TIGA MINGGU KEMUDIAN....
Hane dan anak-anaknya boleh keluar daripada hospital, kini tiba masanya Hane berpantang dirumah dibawah jagaan ibu Hane, Azian. Hane juga memilih untuk berpantang dirumah ibu bapanya, sebelum menguruskan anak-anak sendiri.
(Perjalanan pulang berlakunya ketengangan kecil antara Hane dan Jan.)
"Sudah laaa.. Rimas dengan soalan yang samaa jeee.." kata Jan.
"Saya ni tanya jee.. Taknak awak tu jadi suami yang tak bertanggungjawab.." balas Hane.
"Apa yang saya buat ni tak cukup bertanggungjawab ke..?" soal Jan.
"Bukan pada saya.. Tapi pada isteri kedua awak.. Sepanjang saya dekat hospital.. Saya tak nqmpak pun awak balik.." kata Hane.
"Saya nak jaga awak.. Saya nak tengok anak-anak saya.. Salah ke ?" soal Jan bernada marah.
"Sabar Tuan Puan.. Tak elok bergaduh depan anak-anak.." tegur Pak Mat.
"Maaf Pak Mat.." kata Jan.
Keadaan menjadi tenang semula selepas ditegur pemandu peribadi mereka. Hane terus terdiam dengan soalan Jan. Kemarahan Jan masih lagi bersisa sehinggalah tiba dirumah keluarga Hane.
"Lepas ni saya nak balik rumah mama.. Ambik barang.." kata Jan.
"Okay.."
"Awak tak nak ikut ke ?" soal Jan.
"Kita baru sampai rumah Ibu kan.. Bagi laa saya rest dulu.. Kesian dekat anak penat.." jawab Hane.
"Saya tanya jee.. Kalau awak taknak ikut,. saya okay je.."
"Balik rumah isteri awak too.. She need your attention too.." kata Hane sindir.
"Hah apa-apa jee.. Ikut suka awak nak kata apa.." balas Jan. "Qafeel and Qaireen tunggu daddy balik kay.. Jangan nakal-nakal.." kata Jan dan mencium kedua-dua anaknya.
"Elok-elok drive tu.." kata Hane mencium tangan Jan.
"Yee.." Jan balas mencium dahi Hane.
Selepas Jan keluar daripada bilik mereka, Azian dan Khir pun memasuki bilik Hane.
"Jan pergi mana tu..?" soal Khir.
"Balik rumah mama.. nak ambik barang katanya.." jawab Hane.
"Kenapa tak bagi tahu dekat ibu yang Hann nak pantang dekat sini.." kata Azian.
"Hann nak ibu yang jaga Hann.. Lagipun banyak benda lagi Hann kena belajar dari ibu.." kata Hane.
"Papa bukan apa.. Kalau Hann bagi tahu awal.. Boleh papa siapkan katil 1 lagi.. Ni dah Hann balik mengejut.. Tak dapatlah Papa sediakan.." kata Khir.
"Tak apa paa.. Hann okay je dengan anak-anak.. Cumaa Jan laa nanti takut tak selesa.." kata Hane.
"Itulah.. Nantilah papa order one set katil lagi.. Kalau boleh biar dia hantar petang ni juga.. Kesian Jan.." kata Khir.
"Ehhh.. Tak apa paa.. Jan tu nanti Hann suruh jee dia tidur bawah.." kata Hane.
"Ibu nak tanya ni.. Jan tak ada bagitahu apa-apa ke ?" soal Azian.
"Bagi tahu apa buu.. Rasanyaa tak ada.." jawab Hane.
"Nanti Jan bagitahu laa nanti.. Tak apalah.. Kami keluar dulu.. Hann berehat laa.." kata Khir.
"Nanti apa-apa panggil jee ibu.. Comel berdua ni tidur.. Hann rest kay.." kata Azian.
"Yee buu.."
Setelah Khir dan Azian keluar daripada bilik, walaupun pergerakan Hane terbatas, masih juga mengemas pakaian anak-anaknya daripada hospital.
******************
Kediaman Dhiya...
Tinn...! Tinn...! Tinnnn...!
"Sabarlah..!" kata Dhiya sebelum memasuki kereta.
"I dah lambat ni.."
"I tahu laa wife you dah balik rumah kan.." kata Dhiya.
"Ye.. anak-anak dah tunggu I balik.." jawab Jan.
"You memang tak boleh bagi I peluang ke ?" soal Dhiya.
"You yang sia-sia kan.. I dah warning you.. You degil.." kata Jan.
"Tak lama lagi baby dalam perut I ni nak keluar dah.. you tak ada nak beli barang untuk baby ni ke..?" soal Dhiya.
"I nak bawa laaa ni.. I pun nak beli untuk anak I sendiri.. Babycot untuk dekat rumah mertua I.." kata Jan.
"Okay.. Okay.. Whatever.."
Sepanjang perjalanan Jan dan Dhiya hanya membisu sahaja, Dhiya sibuk dengan telefonenya, Jan pula hanya fokus pada pemanduannya.
Tidak lama kemudian mereka tiba dipusat beli belah kanak-kanak. Jan tidak menunggu lama untuk masuk, malah dirinya teruja membeli untuk anak-anaknya.
"You pilih laa apa you nak.. Jangan ganggu and ikut I.." kata Jan.
"Okay.." jawab Dhiya.
Jan melangkah kebahagian peralatan ibu dan anak.
"Nak beli ke tak.. Nak beli ke tak.." Jan ragu-ragun dengan barang yang dipegangnya.
"Sir.. can I help you..?" soal jurujual disitu.
"I want to know, what is diffrent between this and this..?" soal Jan menunjukkan dua barang dia pegang.
"Lets me explain.. This ...... and This........ I suggest this item.. Because it easily to use, and feel more comfortable.." cadangnya.
"Okay.. Thank you.." kata Jan dengan senyuman manisnya.
"What else do you want Sir ?"
"Just this.." jawab Jan.
Sementara menunggu Dhiya memilih barang, Jan berjalan-jalan melihat kawasan. Sehinggalah Jan terdengar akan perbualan panggilan video antara Dhiya dan seorang lelaki.
"I dengan Megat.. Beli barang baby.." kata Dhiya.
"Okay laa tu.. So I see you tonight kay.." katanya.
"Alright.. See you tonight.."
Jan cepat-cepat beredar jauh daripada Dhiya. Perasaan ingin mengetahui siapa lelaki tersebut membuatkan Jan semakin menahan kemarahannya pada Dhiya. Jan terus meninggalkan Dhiya sendirian dipusat beli belah tersebut dengan satu card kredit pada kaunter untuk membayar barang Dhiya.
"I paid for this.. The rest of this card is to pay for the women's items that came with me just now.. Later on my PA will come and take this card.." pesan Jan dan terus beredar.
*******************
Pada malam itu, Jan dan Gad sudah bersetuju untuk serbu rumah Dhiya pada malam lewat malam nanti. Jan terpaksa menipu Hane untuk keluar pada malam itu.
"Sayang.. nanti saya nak keluar balik dengan Gad.." kata Jan.
"Kan dah malam ni.. Jangan cakap dengan Hane, yang B nak keluar tengah malam ni.." kata Hane
"Yes.. Client dari oversea flight dia sampai malam ni.. So, B and Gad kena pergi pick-up bawa ke hotel.. Lagipun tengah malam ni susah nak percaya dengan driver luar sana.. Cekik darah semua.." kata Jan menipu.
"Jangan lambat sangat balik.. Ingat awak tu dah ada anak kecil ni.. Bukan bujang dah jadi bapak pun.." kata Hane
"Iye sayang.. B tahu tu.. Sebelum balik nanti, B mandi dulu dekat bawah baru masuk bilik.. Kay.." kata Jan.
"Client tu laki ke perempuan..?"
"Laki laa.. Mr.Hudson.." jawab Jan.
"B termenung apa ?" soal Hane yang perasan Jan termenung.
"B tengah fikir.. Nanti mana B nak tidur sebelah sayang.." kata Jan
"Tidur sebelah Qafeel tu nanti.. Kiri kanan Hane hanya anak-anak jee.." kata Hane
"Amboii.. Dah ada anak.. B dibuang ye.."
"Elelelelelee.. Bukan buang or what.. Anak kita dua.. Mestilah Hane nak anak-anak sebelah Hane."
"B yang buat sayang ada anak.. Kalau B tak buat.. Kita tak ada anak tau sekarang.." kata Jan mengusik Hane.
"Tapi Hane yang kandung dorang.. Hane yang jaga dalam perut ni.. Bawa sana sini.. Takkan dah keluar jadi milik B.. Tak aci.. Ingat tak sakit ke beranak.. Dua sekali tau.." kata Hane mempertahankan kemenangannya.
"Sayang.. Macam ni.. Kita g bank.. G cucuk duit.. Duit yang keluar tu, duit kita kan.. So macam tu lah macam Qafeel and Qaireen ni.. Dah keluar jadi anak B.. Hahahahahaa.." kata Jan sambil mengusik Hane.
"Eee.. Apa samakan anak dengan duit.." marah Hane.
"Gurau... Esok bed and babycot sampai.." kata Jan.
"Katil untuk bilik mana ?"
"Bilik kita laa.. Tapi kita tukar katil.. Katil sayang ni kita jual balik dekat orang kedai ni.." kata Jan.
"Apa kurangnya katil ni.. Muatkan sekali anak-anak..."
"Yee tahu.. B nak sayang selesa.. taknak rasa macam sempit.. Ni b book khas untuk kita.. So tunggu esok.." kata Jan.
"Okay.. Ni nak keluar Gad datang ambik or you drive..?" soal Hane tukar topik perbualan.
"Gad pick-up.." jawab Jan. "B tunggu bawah dulu kay.. Sayang tidur dulu.."
"Jangan balik lambat sangat.." pesan Hane.
"Yee.. I love you sayang.." kata Jan mencium dahi Hane.
"I love you too.." balas Hane memeluk dan mencium pipi Jan.
"Love you two too anak daddy.." kata Jan mencium pipi anak-anaknya.
Selepas mereka berpeluk, bercium, Jan keluar daripada bilik Hane. Jan menunggu kedatangan Gad untuk mengambilnya. Hane pula tidak lama kemudian dirinya turut tidur bersama anak kembarnya.
______________________
Perjalanan ke kediaman Dhiya membuatkan Jan tidak sabar nak mengetahui siapa lelaki yang bersama Dhiya selama ini. Jan dan Gad juga sudah siap sedia merancang dan sepakat bersama guard diperumahan itu.
"Salam Tuan.." sapa Pak guard.
"Salam.. Masih ada ke dekat dalam ?" soal Gad.
"Ada Tuan.. Setengah jam tadi baru sampai.." jawab Pak guard.
"Terima kasih.." kata Jan dan Gad meneruskan perjalanannya.
Jan dan Gad tidak melulu serbu masuk ke dalam rumah Dhiya, malah mereka memerhati daripada jauh dahulu, sebelum memulakan langkah seterusnya.
"Cuba cari siapa pemilik kereta tu.." arah Jan.
"Dah.. Tapi kereta tu nama Faizal, Ann.." jawab Gad.
"Faizal ? Biar betul.. Sejak bila ni.." Jan mula binggung.
"Kereta tu pun aku tak pernah nampak Ann.. cuba kau call Tia.." kata Gad.
3...
2....
1......
"Tia abang Ann.." kata Jan dan buka pembesar suara.
"Kenapa bang ?" soal Tia.
"Faizal ada dekat rumah..?" soal Jan terus.
"Abang Faizal out-station pergi JB katanya.." jawab Tia.
"Bila dia gerak tu..?"
"Adalah dalam sejam lebih macam tu.. Kenapa bang ?"
"Zal ada beli kereta baru ke Tia ?"
"Tak ada pulak.. Tadi pun bawa kereta dia tu jee.." Jawab Tia.
"Ooo.. ok Tia.. Sorry ganggu Tia and anak tengah malam ni.." kata Jan dan menamatkan panggilan telefone tersebut.
"Takkan Faizal dalam rumah tu ?" sangka Gad. "Kau nak teruskan untuk kebenaran or kau nak siasat dulu.." kata Gad.
"Kita tunggu dulu.. Kalau dalam pukul 3 dia tak keluar lagi.. Kita masuk.." kata Jan
"Lamanya Ann.. Pukul berapa pulak kita nak balik.." kata Gad.
"Aku rasa tak yakin nak masuk Gad.. Aku takut kebenaran terbongkar, aku yang sakit hati.." kata Jan.
"Habis sampai bila kau nak biarkan orang huru-hara kan hidup kau.. Sampai bila Ann.. Cuba cakap dengan aku.." kata Gad.
"Aku tak kisah andai aku kena kerah tenaga demi kesenangan keluarga aku.. Janji jangan dia orang rasa susah tu.." kata Ann.
"Kau dah banyak berkorban dalam keluarga ni Ann.. Kita pergi jee masuk untuk kebenaran Ann.. Tak perlu cerita ni panjang lagi.."
"Weyy Ann.. Tu.."
"Tu Iqbal kan ?" soal Jan.
"Siapa seorang lagi tu.." soal Gad.
"Aku macam kenal jee.." sangka Jan.
"Masak kita dua kalau masuk ni Ann.."
"Masak jadi apa ?"
"Fauzan Bakar.." jawab Gad "Biul kau Ann.." geram Gad.
"Ramai betul malam ni datang rumah tu Ann.. Itulah kau taknak bagi nafkah batin kat dia..Kan ada orang lain yang bagi.."
"Kau pernah dengar tak orang mati tercekek penumbuk ?" soal Jan serius.
"Relax laa Ann.. Gurau jeee.. Sangka kau laa Ann.. Dhiya tu pregnant anak siapa.. Kalau dah ramai gitu.." kata Gad.
"Yang pasti bukan anak aku.." jawab Ann.
"Huarghhhh...!! Boleh tahan juga kau ni.." geram Gad lagi.
"Jom balik laaa.. Aku tak sedap badan arghhh tiba-tiba.." kata Jan..
"Mengalah dah ?"
"Aku lupa.. aku ada anak isteri dekat rumah.." jawab Jan.
"Aku rasa bukan kau seorang jee.."
"Hahhh yee.. tahu.. Jomlahh balik.. Esok siang je lahh aku pergi slow talk dengan Dhiya.." kata Jan
"Okay.."
Akhirnya mereka berdua mengalah daripada terus mengintip Dhiya. Jan yang berasa ragu-ragu untuk menuduh adiknya sendiri dalam hal ini.
Tiba Jan dikediaman Khir, dirinya melangkah masuk ke dalam rumah tersebut, Jan terkejut melihat Hane masih belum masuk tidur.
"Sayang..." panggil Jan.
"Yee b.." sahut Hane.
"Why tak masuk tidur lagi ?"
"Baru lepas bagi anak nyusu.. Then baju basah.. Hane tukar baju.. Lepas tu, Hane cari breast-pump.. Ibu ada bawa turun tadi.." jelas Hane.
"Ooo.. Tunggu jap.." kata Jan dan keluar semula daripada rumah ke keretanya.
3 minit kemudian....
"B bawakan yang baru.." kata Jan menunjukkan breast-pump baru pasa Hane
"Bila b beli.." Kata Hane membelek kotak breast-pump.
"Jom laa kita naik bilik dulu.. nanti b tunjukkan cara guna dia.." kata Jan memerangkul pinggang Hane berjalanan iringan naik ke bilik.
"Amboi.. suka yee b ni. Gatai. " kata Hane.
"Mana ada.. Ini kan first time.. B dengan sayang pun first time ada anak kan.. Milk dalam tu pun first time sayang ada.. So tak salahkan, b excited sikit.." kata Jan.
"Masuk bilik nanti mandi dulu.. baru peluk cium anak.. Faham..?"
"Baik boss.. Tapi sayang kena tunggu b.. Jangan tidur dulu.. Breast-pump ni.. Esok jee kita cuba.." kata Jan.
"Hah yee.." jawab Hane.
Setelah mereka masuk ke bilik, Jan pergi mandi, manakala Hane sudah berbaring ditengah-tengah antara Qafeel dan Qaireen. Tidak lama kemudian Jan sudah pun siap untuk tidur sekatil.
"Sayang... macam mana B nak hug sayang.." kata Jan mengada apabila tempatkan dihujung katil dan bersebelahan Qafeel.
"Tidur jee situ.. Anak kita kembarkan.. Dua-dua Hane nak kena jaga.." kata Hane malas melayan Jan.
"B pun baby juga.. B ni baby sampai bila-bila dengan sayang.. Tu yang sayang duk panggil b, b.. b kan bermaksud baby.." kata Jan.
Hane mengikut sahaja kehendak suami yang mengingkan dirinya disamping suami. Maka Hane ditengah-tengah antara Jan dan Qafeel.
"Hahh macam ni lahh.." kata Jan dan terus memeluk Hane.
"Dahh tidur.." kata Hane apabila merasakan Jan cuba menggelikan perut Hane.
"Baikk mummy.. B tidur.. Goodnight sayang.. I love you till my last breath.." kata Jan dan mencium ubun-ubun Hane.
"Love you more.. " balas Hane dan memeluk Jan disebelahnya.
Malam berakhir dengan tiduran nyenyak daripada satu keluarga bahagia ini.
bersambung.....
(Done create 04.19 a.m 09/12/20)
(Publish at 10:00 a.m 09/12/20)
(Maaf kerana lama menunggu. Saya buat kerja part-time, then dengan final exam studies, so sibuk sikit. Ini saya update untuk bagitahu kesibukkan saya.. Hmm maaf sesangat sebab lama tunggu..)
Maaf tak dapat update next chapter secepat mungkin..
Share this novel