Ke esokan paginya sebelum fajar meyinsing Natasyha tersedar dari pengsan nya .Dia bertanya sendiri "eh....aku di mana sekarang ?," tanya Natasyha dalam keliru .
" mama .....ayah Tasyha di mana ni ?,"tanya Natasyha dalam keraguan setelah melihat tempat yang begitu asing bagi dirinya .
Tempat yang seindah ini dulu pernah di miliki ketika ibunya masih ada dan ayahnya belum berkahwin dengan ibu tirinya Esah yang kejam itu .
Tetapi setelah ayahnya berkahwin lagi dan dia di tinggalkan bersama ibu tirinya semua telah merubah hidupnya .Dan kerana itulah dia kehilangan hidupnya dirumah sendiri serta ibu tiri itulah juga yang meyebabkan dia berada di tempat ini .
Tapi dia sekarang berada di mana lagi .Seingatnya tadi setelah semua wangnya dirampas oleh budak - budak liar itu dia berjalan sendirian .Setelah itu dia terjatuh dan pandangannya menjadi gelap .Tapi kini di berada di ruangan yang begitu asing baginya .
Dalam Natasyha sedang keliru memikirkan tempat yang asing itu tiba - tiba pintu bilik di buka dari luar .Natasyha meyangka di kini berada di tangan penjahat lagi terus meluru ke pintu untuk melarikan diri .
" Non....non ...non sabar ya , non jangan ginian .......Non aman kok di sini ," pujuk bibik bagi menenangkan Natasyha ." Tapi saya berada di mana ni .Kenapa saya boleh berada di sini .Dan akak ni siapa ?," tanya Natasyha meminta kepastian .
Namun begitu Natasyha tetap cuba untuk melarikan diri . Langkah Natasyha di halang oleh Bibik .Bibik cuba memujuk dan meyakin kan Natasyha bahawa sekarang dia berada di tempat yang selamat .
" Non tunggu yah nanti Bik panggilin Dato sama Datin buat temui Non ," pujuk Bibik lagi .
Setelah Bibik berjaya memujuk Natasyha supaya tenang .Bibik terus berlari mendapatkan Dato dan Datin di meja makan .Kebetulan pada masa itu Dato Marzuki dan isterinya Datin Maimun baru hendak bersarapan pagi .
Setelah mendengar apa yang di sampaikan oleh Bibik Yanti .Dato Marzuki dan Datin Maimun bergegas ke bilik tetamu yang menempatkan Natasyha .
Natasyha yang masih kebingungan hanya mampu menanti apa yang bakal dia hadapi nanti .
Share this novel