Bab 36

True Story Completed 17548

Natasyha tidak tega untuk meyuap makanan ke mulut nya .Tambahan apabila dia melihat renungan sayu Amirul melihat teman - temannya meyuap nasi ke mulut masing - masing .

Natasyha memberanikan diri menghampiri sangkar yang menepatkan Amirul .Dia merenung sayu kepada Amirul .Dia melihat manik - manik jernih menuruni pipi cengkung Amirul .
Natasyha tahu di saat itu Amirul seperti dirinya sedang bertarung dengan kelaparan .Natasyha menjemput nasinya lalu dia meyuap ke mulut Amirul .
Amirul cuba menolak suapan Natasyha .Tapi Natasyha merayunya meyuruh dia buka mulut .

Semua anak - anak di situ terpana melihat ke arah Natasyha .Ada yang berbisik - bisik sesama sendiri .Ada yang datang menghalang Natasyha .

Keriuhan anak - anak membuatkan kuncu - kuncu Fauzan yang sedang berkawal di luar meyedari .Dari rekahan daun pintu mereka melihat ageden yang di lakukan oleh Natasyha .Lalu mereka bergegas memberitahu Fauzan .

Fauzan datang ke ruangan itu semasa Natasyha sedang memberi Amirul minum air miliknya .Semua mata terpaku melihat ke arah Fauzan .

Anak - anak yang tadinya megerumuni Natasyha dan Amirul telah mengelak ke tepi meninggalkan Natasyha di sisi tempat kurungan Amirul .

Fauzan menghampiri Natasyha lalu mengakat tangan mahu memukul Natasyha .Tetapi tiba - tiba berhenti kerana Natasyha melutut lalu memeluk kaki Fauzan sambil menangis memohon maaf .Amirul juga menjerit nyaring melihat Fauzan mengangkat tangan .

Akhirnya Fauzan berlalu pergi meninggalkan ruangan tersebut .Semua mata meyorot mengikut langkah kaki Fauzan .
Semua anak - anak termasuk kuncu - kuncu Fauzan terkejut melihat apa yang baru terjadi .
Orang kuat Fauzan yang bernama Kamal berkata kepada temannya Faizul " eh !!! kau tengok tu .Apa dah jadi dengan boss kita ?"Faizul hanya sekadar mengangkat bahu tanda memberi jawaban kepada soalan Kamal .
Tiba - tiba terdengar nyaring laungan Fauzan memanggil Kamal ." Kamal. Kamal" dengan kasar terdengar nada dari suara Fauzan .
Kamal yang mendengar laungan suara Fauzan berlari seperti orang di kejar hantu pergi mendapatkan boss mereka si Fauzan .
" Lepas kan Amirul suruh dia berehat .Esok aku nak dia ajar budak baru tu bagaimana nak buat kerja ," arah Fauzan .
Kamal kembali ketempat Amirul lalu melepaskannya dan meyuruh dia berehat .Kamal juga meyapaikan apa yang di pesan oleh Fauzan .
Setelah itu Kamal dan Faizul menjalankan tugas mereka memastikan semua anak - anak yang lainnya turut berehat kerana keesokan harinya mereka tetap harus berkerja seperti biasa .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience