Bab 5

True Story Completed 17736

Hari berganti hari keadaan Puan Liana kian merosot .En Halim berama amat kasihan kepada isterinya .Akhirnya Puan Liana di bawa ke hospital untuk berubat .Puan Liana di tahan di wad kerana menangalami keracunan di dalam pembuluh darah .ltu yang di beri tahu oleh doktor .
En Halim hanya mampu mengeluh atas nasib yang menimpa isterinya itu .Natasyha pula tengelam dalam tangisan apabila mengetahui nasib ibunya .Kerana dirinya masih kecil apalah yang termampu dia lakukan .Hanya tangisan yang dapat di lakukan saat ini .Natasyha tahu ibunya sudah banyak menderita setelah kemasukan Mak Cik Esah ke dalam rumahnya .
Kedatangan Mak Cik Esah bukan membantu malah meyusahkan lagi hidup mereka berdua kecuali ayahnya En Halim yang tidak tahu apa yang berlaku di belakangnya selama ini .Kerana perbuatan orang gaji kepercayaan ayahnya itu .
Di hospital keadaan Puan Liana kian membaik .Esah menjadi takut jika ubatan yang di guna selama ini dapat di hidu oleh doktor yang merawat Puan Liana di hospital .
Semenjak Puan Liana di rawat di hospital Esah telah memainkan peranan yang baik untuk memancing kepercayaan En Halim kepada dirinya .Yang selama ini dia berkerja penuh ikhlas terhadap seluruh ahli keluarga di rumah itu .Dia takut andai En Halim salahkan dia atas kemerosotan kesihatan Puan Liana selama ini .
" En , saya benar - benar ikhlas menjaga dan merawat puan selama ini .", kata Esah sambil mengesat air mata yang menuruni pipinya ." Saya tak sangka puan boleh bertambah sakit sewaktu dalam jagaan saya ." sambung Esah dalanm esakan tangisannya yang di buat - buat olehnya .
" Esah sudahlah saya tak salahkan awak pun ", kata En Halim ." lni semua sudah kehendak Nya ", sambung En Halim lagi ." Jika awak jaga sebaik mana pun andai Allah kata akan sakit maka sakitlah dia ", kata En Halim seolah - olah berhujah kepada Esah kerana dia tidak sanggup melihat Esah menyalahkan dirinya atas kemerosotan kesihatan isterinya Puan Liana .

Esah tersenyum apabila mendengar butir bicara En Halim .Tahulah dia yang En Halim mempercayai segala kata - katanya .Bertambah kembanglah hati Esah .Dia tersenyum mekar di dalam hati .

Setelah En Halim berangkat pergi kerja seperti biasa Natasyha akan di panggil untuk melakukan semua kerjaan rumah .Hidup Natasyha umpama orang suruhan didalam rumah sendiri .
Jika Natasyha enggan melakukan suruhan dia dan anak - anaknya Natasyha di ugut akan mereka bunuh ibunya .Mendengar perkataan "bunuh" Natasyha lalu menurut segala perintah mereka bertiga .
Oleh kerana sayangkan ibunya Natasyha sanggup lakukan apa sahaja bagi memenuhi permintaan mereka dan meyenangkan hati mereka .
Natasyha menjadi anak yang penurut cakap Esah dan anak - anaknya.

Suatu pagi ketika itu En Halim pergi bertugas di luar kota .Esah mengarahkan Natasyha agar jangan ke sekolah ." Tasyha....hari ini kamu jangan ke sekolah .Kamu harus masak sebab nanti ada orang akan datang makan tengahari di rumah ." kata Esah kepada Natasyha ." Tapi mak cik hari ini ada periksa , Tasyha kena ke sekolah juga ", kata Natasyha memberi penerangan ." Apa aku peduli kau periksa ke tak . Aku kata jangan ke sekolah .Jangan ke sekolahlah kau tak faham bahasa kah ", bentak Esah kepada Natasyha .
Natasyha menunduk lidahnya kelu untuk berkata - kata ." Di dalam hatinya berkata ibu pun tidak pernah marahkan Tasyha . lni dia cuma orang gaji ", kata Natasyha sendirian .
Pagi itu Natasyha terpaksa patuh kepada arahan Esah .Dia duduk di rumah sambil melakukan semua kerja - kerja di rumah .
Esah tersenyum melihat kepatuhan Natasyha .Setelah hampir tengahari Esah memerintahkan Natasyha memasak beberapa jenis lauk untuk hidangan tetamu nya .
" Hey Tasyha kamu masak sedap - sedap tahu jangan kamu malukan aku ", kata Esah sambil menarik kuping telinga Natasyha .Natasyha mengangguk sambil meyeringgi menahan kesakitan .
Natasyha memasak semua lauk yang di minta oleh Esah .Setelah itu Natasyha menghidangkan hidangan lauk pauk di atas meja . Esah datang mencicip semua lauk pauk bagi memastikan Natasyha memasak dengan sempurna .
Tengah hari itu Esah seperti tuan rumah menjemput beberapa orang kawan - kawannya menjamu selera di rumah tersebut .Mereka makan dan minum sambil bergelak ketawa .
Natasyha di suruhnya keluar kemana sahaja dia mahu tapi harus balik sebelum maghrib .Itu arahan Esah kepada Natasyha ." lngat kamu harus balik sebelum maghrib .Faham !!!!! ," bentak Esah.Natasyha mengangguk tanda faham .
Natasyha menurut perintah Esah . Dalam waktu yang sama dia bersembunyi dan melihat apa yang di lakukan Esah dan kawan - kawannya di rumah ibu dan ayahnya itu .
Esah berdandan cantik dengan pakaian dan perhiasan ibunya .Hati Natasyha menjadi geram dengan apa yang di saksikan .Tapi apa boleh dia perbuat sebab dia takut andai nanti mereka akan benar - benar membunuh ibunya yang sedang sakit itu .
Natasyha hanya mampu menangis sambil menahan geram di hati .Harus apa dia lakukan andai dirinya dalam keadaan begini .Hendak di luahkan kepada ayah dia takut nanti ibunya akan tambah derita .Natasyha hanya mampu bersedih sambil menahan perutnya yang sedang meyanyi - nyanyi mahu di isi dengan makanan .
Natasyha sedar sedari pagi dia belum menjamah makanan sebab itu lah dia amat kelaparan di saat itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience