Bab 22

True Story Completed 17736

Maria membawa Natasyha menaiki sebuah taksi .Setelah pemandu itu menurunkan dia di taman berhadapan dengan rumah mereka dia meminta teksi berkenaan membawa Natasyha ke bandar .
Maria telah memberikan sepucuk surat kepada Natasyha dengan beberapa keping wang rm 10 untuk kegunaan Natasyha .
Wang itu telah di ambil dari tabungnya awal pagi tadi .
Dia tidak mahu Natasyha di ambil ginjalnya dan surat yang di beri oleh Maria ada menerangkan semua itu .
Setelah menurunkan Maria pemandu teksi terus membawa Natasyha ke pusat bandar .Natasyha yang kebingungan telah di turunkan di perhentian teksi di situ .
Setelah menurunkan Natasyha dan mengunci pintu taksinya pemandu itu bergegas ke masjid berdekatan menunaikan solat asar yang sudah di hujung waktu .Jadi dia tidak sempat untuk bertanya kemana selanjutnya Natasyha mahu pergi .
Setelah selesai solat pemandu tadi kembali ke stesyen taksi untuk mencari Natasyha .Dia berasa bersalah kerana tidak menghantar anak itu ke tempat yang sepatutnya .
Di stesyen taksi .Natasyha berjalan mundar mandir sendirian tampa hala tujuan .Akhirnya Natasyha sampai ke satu lorong .
Lorong belakang itu kelihatan ada beberapa orang anak kecil sedang megutip botol dan tin minuman di sebuah longgokan sampah .Natasyha kebingungan meyaksikan fenomena itu .
Dia berlalu dari situ .Ketika dia melewati sebuah kedai makan dia melihat seorang wanita sedang mengusir seorang perempuan tua .Perempuan tua itu berjalan tampa berkasut dan pakaiannya pula compang camping .
Natasyha tahu wanita itu pastinya seorang pengemis atau peminta sedekah Rasa kasihan meyelubungi jiwanya .
Dengan berbekalkan wang yang di beri oleh Maria .Natasyha masuk ke dalam kedai makan tadi lalu membeli sebungkus nasi putih berlaukkan ayam goreng dan sedikit sayur , serta sebungkus teh 'o' ais.Makanan dan minuman tadi lalu di bawa pergi kepada wanita itu tadi .
Natasyha memberikan bungkusan makanan itu kepada wanita tadi .Setelah mendapat bungkusan makanan wanita tadi berlalu pergi meninggalkan Natasyha .Natasyha tersenyum melihat ayunan langkah kaki wanita itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience