Bab 1

True Story Completed 17736

Natasyha seorang anak manja dengan keletah yang melucukan menghampiri ibunya yang terlantar sakit .
Ibunya Puan Liana sudah setahun terlantar di pembaringan .Semua kelengkapan di uruskan oleh suaminya Encik Halim bapa Natasyha .
Encik Halim merupakan seorang pengurus di Syarikat Jaya Maju .Tetapi beliau seorang yang bertanggung jawab kepada anak dan isterinya Puan Liana .
Keadaan Puan Liana semakin merosot sejak setahun yang lalu setelah beliau tiba - tiba terjatuh sewaktu pulang dari kerja .
Sebelum terlantar sakit Liana berkerja sebagai pejawat awam di sebuah prima kerajaan berhampiran rumah mereka .
Liana seorang yang komitmen dalam kerja .Dia seorang yang di segani ramai .Keadaan telah merubah hidupnya . Dia yang dulu seorang yang anggun kini telah terlantar di atas tilam kusam gara - gara di serang strok .
Kini hidupnya harus di urus sepenuhnya oleh orang lain .Liana jadi serba salah kerana terpaksa membebankan suami dan anaknya yang masih kecil .
Walaupun Natasyha masih kecil namun Natasyha mengerti akan keadaan ibunya .Natasyha cuba tidak membebani ayahnya .
Setiap hari setelah ayahnya pergi kerja Natasyha akan cuba mengurus ibunya .Walaupun kudratnya tak seberapa namun ianya dapat juga membuat Liana selesa sewaktu menunggu kepulangan suaminya dari kerja .
Liana ternampat kelibat Natasyha melintasi tempat pembaringannya ." Tasyha", panggil Liana ." lya ibu ", jawab Natasyha .
" lbu nak apa - apa boleh Tasyha ambilkan ", tanya Natasyha kepada ibunya Liana .
" lbu nak minum , boleh Tasyha tolong ambilkan ", tanya Liana pada Natasyha .

" Ok , ibu tunggu sekejap Tasyha ambilkan ", jawab Natasyha sambil berlalu meninggalkan ibunya Liana di pembaringan .

Natasyha mencicip air susu yang di bancuhnya .Dia tidak mahu air itu terlajak manis atau panas untuk di beri pada ibunya .Begitulah yang sering di lakukan oleh Natasyha andai di suruh ambilkan air minuman .

Liana berpuas hati dengan layanan Natasyha .Meskipun umurnya masih terlalu muda tapi dia tahu menjaga dan menguruskan ibunya dan dirinya sendiri ketika ayahnya keluar berkerja .
Semua jiran tetangga amat mengagumi sikap anak manis ini .Dunia kanak - kanak di biarkan berlalu tampa mengecapi kegembiraan .Kerana kegembiraan zaman kanak - kanak menjadi suram setelah ibunya di landa penyakit yang meyebab kan sukar untuk bergerak .
Namun begitu Natasyha tetap gembira dan ceria .Meskipun usia baru mencecah 8 tahun namun semua tugas yang seharusnya di lakukan oleh orang dewasa telah menjadi sebahagian rutin hariannya .
Setakat menjerang beras , mengoreng telur dan masakan ringkas yang lain telah terbiasa bagi Natasyha .
Ayahnya sering ingatkan Natasyha supaya berhati - hati ketika menggunakan api dapur jangan lalai kerana akan mengundang padah .Natasyha sering ingat pesan ayah .Segala pesanan tersemat erat di jiwa kecil yang kental itu .
Natasyha melakukan semuanya dengan hati yang penuh ikhlas .Encik Halim pulang dari kerja setelah hari merangkak ke malam .
Dengan badan yang kepenatan dia menghampiri tempat pembaringan isteri tercinta .Dia terus mendaratkan ciuman ke dahi isteri tercinta .
Kasih dan sayangnya kepada Puan Liana tidak pernah berbelah bahagi meskipun dalam keadaan apa sekali pun .Dia amat meyayangi isterinya itu .
Di samping isterinya dia terlihat betapa mulusnya wajah satu - satunya anak yang dia dan Liana miliki .Dia tahu Natasyha kepenatan menguruskan ibunya di samping melakukan berbagai - bagai lagi perkerjaan lain .Tapi Natasyha tidak pernah mengabaikan pelajarannya .Itulah yang menjadi kebangaan ayahnya Encik Halim .
Dia merenung wajah mulus anak gadis kecil itu .Betapa terbebannya anak ini setelah ibunya jatuh sakit .
Setitis air jernih mengalir membasahi pipi bila mengenang nasib Natasyha .Encik Halim menghampiri anaknya Natasyha lalu di tarik selimut dan meyelimuti tubuh kecil itu .Dia mencium ke dua - dua pipi mongel anaknya .
Setelah itu di ke bilik , mengambil tuala bagi membersihkan dirinya sebelum dianya masuk berehat dan tidur .
Sebelum tidur Encik Halim masuk ke dapur mencari apa yang boleh di makan untuk mengalas perutnya yang lapar .
Encik Halim terkesima melihat juadah yang terhidang di atas meja .Dia mencicip makanan tersebut ." Emmm....enak juga hasil tangan Tasyha ", dia berkata sendiri .
Encik Halim tahu pastinya isterinya telah pun di beri makan oleh Natasyha memandangkan lauk pauk yang tersedia sudah tinggal separuh sahaja .
Encik Halim tersenyum sendiri bila mengenangkan betapa cekapnya Natasyha menguruskan dirinya serta ibunya dalam pada umurnya masih muda begitu .
" Ahh !!! alangkah pandainya dia ", puji Encik Halim sendirian .Setelah selesai makan Encik Halim masuk tidur di sebelah isterinya .

maaf kalau novel ini jadi terlalu sedih huhuhu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience