Esah yang sering pulang ke kampung bukan sahaja melawat kaum keluarganya tetapi dia ada ajenda lain .
Di kampung Esah memperuntukkan masanya mencari seorang bomoh yang pandai dalam ilmu santau meyantau .
Jika selama ini dia beruseha gigih untuk mendapatkan cinta dan kasih En Halim secara normal .Tetapi usehanya sering mengalami kekecewaan .Namun kali ini dia beruseha mendapatkan cinta En Halim melalui bantuan bomoh pula .
Pada satu kesempatan Esah ketika di kampungnya dia telah berjumpa dengan seorang bomoh yang berketurunan siam yang tinggal di hujung kampungnya itu .Bomoh itu amat terkenal sejak Esah kanak - kanak lagi dalam ilmu santau meyantau .
Bomoh itu juga di katakan menggunakan bantuan khadam untuk menundukkan seseorang itu .Esah mengetahui semua itu melalui pengalaman teman baiknya Suzzana beberapa tahun lalu .Kerana pada masa itu Suzzana meminta dia menemaninya untuk ke rumah bomoh tersebut kerana mahu menundukkan seorang datuk yang amat di gilai oleh Suzzana .
Akibat penangan minyak guna - guna yang di bekalkan oleh bomoh tersebut akhirnya Suzzana kini telahpun bergelar datin kerana telah berjaya menikahi datuk dan meyingkirkan isteri datuk tersebut .
Dan atas usehanya Suzzana sudah bahagia kini dengan hidup mewah di selubungi harta dan wang ringgit .
Tapi Esah tidak memandang kepada gelaran dan status .Dia hanya mahukan untuk memiliki cinta dan kasih En Halim yang telah berjaya menarik hatinya kerna En Halim memiliki seraup wajah yang tampan dan berperwatakan yang benar - benar menggoncang hati dan perasaannya sejak pertama kali dia di kenalkan oleh suaminya kepada bekas majikan arwah suaminya itu .
Semenjak hari itu En Halim telah mula bertahta di hatinya .Kini setelah kembalinya suaminya ke pangkuan lllahi dan dia bergelar janda dia menanam tekat mahu memiliki En Halim meskipun dia ketahui En Halim sudah beristeri .
Kerana itulah dia tega melakukan apa sahaja meskipun harus mengorbankan nyawa sesiapa sahaja termasuk Puan Liana mahupun anak - anaknya sendiri .
Sebelum kematian Puan Liana Esah pernah merancang menjual ginjal anak - anaknya demi untuk mendapatkan ubat - ubatan buat melumpuhkan bekas majikannya arwah Puan Liana suatu saat dahulu .
Oleh kerana itulah juga Natasyha bakal menjadi bahan pertukaran dengan doktor Hisyam yang telah membekalkan ubat- ubatan yang di perlukan oleh Esah .Dan ubat - ubatan itulah yang telah meraggut nyawa arwah Puan Liana .
Sekarang demi untuk menunaikan janjinya kepada doktor Hisyam Esah harus terlebih dahulu mendapat kepercayaan dari En Halim bagi dia menjadi ibu yang baik buat Natasyha dan isteri kepada lelaki yang di idamkan iaitu En Halim bapa Natasyha .
Andai dia sudah sah menjadi ibu Natasyha dan isteri En Halim .Pasti mudah baginya mengatur segala perancanganya selama ini terhadap Natasyha .
Malah jika En Halim memberi hak penjagaan padanya terhadap Natasyha akan memudahkan lagi segala perancangannya .
Esah tahu dia sudah tersimpang jauh dari kemahuan asalnya .Tapi kata orang " alang - alang meyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ." itulah kata hati Esah di saat ini .
Share this novel