Bab18

True Story Completed 17548

Usai bersarapan Esah meyiapkan dirinya dan anak - anaknya untuk keluar .Hari ini Esah bercadang untuk berjumpa doktor Hisyam sahabatnya itu .
Tadi malam dia telah di hubungi oleh Doktor Hisyam untuk menuntut janji yang telah mereka persetujui .Jesteru itu Esah dan Doktor Hisyam perlu berjumpa dan berbincang .
Sebelum Esah melangkah pergi Natasyha memberanikan diri memohon kunci biliknya .Tujuannya hanyalah untuk mengambil beberapa helai pakaian untuk di pakai olehnya .Memandangkan sudah 2 hari dia harus berpakaian yang sama .
" M...m...ma ...boleh tak ka.....kalau Ta...tasyha nak am...am..bil ba...baju beberapa he...he...lai di...dalam bi....bbilik ?," tanya Tasyha takut - takut dan tergagap - gagap ." Apa ?," sergah Esah ." Ooooo nak baju nanti aku ambilkan ," kata Esah dengan kasar .
Esah mengambil kunci lalu masuk dan mengambil beberapa helai baju lalu di lontarkan ke muka Natasyha ." Nah..!!! kau nak sangat baju kan .Ambil tu ," katanya tampa ada rasa bersalah .
Natasyha memunggut taburan pakaian yang di baling oleh Esah kepadanya ." Aku nak keluar .Kamu jangan ke mana - mana ," arah Esah kepada Natasyha .
Natasyha hanya diam dan menundukkan kepalanya .Dalam hati Natasyha bercadang hendak pergi melawat pusara ibunya apabila Esah telah pergi keluar nanti .Tapi dia tidak akan minta izin Esah kerana dia tahu Esah pasti melarangnya .Jadi dia akan pergi secara sembunyi - sembunyi .
Setelah habis berpesan itu dan ini kepada Natasyha .Esahpun mula memandu kereta Puan Liana yang kini telah resmi menjadi miliknya .
Natasyha di tinggalkan sendirian di rumah . Seperti biasa Natasyha terus menuju ke meja makan untuk membersihkan meja serta membawa semua pingan mangkuk yang perlu di cuci ke singki .
Dia melihat terdapat banyak lagi baki makanan yang di tinggalkan di meja makan tersebut .Oleh kerana dia masih lagi lapar lalu dia menghabiskan semua makanan yang ada .
Setelah usai makan Natasyha membawa semua pinggan dan mangkuk ke singki .Dia hanya meletakkan semua peralatan tersebut di dalam singki kemudian dia keluar untuk pergi ke pusara ibunya .
Dia berkira - kira hanya mahu pergi sebentar sahaja sebelum ibu tiri dan anak - anaknya kembali .Natasyha bejalan dengan pantas menuju ke tanah perkuburan .
Oleh kerana hari masih pagi jadi tidak ramai orang di tanah perkuburan itu .Natasyha berjalan perlahan - lahan kerana dia takut terpijak batu nisan yang banyak di situ .Langkah kaki Natsyha penuh berhati - hati hinggalah dia sampai ke kubur milik ibunya Puan Liana .Dia membaca nama yang tertera di batu nisan tersebut " Hazliana binti Ahmad meninggal 17 .03.1999 ." Natasyha menarik nafas dalam - dalam sambil menghitung sudah berapa lama ibunya bersemadi di situ .
" Ah....baru 3 bulan ibu di sini ," kata hati Natasyha .Setelah usai membari salam dam membaca beberapa potong ayat yang dia tahu serta berdoa untuk ibunya Natasyha mula megadu akan kerinduan kepada ibunya serta apa yang di lakukan Esah pada dirinya .
" Mama tasyha amat rindukan mama ," rintih Natasyha ." Mama ayah dah nikah dengan Mak Cik Esah hampir seminggu yang lalu ," adu Natasyha lagi ." Tapi sekarang ayah tak ada di rumah .Ayah ke lndonesia kerja di sana ," kata Natasyha ." Ayah tinggalkan Tasyha dengan Mak Cik Esah .Dia jahat mama dia buat lebih teruk kepada Tasyha .Tasyha disuruhnya membuat semua kerja di dalam rumah .Tasyha di suruh masak , mencuci , mengemas dan semuanya mama.," adu Natasyha di sulami sedu sedam yang kian menjadi - jadi .
" Mama sekarang Tasyha tidak di benarkan bebas di dalam rumah kita .Tasyha juga tidak di benarkan tidur di bilik Tasyha .," Natasyha terus megadu pada nisan yang kaku itu .
" Mama Tasyha di suruh tidur di dapur .Mak Cik Esah hanya bagi Tasyha sehelai kain batik mama yang sudah lusuh dan koyak .Dia tak bagi bantal pun untuk Tasyha ," Natasyha terus megadu dan megadu .
" Mama bawa lah Tasyha bersama mama .Tasyha tak sanggup hidup dengan Mak Cik Esah .Makan pakai Tasyha sudah tidak seperti dahulu mama ," Natasyha terus memeluk kubur ibunya sambil menangis .
" Mama bawalah Tasyha ikut mama ," raung Natasyha .Raungan Natasyha telah didengari oleh seorang wanita yang datang melawat kubur suaminya yang baru meninggal beberapa hari yang lalu .
Dia menghampiri Natasyha lalu meyentuh lembut bahu Natasyha .Natasyha yang meyangka wanita yang meyentuhnya itu adalah ibu tirinya Esah lalu bergegas bangun dan lari meninggalkan tanah perkuburan itu tampa menoleh ke belakang lagi .
Natasyha berlari hinggalah sampai ke rumahnya . Dia terduduk kepenatan di hadapan pintu rumahnya .Kemudia Natasyha bergegas masuk ke dalam rumah dan mengerjakan semua kerja yang di suruh oleh Esah sebelum dia keluar tadi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience