BM-82

Romance Series 50447

HOSPITAL....

Hane dimasukkan ke dalam wad ditahan kerana kelahirannya tidak lama lagi. Punca utama Hane ditahan, apabila air ketuban Hane pecah dalam perjalanan ke hospital. Faziah menemani Hane sementara menunggu yang lain tiba.

Kesemua orang penting pada Hane semua sudah melawat dirinya kecuali ayah kepada anak dalam kandungannya yang masih belum munculkan diri.

"Maa.. Ann tak datang ke ?" soal Hane.

"Mama dah bagitahu Ann dah.." jawab Faziah.

"Hmmm.. Tak apalah maa.. Hane taknak ganggu dia dengan Dhia.. Sekarang Ann dah jumpa kebahagian yang selama ni dia cari.." kata Hane menahan sebak.

"Jangan cakap macam tu sayang.. Sabarlahh ye nak.. Ada hikmah semua ni berlaku.." kata Faziah.

"Mama baliklahh.. Dah malam ni.. Kesian mama lama teman Hane.. Nanti Mawar datang teman Hane.. Mama boleh balik dulu.. Lagipun esokkan ada majlis resepsi lagi.." kata Hane.

"Tak ada apalah.. Nanti pape jadi susah.. Hane tu nak bersalin dah.. Mama risau.. Majlis tu tak penting pun.. Cucu mama dalam ni lagi penting.." kata Faziah.

"Jangan macam tu maa.. Inilah masanya mama nak tengok anak mama sanding.. Nanti apa-apa Hane bagi tahu mama.. Lagipun Mawar kan doktor juga.. So boleh jaga Hane.."

"Semua tu tak penting pada mama.. Kalau Hane nak mama balik.. Okay.. Mama tunggu sampai Mawar datang.." kata Faziah mengalah.

Tidak lama kemudian Mawar pun tiba dibilik Hane.

"Aunt balik elok-elok.. Anythings saya update aunt.. Dont worry.." kata Mawar menyedapkan hati Faziah.

"You must.." kata Faziah serius.

"Iyee maa..Apa-apa Mama orang first Hane bagitahu.." kata Hane

Setelah Faziah meninggalkan mereka berdua, Mawar terus mainkan peranannya sebagai pendengar dan penasihat pada Hane.

"Berapa cm dah buka ni..?" soal Mawar.

"Baru 5 cm.. Lambat lagi ni.. mahu esok malam baru keluar.." kata Hane.

"Doktor check tadi semua okay ke.. Takde songsang ke ape ke.." soal Mawar lagi.

"Tak ada.. Semua okay.. Tunggu buka cm jee ni.. Baby pun tak turun lagi.." kata Hane.

"Megat tak datang teman kau ke ?" soal Mawar.

"Ada nampak kelibat dia dekat sini ke ?" soal Hane semula.

"Aku tanya jee.." kata Mawar.

"Biasalah dah dapat isteri baru.. Isteri lama dibuang.." kata Hane.

"Asal kau tak mintak dia lepaskan kau..?"

"Aku dah mintak siang tadi.. Sebelum dia nikah.. Dia yang taknak lepaskan aku.. Kalau pergi mahkamah pun nak cakap apa mintak cerai.. Tiada alasan.. semua cukup apa dia bagi.." kata Hane.

"Dia still layan kau ke.. Even dia tahu due date kau dah dekat..?" soal Mawar.

"Iyee.. Cukup layanannya.. Tiada satu pun tinggal tanggungjawab dia.." kata Hane.

"Hmmm.. Bertuah kau Shaa.. Sabarlahh.. Ada sebab kenapa semua ni berlaku.. Aku doakan semua berjalanan lancar.. Dah tak payah nak sedih-sedih.. Aku ada teman kau dekat sini.." kata Mawar.

"Aku sedih.. Dia pernah janji nak ada sama-sama dengan aku.. Lahirkan anak kami.. Tapi hari ni mana dia.. Batang hidung pun tak nampak.." kata Hane sambil menahan air matanya.

"Semua tu hanya Janji tinggal janji bila ada yang baru.. Dia tak ada message or call ke ?"

"Tak ada satu pun masuk.. Selama hidup aku dengan dia tak pernah dia mungkir Janji dengan aku.." kata Hane.

"Tipu.. Kalau betul dia tak mungkir janji.. Dia takkan bagi kau kawan.." kata Mawar setepek.

"Jangan laaa cakap macam tu.. Itukan first love dia.. Dorang berhak bahagia.." kata Hane

"Kau pun ada hak nak bahagia.."

"Aku dah bahagia dengan anak aku ni.. Aku taknak mintak lain dah.. Cukup aku dengan anak aku.." kata Hane. "Baby.. Maafkan mummy tak dapat tunaikan janji mummy dekat Mohamed nak ada daddy sambut Mohamed keluar nanti.." sambung Hane mengusap perutnya.

"Kau ni.. Hmmm.. Buat aku sedeh lahh.."

"Wey.. Panggil doktor.. Aku rasa aku buat operation je lahh.. Aku tak sanggup nak normal tanpa ada dia.." kata Hane.

"Eeee kau ni.. Normal je lah.. Aku kan ada.. Ramai lagi sayangkan kau.. Bukan dia seorang jee.." kata Mawar.

"Please Mawar.. Aku taknak jumpa dia dah lepas ni.." rayu Hane.

"Hmmm.. Kau tidur dulu.. sementara tunggu pagi.. Tak kesian ke dekat doktor yang nak bedah kau nanti...tengah malam ni tau.." kata Mawar cuba menghalang keputusan Hane.

"Alaaa.. Hmmm.."

"Soo esok pagi jee.." kata Mawar.

Hane mengalah dan membiarkan dirinya berehat mengumpul tenaga untuk melahirkan anaknya. Mawar pula seorang yang suka tidur awal, jadi Hane sendiri menahan sakitnya.

*************************

Kediaman Faziah...

"Zal.. Ann tak balik ke..? Kereta ada dekat luar tu.." soal Faziah.

"Ada dekat atas tu.." Jawab Faizal.

Faziah terus mencari anak sulungnya dibiliknya.

"Ann.. Boleh mama masuk..?" soal Faziah dan membuka pintu bilik. "Ohh.. Tengah solat.." kata Faziah perlahan dan menunggu Jan sehingga selesai solat.

"Maaa.. Hane macam mana..?" soal Jan melulu.

"Hane tengah tahan sakit nak lahirkan anak Ann.." jawab Faziah.

"Habis siapa jaga dia sekarang..?"

"Mawar ada situ.. Ann tak sayang Hane dengan anak dalam kandungan tu ke ?" soal Faziah

"Sayang maa.. Semua Ann sayang.. Hane, Ann sayang.. Baby, Ann sayang .."

"Dhiya pun Ann sayang kan..?" kata Faziah potong kata Jan.

"Hmmm.." Tidak mampu Jan berkata-kata.

Faziah masih mencuba memujuk hati Jan untuk membuat keputusan sewajarnya demi masa depan diri Jan dan Hane.

************************

Jam 1:35 pagi..

"Kau bangun perempuan tak guna..!" sergahnya.

"Kauu nak apa hah perempuan ?!" soal Hane.

"Kau kenapa main masuk jee bilik orang..!" marah Mawar.

"Apa lagi kau tak puas hati dengan aku.. Aku dah bagi apa yang kau nak kann..!" kata Hane meninggikan suaranya.

"Sebabkan anak dalam ni.. Diaa tinggalkan akuu macam tuu jee..!" kata Dhia dan menunding jari ke kandungan Hane. "Mana Megat..?!' soal Dhiya marah.

"Anak dalam ni tak ada kena mengena dengan kau.. Ini anak aku.. Kau jangan nak salahkan anak aku.." kata Hane.

"Oh kau nak cari laki kau.. Laki kau tak ada dekat sini.. Mungkin balik rumah isteri lain laaa tu.." kata Mawar menjawab pertanyaan Dhia.

"Puan sila keluarr..." kata nurse yang tiba-tiba muncul.

"Kau siapa..?!" soal Dhiya.

"Puan.. Ikut saya.. Jangan sampai saya berkeras.." kata nurse beri amaran.

"Apa bising-bieing ni..." sampuk Jan yang secara tiba-tiba muncul.

"You siapa.. Sila keluar daripada bilik patient saya.." kata doktor yang menjaga Hane.

"Dee..! Keluar sekarang..!" arah Jan

"Akuu belum habis lagi dengan kau.." kata Dhiya pada Hane.

"Dee..! I cakap keluar..!" tinggi Jan bersuara.

Setelah Dhiya keluar daripada bilik Hane, semua nurse yang bertugas pada malam itu kena marah dengan Jan.

"Maafkan kami Tuan Puan.." kata seorang nurse mintak maaf.

"Macam mana you all buat kerja.. Arahan senang.. Jangan bagi orang ganggu wife saya.. Then, ni terjadi.." kata Jan menahan marah.

"Dahh laaa.. Bising.. Orang tengah sakit ni.." kata Hane berasa rimas.

"Yang lain boleh keluar.. Bagi keadaan reda.." kata Mawar.

Yang tinggal dalam bilik Hane cuma Jan. Mawar juga turut keluar apabila Jan memberi isyarat tangan suruh keluar juga.

"Congratulations on your marriage.." kata Hane.

"Hane okay ?" soal Jan tidak pedulikan kata Hane.

"Okay jee.. Kenapa awak datang sini..?" soal Hane.

"Saya suami awak kan.. Saya tak boleh datang tengok isteri sendiri ke..?" soal Jan.

"Ohh isteri.. Saya masih isteri awak ke ?"

"Awak rasa.."

"Saya tak rasa apa-apa.." kata Hane.

"Baguslahh.. Tidur.. Rest.. B teman sayang.." kata Jan.

"Tidur dekat rumah je selesa.. Lagipun esok ada majlis resepsikan.." kata Hane.

"Goodnight.." kata Jan berlalu pergi tanpa menjawab pertanyaan Hane.

"Just like that.. Hurhhhh.. Laki bini menyusahkan aku betul laaa.. Serabut.." memgeluh Hane dan sambung semual menahan sakit perutnya.

Selepas kejadian itu, Hane cuba merehatkan dirinya tetapi sakit perutnya makin lama makin kuat dan kerap sakitnya datang singgah. Hane mengalah dan tidak dapat lagi bertahan sakitnya terpaksa memanggil doktor.
___________________

Beberapa jam kemudian, akhirnya Hane mendapat pengesahan daripada doktor, Hane ditolak ke bilik bersalin. Hane sudah tidak memikirkan apa-apa hanya fikirkan anak yang bakal lahir.

"Puan.. Calm down.. Take a deep breath.. inhale .. exhale .. Puan.. If I say push, you push .. okay.." kata doktor yang menguruskan Hane.

"Doct.. I want caeser.." kata Hane meminta.

"No !" bantah Jan yang tiba-tiba muncul. "I trust you can do it sayang.. I will be here with you.." kata Jan dan mengusap kepala Hane.

"Maafkan Hane.. Halalkan makan minum Hane.." kata Hane apabila melihat Jan menemaninya.

"Yee sayang.. Saya maafkan segala kesalahan.. So dont be worry okay.. Im here for you.. I love you sayang.." kata Jan dan mencium dahi Hane.

"Arghhhh... Errgghhh.. Sakit doct.." aduu Hane.

"Sayang.. You cann.." kata Jan dan mengengam tangan Hane.

"Pushhh.. pushh.." arah doktor.

"Errrggghhhhhhh...!!"

Setelah beberapa jam Hane bertarung nyawa dibilik bersalin tersebut akhirnya keluarlah sepasang kembar daripada rahimnya. Tangisan anak kecil itu cukup beri senyuman kenapa sang ibu walaupun Hane tidak sempat melihat anak-anaknya kerana kehabisan tenaga. Sepanjang proses bersalin, Jan menjadi kekuatan kepada Hane.

