Bab 12

True Story Completed 17736

Tekat Esah yang membulat itu telah megorbankan beberapa juta ringgit miliknya untuk mendapatkan beberapa titis minyak guna - guna dari bomoh siam tersebut .
Esah tidak menghiraukan pembaziran wang ringgitnya demi untuk memenuhi kemahuan hatinya yang taksud oleh cinta yang di dambakan olehnya selama ini .
Setelah mendapatkan apa yang di hajati Esah kembali ke rumah En Halim dan Natasyha demi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pembantu rumah dan seterusnya menjalankan segala misi yang telah di rancang .
Kepulangan Esah dan anak - anaknya di sambut mesra oleh En Halim dan anak gadisnya Natasyha .
Mereka tidak pernah menduga di sebalik senyuman Esah terkandung racun yang berbisa yang bakal merobak robekkan kehidupan mereka .
Malam itu seperti kelazimannya Natasyha akan ke dapur untuk sediakan makan malam buat dirinya , ayahnya serta Esah anak beranak .Kerana perkerjaan ini dia lakukan semenjak arwah ibunya Puan Liana masih ada lagi .
Tapi pada malam ini keadaan agak berlainan sekali .Tiba - tiba Esah datang menemui Natasyha menyatakan bahawa mulai hari itu dia yang seharusnya meyediakan semua keperluan keluarga ini termasuklah menguruskan makan minum serta apa juga yang menjadi kewajiban kepada seorang pembantu rumah selayaknya .
Natasyha terkejut mendengar pengakuan Esah .Sikap dan perangai Esah juga sudah banyak berubah .Semua kerjaan rumah Esah akan lakukan sendiri .Tiada lagi istilah buli kepada Natasyha semenjak pemergian ibunya Puan Liana .
Kehidupan Natasyha kembali kepada keadaan normal seperti kanak - kanak lain .Malah Natasyha di jaga dan di tatang oleh Esah seperti menatang minyak yang penuh .Keadaan ini telah memikat hati En Halim .
Tambahan pula Esah telah memasukkan ubat guna - guna yang di perolehi dari bomoh siam tempohari ke dalam semua makanan yang di hidangkan kepada En Halim dan Natasyha .
Semenjak termakan ubat guna - guna itu En Halim memberi sepenuh kepercayaan kepada Esah di dalam pengurusan rumahtangganya dan kehidupannya juga .
Perubahan sikap ayahnya dapat di hidu oleh Natasyha .Apabila Natasyha sering melihat ayahnya begitu mesra sekali saat melayan Esah .Semua permintaan Esah akan di turuti seolah - olah Esah adalah pengganti arwah ibunya yang telah pergi meyahut panggilan lllahi .
Natasyha bersedih dengan perubahan ayahnya .Seringkali andai Natasyha berasa sedih dengan sikap ayahnya .Dia akan menggunjungi pusara ibunya.
Di pusara sepi itu dia akan meluahkan seluruh rasa hatinya .Meskipun pusara yang kaku dan tidak dapat melakukan apa - apa untuk membantunya namun Natasyha puas dengan segala curahan yang dia lakukan .
Air mata Natasyha sering tumpah tak kala meyuarakan semua rasa hatinya kepada pusara kaku itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience