Bab 4

True Story Completed 17548

Setelah menerima gugusan ubat dari Doktor Hisyam Esah pun pulanglah kerumah Puan Liana .

Esah telah menukarkan semua ubat - ubatan Puan Liana dengan ubat - ubatan yang di bekalkan oleh Doktor Hisyam .

Semua isi rumah tersebut tidak tahu apa yang di kerjakan oleh Esah .Esah boleh di ketegorikan sebagai seorang pelakun yang terbaik .

Dia bijak memainkan mimik muka dan peranan sebagai seorang yang sangat memberi perhatian terhadap kebajikan keseluruhan majikannya terutama Puan Liana dan En Halim tidak ketinggalan Natasyha anak gadis majikannya itu .
Hari demi hari keadaan kesihatan Puan Liana kian merosot .Jika dulu Puan Liana hanya mati separuh badan sahaja tapi kini keseluruhan badannya sudah tidak dapat di gerakkan lagi .
Puan Liana hanya boleh menggerakkan bebola matanya sahaja .Keadaan ini amat merisaukan En Halim dan Natasyha .
Sudah berbagai - bagai cara perubatan di usehakan oleh En Halim namun semuanya menemui kegagalan .
Natasyha hanya mampu mengelap air mata ibunya yang sentiasa mengalir di pipi cengkungnya itu .Mulut Puan Liana sudah kian mengherut dan meyukarkan untuk mengeluarkan kata bicara .
Walau bagaimanapun tugas tetap mengesa En Halim meninggalkan anak dan isterinya di dalam jagaan Esah .Kepada Esah En Halim sering berpesan ." Esah jika sesuatu terjadi kepada puan cepat hubungi saya ye .",pada suatu pagi En Halim berpesan lagi sebelum beliau berangkat untuk pergi berkerja ." Baik En ", jawab Esah ringkas sambil memberi senyuman kepada majikannya itu .
En Halim bertolak ke tempat kerja dengan hati yang berbelah bahagi .Dia sering berdoa akan kesejahteraan anak dan isterinya .
Di rumah setelah En Halim berangkat ke tempat kerja Esah mula menjalankan kerjanya .Dia memanggil Natasyha ." Tasyha ....Tasyha mari ke sini sekejap ", jerit Esah ." Ada apa mak cik ?", tanya Natasyha .
" Ooooooo selama ni kau berlagak ye ", kata Esah sambil mencebit ." Mulai sekarang kau buat semua kerja - kerja ni .Kalau kau tak buat kau tahu lah apa aku akan buat kepada ibu kau yang macam mayat hidup tu ", kata Esah sambil menunding jarinya kepada Puan Liana yang terbaring kaku .
Demi ibu tercinta Natasyha melakukan apa saja yang di suruh oleh Esah .Bukan sahaja Esah yang memerintahnya malahan kedua - dua anak perempuan kembar Esah juga turut memerintah .
Semuanya Natasyha lakukan kerana tidak mahu ibunya di sakiti oleh mereka .Esah juga menggugut Natasyha .Jika bapanya En Halim tahu sesuatu akan dia lakukan kepada Puan Liana .Oleh itu segala perbuatan Esah dan anak - anaknya Natasyha sembunyi dari pengetahuan ayahnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience