Kediaman Khir.
"Uncle dapat tak contact dengan Hann ?" soal Iqbal.
"Tak Iq.. Malam tadi lepas tunjuk gambar-gambar tu semua.. Dia terus keluar rumah.." kata Khir.
"Unclee.. Saya serius dengan Hann uncle.. Uncle pasti ke yang husband Hann akan ceraikan Hann.. Or Hann akan mintak cerai lepas dia tahu semua ni.." kata Iqbal cuba menghasut Iqbal.
"Tapi uncle nak bukti kukuh tentang hal yang kamu cakap masa pertama kali jumpa dengan saya.." kata Khir.
"Aaaaaa.. Saya akan cuba cari lagi.. Tapi uncle bagi saya masa sikit lagi.." kata Iqbal.
"Uncle bagi lagi seminggu.. Uncle tak sanggup nak tengok Hann menderita, menghilang macam sekarang.." kata Khir.
"Okay uncle.. saya cubaa.." jawab Iqbal penuh yakin.
______________________
Kediaman Borhan
"Thanks Megat sudi teman I balik kampung.." kata Dhia.
"Most welcome.." kata Jan sambil mengeluarkan beg baju Dhiya.
"If you okay.. Nanti berbuka, kita buka sama boleh ?" soal Dhiya.
"Tak kot.. Sebab dah janji dengan mama.. So next times kay.." kata Jan.
"Ohh okay.. Kirim salam dekat mama you.." pesan Dhiya.
"InshaAllah.. I gerak dulu.. Gad dah tunggu.." kata Jan minta diri.
"Safe drive.. And I love you.." kata Dhiya.
Jan tidak menjawab malah Jan hanya membalas dengan senyuman sebelum masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.
_______________________
Sabak Bernam.
Tukkk.. Tukkk...
Fuad mengetuk pintu bilik dimana Hane didalam.
"Ye kenape ?" soal Hane membuka pintu.
"Ni peralatan mandi Puan.." Fuad beri Hane peralatan mandi.
"Ni Puan, baju.. Saya dah belikan.." muncul Jai tiba-tiba menghulurkan beg kertas.
"Ohh.. Terima kasih.. Bertindak tanpa diminta.." kata Hane dengan tersenyum didepan BGnya.
"Tak ada hal laa Puan.. Puan siap-siap laa.. Saya bawa Puan pusing-pusing kampung.." kata Fuad.
Tidak lama kemudian Hane sudah pun bersiap. Hane keluar daripada bilik terlihat adik perempuan Fuad yang baru balik daripada sekolah menengah.
"Hi kakk.." sapa adik perempuan Fuad.
"Hi Alia.." balas Hane setelah terbaca tag namanya ditudung.
"Hi.. hii... pulak dia.. dah pergi mandi.. busuk.." tegur Fuad.
"Apalah awak ni.. Tengah panas ni nak pusing mana jee ?" soal Hane.
"Puan nak pergi mana.. saya bawakan.." kata Fuad.
"Angah.. mak nak mintak tolong hantarkan Jiha pergi sekolah petang.. Alang kata penat nak hantar adik.." kata Mak Fuad.
"Hahh.. hantar adik awak.. lepas tu kita pergi cari baju saya.." kata Hane beri cadangan.
"Okay juga tu.. Aliaa ikut.." sampuk Alia.
"Hahh okay siap.." jawab Hane yang mendengar.
"Okay.." akur Fuad.
Setelah menghantar Jiha ke sekolah petang, mereka berempat pergi ke shopping mall untuk membeli pakaian Hane. Memandang bulan puasa selepas membeli belah, mereka akan ke bazaar ramadan untuk membeli juadah berbuka.
__________________________
De Norse.
"Kau dah hantar orang pergi cari Hane belum ?" soal Jan.
"Dah.. tapi tak dapat pape berita lagi.. kad kredit/debit Hane pun tak dapat trace.. mungkin Hane guna cash money.." kata Gad.
"Susah laa macam ni.. Kitaa cari budak Iqbal tu.. sebab dia aku dengan Hane kena berpisah.." kata Jan yang menahan kemarahannya.
"Aku dengar cerita.. Budak tu dapat gambar kau dengan Dhiya masa kat Kedah.." kata Gad.
"Arghhh..!! No wonder Hane hilang macam tu.." Jan baru menyedarinya.
"Kau ada buat pape ke belakang aku ?" soal Gad curiga.
"Gad.. kau tahu.. Dhiyaa nak getback.."
"Lepas tu kau terima ke ?"
"Gilaa kau nak terima.. Aku dah ada isteri kot.." jawab Jan cover macho.
"Kau bagitahu dia tak yang kau dah kahwin ?"
"Tak." jawab Jan sepatah.
"Tu tandanyaa.. kau masih bagi diaa ruang and peluang untuk dia jadi sebahagian hidup kau.." kata Gad menegur Jan.
"Bukan aku taknak bagi tahu.. Belum masanya lagi.. Tapi dia tahu aku ada perempuan lain.." kata Jan.
"Ada perempuan dengan ada isteri lain Ann.. Isteri kau dah nikah dah ikat dia.. Kalau perempuan mungkin hanya kau kenal and jatuh cinta.. tapi tak menikah Ann.. If Dhiya tak kisah even kau ada perempuan lain.. kau jangan mintak aku cover kau pulak.." kata Gad.
"Hmm.. Aku pun tak tahu Gad.. Aku sayang Dhia.. Dalam masa yang sama aku cintakan isteri aku.. Dhia balik Malaysia sebab aku Gad.." adu Jan bernada sedih.
"Kau kahwin dengan Hane itu hari sebab kau cinta dia.. kau taknak kehilangan Hane macam mana Dhiya buat dekat kau.. Kau fikirlah masak-masak.. Aku dah bagi kau nasihat.. kau boleh fikir Ann.." kata Gad.
"Kalau aku pilih keduanya macam mana ?" soal Jan.
"Kau gila.. Kau rasa Hane nak bermadu ke ? Sanggup ke kau nak sakitkan hati perempuan yang sayang, cinta and kandung anak kau..?" soal Gad semula.
"Hane mengandung ke ?" soal Jan teruja.
"Aku cakap jee.. aku pun tak tahu dia pregnant ke tak.. Kau yang buat keje.. takkan kau tak tahu.."
"Manalah aku tahu.. Tapi last haritu adalah.. Aku tahu time tu dia subur.. Harapnya adalah.." kata Jan
"Bapak arghhh.. Hal dalam selimut pun nak bagi tahu aku ke hah.." marah Gad. "Uncle.. tengok anak uncle sorang ni.. Nasihatkan diaa sikit.." kata Gad pada potret gambar Papa Jan, Syed Zahfal.
"Apa kau.. Papa akuu dah takda.. Jangan sampai aku baling kau dengan file ni.." marah Jan.
"Dah laa.. malas aku layan kau.. Sekarang ni kau nak pergi cari Hane ke tak ? Lagipun office tutupkan.. Itulah aku suka kerja dengan kau.. First ramadan jerr mesti kau tutup office.." puji Gad.
"Bersyukurlah.. Cari Hane laa.. Kalau tak jumpa jugak.. entah laa Gad.." kata Jan.
Akhirnya kedua mereka keluar daripada office dan terus mencari Hane. Semua tempat Jan pergi mencari, sehingga ke rumah mertuanya sendiri.
__________________
Sabak Bernam.
Hane yang pertama kali jejak kaki di bazaar ramadan rasa teruja melihat pelbagai makanan dijual. Keterujaan Hane membuatkan Fuad dan Jai gembira melihatnya.
"Akak tak pernah pergi pasar macam ni ke ?" soal Alia.
"Tak.. Ini first time.." jawab Hane teruja.
"Tapi akak tak boleh boros tau.. Walaupun banyak makanan ni, ingat kita bulan puasa.." pesan Aliay
"Okay.. control akak tau.." kata Hane dan terus berjalan-jalan mencari juadah yang ingin dimakannya.
Sedang asyik Hane memelih juadah mereka terserempak dengan seseorang yang tidak sangka boleh terjumpa.
"Ehh.. Puan.."
"Ehh.. Hakim..!" kata Hane teruja.
"Puan buat apaa dekat sini..?" soalnya.
"Saya tengah mancing.." jawab Hane selambar.
"Hahahahaa.." Alia ketawa dengan jawapan Hane. "Ofcourse laa.. Beli makanan.. Kan kat sini orang jual makanan.." jawab Alia untuk Hane.
"Tahh awak ni.. Dah nampak saya kat bazaar ni.. mestilah beli makanan.." kata Hane sambil menahan ketawa.
"Along bilaa sampai ?" soal Fuad pada Hakim.
"Baru sampai.. mak suruh kuih sebab ada tetamu dekat rumah.." jawab Hakim.
"Laa.. adik beradik ke.." soal Hane terkejut.
"Ye kak.. Inilah along saya.. Jarang sekali nak balik sini.." kata Alia.
"I see.. Kecik jee dunia ni.. pergi sana.. pergi sini.. jumpa dengan orang yang kita kenal.." kata Hane.
"Akak kenal along ni daripada mana..?" soal Alia.
"Masa akak pergi umrah dengan family akak.. Along Alia ni lah jadi guide tour kami.." kata Hane.
"Tapi itulah.. tak sangka boleh jumpa dekat sini.." kata Hakim.
"Puan.. kita pergi gerak sekarang.. Saya dapat rasakan ada yang ekori kita.." kata Jai yang tiba-tiba rasa ada yang memerhati.
"Puan pakai ni.." Fuad berikan Hane cermin mata hitam dan topi hitam miliknya kepada Hane.
"Kita keluar sekarang.." kata Hane.
"Saya pergi ambik kereta.." kata Fuad dan bergegas pergi.
"Ikot sini.." Hakim menarik tangan Hane supaya mengekorinya.
"Puan.. Kita berpecah.. Puan tak boleh naik kereta kita.." kata Fuad.
"Puan ikot saya.. Alia ikot Angah.." kata Hakim beri idea.
"Tak boleh.. Puan bawah jagaan kami.. Saya akan bawa Puan sendiri pakai kereta Hakim.. Hakim boleh naik dengan Fuad.." kata Jai
"Okay.. Kita gerak sekarang.. Bagi kunci.." kata Hane mintak kunci kereta Hakim.
"Kereta Honda City warna kelabu.. VAG 9821.." kata Hakim dan serah kunci.
Akhirnya mereka berpecah dua. Jai membawa Hane menaiki kereta Hakim. Apa yang mengejutkan, apa yang Jai rasakan itu betul. Ada orang yang mengekori mereka. Malah kereta Vellfire Hane juga turut ditahan oleh mereka.
"Puan mana ?" soal orang suruhan Gad.
"Siapa kau.." soal Fuad.
"Orang suruhan Tuan Megat.." jawabnya.
"Puan tak ada dengan saya.. Saya balik kampung pinjam kereta ni.." jawab Fuad.
"Buka kereta.." arahnya dan Fuad membuka pintu kereta.
"Hi abang handsome.." sapa Alia melihat dua orang itu.
"Hi.. kakak Lishane ada tak ?" soalnya.
"Tak ada pulak saya nampak.. Abang saya balik sendiri jee semalam.." tipu Alia.
"Betul ni..?"
"Betul laa.. buat apa saya tipu bulan puasa ni.." kata Alia.
"Ni barang ni semua.. siapa punya.." soalnya lagi.
"Adek saya punya.. kami baru balik shopping.." jawab Hakim ditempat duduk hadapan.
"Kalau aku dapat tahu korang sorok Puan.. siap korang aku kerjakan.." ugutnya.
"Okay.." jawab Fuad.
Akhirnya semua terlerai. Fuad terus menghubungi Jai untuk memberi maklumat. Tapi apa yang menghairankan ialah Hakim, curiga dengan apa yang sedang berlaku.
"Apa jadi sebenarnya..?" soalnya
"Puan taknak sesiapa tahu dia pergi mana.. semua connection dia off kan.. so angah bawa Puan bawa balik kampung.." terang Fuad.
"Sebab semua ni berlaku ?" soal lagi.
"Hal personal.. Tidak dibenarkan cerita dengan orang luar.." jawab Fuad.
"Hahaha.. along jangan haraplah yang angah nak bagi tahu semuanya.. Tapi kan.. Puan a.k.a akak Hane tu cantik kan.. Persis pelakon filipine tu.." kata Alia.
"Alia nak tahu tak.. Akak Hane tu kan, bila pakai tudung.. Lagi cantik.. Along sendiri pun terpikat.. Tapi itulah.. Dia dah kahwin.. Suami dia pun handsome berduit lagi.." kata Hakim.
"Along ada tak gambar masa dekat sana..?" soal Alia.
"Ada.. Along simpan, sebab ini jee wanita pertama yang berjaya menangkap pandangan mata along.. Aura dia.. lain macam.." kata Along dan menunjukkan gambar ketika di Kota Suci Mekkah.
"Wahh.. Cantiknya.. Ni kan suaminya.. Patutlahh.. Handsome sangat suami dia.. Aliaa pun terpikat macam ni.." kata Alia.
"Cantik juga Puan ni bertudung.." Puji Fuad yang melihatnya juga.
"Sebab tu along masih mencari seseorang persis dia.. Limited edision tapi itulah.. Suami dia ada perempuam lain.." kata Hakim.
"Kesiannya.. Cantik-cantik pun boleh kena tinggal.." kata Alia.
"Bukan kena tinggal.. tapi jadi rebutan.. Suami dia pun popular juga.." sampuk Fuad.
"Maklumlahh orang ternama ni.." kata Hakim.
Mereka bercerita tentang hal Hane dan Jan sehingga didepan pintu rumah. Hane dan Jai menyusuli kemudiam. Akhirnya mereka semua berkumpul dirumah Mak Fuad untuk berbuka sekali.
bersambung....
(Done write 10/5/20)
(Publish on 1:50 am 14/5/20)
Share this novel