BM-20

Romance Series 50447

MALAYSIA KLIA.

Jan dan Hane selamat mendarat ke Malaysia.

"B.." Hane panggil Jan dengan muka sedih.

"Ye sayang.." jawab Jan lembut.

"Dah malam ni.. Tak ada siapa tahu kita dah balik.." kata Hane dengan maksud tersirat.

"Ye B tahu.. Balik rumah B kay.. esok baru balik rumah mama and ibu okay.." Kata Jan memujuk Hane dan merangkul pinggangnya.

"Hmmm.. B.. Sayang tak nak jauh dari B.. Please.." rayu Hane memandang muka Jan.

"Ye B tahu.. Nanti kita terus terang kay.. Makan masa sikit.. Bagi reda sikit pasal Zall and wedding ni kay.. Lepas semua dah settle baru kita bagi tahu kay.. Sabar kay.." Kata Jan meyakinkan isterinya.

Mereka mengambil 'Grab Car' balik ke rumah Jan. Sepanjang perjalan, Hane langsung tak lepaskan peganggan tangan Jan. Sampai didepan rumah Jan, Jan buat satu penguman rasmi.

"Ini teratak milik kita berdua.. Ni kunci.. Sayang boleh datang sini anytimes.. But satu tempat tu yang sayang tak boleh masuk.. Bilik pintu gelap tu.." jelas Jan.

"Macam mana kalau sayang nak masuk jugak ?"

"Takkan boleh.. Taat pada arahan suami tu pahala.." kata Jan dan pimpin tangan isterinya masuk ke dalam rumahnya.

"Satu lagi.. Mana bilik B sebenarnya ? Banyak sangat biliknya.." kata Hane yang baru kali ke-2 masuk ke dalam rumah tu.

"Bilik mana yang sayang masuk first time sayang datang sini.." jawab Jan.

"Tipulah.. Sayang masuk bilik tu tak ada yang berkait dengan B pun.." jawab Hane.

"Laa betul.. Jom B tunjukkan.." Jan bawa Hane dan bagasi mereka ke bilik Jan. "First.. ni (almari baju).." Jan buka pintunya dan keluar baju dari bagasi dan gantungnya.

"B apa ni.. B tipu.. Mana aci baru nak gantung.." tegur Hane.

"Hahahaa.. Betullah.. Ni bilik B.. Nampak ni baju B dalam ni.." kata Jan sedikit bergurau.

"B...tipuu..." Merajuk Hane.

"Nak tengok lagi tak ?"

"Apa lagi.."

"Kejap.." Jan buka bagasi milik Hane dan ambil bajunya dan gantung.

"B..B menainkan.. Sayang seriues ni.." sedikit rendah suara Hane.

"Wahh.. Pink.." Jan pegang satu set pakaian dalam milik Hane.

"B..! Apa ni.. Usik barang orang.. Ni tak suka ni.." merajuk Hane.

"Laa.. dah B nampak.. Sini.. Letak sini.. B tak pegang dah.. Susunlah kat situ.." kata Jan suara mendata saja dan mengemas tempat baju dalamnya.

"Buat apa kemas.. Nanti esok kemas masuk beg balik.. Bukan lama pun dekat sini.." kata Hane yang masih merajuk.

"Sukatilah sayang.. Dah tengah malam ni.." Jan terus angkat bagasi kosong miliknya simpan ditempatnya. "Ikut sukalah nak buat apa.. Saya mintak maaf usik barang awak.." kata Jan mendata pada Hane yang duduk tenung bagasinya.

"Hmmm.." Hane terasa dengan ucapan Jan yang gelar dirinya saya.

"Rasa tak nak tinggal dekat sini, esok boleh balik rumah ibu.. Saya izinkan.." kata Jan dan berlalu pergi tinggalkan Hane sendiri. "Satu lagi.. Bilik mana pun kita masuk.. Tetap juga bilik saya.." Jan patah balik dan sambung berkata.

"B..." panggil Hane bila Jan tinggalkannya sendiri diruang persalinan. "Emoonya dia.. Aku ke dia yang merajuk sekarang ni.." kata Hane sendiri dan menyusun pakaiannya ke dalam almari. Setelah siap menyusun, Hane menuju ke arah Jan yang duduk disofa. "B pergi mandi dulu.. Kan kita baru balik.." kata Hane duduk disebelah Jan.

Selepas Jan dengar Hane menyuruh dirinya mandi, Jan pun pergi mandi. Perangai macam budak-budak Jan ni.

Elok Jan tengah mandi, ada yang mengetuk pintu bilik mandinya.

'Tukkkk tukkk..'

"B.." panggil Hane. "B, sayang tak tahan dah ni.. Nak shiishii.." kata Hane kegelisahan.

"Bilik air depan ada.." Jan jawab dan tak buka pintu pun.

Hane rasa sedih sekali dengan tindakkan Jan terhadapnya. Jan keluar dari bilik mandi dan bersiap pakaian tidur. Hane pula masuk mandi. Ketika Hane siap mandi dan keluar dari bilik mandi, dia melihat Jan sudah tidur dikatil tanpa menunggunya. Hane pun bersiap pakaian tidur dan menuju ke arah katil.

"B... Apa yang tak kena ni..?" tanya Hane. Jan bertindak memalingkan badannya dari Hane.

"B.. Jangan buat sayang macam ni.. Sayang salah, sayang mintak maaf.." Hane rayu dan memeluk Jan dari belakang. Jan tak bergerak se'inci pun.

"B...nak bantal.." Hane gunakan trick nya. Jan masih tak bergerak. Hane tekat buang semua bantal atas katil ke bawah.

"B... nakkkk.." tergantung Hane berkata. Jan bergerak memaling semua ke arah isterinya.

'Muahh.. muahh.. muahhh.....'

Jan pusing saja muka ke arah Hane, Hane terus mencium mulut Jan.

"Sayang janji tak nakal lagi.. Tak buat B marah lagi.." mmmuuahh..' merah muka Hane dengan tindakkannya.

Jan tak berkata-kata sepatah pun, matanya kembali tutup apabila Hane sudah berada didada bidangnya. Itulah bantal yang dimaksudkan Hane. Nampak gayanya, malam pertama dirumah Jan sedikit dingin buat pasangan sejoli ni.
____________________

Keesokkan paginya...

"Dah siap kemas belum.. Dah nak balik ni.." seriues Jan berkata pada Hane yang baru keluar dari bilik tidur.

"Hmmm.. B dah nak balik rumah mama ke ?" soal Hane.

"Ada kerja sikit nak buat dengan Gad.. Lepas tu terus balik rumah mama.." terang Jan.

"B.. masih marah dengan sayang ke ? Kenapa subuh pun B tak kejutkan sayangkan bangun ?" soal Hane yang berjalan menuju ke arah Jan.

"Sendiri boleh fikir kot.. Dah besar kan.." jawab Jan.

"Kenapa dengan B ni.. Apa yang tak kena.. Cuba B cakap.." Hane duduk diatas riba Jan dan merangkul tengkuk Jan.

"Kenapa ehh rasanya saya macam ni..?" soal Jan membalas renungan mata Hane dan merangkul semula pinggang Hane.

"Hmmm.. B.. Jangan macam ni.." Hane temukan dahi-dahi, hidung-hidung dengan Jan.

Tiba-Tiba...

'Tinnn tinnn..' Hon kereta berbunyi.

'mmmuuuaahhhh..'

Jan bertindak mencium Hane dahulu dan melemahkan Hane sebelum dia membaringkan Hane disofa dan melepaskan diri.

"Byee.. I need to go.. Before keluar pastikan pintu berkunci semua.. Bye.." 'mmuuahhh..' satu ciuman hinggap didahi Hane sebelum Jan keluar.

"Tak bertanggungjawab.. Sampai hati biarkan orang rasa macam ni.." kata Hane sedih diperlakukan sebegitu.

Akhirnya, mereka membawa haluan masing-masing. Hane dan Jan keluar dari rumah itu hanya dengan sehelai sepinggang tanpa bagasi mereka. Pulang semula ke rumah keluarga.

*******************

KEDIAMAN KHIR

"Ibu.. Apa semua ni ?" soal Hane setelah kakinya melangkah ke ruang tamu.

"Yee kenapa.. Bukan ke nanti anak ibu ni nak kahwin ?" kata ibu.

"Dengan siapa pulak ni bu ? Kan Zall dengan Hann nak putus.. Tapi kenapa nak teruskan juga.. Hann taknak Zall kecewakan isteri dia.." kata Hane.

Situasi ini berlaku apabila Hane tak tahu siapa yang akan ganti tempatnya nanti, cuma buat masa sekarang marilah kita perkenakan dia.

"Lelaki boleh kahwin 4 kan.. Zall mampu.." kata ibu lagi.

