bab 49

True Story Completed 17548

Malam itu Fauzan menunaikan janjinya kepada anak - anak jagaannya. Dia membawa mereka semua ke pasar malam.
Malam itu Fauzan membelanjakan setiap seorang dengan pakaian baharu. Semua anak - anak gembira. Mereka semua di beri RM 10 setiap orang untuk mereka membeli apa sahaja makanan yang mereka mahu.
Setelah usia berbelanja Fauzan membawa anak - anak kembali pulang ke tempatnya. Keesokan harinya sebelum anak - anak bangun Fauzan sudah bangun dan menunggu semua anak - anaknya itu bangun.
Pada pagi itu Fauzan mengarahkan semua memakai pakaian yang baru mereka beli semalam.
Pagi itu semua anak - anak berpakaian serba baharu. Sungguh meriah pagi itu ibarat mereka bakal menyambut hari lembaran.
Fauzan tersenyum melihat keceriaan dan kegembiraan semua anak - anak itu.
Setelah semua usia berpakaian Fauzan mengetuai mereka semua berarak keluar dari kediaman mereka.
Fauzan bertanya kepada setiap orang dari mereka apakah mereka tahu di manakah alamat rumah masing - masing.
Hanya ada beberapa orang sahaja termasuk Natasyha yang tahu alamat rumah mereka.
Pagi itu setelah bersarapan beramai - ramai di sebuah warong di pinggir jalan. Fauzan memulakan perjalanan menghantar seorang demi seorang kembali kepada keluarga masing - masing.
Ada kalangan ibu bapa yang marah dan ada juga menyambut rombongan Fauzan dengan gembira serta dengan esak tangis gembira kerana menyambut kepulangan anak mereka yang menghilang selama ini dan pulang dalam keadaan selamat.
Kini tiba giliran anak - anak yang di ambil di pinggir jalan. Anak - anak itu di hantar oleh Fauzan ke sebuah rumah anak - anak yatim.
Amirul anak yang tidak punyai keluarga telah di serahkan ke rumah berkenaan tetapi dia tidak mahu. Amirul berkata dia mahu melihat Natasyha kembali ke pangkuan keluarga baru dia rela untuk tinggal di rumah anak yatim tersebut.
Fauzan akur dengan keputusan Amirul. Sekarang hanya tinggal mereka bertiga sahaja lagi. Kali ini Fauzan, Amirul dan Natasyha bergerak untuk menuju ke rumah Natasyha pula.
Sampai di perkarangan rumah Natasyha. Mereka melihat ada beberapa anggota polis di perkarangan rumah tersebut.
Natasyha mendahului Fauzan dan Amirul menuju ke rumahnya. Ketika sampai di hadapan rumah Natasyha terpandang kepada papanya En Halim.
Natasyha menjerit keriangan memanggil En Halim. " Papa...... , " laung Natasyha. Apabila terdengar ada yang memanggilnya En Halim sepantas kilat menoleh memandang arah datangnya suara tersebut.
" Tasyha..!!! seru En Halim saat terpandang Natasyha. " Papa , " jerit Natasyha lagi. Akhirnya Natasyha hilang di dalam pelukan En Halim.
Fauzan dan Amirul tersenyum senang melihat kegembiraan Natasyha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience