Meskipun terpana dengan nyanyian Natasyha Fauzan tetap bertekad mahu mengembalikan semua anak - anak itu kepada ibu bapa mereka semula .
Keujudan Natasyha telah membuat ingatannya kepada puteri kesayangannya Hana mangkin menggunung rindu .
Dia ingin segera mahu kembali kepangkuan anak dan isterinya .Sebelum itu dia tidak mahu menjadi pelarian lagi .Dia akan menyerah diri kepada pihak berwajib setelah selesai tugasnya mengembalikan anak - anak kepada keluarga masing - masing .
Bagi anak - anak yang tidak punya keluarga Fauzan bercadang mahu meyerahkan mereka ke rumah anak - anak yatim .Supaya kehidupan anak - anak itu kelak akan terjamin .
Setelah semuanya selesai nanti Fauzan bercadang mahu menyerahkan dirinya di balai polis supaya sesudah itu nanti dia akan bebas untuk menjalani hidup dengan aman bersama anaknya Hana dan isterinya yang tercinta .
Fauzan bertekad di dalam hati demi hasratnya untuk bersama anak dan isteri tercinta.
Dia sudah membayangkan senyuman ceria Hana dan belaian manja isteri tercinta.
Sedang dia berangan - angan melayan perasaan terlintas di benaknya. Anak - anak yang keluarga semua nya belum makan. Fauzan bercadang pada hari ini apa bila anak - anak itu pulang nanti dia mahu membawa anak - anak itu keluarga ke pasar malam untuk membeli seorang sepasang baju baru. Bagi menggantikan baju mereka yang telah lusuh dan kotak rabak di sana sini itu.
Fauzan sudah nekat mahu menghantar semua anak - anak itu ke tempat keluarga masing - masing.Dia juga ingin bebas kembali ke pangkuan anak dan isteri tercinta
Share this novel