"Ibuu nii.. Hann taknak lahh bermadu.." kata Hane dan terus merajuk mendaki tangga.

Sampai dibilik Hane keluarkan fonenya.

'B.. Sayang dah sampai rumah ibu ni.." - Hane

'Ok.' - Jan

'Ada pelamin dekat sini.." - Hane

Message Hane tak dibalas hanya 'Seen' jee. Hane bertekad untuk pergi ke rumah mak mertuanya Faziah.

"Ibuu, Hann nak pergi rumah mama kejap.." kata Hane sambil menuruni tangga.

"Eloklah tu.. boleh tengok-tengokkan barang hantaran dekat sana.. Sampaikan salam ibu dengan mama Zall ye.. and satu lagi.. tanyakan pasal Jan.. Lama tak dengar khabar dia.." pesan Ibu.

"Baik bu.." Jawab Hane dan berlalu keluar dari rumah.
__________________

Sampai saja dirumah Faziah, Hane mencari-cari kereta Zall. Tapi tak ada. Syukur.

"Assalamualaikum mamaaa..." kata Hane beri salam dan mencari kelibat Faziah.

"Sini.." sahut Faziah. Setelah Hane menghampirinya, barulah dia perasan. "Hane rupanya.. Datang tak bagi tahu pun.. Ada apa datang ni ?" kata Faziah.

"Saja datang.. Rindu dekat mama.." kata Hane sambil memeluk Faziah dari belakang.

"Yekee ni.." soal Faziah tak percaya.

"Yee.. Semua ni untuk siapa maa..?" soal Hane.

"Kan kamu nak nikah tak lama lagi.. Ni barang hantarannya.." kata Faziah.

"Seriueslah maa.. Mama nak juga Zall tu kahwin dengan Hane ke ? Macam mana dengan isteri dia ?" soal Hane cuak.

"Apalah kamu ni.. Takkan mama nak kahwinkan Zall tu dengan kamu.. Mama kan ada lagi sorang lagi yang bujang tu.." kata Faziah.

"Abang Ann ke..?" soal Hane sedikit senyuman dibibirnya.

"Ann dah tak balik sini.. Gad tu bujangkan.. Itu pun anak mama juga.." kata Faziah sedikit menahan tawanya.

"Mama.. Tak baiklah buli Hane macam ni.. cuba cakap betul-betul.."

"Betullah.. Tunggu sekajap lagi bakal mak mertua kamu tu turun.." kata Faziah.

"Mama jangan memacam.. Maa, memang dari tadi tak ada orang yang datang ke ?" soal Hane.

"Tak ada pulak.. Kenapa..? Ni kamu bila sampai..?" soal Faziah setelah lama mengusik Hane.

"Malam tadi.."

"Cantiknya anak ni.." suara asing yang datang dari belakang mereka berdua yang berdiri ditepi meja.

"Aunt.." salam Hane dengan orang bersuara tadi.

"Akak inilah orangnya yang saya cerita itu hari.. Cantikkan..?" kata Faziah.

"Cantik.. Tuah tuan punya badan.. Untunglah akak kalau dapat menantu macam ni.." kata orang itu.

"Hann ni lah mak Gad.. Aunt Rogayah.. Rogayah inilah Lishane.. Menantu tak kesampaian.. hehe.." kata Faziah perkenalkan tetamunya.

"Ooo.." dedua anggukkan kepala Hane dan Rogayah.

Mereka bertiga sambung berbual siapkan barang hantaran dan gubahan. Mereka berbual bermacam kisah, dari mana Gad boleh jumpa Jan. Sebab apa majlis antara Hane dan Zall tak jadi. Kebenaran siapa bakal bernikah nanti Hane juga sudah tahu. Jadi tiada kerisauan yang dirasa. Dia berasa senang hati, akhirnya Jane bakal berkahwin dengan keluarga serba sederhana dan baik.

Hane sampai ke malam berada dirumah Faziah. Niat pada mulanya nak tahu kebenaran, apabila kebenaran sudah tahu, dia menunggu kemunculan Jan dirumah itu.

"Hann apa kata malam ni kita buat bbq.. boleh panggil Jane sekali join.. Memandangkan semua ada ni.." cadang Faziah.

"Elok juga tu.. Saya call Gad suruh bawa sekali Jane yee.. Boleh saya kenal lebih rapat dengan bakal menantu saya tu.." setuju Rogayah.

"Okay maaa.. Hann ikut jee.. Tapi Hane tak ada baju nanti nak mandi ni. Kalau balik rumah sekarang mesti makan masa pulak nak datang sini lagi.. Maa, boleh tak Hane pinjam baju abang Ann..?" soal Hane buat senyuman kambing pada Faziah.

"Pergilah.. Tahukan mana bilik dia.. Tapi mama pun tak tahulah ada ke baju saiz kamu tu.." kata Faziah.

"Tak apa maa.. hehe.." Hane senyum-senyum kambing berdiri dan berjalan ke bilik Jan.

Beberapa jam kemudian, apabila semua bahan sudah siap untuk bbq, Hane baru turun dari biliknya dan menuju ke ruang luar rumah.

"Hann..!!" Jerit Jane setelah melihat Hane keluar.

"Janee....!!" Hane juga terjerit dan berlari memeluk Jane.

"Bila kau balik.. kenapa tak bagi tahu aku.. Aku boleh ambik kau.." kata Jane.

"Aku nak buat surprise tuk bakal pengantin ni.." usik Hane.

"Sudah-sudah.. Buat ni dulu.." tegur Faziah dengan dua orang gadis dirumahnya itu.

"Baik maa.." "Baik aunt..." dedua jawab.

"Jan mane ?" Hane berjalan ke arah Gad dan bertanyakan soal Jan.

"Tak tahu.. Bukan dia tak balik dah ke ?" soal Gad semula.

"Habis siapa ambik dia pagi tadi ?" soal Hane pelik.

"Aikk.. Kau ada dekat sana ke ?" soal Gad pelik juga.

"Kau memainlah Gad.." marah Hane untuk menutup pengetahuannya di rumah Jan. "Shhh..." Hane mintak untuk Gad menutup mulutnya.

"Nanti dia baliklah.. Dia ada dekat rumah dia.. Dia belum ready lagi nak balik jumpa family dia.. Kau tak tahu ke yang kami cakap kau dengan Zall akan teruskan majlis ni.." bisik Gad pada Hane.

"Hahahaha.." Hane ketawa kuat.

"Hahh apa tu.." Tegur Jane.

"Tak ada apa Tuan Puteri.. Maaf patik.. Patik buat Tuan Puteri marah je.." Kata sambil masih ketawa dan berjalan ke arah Jane.

"Aku jumpa Jann tadi.." kata Jane pula berbisik pada Hane.

"Yeke.. dekat mane ?" soal Hane.

"Dekat hati kau.. Hahaha.." Jane pulak ketawa.

"Gilerr minah ni.. hahaha.." Hane juga ketawa.

"Tapi betullah..pagi tadi aku dengan Gad ambik dia dekat rumah dia.." kata Jane setelah ketawanya berhenti.

"Tahu.. tu aku dengan Gad gelak tadi.. Tahniah, bakal jadi isteri orang.."

Selesai semua makan malam yang hampir menjelang ke tengah malam. Semua masih luangkan masa dengan berborak-borak kosong, sampai ke topik dimana Hane berasa pening dan muntah disitu.

"Kenapa ni Hane.. Salah makan ke ?" gusar Faziah setelah melihat Hane memuntahkan semula makanan yang dimakanya tadi.

"Takk tahuuu .. wuekkk..." Hane muntah lagi.

"Hane masuklah rehat.. Nanti mama panggil maid kemas semua ni.. Jane bawa Hane naik atas rehat.." arah Faziah. "Nanti mama bawakan ubat naik atas.. Pergi masuk.." kata Faziah yang penuh kerisauan dimukanya.

Hane pun rebahkan diri dikatil bilik Jan. Tak tahu kenapa dia muntah dan rasa pening. Dalam masa yang sama ada yang jadi informer.

'Ann, Hane muntah-muntah ni ada dekat rumah mama ni.' - Gad

'Dia buat apa tengah-tengah malam disitu..' Jan.

'Dia dari petang tadi lagi. Malam ni kami buat bbq.' terang Gad dalam messagenya.

'Ni dia dekat mana ?' - Jan

'Dekat bilik rest. Esok kau datanglah bawa dia pergi klinik.' - Gad.

Perbualan mereka message terhenti disitu sahaja.

Malam berakhir dengan tragis Hane muntah-muntah dan semua pun pulang ke rumah masing-masing. Rogayah duduk bersama Faziah memandangkan Faziah keseorangan. Gad menghantar Jane pulang ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience