Setelah menepatkan Natasyha di bilik tetamu Dato Marzukipun berlalu ke biliknya untuk mandi dan membersihkan diri sambil menunggu kedatangan Doktor ldham doktor peribadi keluarganya .
Setelah setengah jam menunggu Doktor ldham pun sampai .Bibik Yanti mempersilakan Doktor muda itu masuk lalu dia membawa doktor itu ke bilik tetamu yang menempatkan Natasyha .
Di bilik tetamu Dato Marzuki sudah siap menanti kehadiran doktor ldham . "Assalamualaikum Dato ," sapa Doktor ldham.
" Apa halnya Dato ?," tanya Doktor ldham sambil tersenyum dan menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Dato Marzuki .
" Waalaikummussalam ," jawab Dato Marzuki sambil meyambut huluran tangan Doktor ldham .
Dato Marzuki menceritakan bagaimana dia menemui Natasyha dan meminta doktor muda itu merawatnya .
" Baiklah saya akan cuba bantu apa yang sepatutnya tapi kalau keadaannya agak mengusarkan saya nasihatkan kita bawa dia ke hospital ," kata Doktor ldham .
" Baiklah apa kata , doktor tengok dulu keadaaan budak ini ," kata Dato Marzuki sambil menunjukkan kepada Natasyha .
" Ok saya periksa dulu ye Dato ," Doktor ldham meminta izin .Setelah memeriksa tubuh dan denyutan jantung Natasyha Doktor ldham berkata ." Syukurlah Dato budak ini tak ada apa - apa .Saya rasa dia kepenatan agaknya sebab itulah dia jatuh dan pengsan .lnshaa Allah sekejap lagi dia akan sedar .Cuma bagi dia rehat buat sementara waktu .Jangan di paksa dia bercakap , dia perlu banyak rehat .," Doktor ldham memberi sedikit maklumat dan nasihat kepada Dato Marzuki .
Dato Marzuki mengangguk tanda faham .
Setelah memberikan senarai ubat yang perlu buat Natasyha Doktor ldham memohon diri untuk pulang .
Bibik menghantar Doktor ldham sampai ke pintu .Sekali lagi doktor muda itu meyampaikan pesan kepada Bibik supaya Natasyha jangan terus di paksa bercakap sebaik dia sedar nanti .Sebaliknya sediakan sedikit makanan dan minuman buat gadis kecil itu .
Bibik mengangguk tanda faham .Setelah itu Doktor muda itu terus menghidupkan enjin kereta terus berlalu pergi .Bibik menutup pintu pagar dan berlalu ke dapur untuk meneruskan perkerjaan nya .
Share this novel