Hari yang di tunggu telah tiba dengan sekali lafaz Esah telah sah menggantikan tempat arwah Puan Liana di rumah itu .Dan secara automatisnya menjadi mama Natasyha yang baru .
Senyuman puas terukir di bibir Esah .Sementara mendung hitam meyelubungi dan membayangi hidup Natasyha .
Siapa sangka senyuman di bibir Esah akan membawa petaka di dalam kehidupan En Halim dan anak gadisnya Natasyha .
Mata dan hati En Halim telah di kaburi oleh ilmu guna - guna yang di beri oleh Esah .llmu itu juga yang bakal membuat hidup anaknya Natasyha seperti dalam neraka .
Kini hidup natasyha berada di dalan kesengsaraan atas kekejaman ibu tirinya Esah .
Hari ini adalah hari yang ke lima Esah menjadi isteri En Halim .Dan hari ini juga En Halim di tugaskan untuk meyelesaikan satu kes peyelangaraan syarikat yang di selewengkan di lndonesia .
Dengan itu boss En Halim telah mengarahkan En Halim untuk ke sana bagi meyelesaikan kes penyelewengan tersebut serta mencari dalang siapa yang terlibat .
Pagi itu seperti biasa En Halim memaklumkan kepada semua ahli keluarganya berkenaan arahan yang telah di terimanya .
Esah gembira menerima berita dari suaminya .Kerana nanti dia dapat mengerjakan anak tirinya si Natasyha ." Sudah sekian lama dia bencikan Natasyha dan dia ingin membuat hidup Natasyha sengsara dan derita ," kata hatinya sendiri .Dia ingin Natasyha tahu yang selama ini dia terpaksa berpura - pura demi mencapai impiannya selama ini .
Pada kali ini untuk pertama kalinya Natasyha amat keberatan untuk melepaskan pemergian ayahnya ." Ayah tidakkah ayah boleh membatalkan pemargian kali ini ayah ?," tanya Natasyha kepada En Halim ." Tasyha ayah pergi untuk kerja nak , nanti jika semua sudah selesai ayah akan balik segera ," jawab En Halim cuba memujuk Natasyha .
" Tapi ayah....," Natasyha tidak dapat meneruskan kata - katanya .Dia tidak tahu harus bagaimana untuk memberitahu ayahnya akan golakan perasaannya yang tidak tenteram itu .Natasyha dapat rasakan bakal ada yang terjadi nanti .
En Halim juga dapat rasakan sesuatu yang tidak enak untik meninggalkan Natasyha anak gadisnya itu pada kali ini .Tetapi demi tugas dia harus melaksanakannya juga .
Setelah usai makan tengahari pada hari itu Natasyha bertanyakan pada ayahnya ." Ayah berapa lama ayah harus tinggalkan Tasyha pada kali ini ?," tanya Natasyha ." Tasyha setelah semuanya selesai ayah janji akan balik seawal mungkin ," kata En Halim sambil tangannya meyentuh lembut tangan anak gadisnya itu .
" Tasyha lagi pun sekarang ayah dah tidak risau lagi untuk tinggalkan anak ayah ni .Kerana mama sudah ada untuk jaga Tasyha setiap masa ," kata En Halim kepada Natasyha sambil tangannya meraih pergelangan tangan isterinya Esah ." lye Tasyha mama kan ada .Mama akan jaga Tasyha .Biarlah ayah pergi kerja .," kata Esah lembut sambil mengutum senyuman yang menawan buat suaminya En Halim .
" Ok Tasyha ayah nak kemas - kemas dahulu ," kata En Halim sambil menarik tangan isterinya menuju ke pintu bilik mereka .
Natasyha hanya memandang langkah ayah dan ibu tirinya menghilang di sebalik pintu bilik dengan pandangan yang kosong .
Share this novel