BM-29

Romance Series 50447

Hane menuggu Jan menjawab panggilannya sampai ke pagi. Gad dan Zall juga sudah pulang dari mereka mengekori Hane sampai ke condo dimana Jan berada dengan selamat. Mereka sudah pasti yang Hane akan mencari Jan.

"Kenapa susah sangat nak angkat.." marah Hane sendiri.

Hane mencuba lagi call Jan, dan akhirnya panggilannya dijawab oleh Chellsy.

"Kenapa u call Ann pagi-pagi ni..?" soal Chellsy dalam panggilan itu.

"Fauzan mana.. Apa you all buat..?" soal Hane dalam meadaan marah.

"You nak tahu.. You naik atas sendiri.. Nanti I sent nombor code rumah I.." kata Chellsy dan menamatkan panggilan itu.

Beberapa minit kemudian Hane sudah berada didepan pintu rumah Chellsy. Hane berdebar-debar untuk mengetahui kebenarannya. Hane terkejut melihat siapa yang buka pintu.

"Fauzan..!" Hane terkejut.

"Masuklah.." kata Jan.

"Hi..siaplah.. Boleh kita jemaah sekali.. Tapi bagi I keringkan rambut dulu.." kata Chellsy sambil mengeringkan rambutnya yang basah.

"You all berdua je ke dalam rumah ni ?" soal Hane.

"Telekung ada dalam almari dalam bilik tu.. Bilik air pun ada sekali.. Kalau nak mandi dulu pun boleh.. Nanti I mintak Chell bagikan U baju.." kata Jan pada Hane dan tidak menjawab soalan Hane.

Hane tanpa berkata apa-apa terus masuk ke dalam bilik yang diberi tahu Jan. Didalam bilik tersebut terdapat satu bingkai besar disitu adanya gambar Jan dan Chellsy tergantung. Hane cuba bersangka baik dan berfikiran positif.

Kejutan demi kejutan Hane terima, Hane terkejut dengan kelakuan Chellsy yang mecium tangan Jan ketika habis salam terakhir, dan Jan memegang kepala Chellsy dan berkata "semoga menjadi isteri yang taat pada suami..". Selepas itu Hane juga bersalam cium tangan dengan Jan, dan Jan memberinya ciuman didahi dan berkata "semoga dilindungi Allah selalu wahai, isteriku.."

"Hane nak tidur boleh masuk bilik tadi tu.. Selesa nak tidur situ.. Bilik lain tak sesuai untuk U.. I tahu you tak tidur lagi.." kata Chellsy dan mengemas tempat solat mereka.

"Tak apa.. I boleh drive balik.." jawab Hane.

"Tidurlah dulu.. Dari malam tadi tak tidurkan.. Nanti dah siang I kejutkan U bangun, kita breakfast.." kata Jan.

"I okay.." Hane menolak lagi.

"Hanee.." Jan menarik Hane mengikut langkahnya ke bilik tidur. "You rest okay.. Nanti you rasa dah okay.. You bangun kay.. I tak masuk office harini.. So I ada dengan you.." kata Jan pada Hane dan menyuruh Hane untuk tidur dan rehat.

"I okay.. I boleh tidur dekat rumah.. Papa mesti risau kalau I tak balik lagi ni.." kata Hane.

"I call papa nanti.. I explain dekat papa nanti.. So you rest jee dulu.." kata Jan lagi dan memaksa Hane untuk berbaring diatas katil.

Akhirnya Hane mengalah dengan ngantoknya dan dia terlena juga. Jan masuk semula ke bilik selepas beberapa jam kemudian untuk memeriksa keadaan Hane. Jan duduk disii Hane dan mnegusap wajah mulus Hane yang dia rindukan setiap hari.

"Bila awak nak datang semula dalam kehidupan harian saya.. Menceriakan hari-hari saya.. Jadi kawan dan isteri saya.." kata Jan sendirian.

"Annn.. Jom breakfast.. Geraklah Hane bangun.. I nak servis kereta lagi sebelum pergi Penang.." kata Chellsy dimuka pintu bilik.

"Okay.. Chell.. Sorry susahkan U.."

"Sokay lah.. bukan sesiapa pun.. kita satu family kan.. So I faham.." kata Chellsy dan menutup semula pintu bilik.

Jan baru sahaja hendak mengejut Hane bangun, tiba-tiba telefone Hane berbunyi menandakan ada message masuk. Jan mencapai telefone diatas meja tidur. Jan buka lock screen dengan thumbnya.

Jan terasa sakit hatinya apabila melihat wallpaper Hane gambar Amir dan dirinya. Jan buka lagi message yang baru masuk. Jan baca semua message yang ada didalam fone Hane. Setiap ayat message yang dia baca, hatinya retak 1000. Jan memberhenti membaca message Hane apabila dia tak sanggup lagi untuk meneruskan pembacaannya.

"Hanee.. Bangun.. I ada kerja lepas hantar U balik ni.." Jan bangunkan Hame dengan perasaan sabar dihatinya.

"Hane.." panggil Jan.

"Apa ni..!" Jan terkejut dengan tindakkan Hane memeluknya.

"Stay with me.." kata Hane yang memeluk Jan didepannya..

"I'm sorry.. I can't.. Hurry up.. I nak keluar dengan Chellsy lagi.." kata Jan dan memaksa Hane melepaskannya.

"I'm sorry.." kata Hana dan lepaskan pelukkannya.

"I tunggu dekat bawah.." Jan keluat dari bilik itu. "Chell sorry tak sempat nak breakfast.. by thr way nanti ambik I dekat rumah Tan Sri Khir.. I hantar Hane balik jap.." kata Jan.

"Okay boss.." kata Chellsy.

Jan memandu kereta Hane untuk menghantarnya pulang dengan selamat. Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya membisu sahaja sehingga tiba di garage kereta dikediaman Khir.

"Hane.. Saya lepaakan awak.. mulai sekarang awak tak perlu paksa diri awak untuk ingati saya.. Saya juga takkan paksa awak untuk kembali pada saya.. Saya taknak jadi lelaki dayus yang biarkan isterinya berdua-dua dengan lelaki lain.. Saya pun taknak awak juga berdosa.. Saya mintak maaf dengan apa yang saya pernah buat ke atas awak.. I'm not love you because I want your body.. I'm not like that.. I love you because who you are.. Saya Megat Fauzan akan melepaskan ..."

'mmmuuuaahhhhh....'

Hane mencium mulut Jan dengan matanya tertutup rapat dek air mata yang mengalir supaya Jan tidak meneruskan kata-katanya. Setiap kata-kata Jan yang ingin melepaskannya membuatkan hatinya koyak dan sakit sangat bila mendengarnya.

"Maafkan saya.." Jan menarik kepala Hane supaya melepaskan mulutnya. "Lishane saya lepaskan awak dengan talak satu.." lepas sahaja lafaz kata talak, Jan memegang kepala Hane dengan dua belah tangannya "Carilah suami yang lebih baik daripada saya, okay..? Maafkan saya kerna hanya hadir dalam hidup awak buat seketika waktu sahaja.. Jaga diri elok-elok.. Assalamualaikumm.." Jan beri kata-kata akhir sebelum keluar daripada kereta Hane.

Hane menangis teresak-esak didalam keretanya dengan kata-kata Jan yang melafaz kata talak pada dirinya. Hane tak boleh terima dengan semua ni, dia memandang cermin pandang belakang kelibat Jan sudaj tiada. Jan sudah pergi dari hidupnya. Hati Hane cukup sakit dengan apa yang terjadi.
__________________

"Apa you buat lama sangat.. Lama I tunggu tau.." kata Chellsy pada Jan.

"Chell.. I dah lepaskan Hane.." kata Jan tenang.

"Astagfirullah.. Apa ni Ann.. Kenapa buat macam tu sekali.. Salah I ke dalam hubungan U ni..?" kata Chellsy terkejut.

"I lelaki dayus Chell.. I boleh biarkan isteri I sendiri berdua-duaan dengan lelaki lain.. I boleh biarkan dia dengan lelaki lain.." kata Jan

"U bukan dayus Ann.. Ini semua dah tertulis.. Hane tu sakit Ann.. You kena faham dia, dia kena faham U.. Tapi U all semua buat hal masing-masing sehinggakan kedua-duanya menjadi punca perpisahan ni.." terang Chellsy.

"I nak balik Perth, Chell.. I dah tak ada apa-apa dekaf sini Chell.." kata Jan menahan tangisnya.

"Kenapa U nak lari dari semua ni.. U ada mama, I, Zall, Gad dan ramai lagi.. Jangan sebab perpisahan ni U nak berpisah dengan kami pula.. Lusa I bawa you tenangkan diri kay.. U fikir masak-masak dulu sebelum buat keputusan melulu macam ni.. If you lari pun, masalah ni takkan selesai.." kata Chellsy menenagkan Jan.

"Hmmm..."
___________________

Hane kuatkan diri turun daripada kereta. Hane menahan tangisannya masuk ke dalam rumah.

"Hann dari mana sayang..?" soal Ibu.

"Hann naik atas dulu.." Hane tak menjawab soalan Azian.

"Hann baru lepas menangis ke ?" kata Ibu dan mendekati anak gadisnya.

Tangisan yang cuba Hane bertahan selama didepan ibunya, akhirnya terlepas jua.

"Hannn kenapa.. Cuba bagi tahu ibuu.. Hann kenapa menangis ni.." soal ibunya.

"Ibuuu..." Hane menangis lagi dalam pelukkan ibunya.

"Ye sayang.. Kenapa ni..?" soal Ibunya lagi.

"Hann, Jan ..."

Belum sempat Hane meneruskan katanya, dia dahulu pengsan dalam pelukkan ibunya, Azian.

"Hannn.. Bangun sayang.. Hann.. Tilaaa..!!" Azian menjerit memanggil maidnya.

Hane dibawa baring didalam biliknya. Azian memanggil doktor mereka untuk memeriksa Hane, iaitu Doktor Dhia

"Dhiaa macam mana dengan anak aunt..?" soal Azian.

"Dia mungkin stress dan tak dapat kawal tahan stress then ada demam sikit.. suhu badan dia tak berapa tinggi sangat.." jawab Dhia.

"Syukur.. Terima kasih Dhia.. Sorry susahkan Dhia datang sini.." kata Azian.

"Tak apa aunt.. Memang tugas saya.." jawab Dhia.

Azian membiarkan Hane berehat. Azian ingin tahu apa yang buatkan Hane stress sampai tahap begini. Azian jadi binggung apa yang terjadi sebenarnya. Kenapa Hane menyebut nama Jan diakhir katanya.

Azian cuba menghubungi Jan tapi tak berjawab. Beberapa kali Azian cuba memanggil Jan, dan akhirnya Chellsy yang mengangkat panggilan itu.

"Hello aunt.." jawab Chellsy.

"Jan mana..?"

"Toilet.. Ada apa yee aunt..?" soal Chelssy.

"Cakap dekat yang Hane pengsan dan terus demam.." kata Azian.

"Ooo.. baik aunt.. nanti saya sampaikan pada Jan pergi tengok Hane.." kata Chellsy

"Terima kasih.. Ni siapa ye..?" soal Azian pula.

"Chellsy, aunt.."

"Ooo.. Aunt letak dulu yee.." Azian tamatkan panggilan telefone mereka.

Chellsy naik pening dengan Jan. Masuk sahaja Jan ke dalam keretanya, Chellsy terus membebel pada Jan.

"You see what happend to your wife.. You tahu dia tengah sakit you boleh nak lepaskan dia.. You tak tahu betapa susahnya dia usaha nak ingat you.. Nak percaya dengan you yang stranger bagi dia.. You tak patut buat dia macam tu sekali." bebel Chellsy.

"I dah lepaskan dia.. I malas nak fikir lagi.. Dia sekarang ada kehidupan dia sendiri.." kata Jan.

"You tahu tak yang your mother-in-law call tadi cakap Hane pengsan and demam.. I rasa dia pengsan lepas you lepaskan dia.." kata Chellsy

"Ooo.. parent dia ada akan.. So I tak perlu nak risau.. Hantar I balik rumah.." kata Jan.

"Please lower your ego before you regret it someday.." kata Chellsy dan terus membisukan dirinya dari berkata-kata dengan Jan.

Petang harinya Jan merendahkan egonya pergi melawat Hane, TAPI dirinya tak sangka akan melihat kemesraan Hane dan Amir diluar rumah Khir. Jan yang melihat situasi itu, terus berpatah balik dan membatalkan niatnya melawat Hane. Jan berasa dirinya seperti dipermainkan.

Hane pula seperti tiada apa-apa yang berlaku padanya yang boleh buat dirinya tersenyum dan ketawa bersama orang lain. Jan beranggap bahawa Hane suka dilepaskan oleh lelaki yang dia tak kenal menjadi suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience