Bab 41

True Story Completed 17736

Anak - anak yang sudah terlatih melakukan perkerjaan dengan senang keluar sendiri untuk mencari rezeki mereka pada pagi itu .
Hanya Natasyha dan Amirul yang setia di sisi Fauzan .Mereka mahu menunggu sehingga Fauzan kembali sedar .Dalam masa menunggu Fauzan sedar Natasyha mengelilingi gudang sendirian .
Dia ingin tahu apa isi di gudang lama itu .Tetapi tidak ada apa - apa yang di temui Natasyha .Sebaliknya dia hanya menemui beberapa bekas peralatan dapur yang terpakai yang dah berkarat terdapat di sudut sebuah ruang .Dia mengamati ada sebuah periuk sederhana besar dan sebiji kuali yang masih boleh di guna pakai .
Natasyha mengambil periuk dan kuali tersebut lalu membawanya untuk di cuci .Amirul mermerhati gerak geri Natasyha .Dia tidak tahu apa yang hendak di buat oleh Natasyha dengan periuk dan kuali bekas itu .
Sehingga petang menjelma semua anak - anak yang keluar tadi telah kembali tetapi bos mereka si Fauzan masih juga tidak sedarkan diri .
Natasyha menghampiri Fauzan lalu meyentuh dahinya ." Eh!!! panasnya badan boss ," kata Natasyha .Lalu dia mengambil sehelai tuala basah lalu di letakkan di atas dahi Fauzan .Setelah itu dia mengemaskan selimut Fauzan .Anak - anak yang lain mengerumuni Natasyha dan boss mereka itu .
Amirul menghampiri Natasyha " Tasyha , kau tak laparkah ?" tanya Amirul." lya Tasyha lapar Amirul .Kau juga laparkan ?" tanya Natasyha kembali ." Aku rasa semua kawan - kawan kita juga lapar ," kata Amirul lagi .
" Jadi apa pendapat Amirul ?" tanya Natasyha ."Kita pergi beli makanan ," kata Amirul ." Beli ?" soal Natasyha kembali ." Tapi kalau kita nak beli kita perlukan wang yang banyak ," kata Natasyha .

" Ok .kita pergi beli beras dan telur nanti balik Tasyha masak guna periuk itu ," kata Natasyha merungkai masalah mereka .

" Tasyha nak masak ?" tiba - tiba gadis gempal bernama Amira bertanya ." lya , Tasyha akan masak untuk kita semua ," jawab Natasyha ." Tapi sebelum tu , kamu semua harus bagi Tasyha wang yang kamu semua dapat tadi .Dengan wang itu Tasyha akan belikan bahan untuk di masak ," kata Natasyha kepada teman - temannya .

Semua anak - anak meyerahkan hasil kerja mereka pada Natasyha .Setelah itu Natasyha dengan Amirul pun memulakan tugas mereka untuk pergi membeli keperluan untuk masak makanan mereka pada malam nanti .

Sebelum Natasyha dan Amirul pergi .Natasyha sempat berpesan supaya teman - temannya membantu mereka mencari kayu bakar .Mereka juga di larang menghampiri boss mereka .

Jika boss terjaga dan bertanyakan mereka katakan saja mereka keluar sebentar .Selebihnya nanti mereka akan menjawab sendiri dengan boss nanti .

Setelah itu Natasyha dan Amirul pun meneruskan tujuan mereka membeli keperluan untuk di masak oleh Natasyha .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience