Bab 47

True Story Completed 17548

" Esok adalah hari jadi Natasyha, " bisik En Halim sendirian. " Aku harus membeli sesuatu untuknya. Kerana selama aku bernikah dengan Esah aku dapat lihat Natasyha sudah hilang keceriaan, "dia berkata sendiri lagi.
" Memandangkan esok aku sudah boleh pulang ke rumah lebih baik hadiah untuk hari jadi Natasyha aku bawa bersama, " runggut En Halim lagi. Sambil matanya melilau melihat kedai menjual boneka.

Kali ini En Halim bercadang membeli hadiah buat Natasyha seekor patung beruang yang besar bagi menggantikan patung berulangnya yang telah rosak akibat direbut oleh anak - anak Esah sehari selepas hari pernikahan nya dahulu. Patung beruang itu merupakan patung kesayangan Natasyha kerana ia adalah hadiah terakhir pemberian ibunya sebelum ibunya meninggal tempoh hari.
Semenjak patung beruangnya rosak Natasyha terus berubah perilaku. Dari seorang yang ceria kepada seorang yang pendiam.
Tiba - tiba langkah kaki En Halim terhenti di hadapan pintu sebuah kedai yang menjual anika jenis patung. Dengan teruja dia melangkah masuk dan menghampiri sebuah patung beruang yang sebesar orang dewasa yang di pamir kan di dalam kedai tersebut.
Setelah berpuas hati sejumlah wang bertukar tangan dan patung itupun di balut rapi oleh kakitangan kedai tersebut.
En Halim tersenyum puas melihat kotak besar yang berada di sebelah tempat pemandu di dalam kereta milik beliau.
Esok pagi sebelum subuh dia bercadang untuk bergerak pulang ke rumahnya. Dia rindu kepada masakan Esah yang merupakan isteri yang di nikah tiga bulan yang lalu.
Dia pasti Esah dan anak - anak serta anak kesayangannya Si Natasyha itu bakal teruja menyambut kepulangan nya nanti. Pada kali ini En Halim bercadang memberi kejutan kepada Natasyha sebab itulah dia tidak memaklumkan kepada mereka terlebih dahulu. Dan dia enggan memberitahu mereka bahawa dia akan pulang menemui mereka pada keesokan harinya.
Tidur En Halim tidak nyenyak kerana dia terlalu teruja untuk pulang menemui anak - anak dan isterinya. Seawal jam 3 pagi En Halim sudah berada di dalam kereta dan sudah mahu meneruskan perjalanannya untuk pulang ke pangkuan keluarganya di kota.
Tepat jam 4 petang En Halim sudah memasuki perkarangan rumahnya. Setelah memakan kereta di tempat yang biasa dia turun lalu menuju ke muka pintu rumahnya.
Pintu rumah tiada berkunci tetapi rumah kelihatan sunyi dan sepi. En Halim tahu mungkin di waktu itu anak - anak pasti ke kelas belajar Al Quran yang di ajar oleh Ustaz Marzuki. Yang menjadikan kehairanan di hati En Halim ke mana pula pergi isterinya Si Esah. Kenapa dia membiarkan pintu tiada berkunci .,
En Halim berjalan perlahan melewati pintu bilik utama di rumah itu. terdengar seperti suara erangan yang mengasyik kan di sebalik pintu.En Halim cuba mengamati erangan itu. Dia terdengar erangan yang bertingkah . Sekejap terdengar suara perempuan kemudian di susuli suara lelaki pula.
Tiba - tiba tangannya gementar menahan amarah. Siapakah yang berani melakukan sesuatu di bilik di dalam rumahnya itu.
Tampa membuang masa tangan sasa En Halim memulas tombol pintu. Alangkah terkejutnya En Halim tatkala matanya terpandang susuk dua tubuh manusia durjana sedang bermesra di dalam bilik rumahnya itu.
"Abang? " terdengar teriakan yang keluar dari mulut Esah. Setelah itu Esah terus menolak susuk tubuh yang sedang menindih tubuhnya.
En Halim terpana melihat aksi di depan matanya itu. Esah dengan pantas mengenakan semula pakaian nya yang berselerakan di lantai bilik.
En Halim jijik melihat Esah, isteri yang baru di nikah 3 bulan yang lalu itu. Dek kerana tugas dia terpaksa meninggalkan Esah dan anak - anak. Apabila dia kembali balak ini pula yang terjadi.
En Halim duduk menumpang kepala di ruang tamu, menunggu dua insan dijana itu keluar dari bilik rumahnya itu.
Esah meluru memeluk lutut En Halim dan meraung menangis membuat drama air mata meraih belas kasihan En Halim.
En Halim membuang pandang ke arah lain dan tubuh Esah ditolak jijik oleh En Halim. Pergelutan berlaku, Sebelum Esah di usir keluar oleh En Halim. En Halim sempat menjatuhkan cerai talak tiga kepada Esah. Esah menjerit meraung apabila terdengar ungkapan talak dari mulut suami yang menikahinya 3 bulan yang lalu.
Esah di usir seperti anjing kurap oleh En Halim. Ramai tetangga meyaksikan drama keluarga En Halim itu. Mereka bercakap sesama sendiri.
Setelah senja melabuhkan tirai En Halim resah menunggu kepulangan anaknya Natasyha. Ketika dia melewati pintu bilik Natasyha dia terlihat bilik itu terkunci dari luar. Hatinya merasa ada sesuatu yang tidak elok telah berlaku di dalam rumahnya sepanjang dia tiada.
Tampa membuang masa En Halim mengambil pemukul lalu memecahkan mangga pintu tersebut. Setelah En Halim membuka pintu yang mengejutkan En Halim ialah bukan anaknya Natasyha yang di temui tetapi anak - anak tirinya iaitu anak Esah ( Maria dan Mira)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience