Natasyha tersedar apabila terdengar suara lantang Esah menjerit namanya dan di susuli dengan sepakan keras di bahagian kakinya .
Natasyha bangun dengan pantas meskipun dia di dalam keadaan mamai ." Mama bila mama sampai ?," tanya Natasyha dengan perasaan terkejut bercampur takut melihat wajah meyinga Esah .
" Mama ....mama kepala otak kau .Bila aku beranakkan kau yang dok panggil aku mama...mama kenapa ?," tanya Esah dengan wajah meyinga ." Ooooo sedap - sedap ya bila aku tak ada di rumah kau boleh tidur senang lenang . Sini kau ," Esah mengomel sambil menarik kuping telinga Natasyha .
Natasyha megaduh kesakitan dan menurut langkah Esah .Esah menolak tubuh Natasha ke satu sudut di ruangan dapur ." Kau hanya layak tidur di sini .Bukan di sopa atau mana - mana ruangan di rumah ini .Kau faham apa aku cakap ?," tengking Esah kepada Natasyha .
Maria yang tidak sanggup melihat kekejaman ibunya terhadap Natasyha terus membawa adiknya masuk ke bilik mereka .Di dalam bilik Maria menangis mengenangkan nasib Natasyha .Maria bertekat dia akan memberitahu papa tirinya segala perlakuan mamanya kepada Natasyha .
Maria berdoa kepada Tuhan agar Natasyha terus betah bertahan .Lebih membuat Maria sakit hati apabila tadi dia terdengar mamanya dengan Doktor itu telah menetapkan supaya Natasyha di bawa ke hospital untuk di ambil ginjalnya .
Sebagai imbuhan mamanya telah di bayar beberapa ribu dan pembayaran akhir akan di buat setelah ginjal Natasyha di ambil .
Maria berfikir bagaimana dia harus menolaong Natasyha .Kerana menurut kata Doktor tadi pembedahan memindahkan ginjal pasti akan memberi resiko kepada penderma .
Maria tidak mahu sesuatu terjadi kepada Natasyha .Sudah cukup dia melihat perlakuan mamanya yang di luar jangkaan kepada gadis kecil itu .
Maria berfikir dan terus berfikir .Tapi apalah yang boleh di bayangkan oleh akal anak yang baru berusia 10 tahu sepertinya .
Maria hanya mampu berdoa agar papa tirinya En Halim segera pulang dan menghalang segala perancangan mamanya dan doktor itu .
Dia tidak tega Natasyha terus menjadi mangsa kepada mamanya .Maria sempat berfikir mamanya dulu adalah seorang yang amat penyayang tapi kenapa sekarang berubah laku umpama seekor singa yang garang dan kadang - kadang dia dan adiknya Mira juga menjadi mangsa kemarahan mamanya itu .
Share this novel