Seketika setelah Doktor ldham memberikan senarai ubat kepadanya Dato Marzuki meminta Bibik memanggil Pak Omar supaya datang bertemu dengannya di ruang rehat .
Bibik pun pergi memanggil Pak Omar di ruangannya ." Pak tadi Dato bilang mau ketemu sama bapak ," kata Bibik kepada Pak Omar .
" Ha iye lah terima kasih Bik nanti saya datang ," kata Pak Omar .Pak Omar merupakan pemandu Dato yang sudah agak lama berkhidmat dengan keluarga Dato Marzuki .Dia sudah berkerja dengan keluarga Dato Marzuki semenjak Dato Marzuki di sekolah menengah lagi .lsterinya meninggal setahun yang lalu .Dia tidak mempunyai waris atau keluarga .Baginya Dato Marzuki dan keluarga adalah keluarga yang dia ada .Usia Pak Omar juga sudah mencecah 60 tahun .Tapi dia masih kuat untuk berkerja .
Setelah memaklumkan kepada Pak Omar Bibik meninggalkan Pak Omar lalu kembali menuju ke dapur untuk meneruskan kerjanya .
Pak Omar bergegas mendapatkan Dato lalu bertanya " lye Dato .....Dato nak saya siapkan kereta kah Dato ?," tanya Pak Omar dengan pantas .Dia meyangka Dato Marzuki meminta dia meyediakan kereta kerana majikannya itu mahu pergi ke mana - mana .
" Oh !!!! Pak Omar mari sini sekejap .Saya tak mahu ke mana - mana .Saya hanye nak minta tolang dengan Pak Omar sikit .," jelas Dato Marzuki ." Minta tolong .Nak minta tolong apa Dato ?," tanya Pak Omar .
" Begini Pak Omar tadi Doktor ldham ada beri senarai ubat untuk budak yang kita jumpa tadi .Jadi saya nak Pak Omar tolong saya belikan ubat yang ada dalam senarai ini boleh ?," tanya Dato Marzuki .
" Ooooo ingatkan apa tadi Dato .Tak perlu nak minta tolong Dato arahkan saja saya pasti akan tolong Dato ," kata Pak Omar sambil tersengeh menampakkan giginya yang macam tiang pagar yang sudah roboh itu .
Dato Marzuki tersenyum melihat gelagat Pak Omar .Dia menghulurkan beberapa keping wang rm 50 dan senarai ubat yang di beri oleh Doktor ldham kepada Pak Omar .
Setelah meminta diri Pak Omar pun pergi menghidupkan motosikal yang sebaya dengan umurnya itu .Bagi Pak Omar kalau mahu ke pasar atau ke kedai membeli keperluan tampa di temani Dato atau Datin dia lebih senang bermotosikal dari menaiki kereta .Kerana kereta akan melambatkan pergerakannya dari menaiki motorsikal .Kerana dengan motorsikal dia dapat melalui jalan pintas untuk ke sesuatu tempat .
Share this novel