KEESOKAN PAGINYA ...
"Hello Tia.. Tia dekat mana dah..?" soal Hane dalam.panggilannya.
"Kami dekat R&R Rawang kak.. Kenapa ?" soal Tia.
"Abang Ann ada tak ?" soal Hane.
"Abang Ann belum sampai lagi.. Kami tak gerak sekali sebab abang Ann bermalam dekat rumah Chellsy.. Abang Ann tak bawak kereta dia.." kata Tia.
"Ooo yeke.. Tak apalah macam tu.. Akak nak pergi rumah mama ni.. Tia tengok-tengokkan abang Ann dengan Chellsy tau.." pesan Hane sebelum tamatkan panggilan tersebut.
Walau bagaimanapun, Hand harus berjumpa dengan Faziah untuk memberi tahu kebenarannya. Sama ada Faziah terima atau tidak, dia harus juga berterus terang walaupun sudah berpisah dengan Jan.
_________________
"Abang.. siapa Chellsy tu dengan abang Ann.. Dorang tu rapat semacam jee.. Abang Ann siap boleh tidur rumah Chellsy lagi tu.." soal Tia pada Zall.
"Chellsy tu someone special bagi Jan.. abang pun boleh kalah dengan Chellsy tu.. Abang Ann lebih sayangkan dia.. Abang Ann pernah hampir masuk lock-up sebab Chellsy tau.. Jangan memain dengan abang I kay.." cerita Zall.
"Special sangat ke tu.. Dah lama ke dorang kenal ?" soal Tia.
"Lama dahh.. Tia nak tahu tak, kenapa abang Ann sanggup tak bawa kereta dia sendiri ?" soal Zall.
"Kenapa ?"
"Sebab abang Ann taknak ada sesiapa kacau or cuba dekati Chellsy tu.. Chellsy tu cantik kan macam Gal Gadot, cuma Chellsy pendek sikit.. Sesuai dengan Abang Ann.. Bayangkan, abang nak hantar Chellsy balik pun, abang Ann tak bagi.. Dia lebih rela, biar diri dia yang susah, janji bukan Chellsy.." kata Zall.
"Selama Chellsy duduk Syd tu.." soal Tia.
"Every month abang Ann akan fly sana.. Abang Ann dah siap sediakan penjaga untuk Chellsy tu dekat sana.." kata Zall.
"Habis kak Hane tu ?"
"Itu life abang Ann tanpa pengetahuan Chellsy.." kata Zall.
TIBA-TIBA ....
TUKKKK..!!! TUKKK..!!
"Kenapa encik ?" soal Zal menurunkan tingkap keretanya.
"Zall, Tia okay ke tunggu lama-lama dekat sini..?" soal Jan.
"Okay je bang.." jawab Tia.
"Gad.. Jom gerak.. Ade 2 3 members lagi nanti follow belakang.. dorang stuck dekat bandar KL.." jerit kawan Jan.
"Okay bro.." jawab Jan. "Tia dah booking bilik kan..? Abang ingat sampai je sana nak rest dulu..penat.." kata Jan.
"Dah bang.. Abang Ann, safe drive untuk Chellsy.." kata Tia sebelum mereka memulakan perjalanan ke Penang.
"Okay.." kata Jan.
_____________________
Hane kuatkan diri untuk berterus terang dengan Faziah pula. Hane akan terima apa sahaja yang akan dikatakan oleh Faziah.
"Maa.. Hane ada benda nak bagi tahu mama.." kata Hane megenggam tangan Faziah.
"Apa benda itu Hane.. Macam seriues sangat jee.." kata Faziah.
"Hane dah ingat semula ingatan Hane.. Hane dah ingat semuanya.." kata Hane.
"Alhamdulillah.. Syukur.." ucap Faziah.
"Maaa.." panggil Hane
"Ye sayang.."
"Hane sebenarnya isteri abang Jan.." kata Hane dengan beraninya.
TIBA-TIBA Faziah menolak tangan Hane dan berdiri memandang Hane didepannya.
"Hane mintak maaf maa.. Bukan kami nak ketepikan mama.." Hane menangis merayu dikaki Faziah.
"Apa bukti yang kamu berdua dah nikah..?" kata Faziah seriues.
"Allah ma.. Kami nikah di Perth maa.. Semua ni salah Hane maa.. Hane yang taknak berpisah dengan abang Jan.." kata Hane dalam tangisannya dikaki Faziah.
"Kalau betul kamu kata macam tu.. Mana sekarang Fauzan ? Mana dia ? Bukan patut dia ada dengan kamu untuk kebenaran ini ?" nada sedikit tinggi Faziah berkata.
"Abang Jan dah lepaskan Hane maa..." kata Hane menangis teresak-esak.
"Apa yang kamu dah buat sampai Fauzan boleh lepaskan kamu ? Macam ni ke nak bagi tahu yang kamu berdua tak boleh berpisah ? Sorang ke hulu sorang ke hilir.." marah Faziah.
"Salah Hane maa.. Hane yang tak boleh terima abang Jan masa Hane sakit maa.. Salah Hane.. Maafkan Hane maa.." rayu Hane.
"Patut Fauzan dah tak ceria sejak kebelakangan ni.. Ini sebabnya.. Memang patut dia pergi bercuti dengan Chellsy.." kata Faziah yang masih tak endahkan Hane yang menangis dikakinya.
"Maa.. Maafkan Hane.. Hane tak tahu nak buat macam mana lagi.." rayu Hane dikaki Faziah.
"Saya boleh maafkan kamu.. Tapi dengan satu syarat.." kata Faziah.
"Hane terima apa-apa pun syarat mama.. Janji mama maafkan Hane.."
"Saya taknak kamu sakiti Chellsy dan Fauzan lagi.. Mereka berdua itu berhak bahagia.. Saya taknak tengok awak menangis depan saya lagi dengan keadaan begini.." kata Faziah.
"Baik maa.. Hane terima.." kata Hane dan mengelap air matanya.
"Dah.. Jangan menangis macam ni.." Faziah memujuk Hane. "Lusa Ann balik.. Hane berbincang dengan dia baik-baik.." kata Faziah.
"Hane janji.. Lepas Hane bagitahu semuanya dengan abang Jan.. Hane takkan ganggu kehidupan abang Ann dengan Chellsy lagi.." kata Hane. "Hane takkan jumpa abang Jan lagi lepas ni.. Hane Janji.. Izinkan Hane slow-talk dengan abang Jan, ye maa.." kata Hane.
"Yee.. Mama izinkan.. Buat pilihan yang terbaik.. Allah uji pasti ada sebab.." kata Faziah memeluk Hane.
Setelah selesai Hane berterus terang dan membuat janji, Hane mengundurkan diri selepas maghrib. Hane tidak terus pulang ke rumah Khir, malah dia berhenti diteratak mereka berdua.
Hane buka box dalam keretanya yang terdapat satu kunci dan kad keselamat untuk masuk ke dalam teratak tersebut.
"Tak lama lagi semua ini tinggal kenangam.." Hane bercakap sendiri didalam rumah tersebut.
Hane teroka seluruh rumah mereka yang tak sempat dia melihatnya. Dari tingkat atas samapi ke tingkat 3 Hane berjalan. Berhenti sahaja Hane didepan pintu hitam untuk ke tingkat paling bawah.
"Tingkat yang masih Jan tak bagi aku masuk.. Tak perlu untuk aku cuba masuk.." tersenyum Hane didepan pintu itu.
Hane berjalan lagi dan masuk ke bilik mereka. Hane masuk ke bilik persalinan baju.
"Rindu dengan bau ni.." Hane mencium bau baju Jan yang tergantung.
Kringgg.... Kringh.....
"Hello.." jawab Hane.
