Setelah kembali dari lapangan terbang menghantar ayahnya Natasyha terus berjalan mahu masuk ke dalam biliknya .
Tiba - tiba Esah bercekak pinggang sambil bersuara ."Tasyha ," panggilnya tegas .Dengan pantas langkah kaki Natasyha terhenti apabila terdengar laungan Esah .Natasyha memutarkan badannya menghadap Esah .
Dia mengigil dan menjadi takut saat melihat renungan mata Esah .Mata yang selama ini redup dan wajah yang sering di hiasi senyuman talah bertukar menjadi sangat garang .Natasyha menjadi sangat takut untuk memandangnya.
" Kamu nak ke mana ?," sergah Esah ." Ke...ke..bilik ," jawab Natasyha tersekat - sekat menahan ketakutan ." Ke bilik ?," soal Esah lagi ." Lebih baik kamu ke dapur ambilkan air untuk aku .Aku haus ," arah Esah kepada Natasyha sambil menunding jarinya ke arah dapur .
Natasyha melangkah perlahan menuju ke dapur untuk mengambil air buat Esah ." Tasyha .....tasyha cepat sikit aku haus ni ," jerit Esah dari ruang tamu .
Natasyha berjalan perlahan sambil menatang sebiji gelas air oren untuk di beri kepada ibu tirinya itu .
Apabila di ingin meletakkan gelas di atas meja tiba - tiba dia terasa tubuhnya di dorong dengan kasar oleh ibu tirinya itu ." Hey ..Tasyha suruh ambil air pun lambat .Kenapa ha?," soal Esah sambil menonjol dahi Natasyha ." Maaf ma ," Natasyha memohon maaf kepada Esah .
" Ha ...sudah malam ni aku nak kau masak .Aku nak makan ," kata Esah tegas .Natasyha mengangguk tanda faham ." Apa lagi pergi masak sekarang ," perintah Esah .
Ke dua - dua anaknya juga terkejut melihat layanan Esah kepada Natasyha .
" Ma....," panggil Maria .Apabila melihat layanan ibunya kepada Natasyha agak berlainan pada petang itu ." Ha...ada apa Maria ?," tanya Esah ." Kenapa ma berubah ?," tanya Maria lancang kepada ibunya .
" Kenapa kamu tak suka ?. Kamu pun nak mama suruh kerja macam Si Tasyha tu ?," soal Esah kepada anak sulungnyavsi Maria. " Tapi ma ," balas Maria ." Sudah !!! tak ada tapi - tapi lagi ," tengking Esah ." Lebih baik sekarang kamu bawa adik kamu masuk bilik ," arah Esah lagi .
Esah tahu hati Maria sangat lembut .Selama ini dia amat meyayangi Natasyha .Jarang sekali dia lihat Maria bergaduh dengan Natasyha .Malah dia sanggup betkongsi walaupun sepotong roti dengan Natasyha .
Esah tidak hiraukan perasaan Maria atau Natasyha .Yang penting sekarang dia harus menafaatkan hidupnya sebagai " mam" besar di rumah itu .
Setelah siap memasak Natasyha memaklumkan kepada Esah bahawa hidangan sudah siap .
Natasyha berjalan menghampiri pintu bilik ibu tirinya itu sambil mengetuk pintu ." Ma.....ma...," panggil Natasyha ." Ha ...ada apa ?," jerkah Esah ." Orang nak rehat sikit pun tak boleh .Apa kau nak ?," tanya Esah dengan nada yang tinggi .
Dengan rasa takut Natasyha menjawab ." Ma ...makanan dah siap ," beritahu Natasyha sambil menunduk ketakutan ." Ha...kau pergi panggil anak - anak aku .Suruh mereka turun makan ," arah Esah selanjutnya .
Natasyha mengangguk sambil berjalan menuju ke bilik saudara tirinya itu ." Maria ....Mira ma panggil makan ," panggil Natasyha sambil mengetuk - ngetuk daun pintu mereka berdua ." lye ...iye ...jab ye Tasyha ," jawab Maria .
Setelah itu mereka bertiga berjalan menuju ke meja makan .Esah terpana melihat masakan yang terhidang di atas meja .Ada ayam goreng , ayam masak merah , sayur , sup dan sebagainya .Semua yang terhidang itu sengguh enak terkucir liur tak kala melihatnya ." Pandai juga si Tasyha ni masak ," Esah berkata di dalam hatinya .
Kedua - dua anak nya sudah duduk dan mengambil makanan masing - masing .Di saat Natasyha hendak menarik kerusi untuk duduk tiba - tiba dia di halang oleh Esah ." Hey...Tasyha apa kau buat ? Kau tak payah duduk situ ," kata Esah sambil nenegah Natasyha untuk duduk di meja .
" Mulai hari ini kau makan dan tidur di dapur faham ?," bentak Esah ." Nah.!!! ambil makanan kau dan pergi dari sini ," arah Esah sambil menghulurkan pingan yang berisikan nasi dan kuah sup untuk di makan oleh Natasyha .
Kedua - dua anak - anaknya memerhati apa yang di lakukan oleh Esah kepada Natasyha .Esah memberi kedua - dua anaknya makan semua lauk pauk yang telah di masak oleh Natasyha .Sementara Natasyha hanya di beri makan nasi berkuahkan sup sahaja .
Natasyha menjamah nasi yang di beri dengan linangan air mata .Maria tidak sampai hati melihat Natasyha makan tidak berlauk .Lalu dia mengambil ayam goreng di dalam pingannya untuk di beri kepada Natasyha .
Apabila terpandang oleh Esah lalu Maria di marahi olehnya .
" Maria apa kamu buat tu ?," sergah Esah .Maria terkejut apabila mendengar sergahan ibunya lalu ayam yang di pegangnya terlepas dari tangannya .Ayam goreng itu lalu jatuh ke lantai .Esah menghampiri ayam itu lalu di henyak - henyak dangan kakinya .
Dia lantas menarik kuping Maria " Maria kalau lagi sekali mama nampak Mari bagi lauk kepada Natasyha awas kamu ," kata Esah sambil menjegilkan mata dan memulas kuping telinga Maria .Maria meyeringgi menahan kesakitan .
Setelah usai makan Esah mengarahkan Natasyha membersihkan meja dan mencuci semua pinggan dan mangkuk .
" Setelah siap kamu kerjakan semua kerja nanti kamu tidur di sini ," arah Esah sambil melontarkan sehelai kain batik lusuh kepada Natasyha ." Kamu jangan cuba - cuba nak masuk bilik .Awas kamu kalau aku tahu kamu masuk bilik ," kata Esah sambil menjegilkan matanya terhadap Natasyha .
Natasyha hanya diam tampa berani mengangkat muka memandang ibu tirinya .
Share this novel