BM-79

Romance Series 50447

SEMINGGU kemudian...

Dimana hilangnya Hane telah dapat dihidu oleh Jan sendiri. Jan membiarkan Hane seketika waktu, sementara dirinya menguruskan hal pernikahannya bersama Dhia.

"Kau dah fikir habis-habis ke Ann.." soal Gad.

"Ni keputusan aku yang terbaik.. Ini juga yang Hane nak selama ni.." kata Jan.

"Aku tak rasa Hane cakap tu dari hati.. Itu mesti dia tengah marah.. Hane tak bermaksudkan tu.." kata Gad.

"Banyak kali Hane suruh aku terima Dhia.. Akhirnya kata-katanya doa.. Allah dah makbul kan.."

"Aku pernah dengar.. Kau boleh terima Dhia semula TAPI kau kena lepaskan Hane kan. ? Then now.. What happend..?" soal Gas.

"Dua-dua aku sayang.." jawab Jan.

"Tapi beza Ann.. Hane mengandung anak kau.. Dhia mengandung tahh anak siapa tu.." kata Gad.

"Yee aku tahu tu.. Anak yang Dhia kandung tu tak bersalah.. Aku pun tak salah pun nak jadi kepada ayah anak tu.." kata Jan.

"Hmmm.. Ni kau bila nak ambik Hane balik KL?" soal Gad menukar topik.

"Bila semua persiapan dah siap.." jawab Jan.

"Then lama lagi ke..? Aku tak rasa ada yang tak settle lagi.." kata Gad.

"Sikit jee lagi.. Tengah masukkan perabot baru dekat rumah tu.. Dua minggu lagi.. InshaAllah.. Harap majlis berjalan lancar..." kata Jan.

"InshaAllah.. Hane tahu tak pasal rumah dekat Bukit Tunku tuu..?" soal Gad.

"Tak.. Aku tak bagitahu Hane lagi.. Dhia pun tak pasal rumah tu.." kata Gad.

"Eloklah.. Nanti dia nak duduk pulak rumah tu.." kata Gad.

"Tak adalah.. Biarlah situ tempat rahsia.. Hane boleh bersendirian dekat rumah tu.." kata Jan.

"Baguslah tu.." kata Gad.
__________________________

KUALA SELANGOR.

"Kak sha okay ke..?" soal Alia.

"Okay jee.. Kemapa ?" soal Hane

"Akak banyak teemenung jee.. Kalau akak ada masalah.. Ceritalah dekat saya.. Saya kan ada.." kata Alia.

"Hahahaa. Tak ada apalah.. Akak fikirkan nama anak ni.. Apa nak bagi nama.." kata Hane menipu

"Firuz Harriz. Sedap nama tu kan.."

"Sedaplah.. Apa maksudnya. ?" soal Hane.

"Firuz maksud yang indah.. Haris pula pengawa, pelindung.. Tapi kalau lelaki.. Kalau perempuan.. Keisha Lashira.." kata Alia.

"Sedap semua nama tu.. Terima kasih bagi akak idea.." kata Hane.

"Akak.. Mak ada bagi tahu Alya yang angah selalu nampak kereta abang Ann dekat bawah pokok sana tu.." kata Alia.

"Yeke.. Tak ada pun angah or mak bagitahu akak.."

"Oh yeke ! Terbagi tahu laa ni.." kata Alia sambil menutup mulutnya.

"Hahahaha.. Apa-apa jelah Alia.." kata Hane dan teesenyum melihat gelagat Alia.

Hane kembali mengelamun dan bermain dengan fikirannya sendiri. Apa yang bermain difikirannya ialah yang dirinya dimadukan oleh lelaki yang dicintainya.

***********************

Beberapa hari kemudian...

Hane membuat keputusan untuk berhadapan dengan apa jua situasi yang bakal terjadi, maka dirinya memilih untuk pulang ke Kuala Lumpur. Fuad dan Alia menghantar Hane sehingga ke kediaman Faziah.

"Terima kasih awak berdua.." kata Hane.

"Akak betul-betul okay ke.. Kalau akak nak Alia temankan.. Alia boleh temankan.." kata Alia.

"Ishh kau ni.. Rumah orangkan.." tegur Fuad.

"Alia kan sekolah.. nanti cikgu kata apa pulak.." kata Hane

"Kak.. cuti sekolah ni.. 2 minggu.." kata Alia.

"Nanti mak dekat rumah siapa nak tolong..?" soal Hane pada Alia.

"Alaaa.. Akak ni.. Hmmm.. Angah boleh laaa.. Aliaa tak pernah lagi jalan KL ni.." kata Alia.

"Boleh ke Puan ?" soal Fuad pada Hane.

"Saya okay jee.. Tapi ni bukan rumah saya.. Tapi rumah mak mertua saya.. Alia okay ke..?" soal Hane pada Alia pula.

"Aliaa okay jee.." jawab Alia semangat.

"Okay kalau macan tu.. Saya pun tak balik kampung.. Saya akan jadi driver Puan sementara adik saya bersama Puan.." kata Fuad.

"Okay.. Jom Alia.. Kita masuk dalam dulu.." kata Hane dan keluar daripada kereta tersebut.

Hane berjalan beriringan Alia melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Terlihat dulang hantaran tersusun rapi.

"Assalamualaikumm.. Maaa.. Maaa.. Hane dah balik ni.." Hane bersuara.

"Waalaikumussalam.. Puan pergi ke rumah Tuan Fauzan.." jawab pembantu rumah tersebut.

"Ohh okay.. Kenalkan ni Alia.. Dia akan teman saya sepanjang saya dekat rumah ni." Hane kenalkan Alia. "Satu lagi.. Siapkan bilik saya.. Bawa baju saya ke bilik tetamu.. Saya tidur dengan Alia.." kata Hane.

"Baik Puan.. Saya pergi sekarang.." jawabnya pembantu rumah tersebut.

"Besar rumah ni kan.. Alia okay je boleh tidur sendiri.." kata Alia.

"No laa.. Akak teman Alia.. Jom akak bawa jalan tengok rumah ni.." kata Hane dan bawa Alia melihat rumah.

"Akak barang hantaran ni semua untuk siapa ?" soal Alia.

"Aaaa.. Hmmm.. Entah laa.. Biarkan jelahh tu.. Buat-buat tak nampak jee.." kata Hane dan melintas dulang hantaran tersebut.
_____________________

Pada malam itu, semua berkumpul makan malam.

"Ada pinggan lebih tu untuk siapa..?" soal Faziah.

"Kak Hane dah balik maa.. petang tadi.." jawab Tia.

"Ohh yeke.. mana dia.. pergi panggil.." arah Faziah.

"Hahh tu.. Dah turun.." kata Faizal yang melihat Hane menghampiri meja makan.

"Hane !" Jan terkejut dengan kehadiran Hane dimeja makan itu. "Bila Hane sampai ?" soal Jan.

Nampaknya Jan tidak mendengar perbualan Tia dan Faziah dimeja makan tersebut.

"Petang tadi.. Maa.. Kenalkan Alia.. Adik Fuad.." kata Hane perkenalkan Alia pada semua.

"Cantik.. Duduk-duduk.. Kita makan sama-sama.." kata Faziah.

Alia duduk disebelah Tia, manakala Hane duduk disebelah Alia.

"Kenapa jauh sangat duduk tu Hane.. Sebelah Dhia tu ada.." tegur Faziah.

"Tak apa ma.. Okay jee.." jawab Hane menahan sakit hatinya.

Makan malam itu, tidak begitu meriah kerana semua mendiam diri menikmati makanan masing-masing. Jan juga tidak begitu beri perhatian pada Hane kerana melayani Dhia disebelahnya.

=====================

Selesai makam malam Hane dan Alia ambil angin digazabo tepi rumah. Tidak lama kemudian, ada yang menyertai mereka.

"Boleh I join..?" soalnya.

"Sure.." jawab Hane.

"Can we talk ?" soalnya lagi.

"Sure.."

"Only two of us.."

"Aliaa boleh masuk dalam dulu.. Ada baby dekat dalam tu.." kata Hane.

"Okay kak.. Alia tunggu dekat dalam.." Alia akur dan berlalu pergi.

"Nak cakap apa tadi ?" soal Hane apabila Alia berlalu.

"You tahukan yang I dengan Megat tak lama lagi ..."

"Yaa I know.. Then..." potong Hane kerana tidak mahu mendengar perkataan seterusnya.

"Kalau boleh laa.. I taknak tengok muka you dekat sini.. You ada rumah parent you kan.." kata Dhia belagak.

"Ehh.. suka hati aku lah.. Ini pun rumah mertua aku.. Siapa kau nak halang aku.." meleting Hane.

"Iyee tahu.. I cakap je.. Sebab I taknak you makan hati bila you nampak I dengan Megat.." kata Dhia.

"Ehh.. Kesah pulak aku.. Itu urusan kau.. Bukan urusan aku.." kata Hane.

"Kereekkk pulak minah ni.. Cukup baik laa aku tak buat apa-apa dekat kau.." kata Dhia.

"Kau nak buat apa hah..?" soal Hane

"Kalau Megat still taknak terima aku.. Aku akan lenyapkan kau dalam dunia ni.. Sekali dengan anak kau ni.." kata Dhia sambil menolak perut Hane.

"Hey ! Pasal anak aku kau jangan nak sebut.. Dia tak ada kena mengena dalam hal ni.. Cukup baik aku terima kau sebagai madu aku.." kata Hane meninggikan suara.

"Sebab anak ni lah.. Megat taknak lepaskan kau.. Sebab anak jee dia masih pertahankan perkahwinan ni.. Silap hari bulan bila anak tu dah lahir.. Aku yakin Jan akan ceraikan kau.." kata Dhia meninggikan suara juga.

"Aku tak heran laa.. Apa pun keputusan dia..!" kata Hane melawan suara Dhia.

"Hey..!!" tegur Faizal daripada jauh.

"Aku akan pastikan Megat ceraikan kau lepas kami nikah.." kata Dhia belagak dan berlaluu pergi.

Hane terduduk setelah bergaduh mulut dengan Dhia. Hane mengambil hati dengan kata-kata Dhia padanya. Jika benar kata Dhia itu, Hane harus bersiap sedia untuk menghadapinya.

======================

23:26 p.m Hane sudah mahu masuk ke bilik tidurnya bersama Alia. Setiba di depan pintu bilik Hane mengarahkan Alia masuk dahulu keranan dirinya ingin memasuki bilik Jan untuk mengambil barang mandinya.

Hane memasuki bilik Jan. Hane melihat sekeliling dan tiba-tiba saja Jan keluar daripada bilik mandi dengan berpakain bathrobe.

"Mana pergi semua baju dalam ni..?" soal Jan serius.

"Hane dah pindah masuk bilik Alia.." jawab Hane.

"Ada sesiapa suruh pindah bilik ke ?" soal Jan lagi.

"Kan tak lama lagi akan ada penganti.. Semua dalam tu nanti akan terganti.." jawab Hane.

"Siapa cakap ?" soal Jan nada mula tinggi.

"Hane cuma sediakan ruang.. Hane pun sesiapa lagi lepas lahirkan anak ni.." kata Hane menahan air mata sambil mengusap perutnya.

"B tak izinkan sayang keluar daripada bilik ni.. Bilik ni.. Bilik kita.. Takkan ada penganti atau pun yang pergi daripada bilik ni.." kata Jan bernada tegas. "Dengar sini.. Walau apa pun jadi.. B takkan lepaskan sayang.." kata Jan sambil menyarungkan baju tidurnya.

"Lepaskan Hane.. Hane taknak jadi orang ketika.." Hane terlepas kata lepaskan dirinya.

"No ! Takkan berlaku..!" kata Jan bertegas. "Hah nak pergi mana ?" soal Jan apabila Hane ingin memengang pintu.

"Pergi teman Alia.." jawab Hane perlahan.

"No.. Duduk dalam bilik ni.. Jangan keluar.." arah Jan.

Hane terkedu dan mengundurkan diri terus ke katil. Jan yang daripada tadi berasa marah dengan Hane kini mula reda apabila Hane berbaring diatas katil.

"B tahu esok semua barang Hane ada semula dalam bilik ni.." kata Jan selafaz dan keluar daripada bilik tersebut.

"Ehhh.. You nak turun bawah ke..?" soal Dhiya yang terserempak dengan Jan didepan pintu bilik Jan.

"Taklah.. I nak pergi jumpa mama jap.. You kenapa tak tidur lagi ?" soal Jan.

"I nak turun bawah jap.. Rasa haus pulak.." jawab Dhiya "Ni Hane dah tidur ke ? Ke tak tidur dengan Hane sekali..?" soal Dhiya dan merapatkan dirinya berbisik ditelinga Jan.

"Ehh noo.." jawab Jan "Jangan macam ni.. Orang nampak nanti kata apa pulak.." Jan menegur tindakkan Dhia.

"Macam you tak biasa.. Malam itu hari boleh jee.." bisik Dhia.

"I pergi bilik mama dulu.." kata Jan berlalu pergi.

"You..! I tunggu you..!" kuat Dhia berkata sebelum berlalu pergi juga.

Tidak lama kemudian Jan kembali semula ke dalam bilik.

"Alia mama dah pergi tengokkan.. So dont worry.. Just worry about you and baby.. Okay.." kata Jan sebelum berbaring sebelah Hane.

"Okay.." kata Hane sepatah dan terus menarik selimut menutup mukanya.

"Hi baby.. Do you miss me ? I miss you a lot.. Especially your mummy.. I miss her so much.." kata Jan bercakap dengan kandungan Hane. "Ehh..! He kick.." tegur Jan teruja.

"Sayang.. sayang.. Sayang rasa tak dia kick..?" soal Jan cuba raih perhatian Hane.

"Baby.. You see.. Your mummy.. Nanti bila dah besar jangan jadi macam mummy yang kuat merajuk kay.." kata Jan.

Hane masih membatukan dirinya tidak berkata-kata dan bergerak.

"Sayang..." panggil Jan lembut dan menarik selimut yang menutup muka Hane.

"Sayang.. listen.. B sayang sayang.. Sayang yang pertama dan terakhir dalam hidup B.." kata Jan berkata lembut.

"Dhia.." kata Hane sepatah.

"Jangan sebut nama diaa.. Ini tentang kita berdua.. B buat semua ni ada sebab.. B cuma mintak sayang bersabar bagi B masa.." kata Jan.

"Untill when..? After you get result about the baby ?" soal Hane.

"Yes.."

"Ha. Ha. Ha. Kelakarnya.. That means you dengan dia pernah bersama belakang I.. Kalau tak, tak mungkin you nak terima dia bila dia cakap dia pregnant anak you.." kata Hane meluahkan apa yang dirasa.

"No.. Tak pernah pun.. I just kesian dengan baby tu.."

"Kesian.. Kesian.. Ikut suka you lah.. You mampu kan.." kata Hane marah dan bangun daripada katil.

"Nak pergi mana ?" soal Jan saat Hane sudah membuka langkah.

"Bukan dia tunggu you ke.." kata Hane dan berjalan ke arah pintu.

"Sayang.. sayang.." Jan memeluk Hane daripada belakang. "Please.. Tidur dengan B malam ni.. I miss you.." kata Jan memujuk Hane.

Hane berdiri kaku disitu saat Jan mula main peranan memujuknya. Hane memahami apa yang Jan maksudkan itu. Jan menutup lampu dan mula mencium belakang leher sambil menarik Hane kembali semula katil. Perlahan-lahan Hane mula berlembut dengan Jan dan menerima semua yang dilakukan Jan pada malam itu. Oh yeahh ! Mereka melayani dunia mereka sendiri.

bersambung....
(Done write 5:30 am 24/10/20)
(Publish on 09:30 am 24/10/20)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience