Hane terkejut dengan siapa yang buka pintu tersebut.
"Liss..!"
"Dhiyaa...!"
Mereka berdua terkejut sesama sendiri. Hane tidak sangka akan kehadiran Dhiya dirumah mereka.
"What are you doing here.." soal Hane.
"I tidur sini.. You buat apa datang sini..?" bersoal jawab Dhiya.
"Hane.. masuk.." kata Jan datang dari belakang Dhiya.
"Dia buat apa dekat sini U..?" soal Dhiya pada Jan.
"You kenapa tak tidur lagi..?" soal Jan pula.
"I tak boleh tidur.." jawab Dhiya.
"Okay papelah.. sekarang I nak masuk tidur.. Sakit kepala tengok korang bedua.." kata Hane seperti rimas dengan drama mereka.
Jan terus menarik tangan Hane masuk ke bilik mereka.
"Ehhh..!!" terkejut Dhiya dengan tindakkan Jan.
"Apaa ni.." kata Hane mintak lepaskan tangannya setelah mereka didalam bilik.
"B mintak maaf kay.. Bukan B yang ajak dia tidur sini.. mama terlepas cakap bila dia tanya nak tidur sini sebab katanya nak lepaskan rindu dengan parent dia.." Jan berterus terang dengan Hane.
"Habis malam ni dia tidur mana ?" soal Hane.
"Tidur dalam bilik mamaa laa.. takkan nak tidur bilik kita.." kata Jan.
"Habis kita berdua ni.. nak jawab apa kalau dia tanya..?" soal Hane.
Belum habis mereka berbincang, Dhiya mengetuk pintu bilik mereka.
"Both of you buat apa.. Apa yang you all sembunyikan.." kata Dhiya.
"B tidur dekat sofa kay.." kata Jan mencium dahi Hane sebelum keluar dari bilik. "Nothings.. ada hal sikit nak bincang.." jawab Jan pada Dhiya.
"Liss buat apa dekat dalam bilik you too..?" soal Dhiya pelik.
"Dia tidur sini malam ni.. parent dia dah tidur.. then I suruh dia datang bilik I tidur sini.." kata Jan menipu.
"Then you tidur mane malam ni ?" soal Dhiya lagi.
"Sofa laa.. Malam ni jee kan.. pagi nanti nak balik dah.." jawab Jan.
"So boleh I teman you.." kata Dhiya.
"Tak perlulahh.. U tidur jee dengan mama.. selesa sikit.. I okay tidur dekat sini.." kata Jan.
"Why not you tidur dengan mama.. I tidur bilik you dengan Liss.." kata Dhiya beri cadangan.
"Hurmmm.. Betul juga to.. Hurmmm boleh laa.. Jap I tanya kat Hane jap.." kata Jan mengetuk pintu biliknya.
"Yee.. nak apaa..?" soal Hane.
"Boleh Dhiya tidur sekali dengan Hane.. Ann tidur dengan mama.." kata Jan pada Hane.
"Ehh boleh.. Hane kan menumpang je sini.." kata Hane seperti memberi senyuman memerli.
"Haipss.. Kenapa cakap macam tu.. B kiss sayang nanti.." kata Jan berbisik pada Hane.
"Kak..sinilah.. kitaa tidur dulu.. esok akak nak pergi kerja lagi.. Nanti tak cukup rehat.." kata Hane memanggil Dhiya.
"Dhiyaa..U masuk tidurlah dengan Hane.. Sorry kalau U tak dapat nak tidur dengan aunt.." kata Jan.
"Sokay.. good night and sweet dream my cherish man.." ucap Dhiya dihadapan Hane.
"Good night too.." balas Jan.
"Night too abang Ann.." kata Hane pula.
"Night too sayang.. I love you.." balas Jan melalui isyarat mulutnya.
Setelah mereka semua masuk ke bilik untuk beristirehat. Faziah sempat bertanyakan soalan pada Jan.
"Dhiya mana..?"
"Tidur dengan Hane.. Hane baru balik tu.. Kenapa mama tak peluk jee si Dhiyaa too.." kata Jan.
"Mane mama nak tahu.. Ingatkan dia nak pergi minum air ke apa.." jawab Faziah.
"Hurmm.. Satu malam jee kan.." kata Jan dan rasa sedih.
*********************
KEESOKKAN PAGINYA.
Semua sudah siap untuk check-out dari hotel mereka menginap, disaat Jan dan Hane berjalan beriringan berpegangan tangan, tibanya tetamu yang tidak diundang secara mengejut. Jan melepaskan pegangan tangan Hane dan jalan melulu mendapatkan tetamu tersebut. Hane yang terasa atas perbuatan Jan terus berhenti berjalan dan melihat tangan yang dilepaskan Jan seketika tadi.
"Tangan yang dilepas disebabkan wanita lain.." kata Hane pada tangannya.
"Ini boleh disambut dengan yang lain.." kata Hakim dengan berani memengang tangan Hane.
"Ape ni.." kata Hane terkejut.
"Saya tolong.. dia boleh kenapa tidak awak.. Saya ada dengan awak.." kata Hakim.
"Saya tak perlukan.." jawab Hane dan meneruskan jalannya.
Sungguh berani mutawwif Hakim bertindak begitu sekali. Tipu jika Hane tidak berasa sakit hati melihat suaminya bersama perempuan lain. Walau bagaimanapun, Hane harus bersabar dengan semua ini. Dhiya merupakan cinta pertama Jan, siapa Hane nak dibandingkan dengan Dhiya.
"Tuan kita boleh berangkat dah.." kata mutawwif Mazlan.
"Baik Lan.." kata Jan balasnya. "You dekat sini jaga diri kay.. Kalau you balik Malaysia call jee I.. I akan pick-up you.. I tunggu you dekat Malaysia." kata Jan pada Dhiya.
"Promise..?" soal Dhiya.
"Promise.." jawab Jan dengan senyuman manisnya.
"Thanks.. for accepting me in your life again.. I promise I'll never leave you again.." kata Dhiya pada Jan dan merenung ke dalam mata Jan.
"No need to thank me.." balas Jan. "Ouchh...!!!" terkejut Jan setelah kena cubit dengan Faziah yang menghampiri mereka.
"Dhiyaa.. aunt balik dulu.. Dhiya dekat sini jaga diri elok-elok.. nanti balik cuti datanglah rumah.. Aunt masakkan untuk Dhiya.." kata Faziah.
"Thanks aunt.. Love you.." kata Dhiya dan memeluk Faziah.
"Kak.. Liss and parent Liss.. gerak dulu.. sebab takut naik flight lambat nanti.. banyak urusan nak balik ni.." datang Hane mendekat.
"Oh.. okay Liss.. Jaga diri elok-elok.. Kahwin nanti jangan lupa jemput akak.." pesan Dhiya pada Hane.
"InshaAllah kak.. Liss gerak dulu.." kata Hane bersalam dan memeluk Dhiya dan Faziah didepannya.
"Kita gerak sekali laa Hane.." sampuk Jan.
"Betul tu Hane.." sokong Faziah.
"Borak-borak laaa dulu.. Hane nak pergi beli souvenir untuk staff Hane dulu dengan papa.." kata Hane.
"Okaylah..kalau macam tu.." kata Faziah.
"Assalamualaikum.." ucap Hane dan berlalu pergi dengan hatinya sedikit terluka dengan suaminya.
Setelah kelibat kenderaan Hane menghilang, Jan dan Faziah juga turut bergerak masuk kenderaan. Dhiya melihat kepergian kekasih lamanya dan keluarga.
(DHIYA BORHAN)
"Allah sudah mendengar doaku untuk bertemu semula dengan diri dia.. Terima kasih Allah.." kata Dhiya sendirian.
"Izinkan aku menjadi kekasih halal buatnya, ya Allah.. Berikan aku kesempatan itu.." Dhiya berdoa didalam hatinya.
Dhiya berharap dia akan memiliki Jan semula setelah dia kehilangan Jan 5 tahun lalu dan mungkin kini, Dhiya tidak mahu lagi merasa kehilangan dan berjauhan dengan cinta hatinya.
******************
KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT
Tiba di airport, Jan terkejut akan kenderaan yang membawa Hane dan keluarga sudah tiba dahulu. Jan melulu turun mencari isterinya, Hane.
"Ibu.. mana Hane..?" soal Jan mencari Hane.
"Tak tahu laa Ann.. katanya nak pergi toilet.. Tapi ni dah lama sangat dia tak datang balik.." kata Azian.
"Tak apalah buu.. Jan pergi cari Hane jap.. Gad, Zal, Bib jom pergi cari Hane.." kata Jan gelabah.
"Takyah laa Ann.. kau dah tinggalkan dia.. baru sekarang kau nak cari dia.." kata Gad seperti marah dengan tindakkan Jan.
"Masalah.. Hane mana..?!" marah Jan.
"Salah kau.. Kau buat dia macam tak ada hati.. Rasakanlah.." kata Habib.
"Salah kau bang.. kalau aku tahu kau nak buat dia macam ni.. aku tak lepaskan diaa untuk kau.." kata Faizal pula.
"Suka hati korang nak cakap apa.. Isteri aku hilang ni.." kata Jan seperti kusut.
Jan terus tinggalkan mereka bertiga untuk mencari isterinya hilang.
"Baru tak nampak depan mata sekejap.. dah meroyan.. time ada buah hati depan mata.. isteri pun lupa.." kata Habib sendiri.
Jan dari jauh ternampak mutawwif Hakim bersama seorang perempua sedang duduk minum di sebuah cafe, Jan semakin hampir berjalan ke arah Hakim dan ternampak wajah perempuan tersebut. Wajah tersebut ialah Hane. Jan terus berdiri tegak melihat isterinya dengan lelaki lain sedang bergembira.
"Ini ke rasanya bila Hane nampak aku dengan Dhiya..?" soal Jan sendiri.
"Sakitnya aku rasa.." Jan memegang hatinya seperti terluka.
Jan berjalan selangkah demi selangkah menghampiri mereka. Semakin dekat Jan, dan terkasima apabila Hakim mengelap air mata Hane yang mengalir.
"Salah aku ya Allah.. Aku terima balasanmu.." kata Jan terasa sakit hatinya semakin sakit dan perit rasanya.
"Hane.." panggil Jan.
"Jan !" Hane terkejut dan terus lap air matanya.
"Tuan !" Hakim juga terkejut.
Hane dan Hakim terkejut akan kehadiran Jan secara tiba-tiba. Tindakkan Jan mengejutkan semua disekeliling.
bersambung...
(DONE WRITE 04:48am 09/02/20)
( PUBLISH ON 00:00 FRI 29/02/20)
(NOTE: Lepas ni semakin bz.. and lambat sgt akan update.. Sbb dh msuk study after sem break..)
Share this novel