Esah mendapat tahu akan aduan Puan Liana berkenaan segala perbuatannya selama ini kepada En Halim suaminya itu .Meskipun En Halimkelihatan tidak percaya namun Esah kuatir suatu saat nanti dengan mudah En Halim mempercayai aduan isterinya itu .Hatinya menjadi panas dan geram .
Oleh kerana tidak dapat menahan emosinya .Pada pagi itu selepas En Halim berangkat pergi kerja .Esah membawa Natasyha berjumpa ibunya dalam keadaan tangan terikat ke belakang .
Esah memaksa Puan Liana menelan segengam ubat yang telah di campur aduk olehnya .Pada mulanya Puan Liana enggan untuk menurut perintah Esah .Tapi bila Esah mengancam untuk mencederakan Natasyha baru lah dia menelan semua ubat yang di berikan oleh Esah kepadanya.
Usai Puan Liana menelan ubat yang di beri .Puan Liana terus terbatuk - batuk dan mengalami sesak nafas .Esah meninggalkan Puan Liana sendirian sementara dia membawa Natasyha dan anak - anaknya keluar dari rumah tersebut .
Walaupun dia tahu keadaan Puan Liana semakin teruk namun dia membiarkan sahaja .Meskipun Natasyha meronta mahu menolong ibunya tetapi dia di seret oleh Esah agar membuntututinya .
Natasyha terpaksa akur di dalam hatinya berdoa agar ibunya di selamatkan oleh Allah .Dalam kesedihan dan kebimbangan keselamatan ibunya Natasyha hanya mampu mengalirkan air mata .
Pada hari itu En Halim ayah Natasyha pulang awal dari kerja kerana di sebelah malam nanti dia harus bertolak ke lndonesia bagi mewakili masyuarat syarikatnya yang beroperasi di sana .
Apabila dia sampai di rumah dia dapati suasana rumah sunyi dan sepi .Dia memanggil - manggil anaknya Natasyha .Setelah tiada jawaban dari Natasyha dia memanggil pula isterinya Puan Liana .
" Liana....oooo...Liana ...awak ada di mana ?" tanya En Halim .Namun isternya juga tidak menyahut panggilan darinya .
En Halim terus bergegas naik ke bilik tujuannya untuk berkemas serba sedikit memandangkan dia harus bertolak ke lndonesia pada penerbangan awal malam nanti .
Sesampainya di pintu bilik dia berasa ada sesuatu yang tidak kena kerana melihat pintu bilik tidak di tutup dengan sempurna .Di berkata sendiri " seingatnya Liana tidak begini perangainya jika dia keluar atau di dalam bilik pasti pintu bilik di tutup rapat ", kata En Halim sendirian .
En Halim terus mengeluh sambil mengeleng - geleng kepala .Di dalam benaknya menolog lagi " masakan penyakit yang dia hidapi membuat dia jadi begini." bisik Halim lagi.
Namun begitu kakinya terus melangkah menghampiri pintu .Apabila dia menolak daun pintu .Alangkah terkejutnya En Halim kerana mendapati isterinya terlentang terbaring di lantai .Mulutnya mengeluarkan buih yang banyak .
Dia berlari mendapatkan tubuh isterinya sambil memanggil - manggil nama isterinya itu ." Liana ....Liana ...kenapa ni sayang ", seru En Halim dalam keadaan panik .
Apabila dia mengangkat tubuh Puan Liana dia dapati tubuh itu sudah sejuk dan kaku .En Halim menjerit sekuat hatinya .Namun isterinya Puan Liana sudah tidak bernafas lagi .
Seketika selepas itu dia mendengar bunyi enjin kereta memasuki halaman rumahnya .Dia tahu itu pasti Esah yang memandu kereta isterinya itu ." Kemana mereka pergi .Kenapa tinggalkan Liana sendiri .", dia bertanya sendirian .
Setelah memarking kerete di garaj sekali lagi Natasyha di ingatkan jangan buka mulut apa yang telah berlaku di awal pagi tadi .Dan jika ayahnya bertanya kataka mereka pergi membeli peralatan sekolah dan singgah di kedai buku sebab itu lambat balik .
Natasyha mengangguk faham segala arahan dari Esah .Memang dia tiada niat untuk membantah segala cakap Esah kerana dia tidak mahu melihat mereka meyiksa ibunya lagi .
Natasyha memandang ke garaj sebelah dia dapati kereta ayahnya ada di situ .Dia tahu ayahnya sudah pulang .Dia tersenyum sendiri .Dia pasti jika ayahnya balik awal pasti dia tidak di arahkan melakukan itu dan ini oleh Esah .Jadi dapat lah dia bermanja - manja dengan ibunya nanti .
Natasyha melangkah menaiki tangga untuk ke biliknya .Apabila dia melalui bilik ayah dan ibunya dia terdengar seseorang sedang menangis .Lalu tanganya ringan membuka pintu .
Apabila pintu di buka En Halim bangun mendapatkan Natasyha dan memaklumkan ibunya sudah tiada lagi ." Tasyha ayah harap Tasyha bersabar ye ibu sudah pergi meninggalkan kita ", kata En Halim dengan sayu di sulami sedu sedam yang masih bersisa .
Apabila terdengar percakapan ayahnya tiba - tiba pandangan Natasyha menjadi gelap .Natasyha tidak sedar apa yang terjadi kepadanya .
Apabila melihat Natasyha hampir rebah En Halim begegas menahan tubuh kecil Natasyha dari jatuh ke lantai .Lalu dia mengangkat tubuh kecil itu lalu di baringkan di sebelah jasad isterinya yang telah kaku itu .
Share this novel