Bab 9

True Story Completed 17548

Pada jam 11 pagi hari itu siap lah pengkembumian jasad Puan Liana .Natasyha tertunduk sedih di sisi pusara ibunya .Semua ahli keluarga berangkat pulang .
Hanya tinggal keluarga terdekat sahaja .Natasyha masih kaku di sisi pusara ibunya .En Halim menenangkan Natasyha lalu memujuknya untuk pulang .
Namun Natasyha masih setia di situ .Bagi Natasyha sudah tiada apa lagi di rumahnya jika ibunya sudah tiada .
Natasyha tahu sudah tiada lagi orang yang akan membela nasibnya andai dia di sakiti oleh Esah dan anak - anaknya .Kerana ayahnya En Halim sudah sepenuh hati mempercayai segala lakunan Esah dan anak - anaknya selama ini .
Natasyha berfikir sendiri " kematian mama pasti ada hubung kaitnya dengan Esah pembantu rumah mereka itu .
Sebab pagi di hari kematian mamanya dia ada melihat Esah memberi mamanya segenggam ubat .Esah memaksa mama menelannya .
Tapi jika dia ceritakan perkara itu kepada orang lain adakah mereka akan percaya padanya .? Atau menuduh dia senaja mereka - reka cerita .
Walau apapun Natasyha harus berhati - hati .Dia harus meyedarkan ayahnya bahawa Esah bukanlah seorang yang baik seperti sangkaan ayahnya .
Natasyha bangun lalu menapak lesu meninggalkan pusara ibunya ." Yaa Allah Kau tenangkanlah ibu ku di sana ", doa Natasyha di dalam hati
" Yaa Allah aku tidak tahu apa akan terjadi lagi selepas ini ",rintih Natasyha di dalam hati .
" Yaa Allah apa jua yang bakal terjadi aku bermohon pada Mu .Lindungilah aku dan peliharalah aku agar ada keinsafan di hati orang yang cuba menginaya aku dan keluargaku ." rintih Natasyha lagi sambil kedua - dua telapak tangannya memekup di muka .
En Halim melangkah membuntuti Natasyha pulang ke rumah .Mereka berdua diam membisu sewaktu di dalam perjalanan pulang ke rumah .
Selepas seminggu pemergian Puan Liana meyahut panggilan lllahi .Ibunya Hajjah Aminah dan Pak Sudin pun meminta diri untuk pulang ke rumah mereka di kampung .
Pada mulanya Natasyha agak keberatan melepaskan datuk dan neneknya pergi .Dia masih bersedih atas pemergian ibunya Puan Liana .
Memandangkan atuk dan nenek masih ada urusan di kampung ,lantas Natasyha melepaskannya tampa rela permergian kedua insan tersayang itu .
Esah tersenyum melihat dua insan tua itu melangkah meninggalkan rumah En Halim .Sudah tidak sanggup lagi rasanya dia menerima kehadiran orang lain di dalam rumah itu .
Natasyha terpandang senyuman melerek dari Esah .Tetapi dia tidak menghiraukannya meskipun dia sudah mengagak yang
Esah mesti punya perancangan yang tersendiri untuk memikat ayahnya En Halim dan mengantikan posisi ibunya di rumah itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience