Bab 6

True Story Completed 17548

Setelah keadaan bertambah pulih Puan Liana di benarkan untuk pulang ke rumah .Natasyha gembira mendengar perkhabaran itu .Dia telah menyiapkan bilik tidur ibunya dangan baik sekali .Cadar dan sarung bantal di tukar baru . Perhiasan di bilik di rapikannya .Pendek kata dia membuat perhiasan serba ringkas di bilik ibunya .Bilik ibunya kelihatan kemas dan cantik .
Tidak ketinggalan dia telah menyembur minyak wangi kegemaran ibunya di bilik itu kerana mahu meyambut kepulangan ibu yang tersayang .
Semua yang di lakukan oleh Natasyha di perhati oleh Esah .Esah berkira di dalam hati .Nanti dia akan mengaku bahawa dialah yang menghias bilik ini kerana amat teruja sebab Puan Liana di benarkan balik setelah sekian lama berada di hospital ."Biar En Halim kira dia benar - benar mengharapkan kepulangan Puan Liana ke rumah ", Esah tersenyum sendirian .Bila mengenangkan semua itu .
En Halim awal -awal lagi telah memohon cuti untuk membawa isterinya pulang kerumah setelah hampir 3 bulan menerima rawatan di hospital .
En Halim tahu isterinya mesti jemu kerana sudah lama tinggal di hospital tersebut .Jika di ikutkan keadaan Puan Liana bukan lah 100% sembuh .Dia masih perlukan penjagaan rapi dalam jangkaan yang panjang untuk sembuh sepenuhnya ."Tetapi kenapa doktor sudah membenarkan dia untuk pulang ", runggut En Halim sendirian .
Puan Liana tidak berkata apa - apa dia tahu kepulangannya nanti pasti tidak di sukai oleh Esah .Tapi dia harus kuat dia harus pertahankan rumahtangga dan anaknya Natasyha dari di kuasi oleh Esah .ltu tekad yang Puan Liana tanam di hati setelah dia beransur pulih .
Puan Liana tahu sepanjang dia tiada di rumah pasti hidup Natasyha tidak tenang Esah dengan anak - anaknya pasti membuli anaknya itu .
Kepulangan Puan Liana di sambut mesra oleh Esah dan anak - anaknya .Mereka melayan Puan Liana dengan baik sekali .Natasyha memandang sahaja drama yang sedang di lakunkan oleh ketiga - tiga insan licik di hadapan matanya itu .
Puan Liana merasa geram dengan ageden drama dari Esah dan anak - anak kembarnya itu . Dia dan Natasyha saling berpandangan .Dia menarik Natasyha ke dalam pelukannya .Dia dapat rasakan betapa susutnya tubuh anak gadis ciliknya itu .
En Halim tersenyum melihat telatah anak - anak Esah yang berlumba - lumba untuk memicit dan menggurut kaki isterinya itu .Meskipun di halang oleh isterinya tetapi mereka masih tetap mahu melakukannya .
Esah pula terkocoh - kocoh meyediakan makanan untuk Puan Liana .Setelah usai memasak Esah menghidangkan makanan di atas meja lalu seperti biasa menjemput Natasyha , Puan Liana dan En Halim untuk makan di meja sementara dia dan anak - anaknya akan makan di lantai di dapur mestipun sering ditegah oleh En Halim .Tetapi Esah berkata " En ini yang layak bagi saya dan anak - anak .Lagi pun saya cuma orang gaji sahaja ", katanya bila En Halim ajak makan bersama di atas meja .
En Halim terharu bila mengenang betapa baiknya Esah serta ketaatan dan sikap sopan santun yang Esah tunjukkan ketika bercakap dengan mereka sekeluarga .
Sesungguhnya En Halim tidak tahu apa yang di lakukan Esah terhadap anak dan isterinya selama ini .
Kerana kepandaian Esah melakunkan watak yang di bawe lantas segala kecacatan tidak dapat di hidu oleh En Halim .
Puan Liana dan Natasyha meskipun makan hati dengan sikap Esah dan anak - anak terpaksa terima kerana En Halim lebih mempercayai Esah dari apa yang di perkatakan Puan Liana dan anaknya Natasyha .
En Halim berfikir yang isterinya masih sakit sebab itu selalu berimeginasi yang tidak - tidak .Sebab itulah apa sahaja yang di perkatakan Puan Liana terhadap Esah akan di cuaikan sahaja .
Meskipun Puan Liana berkata benar namun En Halim sukar percaya kerana apa yang berlaku di hadapan matanya sangat berlawanan dengan apa yang di sampaikan oleh anak dan isterinya terhadap Esah dan anak - anaknya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience