambar seseorang pada Hane.
"Hahaha.. Buat apa dia dekat sana..?" Soal Hane dengan tersenyum sedikit.
"He fainted.." kata Hakim.
"Seriously ? But why..?" soal Hane pelik.
"Serious.. Dia marah betul cari awak dekat rumah mak saya.. You are lucky one.." kata Hakim.
"Lucky ? I dont think so.. I know he will get better soon.." kata Hane.
"Hopefully.. Then, why you larikan diri daripada dia ?" soal Hakim cuba mengorek cerita.
"Personal matter.." jawab Hane.
"Doktor tu dah balik Malaysia kan..?" soal Hakim.
"Siapa..?"
"Doktor yang rawat husband awak masa dekat Mekkah haritu.. Dia satu fligh dengan saya.. And dekat airport pun husband awak yang pick-up dia.." kata Hakim.
"Hmmm.. saya pun tak tahu nak cakap apa.. Itu hak dia.. siapa saya nak halang.." kata Hane bernada rendah seperti mahu menangis.
"Sabarlahh.. Mana ada dalam rumah tangga tak ada ujian.." kata Hakim.
"Kita sampai jelah.. I need to go somewhere.." kata Hane.
"Saya ikot.. saya tahu awak taknak balik KL.. So where should we go..?" soal Hakim.
"PD.." kata Hane.
"Uishh.. Jauh tu.. Larat ke nak ride sampai sana..?"
"Sampai sana.. I nak rest and tenangkan diri secukupnya.. so biar penat sekarang.." kata Hane dan menghidupkan enjin motornya.
Hane dan Hakim meneruskan perjalanan ke Port Diskson. Hakim menjadi peneman setia Hane ketika ini.
_____________________
Beberapa jam kemudian Jan tersedar. Jai yang nenjaga Jan ketika itu terus mendapatkan Jan
.
"Tuan okay tak ni..?" soal Jai.
"Aku nak balik KL.." kata Jan dan cuba bangun daripada pembaringannya.
"Tuan tak sihat ni.. Biar saya drive untuk Tuan.." kata Jai.
"Aku nak cari isteri aku.." kata Jan lagi.
"Iye tahu Tuan.. Saya bawakan Tuan.." kata Jai.
Jan tidak mengambil masa yang lama untuk beredar daripada rumah keluarga Fuad. Malah Jan dan Jai bertolak sebelum berbuka untuk mengejar masa yang ada.
Sepanjang perjalanan Jan membelek telefone Hane yang ada ditangannya. Jan selongkar satu-satu applikasi Hane. Jan tertarik dengan email Hane apabila banyak inbox tidak dibuka dan dibaca oleh Hane. Apa yang menarik ialah email daripada Dhiya.
"Since bilaa ni.." kata Jan sendiri.
Asyik ralik membaca email Hane, satu notification masuk
'Kredit MAYBANK.
Anda telah menggunaan RM1500 untuk penginapan di Lexis Biscut Port Dickson
........'
"PD.. Jauhnyaa pergi. " mengeluh Jan sendiri.
"Kenapa Tuan..?" soal Jai.
"Hane pergi PD.." jawab Jan.
"Tuan nak pergi sana ke ?" soal Jai lagi
"Taklah.. Biarkanlahh dia.. Kita balik KL terus.." kata Jan.
"Baik Tuan.." kata Jai.
Pada ketika itu juga Jan menghantar pesanan pada Gad.
'Gad.. hantar orang pergi PD.. tengokkan Hane.. Dekat hotel Lexis biasa kau duduk tu..' - Jan
'Okay.. kau okay tak tu..?' - Gad
'Aku on the ways balik dah ni..' - Jan
Jan kini sudah memahami mengapa isterinya kini cuba menjauhkan diri daripadanya. Rasa bersalah masih ada didalam diri Hane apabila didalam email tersebut Hane memberi sokongan pada Dhiya untuk kembali semula dengan kekasihnya, Megat Fauzan. Jan juga tidak tahu mengapa Hane harus sembunyikan semua ni daripada dia.
bersambung......
(Done write 1.32 am 14/5/20)
(Publish on 8:48 am 21/5/20)
Share this novel
updatelah setiap hr..dah brapa lm cerita ni..best tp tulah..lambat update..