"Ibu.. Hann tak balik rumah ibu malam ni.. Hann tidur rumah mama malam.ni.." tipu Hane.
"Ye bu.. Hann dah cerita semuanya.. Mama okay je.. Mama restu hubungan kami.." tipu lagi Hane.
"Buu.. Hann tidur dululahh.. Hann penat sangat harini.. Tadi macam-macam kami dua bualkan.." Hane terpaksa menipu lagi sambil mengusap air matanya.
"Hann okay jee.. Ibu tak perlu risau kay.. Malam bu.. Assalamualaikumm.." Hane menamatkan panggil tersebut.
Sebelum Hane merebahkan dirinya diatas katil, dia menukar pakaiannya memakai baju t-shirt besar Jan semasa mereka bersama. Hane amat merindui Jan, bekas suaminya. Dia cuba memejamkan matanya tapi dia tak boleh. Air matanya masih mengalir.
"Nobody knows me more than you.. I miss you B.." kata Hane sendiri menitis air matanya.
Malam Hane berakhir dengan air mata kerinduan dan cintanya pada Fauzan.
____________________
"Selamat malam.. Aku gerak dulu.. Pape hal settle sendiri.." kata Jan pada Gad dan Zall.
"Awalnya nak masuk bilik.." kata Gad.
"Aku letih Gad.. korang dua jangan masuk lambat pulak.. kesian dekat isteri-isteri korang berdua menunggu si suaminya masuk ke bilik.." kata Jan lagi.
"Yeyee.. sekejap lagi kami masuk.. Habiskan ni dulu.." kata Zall menunjukkan putin rokok ditangannya.
"Yelah-yelah.." kata Jan dan meninggalkan mereka berdua.
"Untung Chellsy ada Ann.. Kan best kalau ada Hane.. Mesti Aan tak masuk bilik awal.." kata Gad pada Zall.
"Hmmm itulah.. Tia ada call pagi tadi sebelum gerak.. Dia cari abang Ann.. Tapi tak tahu kenapa.." Zall beritahu Gad.
"Ooo yeke.. Hane sekarang dah lain.. Dia pun dah tak selalu mesej Jane.. Mungkin sebab dia taknak ganggu Jane dengan cuti kot.." kata Gad.
"Abang Ann tu tidue bilik Chellsy ke ?" soal Gad.
"Yelahh.. Bilik mana lagi.. Kau pun tahukan yang Jan dengan Chell tu macam belangkas.." kata Gad.
"Manalah aku tahu.. Ingatkan dia tidir bilik dengan kawan dia yang lain ke.." kata Zall.
"Tak mungkin.. Kau lupa apa yang jadi dekat Chell sebelum ni.. Orang sanggup pecah masuk bilik dia semata-mata nakkan dia.. Tapi masib masa tu aku dengan Ann baru nak masuk bilik.." cerita Gad.
"Hmm.. ye tak ye jugak.. Ni pun tadi ada yang cuba ambik kesempatan.. Naisb abang Ann peka.. Tak sangka ada juga yang mata ranjang dalam ramai-ramai kita ni.." kata Zall.
"Manusia Zall.. Jan tu sayang sangat dengan Chell.. Kau jee tak tahu.. Tapi kalau Hane tu.. Lain cerita sikit.. Masa dia tahu kau dengan Hane nak kahwin.. Dia berani isap rokok ooo.. " ceruta Gad
"Hahahaa.. Boleh tahan gak abang Ann.. Zall tahu abang Ann sayang and cintakan Hane.. Lagipun masa tu, Zall marah sangat dengan abang Ann.. Tiap kali Zall cuba cari client, semua client cakap dah submit dengan abang Ann.. Marahlah Zall.." kata Zall beritahu perkara sebenar.
"Habis bila masa kau kahwin dengan Tia..?" soal Gad.
"Pasal tu tak yah tahulah.. Kami dah selamat pun.. Kami suka sama suka.. So tak ada hal lah.. Nasib baik juga Zall dengan Hane tak jadi kahwin.. Kalau tak mesti abang Ann takkan ada dekat sini sekarang.." kata Zall yang menyesal dengan pervuatannya.
"Nasiblah.. Dah laa Zall.. aku masuk bilik dulu.." kata Gad mintak diri.
"Okay.. Zall pun nk gerak jugak ni.." kata Zall dan masing-masing berjalan ke arah bilik mereka.
Malam di Penang berakhir dengan begitu sahaja. Keselamatan para wanita dan isteri lebih diutamakan. Jan tidak benarkan perempuanya keluar selepS maghrib seperti Chellsy, Tia dan Jane. Jan lebih tahu apa yang ada difikiran kawan-kawan keretanya. Jadi, Jan ini merupakan seorang yang menjaga keseoamatan orang tersayang.
TAPI !
Jam 02:15 pagi. Masuk satu message difone Jan.
"Chell I penat terima message macam ni jee.." adu Jan pada Chellsy yang tengah menikmati angin laut dikoridor bilik.
"Message apa tu.. Ada juga orang nak message U tengah pagi ni.." kata Chellsy.
"U tengok ni.. I pun tak tahu nak buat apa.. I nak buat report, tapi I tahu siapa orang dia.." kata Jan.
"Tisya ke ni ?" soal Chellsy
"U tahu ke ?" soal Jan semula.
"Tahulah.. Khai ada story dekat I.. Gad pun ada.. Tapi Hane tahu ke benda ni ?" soal Chellsy
"Tahu.. Dia marah I.. Tapi I tak boleh nak buat apa.. I nak block number dia.. Tapi I takut ada urgent dari dia ke, apa ke.." kata Jan.
"U ni.. Tisya tu bukan ada U sorang je.. Ramai lagi ada dekat luar sana.. Meh sini I tolong U block.." Chellsy rampas fone Jan. "Lawa wallpaper U.. Comel jee.." tegur Chellsy.
"Diamlah U.." malu Jan.
"Elelelee.. If you miss her just make a call.. She will pick-up your phone call.. Trust me.." kata Chellsy.
"Hmm.. She my ex-wife.." perlahan Jan berkata.
"But both of you can reconsider.. Still have time.. 3 month right ?"
"Yaa I know.. Hmm.." jawab Jan.
"Dah laa.. I nak tidur.. U tu jangan lewat sangat tidur.. Tak payah fikir yang bukan-bukan.. Mama call malam tadi cakap Hane datang rumah bagitahu hal sebenar yang korang dua dah nikah then dah berpisah.. Mama marah U, sebab buat Hane macam tu.. Mama warning I suruh jaga U elok-elok pulak.. U see.. sebab U, I kena terlibat sekali.." bebel Chellsy.
"Sorry I libatkan U dalam personal I.. U kata U sayang I.. So buktikanlah.. Dahh jom tidur.." kata Jan dan merangkul bahu Chellsy.
"U jangan nak ngada-ngada kay.. U nakal siap.. Nanti ada yang call JAWI.." kata Chellsy.
"Perhhh.. Jauh tu JAWI nak mai sini.. Siapa je berani kacau Tuan Megat Fauzan ni.." kata Jan poyo.
"Yelah-yelah.. Jangan nak curi selimut I.." kata Chellsy setelah baring diatas katil.
"U tu jangan selimut sorang.. Ingat sikit I ni pun badan manusia biasa.." kata Jan baring disebelah Chellsy.
"Night.. Tutup lampu auw.. I nak tidur dulu.. Kalau U taknak tidur pun silalah tutup lampu supaya I tak sedar apa yang U buat kay.." kata Chellsy.
"Okay.. I takkan buat I sedar apa yang berlaku kay.." kata Jan nakal.
Akhirnya mereka berdua diatas satu katil dalam satu bilik :) Hubungan Jan dan Chellsy masih lagi dalam teka-teki.
Share this novel