HARI TERAKHIR SEBELUM PERNIKAHAN KEDUA HANE DAN JAN ...
Semua ahli keluarga Hane dan Jan berkumpul dibawah satu bumbung iaitu diteratak F&L, termasuk Chellsy, Jane, Habib dan Gad. Mereka semua membuat persiapan terakhir dari segi pakaian, susun atur majlis, dan juga bahagian catering untuk dua kali makan termasuk majlis doa selamat dan tahlil.
"Rasanya semuanya dah settle.." kata Jane yang memastikan semua lengkap.
"Tapi bilik pengatin kita tak deco lagi.. Bilik mana yang nak jadi mangsa..?" soal Tia.
"Bilik tu.. Nanti I mintak Habib bawakan barang tuk hias bilik.." Kata Chellsy.
"Okay.." jawab Tia.
"Korang ni seriueslah.. Tak payah laa.. Malu je.." sampuk Hane.
"Eleh.. cakap je taknak.. tapi dalam hati tu nak.." kata Jane.
"Jangan jual mahal.. Lagipun malam ni, malam terakhir dan esok malam pertama... Aummmm..." kata Tia mengusik Hane.
"Cepat-cepat bagi mama cucu.. Atleast mama ada kawan nanti.. Tia pun sama.." kata Chellsy.
"Tah Tia.. Dah lama kahwin pun tak bunting lagi.." kata Jane.
"Belum ada rezeki lagi kakak-kakakku sekalian.." jawab Tia dan cuba lari dari perbualan soal anak. "Abang.. Jom kita balik.." Tia buat-buat mencari suaminya, Faizal.
"Hahaha... Itulah.. Nakal sangat Tia ni.." ketawa Hane melihat gelagat Tia.
"B..." panggil Chellsy apabila Jan dan Habib melepas mereka berempat.
Jan dan Habib berpaling pandang ke arah Chellsy tanpa mengeluarkan suara.
"Nak pergi mana ?" soal Chellsy
"Who ?" soal Habib.
"You laa.." jawab Chellsy.
"I nak tunggu staff hantar barang untuk hias bilik.." jawab Habib.
"Ooo.. I ikut you.." kata Chellsy dan menghampiri mereka berdua.
"I pun nak ikut.." sampuk Hane.
"Tia pun nak ikut.." Tia pula sampuk.
"Huii.. Ramainya.. Duk kat konopi bawah tu je pun.. Bukan pergi mana pun.." kata Jan apabila Tia juga ingin mengikutnya.
"Abang Ann.. Kami gerak dulu.." kata Habib dan berjalan beriringan dengan Chellsy.
"Hah ok.. Ni Tia pergi cari Zall mana.. Jane pulak cari mana Gad.. Hah memasing pi cari laki hangpa.. Tok sah ikut laki orang.." kata Jan membebel.
"Hahahahaha... Padan muka.." ketawa Hane pada Tia.
"Hmmm yelah.. Jom kak Jane.." Tia pun mengalah dan berlalu bersama Jane mencari suami mereka.
Setelah semua membawa diri masing-masing Hane dan Jan mencuri peluang yang ada untuk berdua-duaan duduk diatas pelamin nikah mereka.
"B.. Thanks untuk semua ni.." kata Hane.
"Sokaylah.. But I'm sorry.. Ini je yang B boleh sediakan untuk majlis kita kali ni.." kata Jan.
"Tak apa B.. Atleast sayang dapat rasa juga berada atas pelamin ni.. Walaupun ini akad kedua kita.." kata Hane.
"Thanks sayang.. Thank you for be mine forever.. I love you sayang.." kata Jan dan mencium dahi Hane lama diatas pelamin tersebut.
"Eheemmmmmm... Sabar-sabar.. Tunggu esok pagi.. Tak lama dah.. Berapa jam je lagi.." tegur Gad yang terlihat aksi tersebut.
"Kacau laa kau Gad.. potong gaji nanti.." kata Jan.
"Kami pun nampak ni hah.. Jangan gelojoh sangat anak mama.." tegur Faziah yang berada ditingkat atas dapur bersama ibubapa Hane.
"Anak Ibu pun.. Jangan nakal-nakal.. Malu dek orang.." kata Azian juga.
"Biasalah tu.. Practise dulu kan Jan.. nanti tak gugup.." Khir menyokong Jan dan Hane.
"Yes papa.. You're right.." kata Jan.
"Hahahahaa..." mereka semua tertawa dengan apa yang berlaku.
Setelah menjelang ke malam hari, semua berkumpul sekali untuk meraikan hari terakhir untuk Hane dan Jan sebagai bujang untuk sesiapa yang tidak tahu status sebenar mereka. Jamuan makan turut diadakan.
"Bilik pengatin kami dah siapkan.. So malam ni bilik tu dilarang masuk kay.." kata Habib.
"Baik boss.." jawab Hane.
"Malam ni siapa je yang tidur sini ?" soal Faziah.
"Kami.." jawab Zall.
"Saya juga..." jawab Gad juga.
Dalam kesibukkan Faziah menguruskan bilik untuk mereka tidur, ada yang ambik kesempatan dalam kesibukkan ini.
"Yang nak.." kata Jan pada Hane sedang mengunyah buah anggur.
"Nahh.." Hane menghulurkan sebiji pada Jan.
"Tak nak yang ni.. Yang tu kat muncung tu.." kata Jan.
"Ramai oranglah.." kata Hane dan terus mengunyah.
"Kedekut.." kata Jan seperti merajuk.
"Nahh.." Hane menghulurkan buah anggur yang berada dibibirnya.
Jan dengan beraninya menyambut jemuih bibir Hane dan terus menciumnya lama. Hane juga turut melayan ciuman Jan ditengah ramai orang ini.
"B..!" Hane menolak Jan apabila dirinya berasa lemas.
"I'm sorry.." kata Jan dan terus berlalu meninggalkan Hane.
"Hmmm.. Tak kena dengan tempat B.." kata Hane sendiri dan sedikit sedih.
Apabila keadaan ini berlaku, Jan cuba mengelak dari bertembung dengan Hane. Jan tahu akan kesalahannya yang terlalu agresif ditempat orang ramai. Jan jadi agresif kerana sudah berapa malam mereka tidak bersama.
"Ann..malam ni open.." kata Gad.
"Okay.." setuju Jan.
"Abang Ann open FiFA kee ?" kata adik saudara Jan.
"Ha'ah.. Kimi nak main sekali ke ?' soal Jan.
"Boleh ke ? Kimi pun dah lama tak pegang remote.. Sejak study ni.." kata Kimi a.k.a Hakimi
"Zall follow.." kata Faizal menyampuk.
"Tia pun..." sampuk Tia yang disisi Zall.
"Wahh.. meriahlahh malam ni.." kata Gad
"Habib nak follow tak ?" soal Jan.
"Tak kot.. Nak rest.." jawab Habib.
"Malam ni I balik rumah dengan Habib tau.. Esok pagi I datang.." kata Chellsy menyampuk.
"Okay.. Bib.. Take care of her.." kata Jan.
Selesai mereka semua makan malam, Zall memasang PS4 diruang yang disediakan. Sementara itu, Jan membentangkan tempat tidur untuk pasangan yang tidak dapat tidur didalam bilik iaitu pasangan Gad dan Zall. Bilik diberi keutamaan untuk yang tua dan anak dara yang belum berkhawin, termasuk dirinya dikecualikan Hane kerana masih dianggap anak dara lagi sebelum pernikahannya.
_____________________
01:05 Pagi...
Hane keluar dari bilik tidurnya bersama saudara perempuan Jan dan menuju ke tingkat atas untuk ke dapur. Hane terkejut apabila melihat Jan tertidur dimeja makan.
"B... kenapa tidur dekat sini.." Hane cuba bangunkan Jan.
"Yang..!" Jan tersedar.
"Kenapa tidur dekat sini ?" soal Hane lembut.
"Penat sangat kot.." jawab Jan.
"B nak air tak ?" soal Hane yang sudah berdiri dikabinet air.
"Boleh juga.. Kenapa sayang tak tidur lagi ni..?" soal Jan pula.
"Sayang dahaga.. Tu terbangun.." jawab Hane.
"Sayang wangi.." kata Jan yang tiba-tiba memeluk Hane dari belakang.
"B jangan nak mengada.. Nanti sesiapa nampak habis kita dua.." kata Hane.
"Semua dah tidur kecuali tu Kimi dengan Kamal.. Sibuk main game tu.." kata Jan.
"B.. dah pukul berapa ni.. B tak suruh dorang tidur ke ?" tegur Hane.
"Biarlah dorang.. bukan selalu pun.. Lagipun B rindu sayang.." makin erat Jan memeluk dan mencium leher Hane.
"B.." panggil Hane lembut.
"Abang Ann..!!" panggil Kimi yang tiba-tiba naik keruang dapur.
"Hah ye Kimi..!" jawab Jan dan terus melepaskan Hane.
"Abang dengan siapa..?" soal Kimi ragu-ragu dengan apa yang dia nampak.
"Kimi nak air ?" Hane menunjukkan dirinya dari belakang Jan sambil menghulurkan cawan airnya.
"Aaaaa...Tak.. Terima kasih.." tolak Kimi "Turn abang Ann lawan dengan Kamal.." sambung Kimi.
"Okay.." Jan terus turun dan tinggal Hane dan Kimi didapur.
"Akak.." panggil Kimi.
"Ye Kimi.. Kenapa..?' soal Hane.
"Akak cantik.. Bertuah abang Ann dapat akak.." puji Kimi.
"Arhhh.. Tipulah.. Ada-ada jee Kimi ni.. Ramai lagi yang cantik dekat luar sana.." jawab Hane malu.
"Betul akak cantik.. Patut abang Ann sayang akak sangat-sangat.. Sampai tak sanggup tunggu esok malam.. Hehee.." kata Kimi dihujungnya sedikit ketawa.
"Kimi nampak ke ?" soal Hane.
"Mestilah.." jawab Kimi.
"Hahahaa.. Maaflah.. Abang Ann tu nakal sikit.." kata Hane menahan malu didepan Kimi.
"Kimi faham.. Bila akak lepas rambut macam ni, lagi cantik ^4^.. Kalaulah Kimi kenal dengan akak dulu, mesti Kimi takkan lepaskan akak pada orang lain.." pengakuan berani Kimi.
"Ehh.. ada ke pulak macam tu.. Ini namanya takdir.. Jodoh akak dengan abang Ann.. Kimi nanti mesti akan dapat yang lagi cantik dari akak.. Akak ni biasa-biasa jee.. Hanya abang Ann jee yang nak sayang akak.." kata Hane.
"Kimi pun boleh sayang akak.. Tapi itulah.. Akak abang Ann punya.. Kalau akak ada adik perempuan kan bagus.. Meti cantik macam akak juga.." kata Kimi sedih.
"Dah laa.. Jom turun.. Nanti abang Ann cari pulak.. Kimi umur berapa ?" soal Hane saat menuruni tangga.
"21 kak.. Akak ?" soal Kimi.
"Ooo.. beza kita 5 tahun jee Kimi.. Still akak tua dari Kimi.." kata Hane.
"26 laa kan.. Umur sekarang bukan jadi tanda ukuran.. Ramai je yang kahwin dengan perempuan lagi tua dari laki.. Macam Fazura dengan Fattah Amin.." kata Kimi.
Hane hanya mendiam dirinya, Hane mula dapat tangkap akan perbualannya dengan Kimi. Usia remaja Kimi ini, bikin dirinya berasa takut untuk berdua-dua dengan Kimi apabila Kimi menunjukkan minatnya pada dirinya.
"B..." panggil Hane apabila Jan tekun bermain game.
"Ye saaaayyyyyyaaaannnngggg..." jawab Jan dan berikan senyuman manis pada Hane.
"Korang ni tak reti nak tidur ke..?" soal Hane apabila sudah duduk disebelah Jan.
"Sekejap lagi.. Tunggu last game dah ni.." jawab Kamal dengan tekunnya pada game.
"Kimi tidur dululahh.." jawab Kimi dan terus berbaring ditempat tidurnya.
"Selamat Malam Kimi.." ucap Hane.
"Selamat Malam juga akak cantik.." balas Kimi.
"Amboii... Lain macam jeee ni.." tegur Jan.
"Tak ada apa pun B.." kata Hane meletakkan kepalanya dibahu Jan.
Tak lama kemudian, Hane tertidur dipaha Jan. Jan yang masih main game, terus berhenti main apabila dirinya juga rasa mengantuk.
"Mal.. Tutuplah.. Abang nak kemaskan, ini akak kau dah tidur dekat abang.. Taknaklah abang kejutkan akak ni.." kata Jan.
"Okay bang.. Ni abang Tidur mana ?" soal Kamal.
"Mana-mana je Mal.." jawab Jan.
"Abang bawalah akak tidur sini.. Selesa sikit.. Takpa Mal tidur atas sofa.." kata Mal.
"Muat ke tu.. Lagi pun sebelah Kimi ni.. Takut akak tak selesa jee..." kata Jan.
"Tak ada apalah abang.. Adik Kamal ni okay.." jawab Kamal dan simpan peralatan game.
"Maaf ye Mal.. Buat Mal tidur dekat atas sofa ni.." kata Jan dan mengangkat Hane berbaring dibawah.
"Tak apa bang.. Mal okay jee.." jawab Kamal dan berbaring diatas sofa.
"Selamat malam Mal.. Nanti subuh kejutkan abang bangun.." kata Jan sebelum dirinya dan Hane berselimut.
"Love you B.." kata Hane berbisik apabila dapat merasa pelukkan Jan padanya.
"Love you too sayang.. Dah tidur.. B tahu, sayang tak boleh tidur kalau tak ada bau B kan.." sempat Jan mengusik Hane.
"Hmmm.." angguk Hane dan mengecilkan badannya dalam pelukkan Jan.
Belum sempat Jan dan Hane dibuai mimpi, ada tangan yang memeluk mereka berdua dari belakang.
"B.. Tangan siapa ni..?" soal Hane yang terkejut apabila tangan tu berada dipinggangnya.
"Kimi yang.." jawab Jan dan mengalihkan tangan Kimi kebelakangnya semula.
"B.. Sayang tak selesa dengan Kimi tu.. Bukan apa.. Masa dekat dapur dia duk puji sayang ni cantiklah, rugi kalau dilepaskanlah.. Ayat-ayat dia macam double meaning.." adu Hane perlahan pada Jan.
"Nanti B marah dia.. Nakal sangat tu.. Dengan isteri B tu, berani dia nak mengayat yee.. Nak kena Kimi ni.." kata Jan seperti bergurau.
"B ni.. orang serius tau.." marah Hane.
"Ok-okay.. Sorry.. Dah tidur kay.. Berapa jam je lagi nak siang dah ni.. B promise.. I will protect you untill my last breath.. I'm promise you.." kata Jan sambil mencium ubun-ubun Hane.
Hane bertukar posisi membelakangi Jan, supaya lebih mudah Jan melindunginya darinya dengan memeluk Hane dan menyembunyikan Hane dalam selimut mereka. Akhirnya mereka berdua tertidur berkeadaan sebegitu walaupun Jan tak begitu tenang tidur akibat gangguan daripada Kimi yang memeluk mereka berdua dari belakang.
Share this novel