Apabila semua selesai, Jan azan dan qamad anak-anaknya didalam bilik dimana Hane sedang berehat. Anak kembar mereka cukup kecil sehingga berat mereka berdua tidak mencapai berat sewajarnya. Oleh itu, doktor sarankan untuk beri perhatian lebih pada anak kembar mereka.

********************

Pada pagi itu semua orang kecoh dengan khabar berita ini. Berita gembira ini membuatkan mereka semua lupa akan majlis resepsi Jan dan Dhia pada tengahari itu. Bukan sahaja ahli keluarga, malah pengantin lelaki juga turut terlupa dengan majlisnya. Jan tidak memikirkan apa pun kecuali isteri dan anak-anaknya.

"Tahniah Ann.. Sekali duaa kau sapuu.." kata Gad.

"Well.. Im her man.." kata Jan bangga.

"Hahaha.. Kau pakai ilmu apa hah.. Share laa sikit.." kata Gad mengusik.

"Ilmu kasih sayang.. Every night wooo.." kata Jan menjawab pertanyaan Gad dengan bergurau.

"Aishhh..! Aku ingat ilmu apa.." marah Gad dengan usikkan Jan.

"Betul lahhh.. Ini semua rezeki Allah pada aku dan Hane.." kata Jan.

"Rezeki Allah nak bagi.. Siapa kita nak menolak.." kata Amir menyampuk.

"Betul tu.. Siapa sangka nak ada kembar.." kata Faizal.

"Aku tahu jee.. Cuma ni surprise dari kami.." kata Jan.

"Sayang.. Baby kena tahan wad dulu.." kata Gad.

"Asal ? Ada komplikasi dekat baby ke ?" soal Faizal.

"Baby tak cukup berat.. Kan kecik sangat tu.." kata Jan.

"Berapa lamaa..?" soal Faizal.

"Tak tahu laa.. Maybe sampai baby dapat berat normal.." kata Gad menjawab.

"Amboiii... Ramainyaa jadi security guard depan ni.." tegur Faziah apabila terkejut dengan 4 orang lelaki didepan bilik bayi.

"Aunt.."

"Maa..."

"Sinilahh tengok anak Ann.. Comel kann.." kata Jan.

"Iyee comel.." kata Faziah.

"Kami pergi bilik Hane dulu laa Ann.." kata Gad dan yang lain meninggalkan Faziah dan Jan.

"Okay.." jawab Jan.

"Macam mana dengan majlis tu Ann..?" soal Faziah.

"Majlis apa ma..?" soal Jan tidak mengerti.

"Majlis resepsi tu.. Takkan nak biarkan jee.." kata Faziah.

"Maaa.. Annn.. Tak nak tahu pun pasal majlis tuu.. Ann dah tak peduli apa pun.. Ann dah cukup ada isteri dan anak-anak.. Hidup Ann dah cukup sempurna.." kata Jan.

"Dhiya isteri Ann juga kan.. Dia berhak untuk bahagia.. Tanggungjawab Ann pada dia.. Mama tahu ini semuaa tak sepatutnya berlaku.. Mama pun tak setuju benda ni dari awal.. Tapi ini yang Ann pilih.. Jadi Ann kena bertanggungjawab.." kata Faziah nasihatkan Jan.

"Bagi Ann masa untuk semua ni.. Isteri Ann baru melahirkan anak Ann.. Bagi ruang Ann bersama anak dan isteri Ann.." kata Jan dan meninggalkan Faziah sendiri.

Faziah pening dengan sikap anak sulungnya itu. Jan pula seperti lelaki tiada pendirian tetap untuk membuat keputusan yang pasti. Hane pun lupa terus apa yang berlaku sebelum ini selepas melahirkan anak-anaknya.

Pada hari itu semua tidak bercakap tentang majlis resepsi itu, hanya mengunci mulut. Semua yang hadir melawat Hane, riaksi mereka tidak sangka Hane mengandung anak kembar dan kembarnya sepasang.

bersambung......
(Done create 03:45 13/11/20)
(Publish at 14:00 18/11/20)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience