Bab 10

True Story Completed 17548

Semenjak pemergian ibu tercinta hidup Natasyha kian berantakan dan tidak terurus dan hilang semangat .Ayahnya pula En Halim sering kerja lewat pulang ke rumah .
En Halim sedar keadaan itu tapi apa boleh dia buat .Kerana bebanan kerja yang kian bertambah .
Esah pula sering pulang ke kampung dengan alasan orang tuanya sakit .Kini di rumah hanya tinggal Natasyha sendiri sahaja.Natasyha tidak takut walaupun di tinggalkan sendirian .
En Halim berfikir sendiri " jika aku kahwin lagi pasti Natasyha tidak akan tinggal sendirian lagi di rumah andai aku sibuk kerja ", bentak hati kecilnya .
" Tapi siapa harus ku ambil menjadi ibu untuk Natasyha ?" soalnya lagi ." Lagi pun kalau aku kahwin lain bolehkah Natasyha terima ?" dia bertanya sendiri .
Natasyha yang kebingungan di tinggal sendirian di rumah . Membelek - belek album lama milik keluarganya .Rindu kepada ibunya Pn Liana kian memuncak .Dia mencium beberapa kali foto ibunyà itu .
Natasyha tidak tahu masa kian merangkak ke petang . Kenangan bersama ibunya menggulit kerinduan di dalam sukma yang tandus kasih dan sayang .
Natasyha tertidur pulus sambil memeluk gambar ibunya .
Hari itu En Halim pulang awal kerumah .Jam baru menunjukkan ke angka 7 .40 dia sudah memarking keretanya di garaj .
Dia berfikir sendiri ke mana anaknya pergi .Mengapa lampu di rumah tidak di pasang lagi .
Dia melangkah pantas menghampiri pintu utama rumahnya .Setelah memasukkan kunci dan tombol .Pintu di pulas dia masuk ke dalam ruangan yang suram itu .
Setelah lampu di nyalakan dia berpaling ke sofa .Niat hatinya hendak merehatkan tubuh yang kepenatan seharian berkerja .
Setelah dia duduk dia akan menghubungi Natasyha melalui telefon yang di belikan untuk Natasyha beberapa hari yang lalu .
Langkah kakinya terhenti saat terpandang sekujur tubuh milik Natasyha sedang terbaring lesu di atas sofa .Di dadanya terdakap erat sekeping gambar milik ibunya .
En Halim sedar anaknya Natasyha amat merindui awrah isterinya Puan Liana .En Halim bergerak perlahan menghampiri sofa tempat Natasyha berbaring .
Dia merenung wajah pulus anak nya itu .Dia dapat mengesan di tubir mata Natasyha masih kelihatan air jernih yang mengalir lesu .
En Halim menghampiri lalu meyeka air mata yang mengalir di tubir mata Natasyha .Apabila terasa ada sentuhan di wajahnya Natasyha terus terjaga dari tidurnya .
" Ayah !!! bila ayah sampai ?" tanya Natasyha kepada ayahnya ." Baru saja sayang .Kenapa Tasyha tidur di sini ?", En Halim bertanya pula .
" Ayah tadi sewaktu Tasyha lihat - lihat gambar mama .Tak sedar pula bila Tasyha tertidur ", terang Natasyha kepada ayahnya .
" Ok tak apa , anak ayah dah makan ", En Halim mengubah topik setelah melihat wajah Natasyha berubah muram .
" Belum lagi ayah ", jawab Natasyha ." Ayah dah makan ?" Natasyha pula bertanya ayahnya .
" Belum ", jawab En Halim ." lngat nak makan dengan Tasyha sebab tu lah ayah balik awal hari ini ", jawab En Halim sambil tersenyum .
" Tapi ayah Tasyha belum masak lagi ", beritahu Natasyha dengan polus kepada ayahnya .En Halim tersenyum lalu berkata kepada Natasyha ." Tentang tu Tasyha jangan bimbang .Tasyha pergi siap kita makan kat luar ", kata En Halim pula ." Tapi Tasyha kena tunggu ayah solat dulu ", kata En Halim lagi .
" Oh ya ayah Tasyha pun belum solat jom solat sama ", kata Natasyha kepada ayahnya .
" Ok mari ", jawab En Halim ringkas .
Mereka pun bersolat bersama En Halim menjadi imam pada maghrib yang tua itu .Usai solat mereka berdua bersiap untuk keluar makan di restoren kegemaran Natasyha .
Malam itu Natasyha tersenyum giran kerana dapat makan di restoren kegemarannya .Malah malam itu ayahnya berkesempatan menemani diri nya .
Semenjak pemergian isterinya baru malam ini En Halim dapat melihat senyuman Natasyha .Betapa rindu hatinya selama ini untuk melihat senyuman mekar anak kesayangannya itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience