Keesokkan paginya..
"Wuekk..! Uuu wueekk..!" Hane berlari ke arah sinki dapur.
"Cik Puan ! Okay tak..?" soal.pembantu rumah yang berada diruang dapur tersebut.
"Okay.. okay.." jawab Hane dan muntah lagi.
"Nak saya panggilkan Tuan..?" soalnya.
"Tak.." jawab Hane sambil menggelengkan kepalanya.
"Muka Puan pucat.. Pergi klinik laaa Puan check.. Takut-takut ada sakit lain ke.." kata pembantu rumah.
"Terima kasih.. Saya naik atas dulu.. Kalau sesiapa cari, cakap saya pergi berehat.." kata Hane meninggalkan pesan sebelum masuk ke bilik.
Pada ketika Hane masuk ke dalam bilik, Dhiya terlihat Hane memasuki ke bilik Jan. Dhiya mula curiga dan berfikir sejenak. Tidak lama kemudian Dhiya mendengar suara Jan mendaki tangga bersama Faziah, Dhiya bersembunyi dibelakang pintu biliknya yang tidak bertutup rapat untuk melihat dan mendengar apa yang dibualnya.
"Maa.. Ann dah fikir masak-masak.. Ann tetap dengan pilihan Ann maa.. Ann akan teruskan apa yang Ann dah rancangkan.." kata Jan.
"Mama ikot jee Ann.. itu pilihan Ann.. Ann mampu untuk semua tu.." kata Faziah.
"Mama doakan Ann.. Ann masuk bilik dulu maa.. tengahari ni mungkin Ann pergi office kejap.." kata Jan.
"Okay.. Apa-apa nanti panggil je mama.." pesan Faziah sebelum memasuki biliknya.
Faziah dan Jan bersurai dan masuk ke bilik masing-masing. Dhiya terlihat Jan juga memasuki ke bilik yang sama dimana ada Hane didalamnya.
"Apa semua ni.. Aku tertipu ke ? Apa cuba Megat dan Hane sembunyikan dibelakang aku.." kata Dhiya sendiri cuba mencuri dengar dan melihat apa didalam.
"Cik.. buat apa..?" soal pembantu.
"Aaa.. siapa dalam ni..?" soal Dhiya.
"Tuan dan Puan.. kenape cik.." katanya.
"Hah Dee.. why..?" soal Jan yang tiba-tiba keluar daripada bilik tersebut.
"Nothings.. I ingat nak panggil you hantarkan I balik.." kata Dhiya.
"Ohh sorry.. I nak kena pergi Penang.." jawab Jan.
"Ohh.. I call driver.." kata Dhiya.
"B !" panggil Hane tiba-tiba membuka pintu bilik tersebut. "B be belikan cheese nanti.." kata Hane tergagap-gagap melihat Dhiya.
"Hahh okay.." jawab Jan.
"You buat apaa dekat dalam bilik ni..?" soal Dhiya pada Hane.
"Aaaa.. aaaa..." terdiam Hane.
"Actually.. She ..."
"Hane.. Teman mama pergi market pagi ni.." kata Faziah menyelamatkan keadaan.
"Okay maa.." kata Hane dan terus mengikut langkah Faziah menuruni tangga.
"Are you to married..?" soal Dhiya pada Jan.
"I dah lambat.. I pergi dulu.." kata Jan dan meninggalkan Dhiya terpinga-pinga didepan biliknya.
"I need to know.." kata Dhiya bertekat.
Setelah semua bersurai, Hane dan Faziah ke pasar. Jan pergi ke Penang. Dhiya pun sudah pulang ke rumahnya.
*******************
Kediaman Khir.
Khir memanggil semua orang suruhannya berkumpul. Setelah mereka semua berkumpul, Khir memberi satu arahan untuk semua.
"Saya.. Berhentikan awak semua..!" kata Khir dengan nada marah.
"Kenapa Tuan..?" soal salah seorang daripada mereka.
"Anak saya seorang.. Tiada siapa boleh jaga.. Tak guna semua..! Penat aku bayar.. Anak aku juga jadi mangsa keadaan.." marah Khir.
"Maafkan kami Tuan.." kata Fuad munculkan diri dan melutut didepan Khir.
"Maaf ? Anak aku tu yang abang kau cuba rogol tau..!" marah Khir.
"Maafkan saya Tuan." rayu Fuad.
Dushhh..!
Fuad kena sepak daripada belakang.
"Jan...!" terkejut Khir.
"Kauu tahu yang abang kau cuba rogol tu isteri aku..!" marah Jan memegang kolar baju Fuad.
"Saya mintak maaf Tuan.. Saya tak sangkaa sampai macam ni sekali.." kata Fuad.
"Kau nak tahu.. Isteri aku trauma dengan kejadian tu.. Tiap kali dia tidur, dia menangis.. Kalau boleh diaa taknak tidur.." marah Jan pada Fuad.
"Sudah Jan.. Papa dah pecat mereka semua.." kata Khir memujuk Jan.
Jan berdiri semula daripada memarahi Fuad. Jan melepaskan marahnya dengan berikan satu tumbukkan diperut kepada semua orang suruhan Khir.
"Semua tak guna..! Tak boleh pakai..!" kata Jan memarahi mereka semua.
"Aku nak korang semua pergi balik tengok mak, isteri ke kakak ke adik perempuan korang semua.. Tengok muka dorang sepuasnya dan letakkan situasi korang di tempat aku..! Apa perasaan korang semua.. Aku bagi korang cuti 3 hari.. Hari ke-empat.. Aku tahu.. Semua dah terpacak depan rumah aku..!" kata Jan.
"Jan nak buat apa dengan dorang semua ni.. Kan papa dah pecat.." soal Khir hairan.
"Wait and see.. Kau..! Ikut aku..!" kata Jan arah Fuad.
"Jan nak bawa dia pergi manaa..?" soal Khir.
"Jumpa abang kesayangan diaa.." jawab Jan dan pergi daripada kediaman Khir.
"Korang tunggu apa lagi.. Chaww laaa.." marah Khir.
Litang pukang semua cabut. Maka tiada lagi orang suruhan Khir.
_________________
Jan membawa Fuad mengikutnya pergi memerhati Hane dan Faziah didalam mall.
"Kau tengok tu.. Tu mak dan isteri aku.. Aku tak boleh hidup tanpa mereka berdua.. Tapi kau bayangkan salah seorang tu tak ada..? Apa kau rasa..?" soal Jan pada Fuad.
"Gelap dunia Tuan.." jawab Fuad.
"Kau tahu.. abang kau dah rosakkan hidup isteri aku.. umpama hidup aku sendiri dimusnahkan.. Kau tahu.. Aku sendiri kena kuat untuk isteri aku.. Kau bayangkan laa.. Kau masuk rumah, pastu bunyi bising-bising, isteri menjerit meronta mintak tolong.. Bila kau pergi dekat tahu-tahu, isteri kau nak kena rogol dengan orang lain.. Gugurnya jantung aku masa tu.. Aku rasa pagi tu juga abang kau mati aku kerjakan.." kata Jan meluah.
"Maafkan saya Tuan.. saya sendiri malu dengan Tuan.." kata Fuad.
"Jom.. ikut aku.." Jan berjalan ke arah Hane dan Faziah.
"B..." Hane gembira apabila melihat suaminya ada disisinya sambil menghulurkan tangan pada Jan.
"Sayang.. I miss you.." kata Jan menyambut tangan Hane dan memeluknya seperti budak kecik.
"Miss you more.." jawab Hane memandang wajah Jan.
"I love you sayang.." kata Jan perlahan sambil mencium dahi Hane.
"Ann.. Bila Ann sampai..?" soal Faziah terkejut melihat Jan.
"Baru lagi maa.. Ann rindukan isteri Ann maa.." kata Jan sambil merangkul pinggang Hane.
"Miss me..? Then how your trip to Penang..?" soal Hane pelik memandang ke arah Jan.
"Ya.. miss you.. Its just an excuse.." jawab Jan dengan senyuman.
"So what are you doing here..?" soal Faziah pada Fuad.
"Ann ada kerja dengan diaa.." jawab Jan.
"So baju raya tahun ni warna apa.. Alang-alang kita dekat mall ni.. Boleh cari ke tempah ke.." kata Faziah.
"Ann ikut jee maa.."
"Hane pun ikut jee maa.."
"Mama pun ikut jee.."
"Dahh semua ikut jee.. Kita pergi butik biasa buat baju laa maa.. Then sayang biasa buat baju dengan siapa..?" soal Jan.
"Biasa buat dengan VR Fendi.." jawab Hane.
"Ooo.. So maa nak buat dekat D.K or tempat Hane..?" soal Jan.
"Tempat kita laa Ann.. Senang sikit kita selalu dengan dia..So Hane boleh buat jee dekat tempat Hane.. Mama tak kisah.." kata Faziah.
"Ann dengan Hane buat dekat tempat biasa Hane buat.." kata Jan.
Setelah mereka selesai buat keputusan dan membeli belah di mall. Jan bawa Hane mengikutnya, manakala Faziah pulang dengan drivernya. Fuad diminta untuk menjadi driver Jan dan Hane.
_______________________
Beberapa jam kemudian, Hane dan Jan sampai jua didestinasi yang dituju. Turun sahaja Hane daripada kereta, Hane dipeluk oleh seorang budak perempuan.
"Ehh kenapa ni..?" soal Hane pelik.
"Aliaa sayang akak.. Alia mintak maaf.." kata Alia adik kepada Fuad.
"Kenapa ni.. Alia mintak maaf sebab apa..?" soal Hane.
"Alia tak tahu along sampai tergamak buat akak macam tu sekali.. Kalau Alia tahu nak jadi macam ni.. Alia takkan bagi along ikut akak.." kata Alia.
"Sudahlah Alia.. Benda dah lepas.. Along pun dah kena tahan.." sampuk Jan.
"Tuan Puan jemput masuk.." kata Fuad.
"Hane.. Makcik mintak maaf dengan Hane.. Makcik malu dengan Hane.. Makcik tak sangka anak makcik sanggup buat macam tu dekat Hane.. Tuan, maafkan anak saya Tuan.. saya tidak tahu dia begitu sekali.." kata Mak Fuad setelah Hane dan Jan melangkah masuk ke dalam rumah mereka.
"Makcik.. Makcik tak salah.. Yang salah anak makcik.. Selayaknya dia dihukum didalam penjara sana.. Kita tiada kuasa untuk menghukumnya.. Maafkan saya makcik, kalau makcik minta saya untuk tarik report, saya tidak dapat berbuat sedemikian.." kata Jan
"Maafkan kami makcik.. " kata Hane pula.
"Makcik faham tu.. Makcik mintak maaf ye.." kata Mak Fuad sambil menahan tangisannya.
"Ye makcik.. Makcik tak salah dalam hal ni.." kata Hane memujuk.
"Sudah laa mak.. Nak berbuka dah ni.. Jom kita duduk berbuka dulu.." kata Fuad meredakan keadaan.
Pada malam itu Hane dan Jan bermalam dirumah itu, kerana Hane dan Jan mempunyai hajati untuk keluarga ini.
==============
01:15 pagi.
Hane meracau lagi, Jan terkejut dengan Hane yang tiba-tiba terjerit mintak tolong.
"Sayang.. sayang.." panggil Jan sedarkan Hane.
"Aku taknak.. lepaskan aku.." kata Hane terjerit-jerit menepis tangan Jan.
"Sayang.. B ada sini.. B tolong sayang.." kata Jan cuba menenangkan Hane.
"Jangan..! Tolong..! Aku taknak..!" meronta Hane dan cuba melarikan diri.
"Ini B.. B datang tolong.. Sayang.. Please.." Jan memujuk Hane.
Secara tiba-tiba sahaja Hane dapat melepaskan diri daripada Jan. Semua orang didalam terbangun apabila mendengar riuh rendah didalam rumah itu.
"Hane nak pergi mana..?" soal Jan berlembut pada Hane yang sedang mencari kunci pintu untuk dibukanya.
"Lepaskan aku..!" jerit Hane.
"Sayang.. B ada dekat sini.. B datang nak tolong sayang.." kata Jan memujuk lagi.
Pluckkk..!
Pintu rumah terbuka ! Hane berlari keluar.
"Ambik dalam kereta dalam dash-box ambik ubat..!" arah Jan pada Fuad yang terpinga-pinga.
"Lepaskann aku..! Aku taknakk kau..!" Hane berlari sambil meronta apabila Jan mengejarnya.
"Sayang..! Sayang..! Please.. Jangan macam ni.." Jan dapat menangkap Hane. Jan memeluk Hane erat. "Sayang.. please.." kata Jan berlembut.
"Lepaskan aku..!" ronta Hane.
"Tuan.. nah.." Fuad hulurkan jarum suntik.
Jan tidak teragak-agak untuk menyucuk. Lima minit kemudian, Hane kembali tenang.
"Sayang.. Dengar B tak..?" soal Jan pada Hane yang terbaring atas peha Jan diatas jalanraya.
Hane menganggukkan kepalanya. Setelah itu, Jan mengangkat Hane masuk semula ke dalam rumah.
"Kenapa sampai macam tu sekali..?" soal Mak Fuad.
"Sejak kejadian tu.. Hane tiap kali tidur pasti akan meracau.. Siang Hane takkan tidur.. Dia takut dan masih trauma.." jawan Jan.
"Kesian dekat kak Hane.." kata Alia.
"Sebab ini saya jadi tak kuat.. Hane pernah alami perkara yang sama sebelum ini.. makan masa untuk sembuh.." kata Jan.
"Anak berehatlah.. makcik siapkan makan sahur.." kata Mak Fuad.
"Awalnya makk.. Baru pukul 2.30.." tegur Alia.
"Iyalah.. mak masuk tidur dulu lahh.." kata Mak Fuad dan beredar.
"Abang.. memang abang akan suntik kak Hane tiap kali kak Hane meracau ke..?" soal Alia.
"Iyee Alia.. Ubat penenang.. Abang taknak tengok kak Hane lama-lamaa meracau.. Aliaa pergilahh tidur.. Abang pun nak tidur ni.. Nanti pagi kita keluar, bawa mak sekali.." kata Jan.
"Ohh.. Baik bang.." kata Alia.
Beberapa jam kemudian mereka semua bangun makan sahur, kecuali Hane yang masih tidur, Jan tidak mahu menganggunya. Setelah itu, Jan dan mereka semua solat subuh berjemaah.
Di kepagiannya, Jan membangunkan Hane yang masih lena dibuai mimpi. Mereka berdua harus laksanakan apa yang mereka telah hajatkan.
"Sayang..." panggil Jan lembut sambil mengusap kepala Hane.
"Sayang.. Sayang... Kitaa dah lambat ni.." kata Jan mengusik Hane
"Sayang.. B kan.. rasa nak makan madu laa.." kata Jan mengusik lagi.
"Auwwww... Jari ketam ni masih berbisa yee.. Dah bangun sayang.. Kesian semua tunggu dekat luar.." kata Jan dan dengan serta merta Hane bangun.
"Kenapa tak bagi tahu awal-awal.. Boleh Hane siap.." marah Hane segara bangun mandi dan bersiap.
Ketika sedang bersiap, Jan bawakan Hane breakfast.
"Sayang for you.." kata Jan.
"Hane tak bangun sahur ke..?" soal Hane.
"Tak.. B kesian tengok sayang.. Penat jee.. B taknak laa kacau.." kata Jan.
"Habis kalau Hane makan takde siapa tahu ke..? B tak terliur ke..?" soal Hane.
"Tak.. B kan kuat.." kata Jan dengan lagak gaya seperti orang sado.
Hane baru makan 2 3 4 suap, Hane berlari ke bilik air dan muntah-muntah.
"Sayang.. are you okay..?" soal Jan.
"Okayy.. uuweuukk.."
"Kita pergi klinik sayang.. B risau tengok sayang macam ni.." kata Jan dan mengusap belakang Hane.
"No laa.. Hane okay.. perut masuk angin kot.." kata Hane.
Setelah itu mereka semua keluar pergi ke mall. Jan dan Hane berniat untuk membelikan mereka sekeluarga baju raya. Memandangkan tunjang keluarga sudah berada didalam penjara akibat cubaan merogol Hane. Manakala, Fuad juga baru diberhentikan kerja oleh Khir. Jadi Jan dan Hane terasa kesian melihat keluarga ini.
bersambung....
(Done create 16:51 15/6/20)
(Publish on 00.03 18/6/20)
(New edit 11:25 am 27/8/20)
Share this novel