Bab 35

True Story Completed 17548

lmbasan kenangan yang meyelubungi di fikiran Fauzan terhenti .Apabila tiba - tiba terdengar suara keriuhan dari luar .
Natasyha melihat semua anak - anak yang keluar sedari tadi telah pun kembali . Di tangan masing - masing tergengam sejumlah wang .Ada yang tersenyum ceria dan ada yang kelihatan bermuram durja .
Natasyha yang tidak mengerti apa yang sedang terjadi hanya diam membisu seperti patung di tempatnya .
Semua anak - anak itu di suruh membuat satu barisan memanjang .Seorang demi seorang akan tampil ke hadapan Fauzan untuk meyerahkan wang yang di bawa .
Setelah wang di serah setiap orang akan di beri sebungkus nasi dan sebungkus plastik teh 'o' ais .
Seorang demi seorang telah menerima habuan masing - masing .Kini tiba giliran seorang anak lelaki yang di panggil dengan nama Amirul .
Amirul melangkah perlahan menghampiri Fauzan .Dia menghulurkan beberapa keping wang rm 1 kepada Fauzan .
Apabila menerima wang yang di beri oleh Amirul .Tiba - tiba Fauzan menempik lalu ringan tangannya di hayun mengenai pipi cengkung Amirul .
Amirul terjelepak jatuh ke lantai .Di tepi bibirnya kelihatan cecair merah menuruni dagu runcingnya .Tetapi Amirul tidak menangis , malah tangannya mengeletar meyeka darah yang menuruni dagunya .
Natasyha menjadi terkejut dan ketakutan melihat peristiwa sepotan yang berlaku di hadapan matanya .Matanya membutang memandang ke arah Amirul .
Amirul hanya tunduk memandang lantai .Kemudian Fauzan mengarahkan Amirul di kurung di sebuah sangkar yang telah di sediakan di sudut ruangan .
Semua anak - anak lain diam dan ketakutan yang teramat sangat melihat kepada Amirul .Seluruh tubuhnya berbirat di kerjakan oleh Fauzan dan kuncu - kuncunya .
Natasyha terpana melihat fenomena tersebut .Menurut kata Fauzan " inilah akibatnya bila sesiapa sahaja dari mereka yang pulang membawa paling sedikit wang dari jumlah yang telah di tetapkan ."
Malah orang yang pulang membawa wang paling sedikit dari yang di tetapkan tidak akan di beri makan dan minum serta dia juga bakal di kerjakan oleh mereka .
Setelah mengarahkan semua anak - anak itu menghabiskan makanan mereka .Fauzan menghampiri Natasyha sambil membawa sebungkus makanan dan minuman .

Natasyha di beri makanan dan minuman seperti anak - anak yang lain .Setelah semua anak -anak di beri habuan masing - masing lalu Fauzan dengan orang - orangnya melangkah meninggalkan ruangan tersebut .

Fauzan memandang kepada semua anak - anak di situ lalu berpesan "jangan ada sesiapa yang memberi makanan dan minuman kepada Amirul .Kalau aku tahu ada yang memberi Amirul makan dan minum .Nahas kamu aku kerjakan ," kata Fauzan mengingati anak - anak itu semua .

Setelah berpesan Fauzan dan orang - orangnya keluar lalu mengunci pintu ruangan itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience