Bab 3

True Story Completed 17548

Sikap Esah yang sering ambil berat dan amat penyayang menarik minat Puan Liana .Puan Liana tidak tahu " ada udang di sebalik batu atas setiap kebaikan yang Esah lakukan .
Suatu hari Esah bertemu dengan seorang kenalan lamanya .Dia ialah Hisyam seorang doktor sakit saraf .Hisyam menghadapi satu masalah besar .Satu -satunya anak yang dia ada menghidapi sakit kronik yang memerlukan penderma ginjal .Tapi hingga hari ini Hisyam belum memperolehi penderma yang sepadan dengan anaknya .

Esah berjanji akan membantu Hisyam untuk mencari penderma ginjal tersebut .Asalkan Hisyam dapat membantu dia untuk melakukan sesuatu yang telah dia rancang selama ini .
"Demi anak yang tersayang aku sanggup lakukan apa saja .", kata Hisyam kepada Esah .
Suatu hari Natasyha demam .Badannya panas sangat .Encik Halim tidak dapat membawa Natasyha ke kelinik kerana beliau bertugas di luar kota .

Pada Esah Encik Halim berharap agar membawa Natasyha ke kelinik atau hospital sementara dia dalam perjalanan pulang ke rumah .

Esah tidak keberatan untuk membawa Natasyha berjumpa doktor .Dalam masa yang sama Esah berkata sendiri " pucuk di cipta ulam mendatang ", katanya sambil tersenyum ." Tak payah lah aku susah payah nak pujuk Natasyaha berjumpa Haisyam untuk buat test ginjal . Dengan cara ini memudahkan lagi perkerjaan ku ", kata Esah sendirian .
Di dalam fikiran Esah sudah terbayang pertemuannya dengan Hisyam dan bakal membuat perjanjian untuk kepentingan masing - masing .

Setelah usai membersihkan Puan Liana serta memberinya makan serta makan ubat .Esah memohon kebenaran untuk membawa Natasyha ke kelinik .Memandangkan Esah tidak mempunyai kenderaan Puan Liana meminta Esah menggunakan keretanya yang terparking di garaj di sisi rumahnya itu .
Kereta Proton Eswara milik Puan Liana sudah agak lama tidak di gunakan .Hanya sesekali suaminya Encik Halim membawa kereta itu ke pejabat atau keluar berbelanja bersama anaknya Natasyha .Ada masanya Encik Halim membawa kereta itu andai dia perlu keluar berjumpe doktor .
Kereta itu hanya tersadai di garaj .Oleh kerana Esah ada lesen memandu jadi Puan Liana memberi kebenaran untuk Esah membawa keretanya .Demi membawa Natasyha yang sakit itu .
Esah tersenyum bangga sambil mengucapkan terima kasih .Dia menyuruh anak - anaknya bersiap - siap untuk keluar bersama .Setelah semuanya usai Esah memandu kereta milik Puan Liana menuju ke kelinik doktor Hisyam .
Sebelum ini Esah sudah pernah ke mari berjumpa doktor Hisyam kerana membawa kedua - dua anaknya menjalani test untuk penderma ginjal .
Tetapi ginjal ke dua - dua anak nya tidak sesuai untuk kegunaan anak Doktor Hisyam .Jadi hari ini dia membawa Natasyha untuk tujuan yang sama .Esah berdoa di dalam hati agar ginjal milik Natasyha itu nanti bakal menemui keberhasilan yang selama ini Hisyam cari .
Setelah sampai di hadapan klinik milik Hisyam .Esah terus memarking kereta di tempat parking yang di sediakan di hadapan klinik tersebut .Dengan terburu - buru dia hubungi Hisyam memaklumkan kedatangannya.
Hisyam meminta Esah terus masuk menemuinya di dalam .Tampa menunggu lebih lama Esah terus meminta seorang petugas membantunya untuk membawa Natasyha berjumpa dengan doktor Hisyam .
Oleh kerana Natasyha sedang demam maka ianya memudahkan Doktor Hisyam untuk mengambil semple yang di perlukan olehnya untuk tujuan pendermaan ginjal .
Seminggu selepas itu Esah di maklumkan bahawa ginjal Natasyha amat sesuai untuk anaknya Alia .
Tetapi Esah telah meletakkan syarat jika mahu mengambil ginjal Natasyha Doktor Hisyam hendaklah berkerjasama membantu dia untuk meyingkirkan ibu Natasyha Puan Liana terlebih dahulu .Kerana menurut perangkaan Esah Puan Liana pasti tidak bersetuju andai ginjal anaknya itu di ambil .
Akhirnya demi seorang anak yang amat di sayangi oleh Doktor Hisyam .Akhirnya Doktor Hisyam bersetuju membekalkan beberapa jenis pil untuk melumpuhkan terus Puan Liana ." Pil ini hanya bertujuan untuk melumpuhkan sahaja .Bukan tujuan untuk membunuh ", kata Doktor Hisyam kepada Esah .Esah bersetuju " ok untuk melumpuhkannya sahaja ", jawab Esah bersahaja ." Tapi ingat jangan ambil berlebihan kerana ianya akan membuat semua saraf tidak dapat berfungsi .Perkara ini akan meyebabkan kematian kepada pesakit ", kata Doktor Hisyam mengingatkan Esah .Esah mengangguk tanda faham .

Esah merunggut sendiri " memang niat aku nak bunuh dia pun , kau tu je yang bodoh Hisyam ", kata Esah lagi .
" Kau kata pil itu hendaklah di ambil ikut bilangan yang telah diberikan .Jika ianya di ambil berlebihan di kuatiri akan terus membunuh sesiapa yang memakannya .Aku peduli apa ", bentak Esah lagi .
Doktor Hisyam memberi peringatan kepada Esah jika dia melanggar syarat pemakanan pil yang di bekalkan .Andai terjadi sesuatu kepada pesakit beliau tidak akan bertanggung jawab .Memandangkan semua syarat telah di terangkan sangat jelas dan terperinci .Maka Doktor Hisyampun memberi sepenuh kepercayaan kepad Esah untuk menggunakan pil tersebut .

" Sambil tersenyum Esah berkata Doktor jangan bimbang serahkan saja kepada saya untuk menguruskan .",kata Esah meyakinkan Doktor Hisyam .

Sebagai doktor yang berpengalaman Doktor Hisyam tidak merekotkan segala ubatan yang di bekalkan kepada Esah .Kerana beliau tahu jika Esah melakukan sesuatu di luar jangkaan .Pihak berwajib tidak dapat menyalahkan beliau kerana tiada bukti yang kukuh meyatakan beliau yang membekal ubat -ubatan tersebut .

Memandangkan ubat - ubatan tersebut amat bahaya .Lantas itulah jalan yang terbaik yang di fikirkannya demi meyelamatkan diri dan perkerjaannya jika sesuatu berlaku nanti .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience