Pernah suatu hari Encik Halim bercadang hendak mencari pembantu rumah bagi membantu Natasyha menggurus ibunya serta rumah mereka .
Tetapi hingga ke hari ini dia masih belum mendapat seorang pun pembantu yang betul - betul sanggup mengguruskan isterinya yang sedang sakit .
Jika ada sekalipun mereka hanya mampu mengguruskan rumahtangga tetapi bukan Puan Liana .Entah mengapa Encik Halim tidak tahu .
Seingat beliau isterinya Liana bukanlah seorang yang banyak mulut dan cerewet .Mungkin mereka tidak tega melihat keadaan Liana terjadi begitu .
Kadang - kadang dengan susah payah Liana mencuba untuk meringankan tugas sesiapa yang menggurus diri nya .Tapi ye kudrat orang sakit seberape lah sangat .Malah sakit seperti yang di hidapi Liana itu amat teruk .Dia mengalami mati separuh badan dari pinggang hingga ke hujung kaki .
Namun begitu Puan Liana tidak lupa bersyukur kerana di kurniakan suami yang penyayang seperti Encik Halim dan anak yang berjiwa cekal seperti Natasyha .
Terimbau di fikiran Puan Liana semenjak dia menjadi begitu sudah 5-6 orang yang datang dan pergi berkerja sebagai pembantu di rumah nya .
Mengapa dan kenapa tidak pernah Puan Liana sekeluarga mendapat jawaban .Encik Halim dan Puan Liana menjadi buntu mencari jawaban untuk persoalan itu .
Pada pagi minggu yang lalu telah datang seorang wanita untuk meminta kerja di rumah Encik Halim dan Puan Liana .
Tampa berfikir panjang dan banyak bicara wanita itu di terima berkerja
Pada ke esokkan harinya wanita itu datang bersama 2 orang anak gadis kecil sebaya Natasyha ke rumah mereka .
Kehadiran mereka di sambut baik oleh keluarga Encik Halim .Semenjak hari itu Esah mula berkerja di rumah itu .
Esah ialah ibu tunggal yang kematian suami .Dia memiliki 2 anak perempuan kembar seiras yang di berinama Maria dan Mira .
Maria adalah si kakak sementara adiknya Mira .Selama hari ini Esah sering memburuk burukkan keluarga Encik Halim kepada sesiapa sahaja yang menjadi orang gaji di situ .Sebabnya Esah berniat dia yang harus bekerja di situ .
Esah tahu jika dia kerja di situ pasti hidup mereka anak beranak pasti terjamin .Dan dia juga cemburu andai ada perempuan muda dan cantik yang berkerja di rumah Encik Halim kerana dia sudah lama memendam perasaan kepada Encik Halim .
Semenjak dia mengenali Encik Halim setahun sebelum kematian suaminya dia sudah tertarik kepada kekacakan dan kekayaan Encik Halim .
Selepas kematian suaminya setahun yang lalu dia sering mencuba menghampiri keluarga Encik Halim .
Sehinggakan dia sanggup memburuk - burukkan Encik Halim dan keluarga di hadapan sesiapa sahaja yang cuba memberi bantuan kepada Encik Halim dan keluarga .
Kononnya Encik Halim nampak sahaja baik tapi dia seorang yang kejam dan tidak berperikemaknusiaan .Kepada setiap orang pembantu rumah Encik Halim dan Puan Liana Esah akan meyatakan bahawa Encik Halim suka merogol terutama perempuan muda .Sebab isterinya Puan Liana tidak mampu memberi apa -apa pada suaminya demi menjalani kewajiban sebagai seorang isteri . Lantas Encik Halim menjadikan orang gaji sebagai mangsanya.ltu yang di perkatakan Esah kepada semua orang yang di dapati olehnya berkerja di rumah Encik Halim.Sebab musabab itulah dia ganas begitu.
Pada orang gaji pertama keluarga itu dahulu Esah fitnah katanya jika berkerja di situ harus hati - hati .Jangan tidur di rumah itu takut di rogol oleh tuan mereka nanti .
Sebagai pembantu semua orang gaji seharusnya tinggal bersama majikan .Oleh kerana fitnah dan mulut jahat Esah .Tak sampai sehari setiap orang gaji di rumah itu akan berhenti .
Sebab itulah sudah 5- 6 orang yang berkerja di situ berhenti tanpa sebab yang kukuh .Dan sekarang membuka peluang Esah untuk masuk kerumah itu .
Meski pun berkerja sebagai orang gaji Esah rela asalkan dia boleh tinggal bersama - sama lelaki yang amat di gilainya itu .
Bagi Encik Halim dan keluarga mereka tidak pernah tahu kerekter Esah .Esah dan anak - anaknya tinggal di sebuah bilik khas di rumah itu .
Pada mula berkhidmat di rumah itu sikap dan peribadi Esah amat meyenangkan .Dia melayan Natasyha seperti anaknya sendiri .Natasyha tidak di benarkan melakukan sebarang kerja .Makan dan pakai Natasyha dia yang sediakan .
Natasyha benar - benar menjadi puteri kesayangan kepada Esah .Encik Halim terharu atas segala pengorbanan Esah .
Encik Halim dan Puan Liana berpuas hati atas layanan yang di berikan oleh Esah kepada mereka sekeluarga .
Puan Liana dan Encik Halim tidak tahu apa yang di lakukan Esah. Sebenarnya hanya perangkap .Untuk memerangkap kepercayaan Puan Liana dan Encik Halim supaya mempercainya .
Setelah di beri kepercayaan nanti dia akan mulakan langkah supaya di boleh menggoda Encik Halim .Atau lebih senang menjadi 'Mem besar" di rumah itu .
Share this novel